Ahad, 11 Oktober 2009

Cara Ber"couple" Dalam Islam

Saudari Sumayyah bertanya:

assalamualaikum wbt..
saya seorang pelajar yang masih menuntut disebuah universiti...saya nk bertanya kepada saudara mengenai persoalan jodoh...selama ini saya mmg pernah bercouple dan sekarang alhamdulillah saya sudah berpisah kerana saya tahu couple itu haram..saya pn dah x chatting atau berkwan dgn lelaki jika bukan urusan pelajaran..seperti biasa naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila saya lihat ramai rakan2 sekeliling saya bercouple saya tertanya2 bagaimanakah car bercouple dalam islam... buat pengetahuan saudara saya adah mengikuti blog saudara selama 6 bulan....banyak perkara2 positif yang telah saya dapat pelajari...dan saya juga meminati subjek quantum mechanic kerana falsafah disbaliknya...terima kasih tuan....saya xsabar menanti artikel saudara...

Waalaikumsalam,


"Bagaimanakan cara bercouple dalam islam?".. Saya tidak pernah temui mana2 rujukan atau artikel mengenai cara bercouple dalam islam, malah saudari sudah memberikan jawapannya "saya tahu bercouple itu haram".

Apa yang umat Islam cuba lakukan sekarang adalah cuba meng"islam"kan bercouple itu sendiri akibat mahu meniru cara hidup barat, samalah juga dengan perbankan islam yang memutar belitkan ayat2 Quran dan menghalalkan riba, akibatnya muslim kaya semakin kaya dan muslim miskin semakin miskin.


Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: Kamu akan ikuti jejak langkah mereka sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang cicak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka. Kami bertanya; Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: Siapa lagi (jika bukan mereka) Sahim Muslim

Jadi fikir2kanlah, adakah kita cuba "islamik"kan bercouple itu kerana itu dihalalkan Islam atau kita telah di basuh minda agar mengikut jejak mereka (Yahudi dan Kristian)?

Kehidupan manusia boleh dikatakan hampir 99% di lakukan oleh minda separuh sedar, manusia sebenarnya tidak sedar bagaimana pemikiran mereka di"program"kan oleh persekitaran, contohnya saudari sendiri menyatakan "naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila melihat...".

Secara genetik/semulajadi manusia perlu berkembang biak (melalui hubungan seks), cinta adalah apa yg dikatakan sebagai pemangkin untuk proses tersebut dan juga untuk memastikan pasangan tersebut kekal bersama membesarkan anak yg dilahirkan. Jika dahulu apabila manusia itu ingin mempunyai anak, mereka akan berkahwin dan kemudian baru bercinta, naluri untuk cinta dan menyintai dahulu sebelum berkahwin itu hanyalah datang dari persekitaran samada dari manusia disekeliling ataupun dari filem2, novel2 dan juga cerita TV.

Samada anda bercinta atau melihat orang bercinta, otak tetap merembeskan kimia emosi yg sama, dan kimia2 ini yg akan menghujani sel2 badan anda. Sel2 badan anda ini yg akan menjadi minda separuh sedar dan akan "menguatkan" naluri untuk anda juga perlu melakukan aktiviti2 yg sama iaitu bercinta. Disebabkan oleh itulah jika anda semakin melayan melihat rakan2 bercinta, semakin melayan filem2 cinta, semakin melayan drama2 swasta TV, semakin hebat naluri untuk melakukan perkara yg sama kerana minda separuh sedar anda semakin kuat kearah itu.

Sel2 neuron otak sama juga seperti sel2 otot, semakin kerap anda mengaktifkan jaringan neuron tersebut (melalui pemerhatian sekeliling ataupun dr TV), jaringan yg sama akan aktif. Kajian sains membuktikan bahawa, samada anda melakukannya atau dengan hanya melihat, jaringan neuron otak yg sama akan menjadi aktif. Semakin kuat jaringan tersebut (dengan melihat berulang2) semakin mudah ianya terngiang2 didalam fikiran anda. Jika anda tidak mengaktifkannya (dengan tidak menghiraukan persekitaran dan juga memilih untuk tidak menonton TV cerita "sampah" itu) maka jaringan2 neuron tersebut makin lemah dan lama2 sudah menjadi sesuatu yg tidak lagi memberi kesan.

Saya akui seorang yg mengaku Islam itu perlu ada keimanan yg kuat untuk menahan diri dari turut sama terjerumus, sesuatu yg sukar tetapi tidak mustahil. Disinilah datangnya fadhilat solat yg berkualiti, solat yg dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk kerana didalam solat inilah sel2 badan kita akan menerima kimia emosi "Ihdinassirotol mustakim", "tunjukkanlah kami kejalan yg lurus", apabila kerap anda menghujani sel2 anda dengan ayat2 Allah maka ini akan sebati didalam minda separuh sedar anda dan apabila anda menjalani kehidupan seharian, perasaan untuk bercouple (perbuatan haram itu) akan secara automatik bukan lagi menjadi "naluri" anda. Bukankah solat itu mencegah dari kemungkaran? Teramat benar.. tetapi hanya solat yg berkualiti dan bukan yg hanya dilakukan oleh jasad sedangkan minda entah terbang kemana. Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Apakah Rasional Bersolat?

Saudari Aisyah bertanya:

Apakah rasional diwajibkan solat dalam Islam?

Jawapan saya:

Jika saya tanya saudari mengapa saudari perlu makan, sudah tentu jawapannya kerana makanan itu perlu untuk kehidupan, sel2 badan manusia perlu kan zat2 makanan, mineral vitamin dan sebagainya untuk terus hidup. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Apabila jumlah makanan didalam darah berkurangan, otak akan menerima signal yg akan menggerakkan minda manusia itu untuk mencari makanan, isyarat lapar inilah yg memberitahu manusia yg dia perlu makan.

Apa akan jadi jika mekanisma lapar itu rosak? Manusia tidak akan hidup lama kerana barangkali dia akan terlupa yg dia perlu makan untuk terus hidup. Apa yg pasti manusia akan melalui peringkat2 yg mana badan mereka akan sikit demi sedikit semakin kurus kering lemah dan akhirnya mati. Apa pula kena mengena makan dengan solat?

Makanan yg kita suap adalah makanan untuk jasmani/jasad, solat adalah makanan untuk rohani, makanan untuk roh. Apabila anda melihat tangan, badan dan kaki anda, anda berkata "tangan aku", "badan aku", "kaki aku", akan tetapi "aku"itu dimana? Neurosaintis mencari dimanakan letaknya "aku" itu didalam otak akan tetapi tidak ditemui walaupun teknologi manusia dizaman ini amat canggih. Manusia yg dipanggil "aku" itu hanya menumpang pada jasad yg diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi. Jasad akan busuk dan reput ditelan bumi setelah mati, hanya roh sahaja yg akan kekal dan bertemu denganNya.

Apa yg terjadi dizaman ini manusia sibuk memberi makan kepada jasad tetapi tidak memberi makan kepada roh. Solat yg berkualiti akan membina roh yg sihat dan mantap dan boleh menjalankan kerja2nya sebagai khalifah dimuka bumi dengan lebih berkesan dan akan menyiapkan diri untuk bertemu denganNya andaikata dicabut nyawa pada bila2 masa.

Apakah signal lapar bagi keperluan untuk bersolat itu? Jawapannya "iman". Jika semua manusia itu beriman maka tidak akan timbul persoalan rasionalnya untuk bersolat. Umat akhir zaman imannya semakin nipis jadi signal "lapar" untuk bersolat dan memberi makan kepada roh itu sudah tiada, sebab itu lah kehidupan didunia ini semakin hari semakin menuju kehancuran.

Fikir2kan...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Mengapa Manusia Cepat Berubah?

Saudara Badrul bertanya:

assalamualaikum, saya ada 1 soalan utk ditujukan kpd encik. mengapa seseorang manusia itu cepat berubah?

Jawapan saya:

Biasanya manusia berubah untuk menuju kearah yg lebih selesa, lebih banyak kesenangan, lebih banyak ganjaran dan sebagainya, samada kearah yg lebih buruk atau baik amat jarang sekali dapat dilihat oleh yg empunya diri. Mereka yg berubah ini punya kesedaran untuk mengeluarkan diri mereka dari situasi tertentu kepada situasi yg berlainan. Kita sebagai pemerhati tidak berhak untuk menilai mereka yg berubah itu samada baik atau buruk kerana buruk dan baik itu persepsi yg berbeza bagi setiap manusia, hanya satu sahaja "tali pegukur" yg kita boleh gunakan untuk menilai.. samada kearah yg lebih diredhai Allah atau tidak.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO