Rabu, 24 Februari 2010

Menasihati Rakan - Pakai Camni Pun Seksi Ke?

Adik Nik bertanya;

~i'm a student from a b0arding sch0ol in kelantan.
~just want to ask u the ways 2 advice my friends.
~kwn sy ni agak suka menunjukkn bntuk bdnny pd khalayak..
~bila sy mnasihatinya,, kwn sy itu akn ktakan "pakai cmni pn seksi ker? xsportin' r..
~n bila sy kata, "nk tggu pakai cam org b'kmban bru blh dilabelkan seksi?" dia t'singgung la pulak.
~klu blh sy xnk hubungn sy dan kwn2 jadi renggang,,
~tp bila sy tengok kwn2 sy mndedhkan aurat,, skit juga rsa hati ni,, tp xkn sy just nk mncegah kmungkaran dgn hati sj?
Jawapan saya

Didalam Islam, jika isteri mengingkari suami, maka hendaklah menasihati dengan mulut, kemudian asingkan tempat tidur dan kemudian barulah bercerai, dan tetapi itulah yang paling dibenci oleh Allah dan Nabi.

Didalam hubungan antara rakan, amat perlu lah kita berusaha dengan menasihati bukan sahaja dari perbualan dengan hujah2 yg bernas, akan tetapi dari segi perbuatan dan tingkah laku kita sendiri. Akan tetapi jika sudah puas berusaha maka tidak berhasil juga mak sudah tibalah masa untuk kita menjauhkan diri dari golongan sebegini kerana pertamanya untuk bertegas dengan mereka bahawa apa yg mereka lakukan itu tidak mengikut landasan Islam dan kita sebegai seorang muslim amat tidak boleh berkompromi didalam hal sebegini. Keduanya adalah kerana ditakuti pula lama kelamaan kita akan mengikut jejak langkah mereka. Tetapi proses menjauhkan itu hendaklah dilakukan dengan bijak dan tidak menimbulkan rasa marah mereka, kerana itu akan menjauhkan mereka lagi dari Islam.

Menjauhkan diri itu bukan beerti hubungan mereka dengan kita berhenti begitu sahaja, tingkatlah keimanan diri dan yang paling penting sekali kerapkan berdoa kepada Allah agar rakan kita itu berubah, tiada yang paling berkuasa didunia ini selain dari doa buat mereka yg kita sayangi dan insyaallah moga di beri hidayah kepada rakan kita itu kembali mengikut jalan yang benar. Allah mampu mengubah suasana dunia untuk membuatkan mereka tiba2 berubah, baik secara halus (hidayah) mahupun secara kasar dengan memberi kecelakaan kepada mereka yang mana kemudiannya menimbulkan kesedaran. Moga dijauhkan oleh Allah dari tindakan sedemikian, akan tetapi tidak ada yang Allah jadikan olehNya itu tanpa kebaikan. Kecil atau besar kecelakaan itu pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya.

Umat Islam akhir zaman bak kata Nabi hanyalah Islam pada nama sahaja, "sporting" hanya bila mengikut landasan barat dan landasan Islam sudah lapuk. Jika dnasihati sudah, dihati sudah maka jalan yg terbaik adalah untuk menjauhi golongan sebegini, kecualilah jika mereka punyai kepentingan kepada kita yang mana membuatkan kita masih kekal bersama mereka dan takut untuk kehilangan mereka.

Contoh yang paling nyata didunia sekarang ini rata2 pemimpin Islam masih tunduk "menjadi budak penggilap kasut" kepada barat terutamanya Amerika sedangkan telah terlalu nyata mereka adalah penindas umat islam sendiri. Apa yg mereka pentingkan adalah kedudukan dan kuasa mereka serta peluang untuk mengaut keuntungan dari wang dan harta kerana mereka tahu jika mereka menentang Amerika, mereka akan dijatuhkan, baik secara halus (bagaimana mereka menggunakan media untuk menjatuhkan Ahmadinejad) atau secara kasar (perang untuk menjatuhkan Saddam).


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 14 Februari 2010

Makanan Untuk Hati Dan Minda

Dari Saudari Ocean,

Assalamualaikum,

Syukran atas balasan dr saudara..
Banyak ilmu yg dapat dikongsi melalui blog ini..

melalui artikel tntg antara babi & zina..sy sedar sy pernah melakukan kesilapan kecil seperti pasangan lain.

..sy mempunyai kekasih..3tahun lebih tua dr sy..sekarang dia bertugas kat johor..dan sy kat sabah..sekali setahun baru dapat jumpa..hubungan kami mendapat restu dr kedua-dua orang tua kami..walaubagaimanapun sy rasa bersalah plak..sebab kadang2 tak dapat kawal perasaan ..rindu kat dia..dan kekadang berimaginasi tentang dia ..sampai di luar kawalan..saya rasa berdosa ..tapi saya tak tahu bagaimana nak menanganinya...

saya mintak sangat nasihat saudara tuk bantu saya..

saya masih muda..tapi dalam masa yang sama ..saya nak jadi muslimah sejati...lagipun sekarang ni sy baru nk pelajari ilmu agama dengan baik..

nasihat saudara untuk mensucikan hati dan akal..akhlak dan budi pekerti yang baik..apa jenis makanan yang baik untuk hati dan minda kita..?
ih..

ikhlas dr sy,
ocean..
terima kasih
Jawapan saya:


Waalaikumsalam, alhamdulillah sekurang2nya wujud kesedaran dihati akan perbuatan2 dosa kita yang lalu. Perkara yang lepas akan menjadi pengajaran dan sempadan buat kita menempuh hari medatang sebelum malaikat maut menjemput.

Umat manusia telah lama dibesarkan dengan pemikiran bahawa apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan, situasi, emosi hinggalah kepada personaliti. Memang tidak dinafikan, bahan2 kimia dari sumber makanan tertentu akan memberi kesan menerusi signal2 yang dihantar ke otak samda mempengaruhi cara pemikiran ataupun menyebabkan lebih banyak neurotransmitter (agen penghantar signal ) lebih banyak dirembeskan, akan tetapi minda kita sendiri yang lebih berkuasa dari makanan2 tersebut.

Paada pendapat saya, makanan terbaik untuk hati dan minda bukanlah makanan "fizikal" akan tetapi makanan rohani iaitu solat yang khusyuk dengan penuh kerelaan, ikhlas dan kasihkan Allah, itu makanan bagi hati, minda, jiwa dan juga ruh. Tanpa solat yang ikhlas dengan tumpuan dan pemahaman kepada bacaan2 solat itu menyebabkan hati menjadi mati dan lupakan Allah. Maka apabila hati tidak mendapat "tujahan2" peringatan kepada Allah ini maka kecenderungan untuk melakukan dosa akan terbuka luas. Sebab itulah solat sepatutnya mencegah kemungkaran akan tetapi jika kita lihat persekitaran kita, manusia yg solat tetap juga melakukan dosa jadi apa silapnya dalam solat tersebut? Sebab itu saya menekankan pentingnya pemahaman dan tumpuan kepada solat itu sendiri. Ini disusuli pula dengan ilmu pengetahuan, bukan ilmu2 artis ini kahwin sapa, pakai baju apa atau cerai berai akan tetapi ilmu pengetahuan yang berguna baik ilmu agama mahupun ilmu2 lain seperti sains, ekonomi dan sebagainya. Ilmu inilah juga makanan bagi hati, umpama rencah pada masakan, tidak enaklah jika nasi goreng tanpa daging, udang dan sayurnya. Iman dan taqwa kepada Allah itu ibarat "nasi" pada hati, dan ilmu2 lain itu sebagai "rencah"nya maka barulah kita dapat menikmati dengan lazatnya nikmat iman itu dengan lebih enak lagi.

Makanan kategori yang kedua pula adalah makanan yang halal, kebanyakan manusia tanpa sedar memasukkan makanan2 yang haram kedalam tubuh badan. Haramnya yang jelas seperti babi dan arak itu boleh dielak, bagaimana pula haram yang tidak kelihatan contohnya makan dari wang gaji yang tidak halal kerana semasa bekerja kita kuat ponteng, melengah2kan kerja dan sebagainya. Begitu juga makanan dari hasil riba seperti saham, skim cepat kaya dan sebagainya? Ini yang lebih bahaya dari babi dan arak kerana umat manusia akhir zaman ini tidak lagi hairan akan makanan dari sumber riba'/haram ini.

Lihatlah iklan2 dimajalah tabloid, tempelan2 pada tiang2 elektrik dan pebagai tempat lagi menawarkan pinjaman. Bukan setakat yang memberi pinjaman itu makan dosa riba, yang mengambil pinjaman itu juga terbabit dengan dosa riba, yang menempek iklan itu juga dosanya sama sahaja. Dengan wang pinjaman itulah makanan akan dibeli dan ini tanpa sedar akan membuat hati jadi mati.

Amat lebih penting bagi kita menganalisa akan makanan dari segi ini daripada memilih apa jenis makanan2 fizikal yang kita anggap boleh memberi kebaikan pada hati dan minda. Chessnut, ginko biloba dan minyak ikan adalah antara makanan yang elok untuk minda akan tetapi jika ianya dibeli dari sumber yang haram maka ianya tidak memberi makna.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO