Berdendam Dengan Ahli Agama
Saudari Nurul bertanya;
Saya seorang muslim. Saya solat lima waktu, membaca Al-Quran, menjaga aurat dan sedaya - upaya membawa diri saya dan keluarga kearah Islam sebagai Ad-din. Namum saya banyak berdendam dengan ahli agama yang ada disekeliling saya seperti para ustaz, ustazah malah juga jiran-jiran yang berpakaian jubah, serban , katayap dsb. Saya sering pergi ke kuliah-kuliah agama di surau-surau tetapi hanya duduk di belakang seolah-olah mencuri-curi dengar sahaja. Semua ini kerana saya berasa sinis untuk benar-benar masuk ke dalam kumpulan mereka.
Saya pernah mendampingi dan cuba bersahabat dengan mereka yang bergelar ustaz, bila benar-benar berada di dalam kelompok mereka, mereka juga mengumpat, menjatuhkan sesama islam, berdengki dengan kelebihan saudara seislam yang lain, mengutuk-mencerca sesama saudara. Mereka mengajar agama namun masih mempamerkan kejahatan-kejahatan hati sepeti ini.
Saya rasa kecewa dan mengambil keputusan untuk mendalami Islam dengan cara pembacaan, mendengar kuliah-kuliah agama secara umum dan tidak berguru secara serius walaupun saya tahu amat bahaya mengaji Islam kalau tidak berguru.
Sekarang seolah-olah ramai ahli agama yang berwatak dua, satu watak ketika mengajar dan satu lagi watak ketika diluar mengajar. Bila diluar mengajar, hilang watak ahli agama. Saya takut jika "Guru" saya nanti juga begitu.
Masalah saya ini adakah kerana saya terlalu perfectionis, atau ilmu saya yang terlalu cetek, atau frontal lobe saya telah tidak berfungsi dengan baik? Saya benar-benar keliru dengan sikap diri saya sendiri terhadap golongan ini.
Untuk pengetahuan, saya ada berbincang-bincang dengan orang disekeliling, ternyata ramai yang seperti saya. Seolah-olah sinis dengan ahli agama, terutama bila melihat perwatakan mereka yang tidak seimbang.
Jika saudara dapat memecahkan pemikiran sempit saya ini, saya harap saya dapat jalan keluar.
Jawapan Saya;
Assalamualaikum Saudari Nurul,
Boleh dikatakan semua ubat atau kaedah didalam perubatan moden ada kesan sampingannya, contohnya kemoterapi untuk menyembuhkan kanser yang menyebabkan rambut gugur, akan tetapi manusia tetap menerimanya kerana ianya adalah salah satu penyelesaian untuk masalah tersebut. Rata-rata manusia akan fokus kepada penyembuhan dan bukan kepada masalah gugurnya rambut.
Patutkan kita membuang buku ilmu hanya kerana kulit luarnya kotor. Akan tetapi jika kita fokuskan kepada kulit luarnya sahaja setiap hari maka lama kelamaan akan timbul rasa benci dan buku tersebut akhirnya akan sampai ke tong sampah. Pada pendapat saya, perkara yang sama juga sepatutnya berlaku didalam mencari ilmu. Kita sepatutnya fokuskan kepada ilmu yang dimiliki oleh ahli agama tersebut dan bukannya kepada keburukan yang dmiliki oleh mereka.
Keadaan hidup yang kita alami datangnya dari apa yang kita fokuskan didalam minda kita sendiri. Kita tidak pernah diajar bahawa kita sebenarnya bertanggung jawab terhadap apa jua yang terjadi didalam kehidupan, akan tetapi quntum fizik menolak pemahaman tersebut dan mengembalikan kuasa memilih kehidupan kembali kepada manusia itu sendiri melalui apa yang difokuskan didalam fikiran mereka.
Mulailah fokuskan kepada ilmu yang mereka miliki dan bukan keburukan, mungkin agak sukar pada mulanya kerana jaringan neuron diotak yang memfokus kepada keburukan sudah menebal dan setiap kali maklumat mengenai guru tersebut muncul, signal otak kebahagian fokuskan keburukan akan lebih diutamakan. Sebab itu kita perlu menjadi pemerhati yang hebat, memerhatikan apakah yang bermain difikiran dan alihkan pemikiran tersebut kearah yang lain. Lebih kerap kita fokus kepada kebaikan mereka maka jaringan neuron diotak akan semakin menebal dan jaringan yang memfokus kepada keburukan akan menjadi lemah dan lama kelamaan akan hilang (lupa). Cuba fokuskan hanya kepada ilmu-ilmu yang dimiliki dikalangan ahli agama yang saudara katakan dan jangan hiraukan apa yang berlaku didalam kehidupan mereka diluar kuliah. Maaf dan kasihanilah mereka yang tidak sedar mereka hanya menuju kemusnahan dengan bersikap sedemikian.
Mencari guru sama juga seperti mencari pasangan, rujuk artikel saya mengenai Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik. Semuanya bergantung kepada gelombang getaran yang kita milik. Mungkin disebabkan saudari punyai getaran "dendam" yang menyebabkan saudari hanya menemui guru yang hipokrit seperti yang saudari ceritakan. Apabila kita ubah cara kita berfikir, kita akan punyai getaran yang berbeza dan ini akan mengubah kehidupan kita contohnya dengan siapa kita akan lebih tertarik termasuklah juga ahli agama yang kita senangi. Moga berjaya, insyaallah.
Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...