Isnin, 15 Jun 2009

Getaran Ayat2 Al Quran

Saudara Daniel Tomo bertanya;

saya pernah terbaca di buku sufihealing tentang getaran getaran yang ada pada ayat ayat quraan apabila insan mendengarnya ia akan memperbetulkan secretion drpd enzymes yang ada pada human beings.Apabila secretion nya itu teratur maka manusia itu akan tenang walaupun dia menghadapi tekanan dalaman atau pun luaran.Mungkin saudara dapat menghuraikan nya lebih mendalam lagi.

Pendapat saya;

Semua hidupan didunia ini sentiasa berzikir kepada Allah, dari batu2, gunung ganang, haiwan dan semua tumbuh2an sentiasa ingat dan meng"esa"kan Allah. Bagi pendapat saya, sel2 didalam tubuh badan kita juga berbuat demikian tetapi dari sudut yg berbeza.

Apa yg berlaku didalam tubuh manusia adalah, manusia itu sendiri merosakkan sel2 badannya sendiri dgn melakukan dosa2 yang mana tubuh badannya (yg terdiri dari 50 trillion sel2) terlibat sama (sesat dan tidak melakukan perintah Allah). Akan tetapi apabila sel2nya mendengar ayat2 Quran dibacakan (melalui kimia emosi yg dirembes oleh otak manusia tersebut), sel2 manusia itu akan kembali mengikut perintah Allah terhadapnya untuk melakukan apa yg ditetapkan oleh Allah terhadap sel2 tersebut (seperti merembes semula enzim2 untuk manafaat manusia tersebut) Jadi ia akan kembali melakukan tugas yg sepatutnya dilakukan.

Pada pendapat saya, semua kehidupan didunia ini mendapat panduan dari Allah tetapi dgn konsep yg berbeza, manusia dgn Al Quran dan mungkin juga batu2, tumbuh2an dan juga jin2 mendapat panduan yg sama akan tetapi mereka menurut perintah tanpa mengeluh. Akan tetapi manusia dgn ilmu yg sedikit mulai bongkak dan lupakan Allah maka datanglah penyakit dalam dirinya.

Sebab itu kita perlu khusyuk dan faham apa maksud bacaan dalam sembahyang seperti firman Allah dalam Surah An Nisa 4:43

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.."

Ramai manusia sekarang ini jika tidak mabuk alkohol, ada juga mabuk yg lainnya, mabuk cinta hingga waktu sembahyang pun teringat akan kekasih, mabuk AF hingga masa solat pun ingat "afundi", mabuk kerja hingga waktu solat ingat kena marah dgn bos, mabuk asmara terngiang2 lagu cinta yg didengari sebelum solat tadi dan sebagainya. Bilamana kita tidak khusyuk semasa solat maka tidak sampailah kalimah2 Allah kepada sel2 kita jadi tidak dapatlah sel2 kita membantu kita mencegah kemungkaran.

Harap sedikit penjelasan ini membawa manafaat bersama, insyaallah.

2 Komen:

daneil tomo bin shaharuddin berkata...

Terima kasih di atas huraian saudara pada pertanyaan tempoh hari.Disini saya ada kekaburan dan tidak puas hati dengan cerita tentang isra dan mirage nabi.
Kebanyakan ustadz bercerita panjang lebar cerita yang sama baik dari mesir mahu pun dari pondok dan tidak menceritakan yang benar kepada pendengar.
ectasy atau climax cerita isra adalah perjalanan nabi dengan kuasa allah dengan mirage atau dlam bahasa arab in arabic it is something that moves very fast.

Anugerah tertiggi adalah apabila nabi dapat berjumpa,melihat dan bertutur dengan yang maha ESA.
Batas perjalanan adalah sidratul muntaha difahamkan pada langit yang ketujuh.Sehiggakan jika malaikat ikut maka malaikat pun akan terbakar.
Terjadi tawar nenawar antara allah dan nabi tentang sembahyang.Ini adalah cerita yang terbesar Muhamad sudah berkata dengan allah,sedangkan nabi lain tidak sampai ketahap itu.
Karena cerita ini adalah benar da wajib di imani saya ingin tahu di manakah tempat yang di katakan sidratul muntaha atau mungkin
kah di black hole,terima kasih.

Z.P.R.O™ berkata...

kita xboleh bndingkan benda ghaib dgn bnda yg kita mampu fikir dgn pancaindera..
kita hanya mampu percaya tempat itu wujud dan benar...

Saya juga tidak berapa fasih dlm hal ini cuma layari web ini mgkin terbuka minda anda

http://www.hajiumroh.com/content.php?id_menu=220&id_submenu=20

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO