Rabu, 9 Mei 2012

Korang Ni Paham Tak Takaful Tu Apa?

Saudara Tanpa Nama telah memberi komen;

salam sejahtera keatas kamu....
islam itu mudah... kenapa nak buat ia jadi kusut.. helmis, kenapa kamu type Allah SW je... mana T nya..? aku pun tak tau la korang ni paham ke tak takaful tu apa... sudah terang lagi bersuluh... korang tau tak apa itu zakat... kenapa ada harga harus diletakkan dalam takaful.. eh..eh.. kenapa zakat pun ada harga juga diletakkan yek? suka hati kita la nak bayar zakat berapa.. tapi kenapa kena ada peratusannya pula?pikir logik akal la sikit... oleh kerana manusia2 di muka bumi ini suku ambil kesempatan, adanya pencuri, suka membuat kerosakan... dan sebab ini lah wujudnya undang2 dan peraturan2 yang harus dipatuhi. betul tak?

“Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”

Tawakkal? Adakah kita menepati konsep tawakkal? Mari kita hayati suatu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasullah s.a.w., kisahnya begini;
Semasa sedang Saidina Umar al-Khattab r.a. ke masjid kelihatan beberapa sahabat tidak membiarkan unta mereka tanpa ditambat. Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya “Mengapa kamu tidak menambat unta-unta kamu.” Mereka menjawab “Kami bertawakkal kepada Allah s.w.t. wahai Umar. Bukankah kita kena bertawakkal kepada Allah s.w.t.?” Saidina Umar al-Khattab r.a. menambah “YA! wahai sahabat-sahabatku, tetapi kita mesti berusaha dahulu (dengan menambat unta) kemudian baru bertawakkal.” Kita mesti berubah. Untuk berubah mesti ada caranya, jangan sampai terpesong.

so... boleh ke kita ni hanya dok mintak kat Allah SWT tanpa kita usaha.. kita kata kita mengharap kan hanya dari Allah SWT.. ya.. memang kita patut mengharapkan hanya pada Allah SWT. tapi persoalannya... adakah Allah SWT memberikan apa yang kita minta itu terus dari langit jatuh depan mata kita? abu beli pisau dan razak pun beli pisau.. salah ke..? tak salah kan.. abu beli pisau dengan niat nak potong daging kat rumah tapi razak beli pisau dengan niat nak bunuh seseorang. Allah SWT memandang pada niat kita bukan amalan kita.. walau menggunung amalan kita tapi niatnya tak betul apa gunanya.. jadi salah ke kalau amin mengambil takaful dengan niat supaya keluarganya tidak meminta2 jika dia diuji Allah SWT dengan musibah? so.. kalau korang tak menyumbang tapi korang nak pulak terima sumbangan.. wajar ke... ibarat korang nak pahala tapi korang tak berusaha buat kebaikkan kerana Allah SWT.. korang ingat Allah SWT nak bagi korang pahala?

3 musuh utama islam adalah KEKUFURAN,KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN... apa maknanya ni?
jika kita berada dalam kekufuran/kejahilan bolehkah kita maju kedepan daripada kemunduran.. jika kita mudur bolehkah kita berada pada tahap bukan kemiskinan? kalau dah ada selipar kenapa nak berkaki ayam.. kalau ada motor kenapa nak jalan kaki.. siapa salah??? salah orang islam itu sendiri yang tak mau maju yang tetap nak berkaki ayam walau pun ada selipar.... sebahagian dari kewajipan seorang Muslim untuk mengadakan peruntukan takaful bagi keluarga dan masyarakat.

kalau dah majlis fatwa dan penceramah2 dan alim ulama kata takaful adalah halal disisi islam kenapa kita yang kail sejengkal ni nak nafikan...

Jawapan saya;

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama

Islam itu mudah jika kita jadi pak turut sahaja kepada apa yang diberitahu oleh orang lain, baik mak ayah, saudara, rakan cikgu hinggalah ke ulamak lebih-lebih lagi apabila ianya bertepatan dengan selera kita, yang jadi kusutnya adalah apabila kita mengetahui terdapatnya pendapat lain yang mana bercanggah dengan selera dan juga tahap keselesaan yang kita alami sekarang ini, ibarat katak yang sudah terbiasa selesa dibawah tempurungnya.

Adakah mana-mana dalil yang menyatakan jika saya tinggalkan "T" berdosa? Saya yakin saudara adalah seorang yang tinggi ilmunya, harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Jika saudara google pasti saudara akan terjumpa banyak lagi laman web yang menggunakan hanya SW sahaja jadi SW atau SWT tetap "Subhanawata'ala", saya pasti tidak akan menimbulkan kekeliruan. Saya juga boleh mempersoalkan mengapa saudara tidak memberi salam dalam bahasa Arab, tetapi saya tahu ia memberikan maksud yang sama jadi tidak perlulah saya mempertikaikannya.

Jika anda amat memahami takaful itu sendiri maka sepatutnya tidak berselindung disebalik tanpa nama, sepatutnya berikan pautan kepada laman web saudara supaya rakan-rakan lain yang saudara labelkan sebagai "korang ni paham ke tak takaful tu apa" itu boleh bertanyakan soalan.

Zakat diletakkan harga atau nilainya kerana ada hadis Nabi SAW yang menyatakannya, harap dapat saudara berikan dalil untuk insuran pula, akan tetapi saya dapat membayangkan yang saudara akan tersengih sahaja kerana sudah pastilah tiada dalil untuk harga insuran, kalau ada pun hanyalah "dalil" yang dikeluarkan oleh mereka yang bekerja dengan syarikat insuran itu sendiri. Adakah saudara "pikir logik akal la sikit..." atau hanya menjadi pak turut sahaja apa yang telah disuapkan?


Ya, memang benar Allah SW tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, akan tetapi adakah ubah nasib itu dengan bergantung kepada suatu unsur perjudian aka insuran atau takaful? Memang betul Saidina Umar suruh tambat unta tersebut tetapi adakah Saidina menyuruh mereka kutip sedikit wang daripada kalangan mereka dan kemudian jika ada sesiapa yang hilang untanya akan kita bayarkan wang yang tersebut kepada mereka?

Kisah Saidina Umar RA itu juga berkait dengan hadis Nabi SAW yang menyuruh kita tambatkan unta dahulu kemudian bertawakkal. Dalam konsep pemikiran saudara, "tambat unta" atau usaha yang perlu dilakukan adalah dengan membeli insuran akan tetapi bagi diri saya ianya berbeza.

Saya kaji dan fikir, jika saya tidak mahu kehilangan unta maka saya perlu menambatkannya dan kemudian bertawakkal kepada Allah SW. Jadi jika saya mahu menyediakan sejumlah wang untuk bekalan anak isteri saya jika saya mati, bukankah lebih elok, berkah dan afdal jika saya mengumpulkan wang tersebut dari usaha titik peluh saya sendiri? Jika saya boleh hentikan langganan Astro, sewa rumah apartmen dari pada beli kondo, boleh beli kereta second hand tunai atau jika didalam darurat sekalipun membeli secara ansuran kereta terpakai dan bukan meluru membeli proton model baru, boleh berhenti "membakar' wang dengan berhenti merokok dan sebagainya, bukankah saya boleh kumpulkan wang melebihi premium insuran?

Akan tetapi jika saya mati pada hari esoknya tanpa dapat menyimpan barang satu sen pun, bukankah Allah SW telah menjanjikan rezeki bagi setiap makhluknya? (Surah Al Anaam 11:151). Itu baru tawakkal sebenarnya iaitu percaya bahawa rezeki dan pertolongan itu dari Allah SW dan bukannya dari polisi insuran.

Masaalah umat Islam pada hari ini adalah lebih percaya kepada suatu yang nyata dan jelas kelihatan. Apa yang nampak didepan mata seperti penyata bank, unit amanah, prospektus dan juga polisi insuran/takaful lebih dipercayai dari janji Allah SW yang tak nampak entah dimana-mana, umpama kafirun yang perlukan patung untuk disembah supaya kuat akan pegangan mereka. Tidak pada Islam yang mana kita perlu malah wajib percaya kepada susuatu yang ghaib (Surah Al Baqarah 2:3), malah didalam fizik kuantum sekalipun dunia sub-atomik, dunia zarah yang tidak kelihatan berjuta-juta kali lebih berkuasa dari dunia kimia yang kelihatan, lihatlah beza bom konvensional yang terhasil menerusia manipulasi kimia berbanding dengan bom nuklear yang terhasil dari manipulasi nukleus atom itu sendiri. Jadi bayangkan kesannya jika kita lebih percaya kepada Allah SW (yang ghaib) berbanding dengan polisi itu sendiri.

Ya saya setuju segala usaha kita itu bergantung kepada niat dan niat saudara untuk memberi bekalan rezeki kepada anak isteri jika berlaku musibah amatlah murni. Akan tetapi perlu lah juga kita selidik dahulu rezeki tersebut halal atau tidak. Adakah ianya lembu atau babi, atau ianya telah diubah suai menjadi lembi (lembu kacuk babi).

Jika saudara luang sedikit masa menyelidik insuran itu sendiri saudara pasti akan bertemu dengan banyak artikel mantap berkenaan insuran itu sendiri. Amat saya kagumi artikel tulisan Ustaz Zaharuddin semasa beliau berada di Jordan yang mana telah menberikan penjelasan panjang lebar mengenai hukum Insuran didalam kategori perniagaan yang rata-rata diamalkan di Malaysia. Saudara boleh juga membuat perbandingan dengan pendapat beliau didalam blognya yang mana menyatakan takaful berbeza dengan insuran kerana

"syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma)"
. Jika saudara mahu menerima pendapat beliau silakan, beliau seorang Ustaz Ulamak berbanding saya seorang jurutera sahaja akan tetapi saya tidak menumpukan ilmu didalam otak saya ini berkenaan kejuruteraan sahaja akan tetapi meliputi juga cabang ilmu yang lain dan alhamdulillah dari situ saya mampu memberikan pendapat saya sendiri dan mampu mengenali mana lembu, mana babi dan mana "lembi" agar apa yang saya suapkan kemulut anak isteri saya atau bekalan untuk mereka apabila saya mati nanti insyaallah benar-benar halal.

Insuran islamik atau takaful dizaman moden ini semuanya adalah berbentuk perniagaan yang mana pelabur melabur (boleh dikatakan semua syarikat insuran takaful adalah syarikat Berhad yang mana tersenarai di bursa saham) untuk mendapatkan keuntungan dari kebarangkalian kesusahan orang lain. Mengikut artikel Uzar lebih banyak ulamak yang menyatakannya ianya haram dan saudara boleh kira sendiri beberapa orang sahaja yang menyatakan ianya halal. Masaalahnya maklumat-maklumat sebegini tidak keluar di TV, tidak keluar di radio dan surat khabar maka manusia kebanyakan manusia telah dihipnosis dengan maklumat yang berat sebelah (sama juga dengan politik) maka jika takaful dicanang sebagai halal, dan kita juga selesa apatah lagi mendapat habuan darinya (sebagai penjual atau penerima pampasan), maka kita pun membuta tuli menyokong pendapat beberapa ulamak yang menyatakan ianya halal sedangkan ramai lagi yang menyatakan sebaliknya (iaitu yang tak keluar TV, radio dan sebagainya) tidak langsung diketahui umum.
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
Apabila terdapat percanggahan diantara ulamak maka kita bagi orang kebanyakan amatlah perlu berhati-hati dan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya sebelum menerima pendapat mereka walaupun mereka itu ulamak, jika mereka membuat kesilapan dan kita mengikut sahaja pendapat mereka maka kita juga nanti akan bersama mereka didalam neraka. Sila baca artikel saya ini untuk penjelasan lanjut. Apabila tidak terang halal haram kerana terdapat dua pendapat bercanggah maka ia menjadi perkara syubahat maka eloklah kita orang kebanyakan mengelakkannya.

Ya saya bersetuju yang antara 3 musuh utama islam adalah KEKUFURAN,KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN... akan tetapi tidakkah perlu kita mengkaji mengapa kita kufur, mundur dan miskin? Adakah kerana dengan tidak mengambil takaful? Tidak, jawapannya adalah kerana umat Islam itu sendiri telah lama meninggalkan Islam yang sebenarnya, komen saudara sahaja sudah cukup untuk dibuat perbandingan kualiti umat Islam pada zaman ini. Islam hanya pada nama, masjid hebat tetapi tiada pedoman dan hidayah, ulamaknya pula adalah orang yang paling teruk dibawah langit.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.;
“…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…” (HR al-Baihaqi)

Perlu kita kaji mengapa Islam yang suatu ketika dahulu menguasai dunia dengan empayar yang luas jatuh tersungkur dan kini perlu menjadi "budak penggilap kasut" negara barat untuk maju? Jawapannya adalah kita telah meninggalkan Islam. Takaful datang dari mana? Datangnya dari insuran dan dari mana datangnya insuran itu jika tidak dari barat?
Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: Kamu akan ikuti jejak langkah mereka sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang cicak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka. Kami bertanya; Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: Siapa lagi (jika bukan mereka) Sahim Muslim

Banyak lagi sistem kehidupan lain yang umat Islam ikut dari barat seperti kewangan, perbankan, politik, perundangan yang mana telah membawa manusia kepada kehancuran. Lihatlah banyaknya label "islamik" didalam kehidupan akhir zaman ini tetapi umat Islam semakin hari semakin kufur, mundur dan miskin, tidak kah kita perlu mengkaji apa yang tidak kena? Apa jua proses "baik pulih" yang dilakukan oleh umat Islam hari ini tidak menangani masaalah sebenar, ibarat ada kebocoran gas didalam rumah tetapi yang dilakukan adalah dengan memasang penapis udara, memberi topeng gas kepada penghuni dan sebagainya sedangkan punca utama sahaja yang perlu diperbetulkan. Akan tetapi ini tidak dilakukan kerana apa? Kerana nanti akan ada tokeh penapis udara akan rugi, tokeh topeng gas akan rugi, ada tokey ubat sakit dada akan rugi dan sebagainya. Habuan dunia menyebabkan manusia lupa akan masaalah sebenar umat Islam hari ini.

Tiada insuran atau takaful (pada pendapat saya) didalam Islam, yang ada hanyalah konsep tolong menolong tanpa mengharap balasan dari insan lain, hanya mengharapkan keredhaan dan pahala dari Allah SW contohnya BaitulMal atau khairat kematian. Akan tetapi ianya tidak berkembang luas kerana apa? Kerana tiada ganjaran materialistik didalamnya, tiada penyata, tiada polisi, tiada prospektus dan sebagainya yang menjanjikan manusia akan bayaran dalam bentuk wang. Takaful berkembang biak kerana ada orang yang mendapat habuan dunia daripadanya. Didalam syarikat berhad sesiapa sahaja boleh membeli sahamnya di bursa saham hatta Yahudi Zionis sekalipun. Pengkorporatan adalah pengkeparatan kepada umat manusia itu sendiri akan tetapi berapa ramai yang punyai "mata" untuk melihatnya.

Mungkin kail saya hanya sejengkal, akan tetapi saya ada banyak kailnya jadi dengan hanya memancing dipantai tanpa kelaut dalam sudah cukup untuk saya mendapat ikan yang banyak dan tidak perlu makan "lembi". Alhamdulillah pendapat yang telah saya berikan didalam artikel sebelum ini adalah dari pemikiran mendalam dari sudut fizik dan psikologi manusia yang mana saya kaitkan dengan Islam dan saya tidak pernah membaca artikel islamik mengenai insuran. Alhamdulillah semasa cuba menjawab soalan saudara ini terjumpa dengan artikel tersebut yang mana selari dengan pendapat saya. Ini bertepatan dengan moto laman ini, untuk belajar adalah dengan mengajar. Moga menjadi galakan kepada rakan semua untuk melakukan usaha yang sama. Ribuan ampun dan maaf jika saya terkasar bahasa, anggaplah ianya sebagai "ketukan minda" buat mereka yang mahu berfikir. Wassalam.

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

byk bersedekah dan mengeluarkan zakat adalah insuran kita.membuat kebaikan pada org lain juga insuran kita.so kalau nak keluarga dihindari dari musibah berusahalah tinggalkan apa yg Allah swtlarang dan buat apa yg Allah swt suruh secara BERSUNGGUH-SUNGGUH InsyaAllah rezeki dtg dari arah yg tidak disangka2.ini janji Allah dalam ayat 1000 dinar.Kita semua tertipu dgn FITNAH dunia.Bagi saya takaful ,perbankan islamik adalah fitnah dunia.tepuk dada tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

sudah lama saya menantikan artikel2 terbaru dari tuan... saya memang suka membaca dan mendengar pandangan2 yg lain dari yg lain... teruskan tuan mengetuk minda saya dan org lain... terima kasih anda adalah guru saya....!

Tanpa Nama berkata...

wala tardha ankal Yahuda walan Nasara hatta tatabia'milatahum (Quran)
Yahudi & Nasara tak akan redha hingga kamu (umat Islam) mengikut agama / ajaran mereka
Nas Quran
Nas hadis tadi menyokong nas Quran
tapi Quran & hadis juga ada menyatakan Yahudi & Nasara ada yg acceptable (ahli zimmah)
so x de la contradiction
ada optional cases yahudi/Nasara yg boleh pakai la
Eg ayat Quran surah Ar Rum , org Nasara lebih close to Islam, Nabi sedih bila rum kalah perang dgn parsi

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Jadi Yahudi mana yang boleh kita ikut? Yahudi bank? Yahudi Insuran? Bank ada dizaman kegemilangan Islam? Mungkin ada tetapi saya percaya mereka tidak mencipta wang baru melalui kemasukan data kira-kira menerusi Fractional banking system. Insuran ada dizaman kegemilangan Islam?

Ya memang yahudi juga membina komputer yang mana saya menggunakannya untuk menjawab soalan saudara ini akan tetapi tidak semua yang dibawakan mereka kita boleh ikut, jika kelubang cicak tak perlulah kita mengikut mereka.

Lihatlah apa yang memberi manafaat kepada SEMUA umat manusia dan bukan memberi keuntungan dividen kepada pemegang saham (pelabur syarikat takaful) menerusi muslihat tolong menolong dan juga kepada ahli yang membayar insuran sahaja. Ini sistem pilih bulu yang tidak wujud didalam Islam. Semangat membantu didalam Islam tiada batasan rupa, agama, atau pun yang berduit sahaja dan tolong menolong bukan cara untuk membuat keuntungan daripadanya. Perlu kita semua fikir ikut akal dan bukan fikir ikut rasa. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam saudara helmis

mintak pandangan saudara berkaitan dengan insurans/takaful kenderaan seperti kereta dan motor?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Pada pendapat saya dan apa yang dah saya belajar saya setuju dengan UZAR
takaful sendiri ada konsep tabarru' dan duit yang simalang dapat sebagai pampasan juga adalah hasil tabarru' dari semua yang membuat sumbangan.. konsep menyimpan di takaful sama seperti menyimpan di islamic banking sendiri...
mungkin ilmu saya tidak sedalam tuan, tapi saya yakin masing2 ada pendapat dan dalil yang tersendiri untuk pertahankan.. masing2 perlu hormat dengan pandangan masing2..
janganla kita bertelagah kerana perkara yang kecil.. kalau diikutkan betul2 islamik kitaran wang di Malaysia ni pun perlu kita fikirkan..
maaf kalo tersalah tolong betulkan...

mikha berkata...

Jgn lupa Firman Allah dlm Al Quran..

Orang orang yang meninggal dunia diantaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri isterinya,(yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dgn tidak disuruh pindah (dari rumahnya), Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kepada wanita wanita yg diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut'ah menurut yang ma'ruf, sebagai suatu kewajiban bagi orang orang yang takwa.

Demikianlah Allah menerangkan kepada mu ayat ayat Nya (hukum bukum nya) supaya kamu memahaminya.
..........................

Sedikit perkongsian..Mungkin kita terlupa atau tidak perasan..

Bacalah Al Quran dgn perlahan lahan dan berulang kali..

Mungkin kita sibuk mengkaji satu hak sehingga kita lupa hak hak yg lain.

Seperti hak hak wanita..Hak wanita sering dilupakan dan tidak dipedulikan.

Dan sy percaya byk wanita dan suami tidak mengetahui ttg hak ini dan tanggunjawab ini.

Atau mungkin hanya kerana ni hanya hak wanita dipandang sebelah mata oleh org lelaki.

Sy kongsikan ini kerana supaya kita tahu dlm kesibukan kita nk menegakkan hak yg lain masih ada lg yang tertinggal..Adakah ianya tidak dikira?

Bacalah Kitab Al Quran..bacalah berulang ulang..
Kebanyakkan manusia lebih suka ayat ayat yg samar dr yg jelas..

Walau macamana hebatnya hujah..hebat lg hujah Allah SWT.

Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah

Beserah lah pd Allah. Semuanya Hak Allah. Ingatlah Asma Ul Husna.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Sahabat,

Saya berumur 30 tahun, berkerja sebagai eksekutif bank konvesional selama 6 tahun.

Saya sangat tertarik dengan pandangan2 saudara dalam bab Riba, ekonomi Islam dan sbgnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Banyak perkara yang dilakukan oleh umat manusia di Malaysia selepas disebatikan dengan perkara yang haram oleh pihak kafir. Contohnya rokok, arak, insurans dan bank.

Sudah berpuluh berates tahun kita dikelilingi oleh rokok, arak, insurans dan bank sehingga kita rasa biasa.

Manusia zaman ini makin jauh dari ajaran Islam.

Bagi saya takaful dan perbankan Islam yang diperkenalkan di Malaysia bukan bersungguh hendak menegakkan Islam di Malaysia. Takaful dan perbankan Islam dibuat kerana mencipta PASARAN di kalangan orang Islam. Dari situ keuntungan dikaut oleh kapitalis.

Sebab itu mungkin terhasil produk perbankan Islam mirip kepada riba.

Sebab itu kuta selalu perlu berfikir.

Tanpa Nama berkata...

kata orang kapitalis...ekonomi adalah to fullfil people needs.needs tu sebenarnya nafsu...kita perlu ransangkan nafsu supaya needs menjadi unlimited ....biar mrk ikut nafsu...semakin tinggi nafsu mrk semakin bnyk produk kita... mrk tak mampu kita bg kemudahan pinjam...tp jgn lupa kita cekik mrk dgn riba....weak people perfect market

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO