Suami Perlu Ajar Isteri Kawal Cemburu Sebelum Berpoligami?
Puan Eneliyaz berkata;
salam saudara,Komen saya
saya baru mengikuti blog saudara secara x sengaja kerana asalnya saya mencari resepi daging rusa so terjenguk la blog isteri saudara....nice sy dah bookmark so bila2 masa saya akan jenguk blog saudara n isteri.
anyway sy br baca tajuk 'isteri bercakaran di syurga....suami sy sekali sekala mesti berseloroh nak pasang 2....pd sy kalau dia dpt didik saya menerima takdir sy bermadu insyaAllah sy akan redha tp buat masa ni sy rasa dia x layak lg dr segi kewangan la semestinya. wlaubgmn sebelum ini sy dpt tahu dia ada menjalinkan hubungan maya dgn isteri org dan itu la yg buat sy bengang dan sy sgt2 beremosi dan at right now dah settle. sy maafkan dia kerana dia jenis yg suka 'test market' n menguji wanita(itu yg dia ckp n sy x setuju cara dia)...tp x kan la dgn isteri org???? so stupid
ustaz azhar idrus ada kata sifat cemburu bukan utk isteri tp utk suami krn suami dibenarkan kahwin 4.tp tu la selagi dia x mendidik sy utk menerima takdir bermadu hati sy tetap menentang....sy msh tamak dlm berkasih syg. sifat mazmumah blm dpt saya hindari sepenuhnya.kenapa ye saudara nak jadikan syurga didunia? sedangkan syurga itu sendiri nikmatnya x terjangkau oleh akal kita.
di syurga Allah kita menjadi manusia yg lain dr segi emosi dan fizikal.
sy salute ur wife if dia bermadu. hrp2 tidak sebb shes so nice saudara tunggu la di syurga x lama dah....lebih dr 4 saudara dpt....dunia ni x lama dah nak kiamat...sabar jer la...
Syurgadidunia pada konsep yg cuba saya kemukakan bukanlah sempit hanya pada perspektif "syurga" lelaki iaitu dengan punyai isteri2 yg ramai, hidup aman tanpa cemburu dan bercakaran dan sebagainya. Apa yg saya cuba kemukakan menjangkau lebih dari itu. Memang benar syurga di akhirat nikmatnya tidak terjangkau akal, akan tetapi jika manusia didunia ini hidup dengan berpandukan ajaran Al Quran dan sunnah, mencipta syurga didunia ini tidak mustahil, yang mustahil hanyalah menyuruh seluruh manusia mengikut Al Quran dan sunnah, itulah cabarannya.
Mustahilkah dunia ini akan penuh dengan kebahagiaan jika lelaki berkahwin lebih dari satu atas niat untuk memikul tanggungjawab membela wanita dan bukan atas nafsu, memang jika kita tanya mana2 lelaki alasan dimulut membela wanita akan tetapi itu ibarat jari yg menutup mata dari nampak akan alasan sebenar untuk memenuhi nafsu. Jika dilihat kebanyakan yg berkahwin dua tiga empat, rata2nya adalah golongan biasa dan bukan cerdik pandai agama. Memang ada ustaz yg kahwin lebih dari satu tetapi majoritinya hanya satu, kenapa?
Lelaki biasa kebanyakannya apabila merujuk kepada Al Quran (Surah An Nisa 4:3) hanya baca separuh ayat...
.... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat.
Sedangkan para celik Al Quran membacanya dan memahami sehingga habis ayat tersebut.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Mereka faham akan tanggungjawab besar yang yang akan dilapik diatas bahu, iman didada amat kuat jadi takutkan Allah itu lebih berbanding keinginan nafsu, dengan iman yang mantap itu juga mereka fokus pada penghujung ayat berbanding lelaki kebanyakan yang hanya fokus pada permulaan ayat dan itulah yang menyebabkan wanita2 menjadi takut apabila mendengar perkataan poligami.
Jika disyurga wanita sudah hilang nafsu cemburu, pada pendapat saya nafsu buas lelaki juga akan hilang, jadi apa guna bidadari yg ramai itu? (Saya ada penjelasannya, hanya ingin membuat pembaca lebih berfikir).
Rezeki tidak datang bergolek, begitu juga dengan ilmu. Jika wanita mengharapkan lelaki mengajar mereka mengawal cemburu, atau wanita cuba mengajar lelaki mengawal nafsu, sampai kiamat pun tidak akan selesai. Pencarian ilmu perlu bermula dari diri sendiri, dari dalam dan kemudian baru melimpah keluar menerangi insan2 disekeliling kita, rujuk ayat Al Quran yg pertama iaitu Iqra... "bacalah.." dan bukan "ajarlah...".
Apabila ilmu dipelajari, semakin banyak jaringan2 neuron baru didalam otak dan ini membolehkan otak berfikir dengan lebih menyeluruh dan makin lama kita akan boleh nampak mengapa Allah memerintahkan kita melakukan sesuatu itu. Kesemua yg Allah SW perintahkan itu adalah tanda pengasihnya Allah terhadap hamba2nya kerana apa yg diperintahkan itu adalah untuk kebaikan seluruh umat manusia dan ini termasuklah poligami.
Apa yg terjadi pada manusia akhir zaman ini adalah, selepas tamat sekolah, kolej atau universiti, pencarian ilmu lazimnya berhenti maka tiadalah lagi jaringan2 baru neuron otak yg boleh digunakan oleh frontal lobe untuk membuat penilaian terhadap sesuatu situasi itu, ditambahkan pula budaya lagha' (lalai) dengan hiburan samada TV, filem dan musik yg kesemuanya melemahkan frontal lobe lantas tidak lagi mampu berfikir. Melalui media terutama TV ini juga wanita dipukau (baik dari budaya barat mahupun drama swasta tempatan) yg poligami itu jijik, lelaki pula dipukau dengan wanita lain lebih baik dari isteri sendiri lantas menggunakan ayat awal surah An Nisa itu sebagai lesen untuk poligami.
Manusia sering menuding jari terhadap insan lain terhadap apa yg terjadi kepada mereka, contohnya apabila suami yg ingin berpoligami ditentang oleh isteri, mereka dengan mudah melabel isteri mereka tak solehah dan sebagainya, akan tetapi terfikirkah mereka mengapa itu terjadi? Al Quran menyatakan (rujuk Surah An Nur 24:26) lelaki yg baik untuk wanita yg baik dan sebaliknya, maka sebelum menuduh isteri mereka tidak solehah, terfikirkan mereka mungkin mereka juga suami yg tidak soleh? dan jika mereka suami yang tidak soleh, maka sebab itulah Allah membuatkan proses poligami itu menjadi sukar supaya kita tidak akan menganiaya insan2 lain. Jika apa yg saya kemukakan disini tidak dipersetujui oleh anda iaitu anda suami yg baik dan isteri anda tidak maka kita boleh buang sahaja ayat Al Quran itu kedalam tong sampah.
Jika suami pula mencari wanita lain, sebelum menuding jari suami mereka tidak sedar diri dan macam2 lagi makian, fikir2kan lah adakah mereka isteri yang baik dan solehah? Jika wanita yg tidak baik baik untuk lelaki yg tidak baik, terfikirkan siisteri yg mungkin dia juga tidak baik orang nya lantas berpasanganlah dengan suaminya itu tadi (yg tidak baik dan ingin berkahwin lain). Akan tetapi jika mereka isteri yg solehah, beriman dan bertakwa dan memberi contoh yg baik dengan nasihat2 yg lemah lembut menurut naluri2 kewanitaan (bukan dengan menjadi bengis, memaki hamun, baling pinggan dan periuk belanga), maka jika suami tetap juga berbuat demikian walaupun dia tidak mampu dari segi keadilan dan juga dari segi ekonomi, maka ketahuilah Allah amat menyayangi kita dan mahu menduga sekuat mana keimanan kita. Sedangkan Nabi juga diduga, inikan pula kita manusia manusia. Sama juga buat suami solehah yg juga akan diduga oleh Allah dengan isteri yg tidak memahami niat mulianya itu.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al Baqarah 2:214
Jika semua manusia mengutamakan budaya ilmu (dan bukan budaya hiburan, AF dan sebagainya), maka akan nampak kebaikan2 perintah2 Allah itu, wanita akan berlumba2 mencari wanita lain agar mendapat berkongsi dijaga bersama oleh suami mereka yg soleh, lelaki pula akan menjadi takut untuk berpoligami kerana tahu dan sedar akan tanggungjawab besar yg akan dipikul. Hanya mereka yg "buta hati" sahaja yg tidak akan nampak dan memahami kebaikan segala perintah dan undang2 Allah itu.
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Surah Ar Rad 13:19
Carilah ilmu yg pelbagai walau ke negeri cina kerana ia membolehkan kita berfikir dan dapat melihat kebesaran Allah itu lantas membolehkan cahaya keimanan itu kembali semua terang, lihatlah manusia akhir zaman yg rata2 imannya sudah malap, hidup didalam mimpi nikmat materialistik dunia yg sementara ini.
Jihad paling besar bagi manusia didunia ini adalah mengawal nafsu dan jika itu berjaya dicapai, seluruh kehidupan akan penuh dengan kebahagiaan, bukan setakat hubungan lelaki dan wanita sahaja malah seluruh hubungan sesama manusia berserta dengan alam sekitar akan lebih aman bahagia dengan penuh harmoni.
Inilah lah perjuangan saya menerusi SyurgaDiDunia ini, agar manusia menjadi lebih menggunakan akal (frontal lobe) dan bukan citarasa dan nafsu, faham akan konsep kehidupan baik dari segi biologi, fizik, ekonomi dan pelbagai lagi cabang ilmu agar manusia meningkatkan martabat mereka sendiri sebagai khalifah dimuka bumi baik untuk lelaki mahupun wanita.
Idea2 yg saya kemukakan memang amat jauh dari pemikiran manusia kebanyakan, bagi saya jika semua menusia mempunyai pemikiran yg sama, maka tiada sesiapa pun yg berfikir sebenarnya... fikir2kanlah.
3 Komen:
Satu buah fikiran yang bernas, disokong oleh nas-nas Al-Quran,namun izinkan saya mencelah kata-kata saudara bahawa,"Inilah lah perjuangan saya menerusi SyurgaDiDunia ini, agar manusia menjadi lebih menggunakan akal (frontal lobe) dan bukan citarasa dan nafsu, faham akan konsep kehidupan baik dari segi biologi, fizik, ekonomi dan pelbagai lagi cabang ilmu agar manusia meningkatkan martabat mereka sendiri sebagai khalifah dimuka bumi baik untuk lelaki mahupun wanita."....... Moga saudara tidak lupa bahawa akal manusia ini ada maksimanya. Dan moga saudara tidak terlalu taksub dengan kebolehan akal. Seringkali manusia ditipu oleh akalnya. Malah ada yang gila kerana terkeliru dengan percaturan akalnya. Ingatkah saudara suatu masa dahulu, ketika manusia tidak tahu bahawa bumi ini bulat, meraka mewujudkan teori bahawa bumi ini datar...Ketika itu akal manusia rata-rata belum menjangkau ilmu bahawa bumi ini bulat, maka mereka tertipu & tersilap dengan teori mereka.Ini lah contohnya kesilapan akal. Moga saudara tidak lupa merujuk Al Quran, kerana itulah guideline akal fikiran kita, selain menjadi pemangkin untuk kita lebih berfikir. Moga kita semua tidak tertipu oleh akal apatah lagi oleh nafsu dan syaitan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Assalamualaikum, terimakasih kerana berpesan2 dengan kebenaran dan dengan kesabaran. Ilmu dan akal harus dilapik dengan Quran dan hadis, diikuti dengan hati yang khusyuk dan kasihkan Allah, insyaallah kita akan berada di jalan yang lurus.
Seorang yang berilmu itu lebih sukar bagi syaitan untuk menghadapinya dari seribu manusia yang jahil. Moga kita semua sentiasa berada dibawah payung rahmat Allah,
Terlanjur saudari mengaitkan cerita bumi mendatar dan bulat, mungkinkah idea2 yg saya bawakan ini umpama menyatakan pada masyarakat zaman ini yg bumi itu bulat sedangkan cara pemikiran masyarakat semasa adalah bumi ini datar?
Seperti yg saya katakan, jika semua manusia berfikiran yg sama, maknanya tiada siapa yg berfikir. Wassalam
Catat Ulasan