Jumaat, 30 Julai 2010

Tak Puas Hati Dengan Insuran Islamik

Shila bertanya;

macam mana dengan insuran kereta?tiap2 tahun kita kena bayar insuran....katakan dalam setahun tu kereta kita tak berlaku apa2 kemalangan...mudharabah yang diberi hanya pada tahun pertama sahaj..itupun tak sampai 30%...mereka kata..in dasr bank negara...dasar tatawwu'...saya cukup tidak berpuas hati dan pada saya sistem ini tidak Islamik langsung..apa pendapat saudara?

Jawapan saya;

Apabila suatu syarikat insuran diwujudkan, apakah motif utama pembentukannya? Untuk banyak menolong sambil mengambil sedikit keuntungan atau untuk banyak mengambil keuntungan sambil menolong? Kita hidup dalam zaman dimana membantu itu harus dibayar balik dengan suatu yang nyata, suatu yang jelas kelihatan iaitu wang ringgit dan bukan balasan hanya dari Allah, dari suatu yang tidak nampak atau belum pasti baik rezeki yang tidak disangka-sangka, kesihatan ataupun ketenteraman.

Saya punya pendirian sendiri mengenai insuran baik yang islamik atau tidak, sila baca soaljawab yang lepas disini.

Kita hidup dibawah kerajaan sekular yang bertopengkan Islam maka apa yang dilakukan dibarat, itu jugalah yang akan menjadi norma kehidupan kita termasuklah insuran ini. Baik insuran atau bank, konsep yang sama cuma tukar nama sahaja. Moga satu hari nanti akan muncul pemimpin yang benar-benar mengambil Islam sebagai cara hidup sebenar dengan Al Quran dan sunnah sebagai landasannya, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 4 Julai 2010

Menjadi "Periuk Nasi" Kepada Suami Yang Tidak Bertanggungjawab

Puan Jannah bertanya;

Suami saya seorang yang buruk akhlaknya, suka memperdayakan perempuan, dan bergaul bebas dengan perempuan adalah perkara biasa. Ini berlaku dari sebelum dia kawin. Dia tidak solat, tidak puasa tetapi dia berpura2 melakukannya supaya orang percaya dia baik. Dan dia bukan suami yang bertanggungjawab, mengabaikan keluarganya, tidak pernah memberi nafkah. Semua ini hanya diketahui bila saya berkahwin dengan dia, setiap rahsianya terbongkar satu demi satu oleh saya. Saya percaya ini berlaku kerana saya selalukan melakukan solat tahajjud kepada Allah. Saya dah cuba menasihatinya, tapi dia tidak berubah. Sekarang dia meninggalkan kami dan berkahwin lain tetapi tidak menceraikan saya sebab saya adalah periuk nasinya. Apakah tindakan saya selanjutnya? Hanya perlu bersabar?

Jawapan saya
Semua ini hanya diketahui bila saya berkahwin dengan dia
Mengapa agaknya hanya selepas berkahwin baru diketahui? Jawapannya terletak dalam artikel Benarlah Cinta Itu Buta. Moga kisah puan ini menjadi tauladan buat gadis-gadis lain yang mahu memilih bakal suami agar tidak menjadikan cinta itu kriteria utama dalam memilih pasangan. Pilihlah berdasarkan saranan Nabi iaitu agama agar selamat dunia dan akhirat berbanding rupa dan harta. nabi tidak menyebut cinta kerana zaman dahulu bercinta hanya selepas kahwin. Masyarakat akhir zaman ini yang mengikut ajaran hollywood, bollywood, indowood dan koreawood yang memfardhu kifayahkan bercinta sebelum kahwin.


Mungkin selepas berkahwin puan lebih rapat dengan Allah, maka apa yang saya panggil "tenaga" didalam diri puan sudah bergetar pada frekuensi yang berlainan maka jika getaran tenaga diri puan sudah berbeza dengan suami yang berpoya-poya maka hambarlah perhubungan antara dua insan itu. Sila baca artikel saya Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik untuk penjelasan lanjut mengenai getaran tenaga ini.

Saya sendiri amat kecewa dengan sikap lelaki akhir zaman ini yang nampaknya sudah jauh lari dari tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk memelihara, menjaga dan melindungi wanita. Sebab itu dalam artikel saya, terus terang saya mengaku lelaki semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab. Akan tetapi dari kajian sains pula, dari dua jari wanita menuding kepada lelaki tiga jari kembali semula kepada mereka kerana menjadi penyebab mengapa lelaki menjadi sedemikian.

Allah menghalalkan poligami dengan syarat berlaku adil dan tidak menyebabkan isteri sebelumnya terabai apatah lagi menjadi "periuk nasi" untuknya sedangkan itu sepatutnya tanggungjawab suami. Perceraian adalah suatu yang halal tetapi amat dibenci oleh Nabi, akan tetapi jika itulah jalan penyelesaian terbaik, maka berdoalah kita kepada Allah agar ditunjukkan jalan. Dan alhamdulillah, mungkin berkat solat tahajud puan itu nampaknya Allah SW telah memberikan jawapannya.

Pada pendapat saya kelebihan sekarang berada di pihak puan kerana puan adalah "periuk nasi" keluarga. Ajaklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak berbincang, mungkin ada antara mereka yang boleh memberi nasihat agar suami puan boleh berubah, setidak-tidaknya jadilah suami yang bertanggungjawab dengan menjaga kedua-dua keluarga yang dibinanya itu dengan adil. Berdoa kepada Allah agar suami puan dibukakan hatinya untuk menjadi lelaki yang soleh dan semua ini tidak mustahil. Tidak lupa juga solat istikharah agar Allah memberikan pedoman jalan penyelesaian yang terbaik. Berhentilah menjadi "periuk nasi" kepada suami puan itu kerana "nasi" tersebut bukan hak beliau.

Apabila semua usaha menemui jalan buntu maka rujuklah kepada mahkamah syariah berdekatan dan mintalah nasihat perundangan dari mereka untuk menyelesaikan masaalah puan. Mungkin dari solat istikharah puan sendiri Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 2 Julai 2010

Bagaimana Cara Mengubah Tabiat Buruk?

Masnizam bertanya;

salam saudara, bagaimanakah caranya untuk membuang tabiat buruk yang telah sebati.... ?
contoh hisap rokok ke, berjudi ke atau suka mengurat ke atau apa2 saja.....

Jawapan saya;


Punca utama tabiat buruk ini payah diubah adalah kerana ianya sudah terbina didalam minda separuh sedar kita, dan pada pandangan saya sel-sel didalam tubuh badan kita sendiri yang telah ketagihkan kimia emosi dari setiap perbuatan kita tersebut. Maka mana nak terlawan permintaan bertrillion-trillion makhluk didalam tubuh badan kita itu.

Langkah pertama adalah dengan punyai kesedaran dihati bahawa apa yang kita lakukan itu suatu yang tidak baik. Cuba kaitkan tindakan kita sekarang dengan kesan pada masa depan, dan frontal lobe yang lemah amat payah untuk memikirkan hal ini. Maka haruslah juga kita berusaha agar kita punyai frontal lobe yang berfungsi dengan sempurna, caranya adalah dengan solat yang khusyuk yang mana ianya melatih frontal lobe untuk kembali berfungsi. Henti atau kurangkan aktiviti yang menyebabkan frontal lobe kita makin lemah seperti menonton TV rancangan "sampah", merokok ataupun mengambil dadah, apatah lagi arak.

Langkah kedua adalah dengan memberi arahan baru kepada sel-sel didalam tubuh badan kita, salah satu caranya adalah dengan visualisasi. Ambil masa beberapa minit setiap hari, lebih afdal lagi selepas solat subuh atau lepas bangun dari tidur. Bayangkan apa yang kita hajati, contohnya bayangkan bagaimana rakan menghulurkan rokok dan anda menolaknya, bayangkan apabila anda teringin nak merokok, anda lakukan kerja lain seperti minum air atau apa sahaja yang akan mengubah rutin harian anda. Bayangkan apabila ternampak gadis cantik kita menundukkan mata dari terus memandangnya. Insyaallah sedikit demi sedikit ini akan mengubah rutin harian kita dan makin lama tabiat buruk itu akan menjadi suatu sejarah. 

Hampir keseluruhan hidup kita ini dijalankan oleh minda separuh sedar, jadi eloklah kita boleh latih minda separuh sedar kita ini untuk membentuk peribadi yang lebih baik. Perlu diingat juga bahawa barat me"rasuk" minda separuh sedar kita semua melalui apa yang dipaparkan dari TV dan filem. Jika iman kita nipis, maka budaya mereka itu jugalah yang akan kita ikuti kerana TV dan filem itu adalah "alat pemukau" paling berkesan dan ia membentuk minda separuh sedar manusia dengan berkesannya dari apa yang mereka paparkan.

Apabila pelakon barat menyalakan rokok semasa beraksi didalam filem, apabila pelakon mengurat dan sebagainya dan jika filem tersebut memberi emosi yang mendalam, besar kemungkinan kita juga akan menjadi model dari 'acuan" yang mereka berikan itu. Cuba berhenti tengok TV atau selama seminggu, lebih lama lebih baik dan pada masa itu mainkan filem atau rancangan TV ciptaan anda sendiri didalam minda, aksi apa yang anda inginkan didalam kehidupan, kearah kehidupan yang mendapat berkat dan rahmat Allah dunia akhirat, insyaallah akan berhasil. Saya sudah melakukannya dan apa yang saya beritahu ini bukan cakap kosong sahaja.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO