Ahad, 17 Jun 2012

Bagaimana Membina Pemikiran Seperti Saudara

Saudara Asyraf bertanya;
Saya salah seorang pembaca blog syurgadidunia dan tertarik juga dengan
ulasan2 yang diberikan oleh saudara. terbit rasa kagum kerana idea2
yang dikemukakan agak bernas dan membantu mengembangkan pemikiran
saya.

saya nak tanya, macam mana saudara membina pemikiran saudara yang ada
sekarang? mungkin ada cara2 yang saya boleh ambil dan 'apply' untuk
membina pemikiran yang mantap seperti saudara. harap saudara sudi
berkongsi. :)

Jawapan saya;

Assalamualaikum Asyraf,

Terimakasih dan alhamdulillah kerana apa yang saya kemukakan didalam artikel saya membantu mengembangkan pemikiran saudara. Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia, jika saya pandang semula kebelakang melihat kehidupan saya yang lalu, semuanya dengan bantuan Allah SW yang membawa saya kepada keadaaan saya sekarang ini.


Perbezaan yang paling nyata pada diri saya beberapa tahun yang lalu berbanding sekarang adalah saya lebih banyak membaca dan bahan bacaan saya pula tidak terhad kepada satu cabang ilmu sahaja. Walaupun saya seorang engineer tetapi saya tidak hadkan ilmu yang saya cari hanya dibidang kejuruteraan semata-mata. Ramai manusia hari ini berterusan menuntut ilmu supaya dia makin hebat didalam kerjayanya jadi akan mudah naik pangkat dan kemudian naik gaji. Jadi memanglah berterusan menuntut ilmu tetapi hanya menemui sekeping dari "jig saw puzzle" kehidupan.

Kelebihan yang Allah SW berikan kepada saya dari segi masa didalam pesawat ketika bertugas membolehkan saya membaca. Jika semasa zaman jahiliyah dahulu saya hanya menghabiskan masa dengan inflight entertainment, sejak 4 tahun yang lepas saya habiskan dengan melakukan perkara yang lebih bermanafaa iaitu mendalami ilmu, dan ilmu itu pula terdiri dari pelbagai cabang termasuklah ekonomi, psikologi, neurologi, endokronologi, motivasi, dan yang paling saya minati fizik kuantum. Saya bukan membaca buku teks subjek tersebut tetapi buku atau novel berasaskan fakta oleh pakar-pakar didalam bidang berkenaan.

Kes Lina Joy yang mencabar situasi umat Islam beberapa tahun yang lalu juga telah menggerakkan saya untuk mencari kebenaran antara Al Quran dan Bible, ianya memberikan motivasi kepada saya untuk membuktikan bahawa Allah SW itu tuhan yang benar dan agama Islam itu adalah agama yang diturunkanNya untuk umat manusia. Apabila saya membaca buku-buku ilmiah lain pula dan berjumpa dengan kaitan (membuktikan keesaaan Allah SW dan kebenaran Islam itu sendiri) maka ia memberikan saya semangat untuk berterusan membaca agar bertemu dengan kepingan- kepingan "puzzle" kehidupan yang lain lagi. 

Alhamdulillah saya juga telah mulakan langkah saya dengan membaca terjemahan Al Quran dan dapat mengaitkan ayat-ayat Al Quran tersebut dengan ilmu-ilmu dari bidang lain. Ilmu-ilmu dari bidang lain ini pada pendapat saya membentuk kepingan-kepingan lain "jig saw puzzle" kehidupan dan apabila kita dapat lihat kaitannya maka kepingan-kepingan tersebut dapatlah bercantum, Apabila bercantum semua kepingan tersebut maka dapatlah kita melihat dan memahami apa sebenarnya akan kehidupan itu sendiri dan semakin jelas akan keesaan Allah SW itu.

Selain dari itu mungkin juga kerana saya banyak merantau menjelajah diseluruh dunia, semua benua telah pun saya jejaki jadi mungkin sebab itu pandangan saya mengenai dunia ini agak berbeza. (Sila rujuk firman Allah SW dalam surah Al Haj 22:46). Saya juga amat jarang menonton TV malah dirumah saya hanya ada TV tetapi tidak saya sambungkan kepada antenna atau pun penerima satelit. Saya hanya menggunakan ianya untuk menonton ceramah-ceramah agama yang saya rakam atau pun dokumentari yang berkenaan dengan fakta-fakta sains. Saya juga tidak membina rutin membaca akhbar harian sebagai suatu kemestian, hanya sekali sekala untuk mengetahui apa yang terjadi didunia luar dari kehidupan saya. 

Pada pendapat saya semuanya bergantung kepada niat dan dari niat itu ia membentuk pemikiran lantas mencipta realiti kehidupan itu sendiri. "Nawaitu" saya mendalami ilmu bukan untuk naik gaji tetapi untuk "melihat" Allah dan mengesakannya, tidak salah menuntut ilmu untuk menaikkan taraf diri dan keluarga, akan tetapi ilmu yang lain juga perlu dipelajari. Jika niat untuk mengesakan Allah SW maka itulah yang akan ditemui dan jika mahu menidakkannya itu jugalah yang akan ditemui. Saudara boleh merujuk kepada jawapan saya kepada saudara kita yang mengganggap dirinya seorang atheis dalam soaljawab yang lepas. Dia juga membaca tetapi apa yang ditemuinya amat berbeza. Allah SW itu maha pemurah dan ini adalah salah satu bukti akan sifat-sifatNya itu.

Harap apa yang saya paparkan ini bukan untuk bermegah-megah atau membanggakan diri, maafkan saya jika ada dikalangan rakan yang beranggapan sedemikian terhadap saya. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Walaupun begitu baik dan buruk adalah relatif, jika ingin mengetahui hakikat sebenarnya, perhatikanlah kepada "end-result"nya. Wassalam

2 Komen:

TT admin berkata...

Salam ramadhan kepada saudara.
Lambat saya reply tentang jwpn saudara ini..
Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya..
Saya kurang jelas dengan buku2/novel yang berasaskan fakta. Boleh saudara tunjukkan contoh2 tajuk buku yang berkaitan?

muhammad berkata...

Salam

Perenggang akhir ayat 'perhatikanlah pada '"end result" nya'

Saya tertarik dgn ayat ini..cukup bermakna pada sy. Inilah penilaian yg sy guna pakai setelah membaca dan memahami apa yg tuan sampaikan... membuat perbandingan dengan hujah2 mereka yg menentang atikel tuan.

Semenjak mengenali blog tuan terutama berkenaan riba dan islamik bank sy cuba berkongsi hujah tuan berkenaan haramnya perkara ini kepada kenalan dan keluarga. Walaupun sy sendiri masih lagi terkial kial utk keluar dr rantaian riba/pinjaman bank sekurang kurangnya ada juga dakwah sy utk sahabat/keluarga sama sama berfikir.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO