Sabtu, 8 Mei 2010

Maksud SyurgaDiDunia

Saudara Zack bertanya;

boleh tak saudara jelaskan maksud tersirat n tersurat " bagaimana syurga dan dunia di tempat yang sama"
Jawapan saya;

Tajuk blog saya adalah "Bagaimana JIKA..." dan bukannya apa yang saudara sebutkan didalam soalan saudara, tertinggalnya perkataan "jika" itu akan memberi maksud yang berlainan. Dengan adanya perkataan "jika" didalam ayat tersebut, saya sebenarnya mengajak rakan-rakan berfikir bagaimana sekiranya dunia nyata yang kita diami ini juga boleh menjadi syurga, syurga untuk seluruh umat manusia dan bukan setakat syurga pada sesetengah individu tertentu sahaja. Ianya bukan juga syurga igauan kebanyakan manusia contohnya wanita yg punyai suami yg setia dan tidak berselera dengan wanita lain dengan rumah banglo besar serta BMW X6 sebagai kereta kepasar ataupun lelaki yg mempunyai isteri pertama dan tiga isteri muda cantik jelita yang boleh duduk serumah tanpa berperang tarik menarik rambut dan sebagainya.

Memang syurga di akhirat tidak terjangkau oleh pemikiran kita sebagai umat manusia akan tetapi syurga didunia itu adalah dengan keadaan kehidupan yang aman sentosa dan harmoni tanpa punyai perasaan negatif atau buruk sesama manusia. Boleh kah itu dicapai? Mustahil? Pada pendapat saya ia memang amat sukar tetapi tidak mustahil akan tetapi selagi syaitan wujud maka selagi itulah manusia akan terpengaruh dengan tipu dayanya dan berusaha mewujudkan syurga itu hanya untuk diri sendiri tanpa mengira kebajikan manusia lain dan akibat dari tu juga wujudlah pula keadaan "neraka" didunia bagi sesetengah golongan manusia lain yang lemah dan tidak bernasib baik.

Saya telah pun menulis artikel Mengapa Syurga DiDunia dan diharap saudara boleh membacanya untuk penjelasan lebih lanjut. Apa yang saya kemukakan adalah idea dari apa yg saya baca, lihat dan fikir secara mendalam, semakin banyak membaca dan lihat maka semakin banyak jaringan neuron diotak yg mana ianya akan disimpan sebagai memori baik secara sedar atau tidak, semakin banyak berfikir pula akan membuatkan otak sentiasa berlatih untuk mengaitkan kesemua jaringan neuron menjadi suatu idea yg lebih bermakna dan sudah semestinya ia juga berdasarkan kepada niat.

Niat saya hanyalah satu, untuk mendapat keredhaan Allah dengan lebih memberi dan belajar untuk tidak hanya menerima, itulah janji Allah didalam surah Al-Lail yang mana Allah SW akan memudahkan jalan bagi diri mereka yang selalu memberi dan menyukarkan mereka yang hanya mahu menerima. Didalam sistem kapitalis ini telah saya rumuskan, untuk menjadi kaya dan mendapat kesenangan didunia iaitu wang ringgit, satu-satunya cara hanya adalah dengan mengambil hak insan lain contohnya riba' atau menjadikan manusia lain sebagai tuas (leverage) untuk bekerja bagi pihak mereka contohnya dengan MLM. Sebagaimana saya tidak mahu diperlakukan sebegitu, saya juga tidak mahu melakukannya kepada orang lain. Maka sudah tentulah saya tidak akan menjadi insan yang kaya raya dan boleh memberi derma wang ringgit untuk membantu manusia lain, jadi pemberian saya hanyalah menerusi ilmu dan juga nasihat menurut apa yang saya fikirkan terbaik untuk membantu sesama manusia.

Apa yang saya boleh berikan hanyalah ilmu-ilmu dan juga idea-idea baru yang mungkin boleh mengubah corak pemikiran lantas mencipta bentuk kehidupan serba baru dengan sikap dan tingkahlaku manusia yang lebih cintakan Allah, Nabi dan juga semua insan-insan lain disekelilingnya. Dan apabila kuasa cinta itu melebihi cintakan kuasa, insyaallah menikmati syurgadidunia ini bukan lagi suatu yang mustahil.

Agak terperanjat saya apabila membaca buku karangan Harun Yahya "Evolution Deceit" yang mana didalam muka surat terakhir dibawah tajuk kecil "The Gain Of Beleivers",
"When spacelessness is comprehended, it will be understood that hell, heavan and earth are all actually at the same place".
Walaupun beliau membuat kenyataan tersebut berdasarkan pandangan beliau bahawa ruang (space) itu hanyalah ciptaan didalam minda kita sendiri dan bukan suatu yang realiti (yang saya juga bersependapat dengan beliau), akan tetapi jika dilihat dari sudut kenyataan syurga dan dunia ditempat yang sama itu sendiri, nampaknya kami juga punyai pemikiran yang sama cuma dari berlainan perspektif.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 2 Mei 2010

Blogger Islam Tak Ikut Islam

Dari Faroaq;

assalamualaikum.. saya faroaq.. pelajar univ.... saya juga antara yang meminati artikel tuan, saya ada satu persoalan, dalam penelitian saya, lebih ratusan bloger yang nak bawak islam, yang faham islam, dan yang faham bagaimana nak sebarkan islam, tapi tak ramai yang cuba bertindak mengikut kefahamannya. buktinya, kebobrokan sosial dan akhlak di kalangan remaja masih banyak di malaysia, apa pandangan tuan.. harap respon.

Respon saya;

Waalaikumsalam, apa yang saudara kemukakan disini adalah contoh apa yg dipanggil "cakap tak serupa bikin", walaubagaimana mungkin hanya segelintir sahaja blogger yg bersifat sedemikian, saya yakin blogger yang benar-benar ikhlas sebarkan Islam tidak akan bersifat sebegitu. Pada pendapat saya yang menyebabkan ramai yang cakap tak serupa bikin adalah kerana perbezaan situasi ketika menulis dengan situasi sebenar kehidupan sehari-harian.

Semasa menulis, fisiologi manusia selalunya didalam keadaan tenang. Amat sukar untuk menulis bab agama dan nasihat tak kala fikiran bercelaru atau bernafsu. Semasa keadaan tenang, darah mengalir dengan berkesan ke bahagian otak yg digunakan untuk berfikir iaitu frontal lobe. Ketika menulis juga, blogger hanya tertumpu kepada skrin komputer dan tidak kepada pandangan-pandangan yang menaikkan nafsu, jadi idea menegakkan Islam itu mencurah-curah datang ketika dialam maya itu.

Akan tetapi apabila keluar sahaja ke alam nyata, kebanyakan manusia akan terdedah dengan pelbagai contoh dugaan maksiat yang mana tak secara langsung mengalih minda mereka dari keadaan sayangkan Islam seperti ketika situasi menulis blog kepada situasi menjadi pengikut maksiat. 

Dugaan-dugaan itu datangnya dari media samada TV, filem mahupun dari internet itu sendiri atau yang paling biasa sekali (dugaan kepada blogger lelaki) adalah cara wanita zaman kini berpakaian. Mungkin ada yang berkata "Ala, perempuan bertudung pun ada yang di "kacau" oleh lelaki", pada pemikiran saya pula sebab wanita lain tidak menutup auratlah wanita lain yang sopan menjadi mangsa (Suka Hati Akula Nak Pakai Apa).

Didalam dunia yang penuh helah dan tipu daya ini hanya satu sahaja pelindung bagi kebanyakan muslimin dan muslimat yang benar-benar mahu sentiasa berada dijalan yang lurus iaitu dengan solat yang berkualiti. Dengan solat yang ikhlas (bukan terpaksa) kerana Allah dan yang amat penting sekali adalah tumpuan yang penuh kepada bacaan dan maksudnya. Bukankah solat itu pencegah kemungkaran jadi apabila kukuh tembok penghalangnya (solat) maka serangan-serangan dari luar iaitu maksiat oleh kafirun dan juga oleh "muslim part time" akan boleh ditampan dengan mudahnya.

Dengan tumpuan kepada bacaan dan maksud ayat yang dikumat kamitkan, manusia berlatih menjadi pemerhati yang hebat, iaitu pemerhati kepada apa yang bergelegar diminda mereka. Semua tingkah laku bermula dari pemikiran jadi amatlah perlu untuk menganalisa/memerhatikan ianya sepanjang masa dan dengan frontal lobe yang kuat seseorang itu boleh mengaitkan semula apa yang ditulis dengan fikiran mereka ketika itu dan juga mampu menganalisa kesan tindakan masa kini terhadap masa depan maka barulah mereka boleh menjadi "cakap serupa bikin".


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO