Rabu, 23 November 2011

Dimana Patut SImpan Syiling Emas?

Saudara Muhammad Ridzuan bertanya

assalammualaikum....
Saya ada soalan yg berkaitan dengan emas... jika kita keluarkan semua duit kita yg ada didlm bank tu dan tukar ke dlm bentuk syiling emas (publik gold)dimanakah kita patut simpan syiling emas tersebut? jika tinggalkan dirumah, kita akan risau berlaku kecurian dan kebakaran manakala, jika simpan emas dibank mungkin cas atau sewa menyimpan barang yg dikenakan agak mahal(riba), jadi dimanakah kita patut simpan syiling emas itu? mohon pendapat dan cadangan dari pihak tuan... Terima kasih....

Jawapan saya,

Waalaikumsalam Saudara Muhammad Ridzuan,


Saya tidak boleh memberitahu anda tempat yang paling selamat untuk menyimpan emas, perak, atau apa jua harta yang saudara miliki. Apa yang saya boleh beritahu adalah bagaimana untuk mengurangkan kebarangkalian harta anda itu tidak dicuri, hilang, rosak, musnah dan sebagainya. Caranya adalah dengan memastikan bahawa harta yang kita miliki itu 100% halal baik dari sudut zahir mahupun batin.

Sebagai contohnya emas yang anda beli dengan wang gaji anda, mungkin kerja anda adalah halal tetapi berapakah masa dan usaha sebenarnya yang anda habiskan ditempat kerja dan cuba melakukan kerja anda dengan secekap dan seefisien yang mungkin? Rujuk artikel saya "Kerja Halal, Gaji Tidak". Jika anda masuk kerja lewat, lepas tu minum pagi sampai sejam, keluar makan tengahari sampai dua jam, kat ofis belek Facebook dan kerja bertangguh-tangguh, maka adakah halal gaji anda? Dan jika dengan wang gaji tersebut anda beli emas, halalkah emas tersebut? Pada pendapat saya wang gaji anda tersebut sebahagiannya adalah haram. Perlu ingat, pencuri mencari wang haram, jadi melalui konsep "getaran" jugalah dia akan berjumpa dengan wang haram. 

Hanya Allah SW sahaja yang layak diambil sebagai pelindung, dan Allah SW akan hanya melindungi apa yang benar-benar hak kita. Jika anda yakin emas yang anda beli itu dengan wang yang 100% halal, percayalah letak kat depan rumah pun tiada orang yang akan mengambilnya, jika tercicir ditengah jalan sekalipun Allah SW akan memastikan yang menjumpainya adalah seorang yang jujur dan akan berusaha mencari tuan pemunya emas tersebut. Jika emas tersebut kita beli dengan duit yang haram, simpanlah dimana-mana pun emas tersebut, kat rumah ke, bawah bantal ke, dalam peti besi ke, kat dalam bank ke jika ianya bukan hak kita ianya akan hilang juga.

Bersihkanlah diri dari harta yang haram dahulu, jika anda bekerja, bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh walaupun pada pendapat anda gaji yang anda terima tidak setimpal. Rezeki datang dari Allah SW dan bukan dari gaji tersebut. Gaji tersebut hanyalah mewakili sebahagian sahaja rezeki anda. Banyak lagi cara lain rezeki boleh datang jika kita selalu menjadi insan yang lebih memberi dari menerima.

Gaji yang banyak pun jika kereta selalu rosak, selalu sangkut dalam trafik jam (minyak banyak guna), anak selalu sakit dan sebagainya, tidak akan cukup juga. Jika gaji kecil pun tetapi lebih halal dan berkat mungkin musibah tidak atau jarang berlaku dan dalam tak sedar senantiasa sahaja ada lebihan wang yang mana boleh anda simpan untuk membeli emas. Inilah dia sebahagian dari apa yang saya anggap rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jika anda masih berhutang dengan landasan riba', cuba habiskan dahulu membayarnya sebelum membeli emas. Begitu juga dengan apa jua simpanan anda yang melibatkan riba' samada simpanan tetap, unit amanah, insuran dan sebagainya. Akan tetapi ini pun masih belum boleh menjanjikan apa yang anda miliki in itidak dicuri orang. Apa sahaja yang melibatkan riba', kita terlibat dalam menindas insan-insan lain, maka itu juga akan kembali kepada diri kita sendiri.

Ingatlah Allah SW itu Maha Adil, jadi jika wang atau emas yang kita yakin dibeli dengan wang yang 100% halal itu dicuri sekalipun, senantiasalah bersangka baik dengan Allah SW. Mungkin wang itu bukan milik kita (wang yang kita guna untuk membeli emas tersebut tidak halal sepenuhnya), mungkin Allah SW hanya me"minjam" sahaja emas atau wang yang kita miliki itu kepada pencuri tersebut. Mungkin pencuri tersebut benar-benar didalam keadaaan terdesak kerana anak kelaparan dirumah dan Allah SW menggunakan harta kita itu untuk menolongnya. Allah SW tahu kita belum memerlukannya lagi dan akan tiba saatnya harta halal kita yang hilang itu akan kembali semula kepada kita dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Jadi apabila musibah kecurian itu berlaku, kita tidak kecewa dan marah, redha apa yang berlaku dan insyaallah akan ditambah lagi nikmat dariNya kepada kita dikemudian hari.

Ingatlah, manusia tidak dilahirkan sebagai pencuri, manusia dilahirkan dengan keadaan akur sepenuhnya dengan kehendak Allah SW, persekitaran yang menyebabkan manusia menjadi pencuri. Adakah dia membesar didalam keadaan penuh kasih sayang dari ibu bapa dan hidup aman dan harmoni dengan masyarakat yang senantiasa tolong menolong, atau adakah dia hidup didalam keadaan tertekan, terabai kerana ibu bapa sibuk bekerja dan hidup didalam masyarakat yang mana dia perlu menjaga belakang takut-takut ditikam dan sebagainya. Tertekannya manusia menyebabkan frontal lobe menjadi lemah dan tidak mampu berfikir dengan sempurna, sebab itu Nabi berpesan "Apabila Marah Duduk". Tidak boleh berfikir dengan sempurna maka itulah resepi kacau bilau didalam masyarakat kita.

Amatlah penting untuk kita semua memastikan keadaan hidup ini sesuai untuk kehidupan dan tumbesaran seluruh umat manusia terutamanya generasi akan datang. Ini termasuklah berusaha membangkitkan kesedaran dan cuba mengubah sistem ekonomi kapiltalis berlandaskan riba' dengan menggunakan wang kertas yang haram yang sebenarnya menindas umat manusia, memastikan ibubapa memahami yang anak-anak yang membesar bukanlah "binatang ternakan" yang hanya perlu diberi makan dan pakaian tanpa belaian dari ibu sebenar, hanya "belaian" atau "deraan" orang gaji dan yang lebih utama lagi adalah memastikan bahawa Islam itu sendiri diambil sebagai cara hidup sepenuhnya, Muslim sepenuhnya dan bukan Muslim "part time".

Kita perlu beralih dari sikap "aku" kepada sikap "kita", kita semua berkait, apa yang kita lakukan akan mempengaruhi insan lain dan itu juga akan berbalik kepada diri kita sendiri. Hanya apabila tiada pencuri diluar sana sahajalah baru emas kita itu akan selamat. Wang kertas akan hangus terbakar, syiling emas anda mungkin hanya akan berubah bentuk sedikit apabila terbakar (suhu lebur emas adalah 1064 darjah Celcius). Dan siapa yang menentukan terbakarnya rumah kita itu selain dari Allah SW?

Mungkin jawapan saya ini tidak menjawab persoalan saudara, sukar diterima atau merepek, akan tetapi jawapan saya ini adallah dari sudut yang lebih besar, bukan dari sudut "aku" tetapi dari sudut "kita" dan bukan sudut individu tetapi dari sudut masyarakat keseluruhannya. Bersama-samalah memikirkannya, insyaallah.

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum....
Saya masih keliru dgn maksud sbnr riba. seorang sahabat mengajak saya utk membeli syiling dinar emas skrg. beliau mencadangkan supaya saya menjual syiling tersebut apabila harga emas melambung dan kembali beli dan simpan semasa haraga emas jatuh.. ini bermakna risiko kerugian saya 0%. adakah keuntungan saya berbuat demikian dikira riba kerana menurut apa yg saya fhm melalui ceramah sheikh imran, keuntungan dari urusan yg tiada risiko bukan dikira perniagaan, sebaliknya riba. hingga skrg saya masih menangguhkan niat saya utk membeli dinar emas kerana masih ragu2..

dini berkata...

riba wujud dlm transaksi pinjam sahaja..
kalau back door riba...ia lebih kepada penindasan pihak bank kepada orang ramai.contoh beli rumah.bank beli RM100k tapi jual kepada orang ramai sebanyak RM300k sbb bayar ansuran selama 20 tahun.Alasan bank ialah..harga rumah naik.so mereka predict dalam masa 20 tahun..harga rumah RM300k..

Tentang emas..harga ia meningkat sbb harga duit kertas or fiat semakin lama semakin turun..ia lebih dikenali sebagai inflasi..iaitu barang bernilai, harga semakin naik..xkesah a barang itu beras..tapi ada nilai..wang kertas asalnya tidak ada nilai..cuma bank negara tulis nilai untuk menjadikan wang itu bernilai.

So..beli a emas sbyk mgkn & jgn lupe byr zakat emas.untuk bersihkan harta kita.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO