Ahad, 10 Januari 2010

Hukum Insuran Takaful Untuk Kebaikan Semua

Dari Saudara Asmazi,

Assalamualaikum...
Seperti mane ape yang dikupaskan mengenai insurans..banyak pendapat mengatakan ianya haram kerana mengandungi unsur riba. Sebaliknya pula pada insurans yang berasaskan islamik, yang dikenali sebagai takaful. Ingin saya mendapat kepastian mengenai takaful, apakah hukum orang yang menyokong ke arah takaful ini untuk kepentingan semua? Saling membantu di antara satu sama lain diatas kesusahan yang dilalui...

Waalaikumsalam,


Saya punyai pendapat sendiri mengenai insuran baik yang islamik atau tidak dan mungkin pandangan saya ini teramat radikal dan mungkin ramai yang tidak boleh menerimanya, cuma saya harapkan ianya boleh menjadi pemangkin agar rakan2 semua boleh berfikir mengenainya dengan lebih mendalam lagi.

Apa tujuan kita mengambil insuran? Ramai yang akan menjawab agar kita akan mendapat bantuan semasa ditimpa kesusahan. Dan selalunya bantuan apa yang akan kita perolehi? Sudah tentulah bantuan kewangan, iaitu wang ringgit. Jika kita kaji balik konsep wang yang saya sudah cuba selitkan didalam artikel Cerita Wang, wang adalah datangnya dari usaha titik peluh kita sendiri dan bukannya datang percuma begitu sahaja, dalam kes insuran ini apabila kita ditimpa bala bencana.

Pada pendapat saya, sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmah terselindung disebaliknya yang tidak kita ketahui. Bukankah Allah sudah berfirman bahawa kerosakan itu adalah hasil dari tindak tanduk manusia itu sendiri? Maknanya, jika kita boleh jaga sikap, tingkah laku dan perbuatan kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, insyaallah perkara2 malang ini tidak akan berlaku, akan tetapi jika ianya berlaku juga, maka Allah jua lah perencana yang paling bijaksana kerana Allah ingin memberi kita sesuatu yang lebih baik lagi.

Jika kita punyai wang yang mana ianya bukan milik kita, umpamanya hasil dari aktiviti riba', maka wang itu akan cuba mengalir keluar untuk kembali ke pemunya asalnya, jadi proses mengalir keluar dari diri kita ini yang akan melibatkan diri kita dengan bencana2 malapetaka dan sebagainya. Ada banyak lagi sumber2 wang yang kita dapati secara haram tanpa kita sedari hingga kita menganggap apa yang terjadi kerana kita adalah mangsa, jika kita kaji sedalam2nya malah dari sudut fizik kuantum sekalipun, tiada mangsa sebenarnya, hanya sukarelawan, iaitu manusia itu sendiri yang mencari masaalah, hukum2 Allah itu sendiri sebenarnya adalah pendinding bagi umat manusia sebenarnya, bukan setakat pendinding bagi neraka akhirat, malah "neraka" didunia ini juga.

Jadi pelindung yang paling utama bagi kita bukanlah insuran, akan tetapi sikap dan tingkah laku sebagai umat islam sejati yang berpegang dengan ajaran Al Quran dan hadis dan bukan cuba berselindung dengan mengambil insuran. Insuran islamik, perbankan islamik rata2 adalah ubahan dari sistem kafirun itu sendiri dan semuanya adalah untuk keuntungan korporat, hanya tempias lebihannya sahaja yang akan dikongsi dengan manusia kebanyakan, yang diatas "piramid" akan kekal kaya dan semakin kaya manakala yang miskin dikaki "piramid" akan kekal miskin hasil dari sistem yang kononnya islamik itu sendiri.

Nabi SAW sudah bersabda bahawa umat islam akan mengikut langkah kafirun, langkah demi langkah hingga jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kita akan mengikut mereka. Insuran juga salah satu darinya selain dari perbankan hinggalah kepada cara hidup seperti cara bercouple dan juga hiburan.

Bantuan yang sebenarnya adalah sedekah jariah yang mana kita tidak mengharapkan balasan dari manusia itu sendiri, hanya ingin mendapat rahmat Allah, insuran adalah kerana kita juga mahukan balasan dan bukan bantu membantu yang benar2 ikhlas. Nabi juga bersabda bahawa diakhir zaman, pengaruh Dajjal amat kuat hinggakan manusia tidak mampu lagi melihat yang benar dengan yang bathil, air yang sejuk akan nampak seperti api sedangkan api yang merah menyala nampak seperti air sejuk yang sejuk. Mungkin juga sistem kafirun yang diislamik ini juga sebenarnya adalah api yang dilihat seperti air sungai.

Pada pendapat saya , tidak perlu bagi umat islam yang sejati untuk punyai insuran baik yang islamik atau tidak kerana saya percaya hidup, mati dan musibah itu adalah ketentuan Allah, begitu juga dengan penyakit yang mana adalah hasil dari sikap kita sendiri baik dari segi ketidakprihatinan terhadap apa yang dimakan hinggalah kepada diri yang tidak tenang dan penuh dengan stress. Saya lebih suka mencipta realiti hidup sendiri dari hanya menjadi mengsa yang menganggap diri ini tidak berupaya mencapai yang terbaik didalam kehidupan. Caranya, hanyalah dengan panduan dari Allah maha pencipta itu sendiri.

Yang menjadi masalahnya cuma, apabila hidup didalam negara sekular yang kononnya islamik ini, terdapat undang2 yang memaksa kita mengambil insuran, contohnya untuk memperbaharui cukai jalan, jadi mahu atau tidak kena juga mengambil insuran, jadi didalam kes ini adalah kerana terpaksa dan bukan kerana takut akan perkara malang yang akan terjadi.

Anda tidak perlu menerima apa yang saya catatkan disini, cuma harap ianya dapat membibitkan benih2 minda pemikiran baru kearah hidup yang lebih mendapat keredhaan Allah, insyallah.

52 Komen:

jamal berkata...

Salam Helmi,

Percaya pada Qada & Qadar itu adalah satu dari rukun Iman. Maka kita kena percaya dan terima ape yg datang dari Allah kerana Allah yg mengetahui ape yg baik utk hamba2 nya.

Bagaimana dgn pendapat yg insuran itu sebagai persediaan/simpanan kita jika terjadi ape2.

dan kalau kita tak guna insuran kita dalam beberapa tahun kita boleh ambil balik duit tu. bukan 100% tp kira yg kita tak dapat tu sebagai service charge la. boleh ke?

Jamal

Jamal berkata...

Lg satu yg saya dengar, insuran itu adalah berkonsepkan bantu membantu.

Duit yg kita bayar bulan2 tu kadang2 kita tak guna pun, jika tiada apa2 berlaku ke atas kita, tp duit itu digunakan oleh orang2 yg join insuran yg sama, dan ditimpa kemalangan atau penyakit. Maksudnye kita sama2 menyumbang bantuan kepada mereka yg perlu.

Begitu juga kalau satu hari nanti kita sakit, dan insuran cover biasanye melebihi dari jumlah yg kita dah bayar. Jadi kita menggunakan duit pencarum2 insuran lain yg membantu.

mukaramjamin berkata...

beter saya terangkan sedikit..Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa, Insurans Konvensional adalah Haram kerana unsur Judi, Riba dan Gharar...

Judi kerana kebanyakan Insurans Konvensional melabur dalam pasaram Judi, seperti Genting dsb

Riba kerana wujud unsur tidak sama dalam Insurans. Akad Perniagaan menghendaki barang yang dijual hendaklah bersamaan nilai barang yang dibeli..didalam insurans tidak begini..so, akad dalam insurans diragui

Bagaimana dengan Takaful? Simpanan bulanan di akaun Takaful, duit akan terpecah kepada dua (Akaun Simpanan dan Akaun Amal Jariah) pada tahun pertama, simpanan bulanan dgn Takaful, smua duit akn dimasukan ke Akaun Amal Jariah..sbb itu, walaupun seseorang itu baru sahaja menyertai takaful, 2-3bulan , let say ditimpa kemalangan, di berhak dapat perlindungan cthnya RM50,000. duit daripada mana? daripada akaun amal jariah semua penyimpan...

saya merasakan saudara/I belum cukup faham mengenai konsep Takaful..bolehlah merujuk kepada mana-mana wakil yang bertauliah untuk sesi perkongsian ilmu...

bolehlah berjumpa dgn saya, untuk saya berkongsi ilmu mengenai takaful yg ada pada saya, yg maha kecil ni....bkn niat apa, cuma perkongsian ilmu, seandainya ada Khair dikeadaan itu

mukaramjamin@gmail.com

Helmis berkata...

Saudara Jamal, tiada yg percuma didunia ini, walaupun bantuan yg kita terima itu nampak percuma hasil dari bantuan rakan2 yg lain, ianya adalah hutang kita kepada mereka, umpama air yg dipanaskan akan kehilangan kembali tenaganya apabila dibiarkan, begitu jugalah dengan wang yg kita terima itu nanti.

Bagi saya insuran yg sebenar adalah amal jariah yg tidak mengharapkan balasan, berbuat kebaikan sesama manusia dan tidak berbuat kejahatan atau mengambil hak orang lain secara sedar (mencuri) atau tanpa sedar (riba') yg mana ianya akan kembali semula kepada kita dalam bentuk musibah, bukankan mencegah itu lebih baik dari mengubat?

Insuran hanya menurunkan darjat manusia sebagai mangsa yg mana perlu bersiap sedia untuk menerima musibah dan bukan seorang yg berupaya menentukan hala tuju mahupun takdir hidupnya sendiri, ya musibah yg terjadi mungkin takdir akan tetapi bukankah takdir boleh diubah dengan doa dan usaha iaitu dengan menjadi muslim sejati dan bukan muslim "part time". Bukankah kebaikan balasannya kebaikan? (AlRahman 55:60).

Insuran baik islamik atau tidak hanyalah sebagai salah satu cabang keuntungan korporat yg mana org kaya (pelabur) boleh goyang kaki sahaja menerima faedah setiap tahun, itu tujuan sebenar dan mereka berlindung disebalik nama tolong menolong.

Telah saya katakan idea saya memang radikal dan agak sukar diterima kerana saya melihat dunia dari sudut yg berbeza. Rakan bertanya, saya menjawab, masalahnya kebanyakan manusia hanya suka mendengar apa yg sudah sebati dengan mereka, yg lain dari yang lain dianggap "gila", baca kisah Galileo Galilie dan anda akan faham apa yg saya maksudkan.

Helmis berkata...

Saudara Mukaramjamin,
Terimakasih atas keprihatinan saudara, alhamdulillah saya lebih suka mencegah dari mengubat, oleh sebab itu saya lebih percayakan Allah sebagai hanya satu-satunya pelindung dan penolong bagi saya dan bukan tuntutan/bantuan insuran baik islamik atau tidak.

"Insuran" saya bukanlah wang ringgit premium, sumbangan atau apa saja nama yg diberikan oleh syarikat takaful, insuran saya adalah kembali kepada jalan Allah yg sebenar-benarnya, barhijrah dari "part time" muslim kepada "full time" muslim sejati, menjadi pemerhati yg baik terhadap fikiran dan yg mana akan menjadi tingkah laku saya sendiri, menjaga akhlak dan hubungan sesama manusia, lebihkan memberi dari menerima, lebihkan ilmu dari hiburan yg melalaikan, berkongsi ilmu dengan penulisan, memberi idea baru kepada rakan-rakan dan pelbagai lagi yg tidak nampak dari oleh mata fizikal. Rata2 muslim akhir zaman ini merasakan insuran ala saya ini leceh, dah la leceh, tak nampak lak wang insurannya pulak, maka sebab itulah mereka suka insuran yang dicipta oleh cara barat dan kemudiannya digubahkan atas nama islam, adakah insuran dizaman Nabi? Tidak... insuran mereka hanyalah ketakwaan kepada Allah.

Jika rakan2 anggap hidup ini penuh dengan musibah yg tidak disangka-sangka lantas mengambil insuran yg nampak secara fizikal dengan wang ringgit dihulurkan setiap bulan dan cek beribu-ribu ketika membuat tuntutan (yg jelas kelihatan), saya pula lebih suka kepada jalan takwa dan mendapat bantuan Allah dari sumber yang tidak disangka-sangka bak maksud ayat seribu dinar.

Saya tak kata insuran takaful itu haram ,cuma saya memberi idea akan wujudnya "insuran" sebenar didalam Islam yg tidak dapat dilihat dengan mata fizikal, hanya dengan mata hati.

Insuran saya adalah jihad untuk menjadi muslim sejati, jihad kini bukan lagi dengan pedang atau menjadi pengebom berani mati, kafirun sedar akan muslim yg tak takut mati, sebab itu kita harus juga berjihad dengan minda melawan serangan minda yg telah lama menyelinap kedalam minda umat islam, insuran bagi saya juga adalah salah satu darinya.

Di akhir zaman ini apa yg nampak seperti air mungkin api yg membara, begitulah sebaliknya kehidupan dizaman dajjal ini. Moga Allah berikan cahaya sebagai pedoman untuk melihat api yang nampak seperti air itu.

MSAA berkata...

salam...

pandangan saya juga selari dengan bro.. hanya yang kaya saja bleh beli insuran.. apakah nasib orang yang tak mampu? bagi yang berinsuran dapat layanan baik di hospital swasta dan bagi yang tak mampu, terpaksa bersusah payah menunggu giliran di hospital kerajaan???? hanya kerana dia tak mampu bayar sebulan 100 untuk insuran, maka layanan berbeza bila dia sakit???

kalau takaful berkonsepkan bantu membantu, amal jariah dan sebagainya..jangan letak harga pada insuran....


" aku nak bantu, nak buat amal jugak, 5ringgit sebulan boleh la kot.."

"kalau 5ringgit sebulan, ko buat takaful ko seniri la.."

kita bantu orang bukan atas nilai berapa ringgit..kita bantu atas ikhlas dan kemampuan kita... tanggungjawab sesama islam, bila seseorang ditimpa musibah, semua kena bantu... tak kira la berapa ringgit pon...takaful konon..ceitt!!!!

jgn jual nama islam..tolonglah...

Awi berkata...

Sokong pendapat MSAA, kalau betul nak jariah, jangan letak harga. Derma ikhlas ikut kemampuan, bukan pada harga.

Kadang-kadang, orang tua-tua cakap ni ada benarnya bila saya fikir balik. Walaupun kadang-kadang dorang tak reti nak jelaskan dari sudut Islam tu sendiri. Contohnya mak saya sendiri, saya pernah tanya satu hari, kenapa mak takde amik insuran peribadi untuk cover medical fees or anything? (hal disini sebab mampu, thats why saya tanya). Then my mom said: "insuran ni tak baik, kalau mati dapat 100ribu, macam nyawa ni nilai 100ribu pulak. padahal nyawa manusia hak milik Allah, takleh jual beli." Then saya tanya lagi, "kalau gitu amik je lah insuran untuk medical fees". pastu mak saya fikir lama-lama. then dia jawab lagi "lebih baik jaga kesihatan dengan duit tu, lagipun kalau mak amik insuran perubatan, macam dah sedia nak sakit, nanti Allah bagi sakit betul-betul pulak".

Terus saya nekad taknak amik insuran. Banyak kali jugak housemate saya asyik promote takaful ni. Penah rase nak amik, tapi akhirnya dah tak teringin. Thanks to my mom yang hujahnya tak seberapa tapi dapat mengingatkan, at least for me.

hamba ALLAH berkata...

salam bagi saya insuran takaful atau konvesional sama sahaja.takaful bagi tahun pertama pencarum hanya mempunyai simpanan 10%dari jumlah caruman..katakan kita simpan 100 sebulan setahun 1200..kalau kita berhenti tahun pertama kita hanya emndapat 120 sahaja.apakah perbuatan ini tidak zalim.adakah bantu membantu mesti bersyarat?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Saudara helmis dan semua..
Saya adalah ejen takaful sejak tahun lalu, tp ejen sekadar nama. Takde semangat langsung nak buat sale lepas minda saya diketuk oleh leader saya dgn kata2nya: "Apa sebenarnya produk kita? Apa yang kita jual sebenarnya adalah WANG. MONEY. Kita jual duit kat orang"
Urusan menjual dan membeli duit, bukankah haram...
Cuma diorg tak kata, "mai, mai, mai beli duit, hangpa beli duit ni harga rendah saja (bayar sumbangan), tapi kalau jadi apa2 musibah, hangpa dapat duit banyaaakkk (pampasan)"..
Konsepnya sama, istilahnya diarabkan.. sebab tu raaammaaiii sgt ejen2 cina (ejen insurans konvensional) pun turut kaya dgn takaful ni.. Mana mungkin ejen2 cina ni bercerita tentang saham akhirat (amal jariah, wang sumbangan adalah derma ikhlas untuk membantu umat Islam lain yang berada dalam kesusahan), seperti yang dicanangkan oleh sesetengah ejen apabila bercakap tentang takaful.
Sumbangan bagaimana yang dikatakan derma yang ikhlas?
Adakah apabila menderma, dengan harapan apabila kita susah, org2 yg telah kita tolong ni pula akan menyumbang untuk menolong kita?
Ini sebenarnya telah mengurangkan kebergantungan kita pada pertolongan Allah.. Saya teringat cerita wali Allah, Rabbiatul Adawiyah, yang berasa malu untuk meminta bantuan daripada manusia lain selain dari Allah.
Waallahualam..
Tepuk dada tanya iman..
- wardah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Baru2 ni saya dah cancel semua insuran pruential saya.mulanya saya ingat nak tukar ke BSN pruden takaful tapi bila saya fikir2 balik kenapa nak susah2 tukar ke takaful walhal syarikatnya sama.dan dlm keadaan saya yg masih was2 pasal takaful lebih baik saya cancel.
sekarang saya mula nak perbanyakkan sedekah saya dan berharap sedekah itulah insuran saya.berdosakah saya jika saya berniat Allah membalas sedekah saya itu dengan memelihara saya dan keluarga dari musibah?

Helmis berkata...

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Fatihah 1:5"

Pada pendapat saya tidak berdosa akan tetapi biarlah Allah SW yang menentukan yang terbaik untuk kita, sedangkan Nabi pun diuji, inikan pula kita manusia biasa. Meninggalkan yang dilarang baik yang terang atau samar-samar itu ciri takwa, moga hendaknya dengan bertambahnya ketakwaan kita itu pertolongan dan perlindungan Allah SW itu sentiasa bersama kita, masaalahnya cuma kadangkala kita sahaja yang tidak menyedarinya. Sila rujuk artikel Vaksin Untuk Kemurungan dilaman SD untuk bacaan lanjut.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat sy la.. Takaful ni dpt membantu kalau berlaku kematian. andaikata la bagi org2 yg susah tp berusaha jgk mencarum dlm takaful sbb takaful ni ada je yg bwh pd RM50, seandainya berlaku apa2 pd bapa sbg ketua keluarga dan pencari nafkah, sekurang2nya anak2 dan isteri nya tak perlulah nak meminta minta dan menyusahkan orang lain. jgnla cepat meletakkan hukum pada satu2 perkara sedangkan benda tu boleh bawa kebaikan pada umat Islam. atau Tuan blog yg kaya raya sudi utk membelanjakan harta yang ada utk membantu mereka ni semua. utk agama kan. amacam boleh ke?

Helmis berkata...

Tuan Tanpa Nama,

Untuk orang bandar mungkin ya, perlukan insuran, orang bandar sibuk jaga hal sendiri, nak buat apa sahaja semua berduit jadi tu yang kena takaful jadi nanti "tak perlulah nak meminta dan menyusahkan orang lain".

Tapi bagi masyarakat dikampung, takde takaful pun apabila berlaku kematian semuanya teratur, ada yang membantu tanpa perlu wang ringgit. Kebaikan pada umat islam bukan dari wang ringgit, dari semangat persaudaraan, dari kerjasama, dari perpaduan dan bukan dari wang ringgit. Akan tetapi lihatlah bagaimana sistem kapitalis telah mengubah pandangan dan pemikiran umat manusia hari ini.

Insuran saya hanya dari Allah SW dan bukan dari wang ringgit. Jika saya banyak memberi dari menerima maka bantuan Allah itu akan datang juga dari sumber yang tidak disangka-sangka. Bukan yang disangka-sangka seperti dari insuran.

Didalam Islam adakah bantuan hanya akan diberikan kepada yang "bayar caruman" sahaja? Pilih bululak takaful Islam ni, nama Islam tapi mengapa ada diskriminasi disitu? Bukankah semangat Islam sebenar membantu yang susah tanpa memilih status, agama, bangsa dan sebagainya. RM50 pun bukan semua orang mampu untuk membayarnya. Kalau diTV dahulu ada yang tunjukkan keluarga susah makan sampai makan siput babi, ada ke mereka ini RM50 untuk bayar caruman?

Jika saya bagi semua harta saya, berapa kerat sahaja insan yang boleh saya bantu, akan tetapi jika saya wujudkan kesedaran untuk ubah sistem kewangan yang kita gunapakai sekarang ini hingga menyebabkan yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya semakin kaya, saya fikir itu jalan yang terbaik dan ini yang sedang saya usahakan.

Mungkin saudara mahu menjadi penjual insuran yang kaya raya dan kemudiannya "membelanjakan harta yang ada utk membantu mereka ni semua", itu pilihan saudara. Saya ada cara saya sendiri.

Romai Adzlan Mohd Sharip berkata...

Salam Tuan,

Tujuan industri takaful diwujudkan di Malaysia adalah sebagai satu pilihan kepada semua muslim untuk memilih samada sistem insuran konvensional yg telah difatwakan haram, atau sistem takaful yg mematuhi syariah.

mungkin tidak semua yg memerlukan takaful sebagai instrumen perlindungan diri dan keluarga. namun, ramai antara umat islam hari ini tidak dapat menampung kos perubatan dengan pendapatan semasa, juga tidak mampu untuk menyediakan sumber kewangan untuk isteri/anak/waris sekiranya ditakdirkan dijemput pulang oleh Allah pada ketika dan waktu yg tidak kita jangka.

Maksud ayat Surah Al-Baqarah : 240 Dan orang-orang yang akan meninggalkan dunia di antaramu, dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya.

Sekiranya kita tergolong dalam golongan yg mampu, maka terangkatlah tuntutan ayat di atas ke atas kita. jika kita tergolong dalam golongan yg tidak mampu.. maka adalah wajib untuk kita mencari kaedah / cara / instrumen yg boleh kita laksanakan bagi mematuhi maksud ayat di atas.

Sebagai penutup, Takaful = khairat kematian. mana2 insuran yg tidak berkonsepkan khairat kematian adalah tidak mematuhi syarak.

Keyakinan mutlak mestilah disandarkan kepada Allah. kerana kesusahan, musibah, kesenangan adalah dariNya jua. bagi yg mengambil polisi takaful juga wajib yakin bahawa bukan takaful yg akan menolong waris kita sekiranya berlaku musibah, sebaliknya Allah yg mentadbir dan menentukan kesenangan atau kesusahan samada kita ada ambil polisi takaful atau tidak. Jangan syirik pada Allah. :)

sebagai insan yg lemah, adakah salah sekiranya kita bersedia dari awal..?

boleh add sy di facebook sekiranya mahu berdiskusi lanjut. :)

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Romal,

Terimakasih diatas komen saudara dan terimakasih kerana memberikan nama penuh jadi boleh saya melihat profil saudara di FB.

Pendapat saudara saya hormati akan tetapi ingin saya bertanya adakah pendapat saudara mengenai insuran ini adalah pendapat yang tidak "bias"?

Penjual arak akan mengeluarkan pelbagai2 fakta mengenai kebaikan arak untuk memastikan araknya terjual supaya dia akan mendapat keuntungan yang mana dengan keuntungan itu tadi dapatlah dia menikmati nikmat kehidupan itu sendiri.

Apa bezanya ulamak perbankan Islam yang mendapat imbuhan dari sistem perbankan itu sendiri dan menyatakan ianya halal? Adakah pada pendapat saudara mereka memikirkan/mengadili sistem itu dengan adil akan haram dan halalnya?

Saya sokong khairat kematian kerana ianya diadakan atas semangat gotong royong, bantu membantu tanpa ada niat untuk mengambil keuntungan. Ini cara Islam sebenar, tolong menolong kerana Allah SW.

Akan tetapi insuran Islam lebih kepada mengikut nafsu kapitalis. Tiada beza dengan kapitalis Islam yang tahu umat Islam perlu meminjam dan menangguk diair keruh dengan melabelkan apa yang haram itu halal atas dasar Islam. Jika semua ulamak didunia ini menyokong perbankan Islam maka ianya tiada masaaalah, contohnya tiada ulamak yang menyatakan babi itu halal dimakan, akan tetapi jika ramai yang menyatakan ianya haram, bukankah patut kita meninggalkannya?

Ketagihan jika dilihat pada manusia kebanyakan adalah ketagih kepada dadah luaran, akan tetapi bagi endokronoligis, ketagihan boleh juga datang dari "dadah emosi" yang kita sendiri keluarkan. Ketagih kepada kuasa, ketagih kepada wang, ketagih kepada kesenangan, ini semuanya adalah unsur-unsur yang mempersoalkan konsep "free will" pada manusia kebanyakan lebih-lebih lagi apabila aktiviti didalam otak bermula 0.4 saat sebelum kita sedar yang kita akan melaku/memikirkan sesuatu perbuatan/perkara itu.

Saya melihat masalah perbankan dan insuran ini dari sudut yang lebih luas, dari segi fizik kuantum dengan konsep "entanglement", "wave particle duality" akan sifat sub-atomik, dari sudut biology dengan "addiction to our own chemical of emotion", konsep "free will" dan sebagainya. Amat sukar bagi saya untuk menceritakan kepada saudara apa yang ada didalam kepala saya ini dalam melihat masalah kehidupan kita pada hari ini, dan saya akui ini masaalah dan kelemahan saya sendiri untuk menyampaikannya.

Mencipta insuran islam, perbankan islam dan sebagainya yang Islam tetapi masih berdasarkan kapitalisme tidak membantu umat manusia secara keseluruhan malahan ianya hanya akan mengkayakan mereka yang sudah kaya. Kapitalisme perlu diIslamkan dan bukan mengkapitalismekan Islam itu sendiri. Buktinya amat jelas di Amerika yang mana negara kapitalis paling besar akan tetapi semakin ramai rakyatnya yang merempat, homeless dan sebagainya. Bantu membantu didalam Islam tidak "memilih bulu", bukan pada yang membayar premium sahaja tetapi pada semua umat manusia.

Surah yang saudara kemukakan tersebut, Allah SW menyuruh kita mewasiatkan wang kita sendiri atau wang orang lain? Mengapa kita tidak boleh menyimpan wang untuk tujuan itu dan mengharapkan duit insuran? Mengapa tidak simpan duit beli TV, simpan duit bulanan Astro, simpan duit daripada beli rokok dan sebagainya sebelum mengambil insuran dan mengharapkan duit orang lain (insuran memberikan lebih dari duit yang kita simpan) dan mengapa membuat keuntungan dan berselindung didalam konsep bantu membantu?

Telah saya nyatakan saya melihat masaalah ini dari sudut ilmu yang luas, kelemahan saya jika ada rakan-rakan yang tidak memahaminya. Buat yang selesa silakan, cuma nasihat saya fikirkanlah dari sudut yang berbeza, bukan dari sudut kesenangan diri kita didunia yang sementara ini. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..best sungguh saya baca komen2 yang dberikan...saya sudah jumpa jawapan untuk apa yang saya fikirkan selama ini..rupa2nya saya telah letakkan penggantungan saya kepada takaful..bukan bergantung kepada Allah seratus peratus..astaghfirullah..saya teringat kata2 seorang karkun.."Insurans yang terbaik untuk kita adalah doa" tepuk dada tanya Iman..

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera keatas kamu....
islam itu mudah... kenapa nak buat ia jadi kusut.. helmis, kenapa kamu type Allah SW je... mana T nya..? aku pun tak tau la korang ni paham ke tak takaful tu apa... sudah terang lagi bersuluh... korang tau tak apa itu zakat... kenapa ada harga harus diletakkan dalam takaful.. eh..eh.. kenapa zakat pun ada harga juga diletakkan yek? suka hati kita la nak bayar zakat berapa.. tapi kenapa kena ada peratusannya pula?
pikir logik akal la sikit... oleh kerana manusia2 di muka bumi ini suku ambil kesempatan, adanya pencuri, suka membuat kerosakan... dan sebab ini lah wujudnya undang2 dan peraturan2 yang harus dipatuhi. betul tak?
“Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”

Tawakkal? Adakah kita menepati konsep tawakkal?
Mari kita hayati suatu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasullah s.a.w., kisahnya begini;
Semasa sedang Saidina Umar al-Khattab r.a. ke masjid kelihatan beberapa sahabat tidak membiarkan unta mereka tanpa ditambat.
Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya “Mengapa kamu tidak menambat unta-unta kamu.”
Mereka menjawab “Kami bertawakkal kepada Allah s.w.t. wahai Umar. Bukankah kita kena bertawakkal kepada Allah s.w.t.?”
Saidina Umar al-Khattab r.a. menambah “YA! wahai sahabat-sahabatku, tetapi kita mesti berusaha dahulu (dengan menambat unta) kemudian baru bertawakkal.”
Kita mesti berubah. Untuk berubah mesti ada caranya, jangan sampai terpesong.

so... boleh ke kita ni hanya dok mintak kat Allah SWT tanpa kita usaha.. kita kata kita mengharap kan hanya dari Allah SWT.. ya.. memang kita patut mengharapkan hanya pada Allah SWT. tapi persoalannya... adakah Allah SWT memberikan apa yang kita minta itu terus dari langit jatuh depan mata kita?
abu beli pisau dan razak pun beli pisau.. salah ke..? tak salah kan.. abu beli pisau dengan niat nak potong daging kat rumah tapi razak beli pisau dengan niat nak bunuh seseorang. Allah SWT memandang pada niat kita bukan amalan kita.. walau menggunung amalan kita tapi niatnya tak betul apa gunanya..
jadi salah ke kalau amin mengambil takaful dengan niat supaya keluarganya tidak meminta2 jika dia diuji Allah SWT dengan musibah?
so.. kalau korang tak menyumbang tapi korang nak pulak terima sumbangan.. wajar ke...
ibarat korang nak pahala tapi korang tak berusaha buat kebaikkan kerana Allah SWT.. korang ingat Allah SWT nak bagi korang pahala?

3 musuh utama islam adalah KEKUFURAN,KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN... apa maknanya ni?
jika kita berada dalam kekufuran/kejahilan bolehkah kita maju kedepan daripada kemunduran.. jika kita mudur bolehkah kita berada pada tahap bukan kemiskinan? kalau dah ada selipar kenapa nak berkaki ayam.. kalau ada motor kenapa nak jalan kaki.. siapa salah??? salah orang islam itu sendiri yang tak mau maju yang tetap nak berkaki ayam walau pun ada selipar....
sebahagian dari kewajipan seorang Muslim untuk mengadakan peruntukan takaful bagi keluarga dan masyarakat.

kalau dah majlis fatwa dan penceramah2 dan alim ulama kata takaful adalah halal disisi islam kenapa kita yang kail sejengkal ni nak nafikan...

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama 3 Mei, sila rujuk artikel terbaru saya untuk jawapan kepada komen saudara.

http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2012/05/korang-ni-paham-tak-takaful-tu-apa.html

Wassalam

Faruq berkata...

Pegawai kerajaan Malaysia yang diberi kereta oleh kerajaan tidak dikenakan insurans kenderaan. Memang tidak adil betul kerajaan Malaysia. Itu pun pegawai yang berpangkat tinggi saja yang dapat. INILAH KERAJAAN YANG PATUT KITA TUMBANGKAN. Allahuakbar...

Tanpa Nama berkata...

Cuba rujuk artikel ni, kisah benar yang berlaku kepada agen insurans

fenomenazaman.blogspot.com/2012/09/sesuatu-yang-lebih-baik-dari-insuran.html

Abdul Aziz Bin Abd Razak berkata...

SIMPLE EXAMPLE... KORANG KATE ISURANS NI LIKE A TOLONG MENOLONG, TIAP2 BULAN U BAYA RM20, CUBE SEKALI ANDA EXCIDENT, KEMUDIAN PERGI KE EJEN UNTUK MINTA SEPERTI YG DIJANJIKAN SEPERTI RM50K UNTUK KEMALAGAN JIWA. KEMUDIAN EJEN TU JAWAB, MAAF ENCIK, DALAM KES ENCIK NI, ENCIK YG MEMBUAT KESALAHAN KERANA CUAI, JADI ENCIK TIDAK LAYAK MENERIMA INSURANS TERSEBUT. ( SITUASI INI HANYALAH ANDAIKATA SAHAJA ) JADI,SETIAP BULAN ANDA BAYAR, KEMUDIAN ANDA XDAPAT WANG SPERTI YG DIJANJIKAN KERANA ANDA DIKATAKAN CUAI DLAM MEMANDU.. SAYA YAKIN ANDA PASTI AKAN MERASA MARAH..GERAM.. DAN SEBAGAIYA.. JADI DISINI SY INGIN TEGASKAN, ADAKAH ANDA IKHLAS DENGAN KONSEP TOLONG MENOLONG ANDA ??

SATU LAGI.. SETIAP SIMPANAN BANK KITA AKAN MENGGUNAKAN KONSEP WADIAH.. APAKAH ITU WADIAH ?? WADIAH ADALAH PELANGGAN BERSETUJU UNTUK MEMBERIKAN PIHAK BANK UNTUK MENGGUNAKAN DUIT PELANGGA TERSEBUT DENGAN SYARAT PELANGGAN TERSEBUT BOLEH MENGAMBILNYA SEMULA PADA BILA2 MASA.. DAN BANK AKAN MENGGUNAKAN DUIT ITU UNTUK MEMBUAT PELABURAN ATAUPUN KEGUNAA SYARIKAT.. DISITU JUGA MENIMBULKAN KERAGUAN DIMANA ARUS DUIT KITA ITU DIGUNAKAN. DISEBABKAN ZAMAN SEKARANG KITA TERPAKSA BERURUSAN DENGAN BANK SEPERTI GAJI DIMASUKKAN SCARA AUTO KE DALAM ACOUNT BANK, KITA XTERLEPAS DR KERAGUAN RIBA.. SY BUKAN XPERCAYA DENGA ISLAMIC BANKING,TP APA MOTIF HONG LEONG YG BUKAN ADA KAITAN DENGAN ISLAM MELANCARKAN HONG LEONG ISLAMIC BANKING ??

INSAN KERAGUAN

Unknown berkata...

Saya harap mereka yg dilihat anti-takaful ini dijemput hadir ke beberapa majlis ilmu yang dianjurkan oleh syarikat2 takaful.. lapangkan minda, dengar betul2 lepas tu jika ada pendapat atau pertanyaan, sila kemukakan.. elakkan diri dari satu perkataan bernama 'jahiliah'..takut nanti memakan diri.

Helmis berkata...

Saya harap mereka yg dilihat pro-takaful ini dijemput hadir ke beberapa majlis ilmu yang dianjurkan oleh ulamak, guru atau ustaz2 yang tiada kepentingan didalam perniagaan insuran itu sendiri.. lapangkan minda, dengar betul2 lepas tu jika ada pendapat atau pertanyaan, sila kemukakan.. elakkan diri dari satu perkataan bernama 'jahiliah'..takut nanti memakan diri.

mommy's lil sweetie berkata...

Maaf, andai tuan ditimpa musibah, perlukan wang untuk kos perubatan di manakah tuan ingin mendapatkan wang?adakah tuan sudah cukup simpanan sehingga beratus ribu?atau jika tuan meninggal dunia adakah tuan sudah sediakan wang mencukupi untuk anak isteri bagi menjelaskan hutang2 yg tuan tinggalkan?mungkin tuan belum kena.apa pun ada pendapat tuan yg saya setuju..

Helmis berkata...

Assalamualaikum Mommy's,

Dunia yang kita sedang dan akan alami adalah dunia yang kita sendiri "pahat"kan dari perbuatan-perbuatan kita sendiri. (Allah telah berfirman yang kerosakan dunia adalah hasil perbuatan manusia itu sendiri). Maka jika saya "Menjadi Pemerhati" yang hebat akan tindak tanduk dan perbuatan yang yg saya tahu akan kembali kepada diri saya sendiri, bukankah saya akan lebih berhati-hati dari segi perbuatan, tingkah laku dan tutur kata saya sendiri? Itulah "insuran" saya kerana saya yakin jika saya menjaga segala perintah Allah ini maka Dia akan menjaga saya.

Maaf, saya lebih yakin kepada Allah dan bukan yakin kepada sekeping kertas dari syarikat insuran.

Jika saya tidak punyai wang untuk berubat, jika belum ajal saya, insyaallah akan ada yang membantu. Allah SW mampu mencorak dunia ini hingga ke tahap mustahil (beberapa ratus tentera Islam berjaya mengalahkan beribu-ribu mushrikin didalam perang Badar). Saya lebih rela meninggalkan dunia ini dan redha akan ketentuannya dari menyusahkan orang lain.

Tiada yang percuma didunia ini, tujuan utama insuran dan takaful dicipta adalah untuk keuntungan dan bukan untuk membantu. Duit yang diterima itu perlu diambil dari orang lain samada mereka redha atau tidak. Agak-agaklah, adakah semua yang membayar premium insuran itu benar-benar ikhlas atau terpaksa kerana "melihat" tiada alternatif lain? (Maklumla, mana nak nampak Allah SW kan?)

Riba' datang dalam 70 puluh jenis bentuk, mungkin takaful (saya kata mungkin) juga adalah salah satu daripadanya. Dan dari saya "mungkin" diperangi oleh Allah dan rasul, saya memilih untuk tidak mengambil risiko tersebut dan memilih untuk berisiko tidak bertakaful.

Jika selesa untuk bertakaful, silakan, saya bukan ulamak mengeluarkan fatwa, cuma memberi ketukan minda untuk berfikir. Wallahualam.

insanhina berkata...

Assalamualaikum

sedikt respon dari saya.

tidak salah mengetuk minda.

Benar kata tuan tuan, cukup hanya berdoa kepada Allah SWT untuk kesihatan dan dihindar daripada kesihatan

benar juga kata tuan tuan berdoa ialah cara yang betul

tapi tahukah tuan tuan

doa itu merupakan satu usaha sebelum kita tawakkal.

begitu juga takaful, satu usaha sebelum kita tawakkal kepada Allah.

sy ambil contoh: Nak dapat keputusan cemerlang peperiksaan

adakah kita berdoa semata tanpa berusaha? tidak bukan? kita belajar, kita membaca, kita datang exam itu adalah usaha kita untuk juga untuk kita mendapat keputusan cemerlang

Tuan tuan,

begitu juga sebagaimana doa, bertakaful, memakan makanan sihat, ianya jua adalah usaha untuk kita bersedia.

Takaful bukan perlindungan kepada penyakit. ianya sebagai satu cara mengurus kewangan berkonsepkan islam. yang mana penyimpan penyimpan takaful, saling bantu membantu dikala memerlukan.

Tuan tuan, adakah semua penghidap penyakit tidak berdoa kepada Allah untuk dikurniakan kesihatan yang baik?

semestinya mereka sama seperti kita, berdoa dikurniakan kesihatan. tapi saat Allah menurunkan ujian tersebut apakah persediaan kita.?

takaful ini pilihan.jika tuan tuan menolak , itu hak tuan tuan. tapi mohon dihaluskan bahasa tuan . tidak perlu "mengkafirun"

maaf tidak layak kiranya dibandingkan ilmu agama tuan tuan dengan saya, tapi sekadar perkongsian setakat ilmu y sy ada. sy bukan ustaz. saya hanya penasihat takaful yang membantu dan berkongsi kepada sahabat sahabat saya.

afhamaisar@gmail.com

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara InsanMulia,

Pandangan saya sudah saya jelaskan seperti komen-komen saya sebelum ini terutamanya kepada komen terakhir sebelum ini. Saya harap para pembaca dapat bezakan pandangan antara saya sebagai seorang yang tidak berkepentingan didalam industri takaful dengan pandangan saudara sebagai "tentera-tentera" industri berkenaan. Mustahil untuk bertemu dengan manusia yang "menggigit" tangan yang memberi mereka makan, apatah lagi memberi makan dengan makanan yang lazat dan menyenyangkan.

Jika industri takaful ini dijalankan secara wakaf oleh badan bebas seperti Baitulmal dan bukan untuk tujuan mendapat keuntungan korporat, itu dapat saya terima kerana ianya sama dengan konsep khairiat kematian sebagai contohnya, iaitu kerjasama sesama penduduk kampung atau setempat untuk menangani kematian ahli-ahli dan tidak untuk bertujuan mendapat keuntungan.

Negara Jepun sebagai contohnya mempunyai insuran kebangsaan yang diselenggarakan oleh kerajaan, walaupun rakyat masih perlu membayar premium, sebarang keuntungan dari sistem berkenaan akan kembali semua kepada rakyat dengan cara yang lain seperti pengurangan cukai ataupun pembinaan hospital-hospital baru. Berbanding dengan konsep dinegara kita yang mana insuran adakan kepunyaan syarikat korporat yang rata-rata saham dimiliki oleh orang kaya, maka semua keuntungan akan masuk kepoket mereka. Sebab itulah dinegara kita sekarang ini jurang antara yang kaya dan miskin semakin besar. Ini belum lagi saya ceritakan mengenai industri perbankan baik islamik atau konvensional.

Apabila Allah SW menyeru kepada Nabi Adam AS untuk memasukkan 999 dari 1000 orang keneraka, terdapat petanda apakah pilihan-pilihan yang perlu kita ambil didalam hidup ini. Untuk memilih dan melakukan apa yang biasa dilakukan oleh manusia kebanyakan atau berlainan dari mereka, saya memilih pilihan kedua. Wallahualam

miki berkata...

menangis sy membaca ulasan anda helmis.pemikiran sy sma sperti anda.kerana kita memandang dunia dr sudut yg berbeza.kpd yg masih ingin meneruskan insuran,tiada paksaan.pada pendapat saya,apa sahaja yg mempunyai unsur riba tetap dikira haram.sy sendiri membayar insuran takaful bsn prudential rm150 sebulan.sy sering tertanya2 ke mana perginya duit sy jika sy tidak claim insuran?dan sy dimaklumkan bahawa sy akan dpt balik duit tu sekiranya sy lgsung tidak pernah claim tetapi dapat kurang dari apa yg sy carum.ke mana perginya duit tu?agent insuran sy tu seperti yang sy tahu,die telah bhenti kerja sebagai seorang engineer dan hanya menguruskan insuran ini..beliau dapat makan angin ke luar negara setiap tahun.wah nampaknye perniagaan insuran ni mmg menguntungkan.beliau of course la makan duit customer jgk dgn alasan tu duit pengurusan.mulai hari ini..sy berhenti byr insuran dan mula menyimpan duit hasil titik peluh sy sendiri untuk masa depan yang mana sy bergantung kepada Allah SWT..dalam Al-Quran jg menyebut infakkanlah hartamu ke jln Allah..beri anak yatim..fakir miskin..insyaAllah mulai sekarang sama2 kter sematkan minda untuk membantu anak yatim dan fakir miskin.sy juga rasa sauara di luar sana perlu sedar diri saudara tidak perlu dianiaya untuk kepentingan agen insuran yang semakin hari semakin kaya dengan memakan duit riba anda.percaya dengan Allah dan janji Allah.berilah duit kepada orang yang lebih memerlukan.jika nak join insuran,niatla untuk taknak duit claim tu.barulah namanya ikhlas.selagi anda harapkan balasan,itu namanya ikhlas tidak berada dalam diri anda.

Tanpa Nama berkata...

assalam. skdr pkongsian, caruman sy slama 7 tahun hnya dpt tsangatlh ciput bila sy mahu keluar dr insuran. bygk stiap bln duit gj sy dipotong rm130 klu dh sthun brp dh sy byr n klu dh 6-7 thun mcarum. klu tidak krn dlm ksusahan tidaklh lg sy kluar dr insuran. sbaikny agen syarikat insuran jelaskn dr awl n bukan ckp yg ddpt ratus2 K tu je. Jd tidak mbuatkn org yg dlm ksusahn bhrp dpt lebih sedikit jerih perihnya mmbyr slm ini. itulh tidak fhm knp tiada sbrg penyata byrn spjg 7 thn ini. pdhl agen nyatakn dlu katakn bila 7 thn itu tempoh matang n duit dpt kluarkan full spt yg tlh dibyr (kononnya) barulh sy tahu apa yg tjd slps 7thn mcarum. tp sy xpct akn kluar mcarum jika tdk krn ksusahn ini. mgkn inilh hikmah d sblik ksusahn hidup sy skrg. sbaikny dptkn kpastian btul2 dr syrikt insuran jika ingin mbuat carumn. rugi mmg rugilh tp ini jg pnjrn pd sy. maaflj ika prkgsian sy ini kluar tjuk..hny Allah swt tmpt mgadu n mghrpkn ptolongan..

'ATIQURRAHMAN berkata...

Assalamu'alaikum
Raikan pendapat.

Jika kita rasakan tak perlu takaful, maka hentikan semua takaful termasuk takaful loan perumahan, personal loan.

Lebih baik beli Cash. Jika tak mampu jangan beli rumah. Jika nak beli cara loan, fikir juga nanti nak jual rumah tu siapa nak uruskan, anak2 isteri nak tinggal mana fikirkan sekali.

Tayar spare juga boleh buang dari bonet, ujian Allah hadapi dengan tenang bocor baru cari spare.

Kerjalah dengan ikhlas, usah harap gaji kepada rasa derma dengan ikhlas. Kalau kerja bergaji pun boleh jadi ibadah, kenapa takaful derma nak harap manfaat kata tak ikhlas?

Banhak lagi nak ulas, tapi sayang, saya bukan ustaz, saya baru nak start.

Maafkan saya, saya jahil.

Boleh hubungi saya di

Pu'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya semua yang menolak Takaful ni masa kecik-kecik tak gi klinik cucuk BCG dan Rubela... tawakkal beb! ahahaha..

Helmis berkata...

Saya percaya semua yang terima masa kecik-kecik dulu cucuk BCG dan Rubela… dan masih tak tau itu semua sebahagian dari population control New World Order, dgn bahan beracun mercury dll didalamnya… jadi biri-biri beb! ahahaha..

Unknown berkata...

Betul tu.. Mcm dlu.. Mse sekolah.. Kecik kecik dlu.. Ingat tak bila ade kawan2 rumah terbakar.. Family meninggal.. Atau musibah lainn.. Pastu pengawas dtg satu kelas ke satu kelas mintak derma Ikhlas... Begitu juga konsep Takaful cuma dia bersyarat.. Derma tetap .. Sape yg sertai kita Bantu membantu.. Taknak sertai takpe.. Maybe mereka ada cara lain.. So bagi saya nak sertai boleh.. X nak sertai pon boleh..

Unknown berkata...

Bagi saya yg menyertai Takaful ni ada pandangan lain pulak.. Bagi saya.. Niat saya mmg nak menderma.. Sbb itu saya menyertai.. Saling Bantu membantu.. Kita bila Dah niat menderma .. Derma Je lah.. Ada org.. Dia menderma dia dok teringat ingat.. Bila niat derma.. Satu je.. Kene Ikhlas.. Huhu..

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah..mudarat manfaat semua datang dari Allah..tq penulis

Unknown berkata...

Amik takaful bertahun.. Tp termiss sebulan @2bulan.. Dgn takdir ilahi hamba allah tu nk guna takaful.. Tp bila masa tu check akaun ada termiss 1bulan tunggakkan bayaran.. Maka hamba allah tu kecewa sbb xdpt bntuan seperti yg diharapkan.. Adakah ini konsep takaful yg dikattakan tolong menolong??

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahal'azim.

Semoga Allah swt ampunkan dosa2 kita. kan lbh baik jika badan kebajikan sahaja yg menguruskan semua proses bantuan kpd yg memerlukan tanpa adanya institusi insurans yang menjalankan perniagaan & bantuan bersyarat.

Ikhlaskan derma sahaja tanpa mengharapkan pulangan, & tiada janji2 yang ditaburkan yang akan menjerumuskan diri ke unsur2 dosa yang x sepatutnya, dalam sedar mahupun tidak sedar. Itulah yang dikatakan konsep bantu membantu, tidak ada syarat2 tertentu dikenakan, dibantu bagi semua jenis musibah ikut kemampuan kewangan tabung itu sendiri.

Jika ada 'nilai' tertentu yang dijanjikan, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Andai yang menuntut tu hampir 50% daripada pencarum, syarikat tu ada duit ke?

Andai 80% daripada pencarum menuntut?

Andai kesemua pencarum menuntut?

Adakah syarikat benar2 akan menjual segala aset bagi membiayai perlindungan & bantuan seperti yang dijanjikan atau sebaliknya?

Takaful itu baik, sebagai konsep bantu membantu, tapi perlaksanaannya perlu dibetulkan agar tidak dijadikan proses perniagaan yang akan mengenakan syarat2 tertentu, sehingga perlu membayar amaun2 tertntu, & perlulah diterangkan kepada pencarum, andai duit tabung derma ini habis dituntut, pencarum bakal tidak dapat apa2 sebab perkongsian bantuan adalah daripada tabung derma.

Semuanya perlu jelas bagi pemegang amanah tabung derma serta pencarum wang derma.

Allah lbh mengetahui segalanya.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

saya juga pencarum takaful..berkat sedikit rezki yg dikurniakan Allah utk membayar bulan2...

saya juga peserta khairat kematian di taman saya

walaupun ditimpa musibah..3 kali opeartion dan isteri 2 kali operation...anak 1 kali operation...semuanya menggunakan medical card takaful...tapi saya juga masih bergantung dan tidak putus2 berdoa kpd Allah...moga2 dikurniakan kesihatan yg baik...

soalannya...
adakah saya berdosa mencarum dlm perlindungan takaful ini?

sekadar ingin tahu...sekiranya jawapannya YA...saya akan fikir balik samada nak teruskan atau tarik diri dari terus bertakaful...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas artikel ini tuan. Baru baru ini dapat offer daripada kawan suruh ambil satu plan ni..kalau jadi apa apa kat suami hang...hang nnt dapat rm1juta.
Senang nak teruskan hidup. Fikirlah pasal anak anak. Aku kawan cuma nak bantu kau. Apalah sgt rm100++ sebulan ko bayar. Katakan suami ditakdirkan meninggal 2 tahun lagi...ko akan dapat rm1 juta ni!!! Berapa je pun ko baru bayar 2 tahun beb!
Bagi saya, percayalah pada rezeki. Rezeki dtg daripada Allah. Selagi kita berusaha, pasti ada rezeki tak kiralah sama ada masih bersuami ataupun tidak.
Diibaratkan macam main no ekor la pulak. Ramai yg dok tikam nombor tiap hari. Duit yg dok tikam yg tak kena ni la kasi ke fulan fulan yg menang. Itulah sifat manusia...mahu yg senang sahaja.
Bagaimana pula dgn reward reward yg ditawarkan kepada ejen ejen ins? Pergi melancong luar negara 5star, hadiah lumayan, jam, handbag...itu dan ini. Adakah itu semuanya dtg dari wang wang contribution kita selama ni yg kita tidak claim? Kalau begitu kitalah yg BANTU MEMBANTU mereka utk pergi melancong ya? #jangankecamsaya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pendapat saya, takaful ni insurans konvensional yang di rebrand balik mengikut kesesuaian bank negara. Check balik siapa so called panel² syariah untuk takaful ni? Kenapa majoritinya adalah ceo² bank nasional? Check balik kenapa bank negara boleh mengubah sistem takaful ni mengikut 'keadaan' yang dirasakan sesuai. Dengar komen Syeokh Imran Hossein tentang takaful/backdoor riba.

Tanpa Nama berkata...

jangan haramkan yang halal, jangan halalkan yang haram. yang haram itu ditentang, yang halal bolehlah buat

Maysarah berkata...

Alaykum Salam sahabat syurga semua :-)
Setiap orang ada pandangan masing2. Apa kata kita raikan pandangan bersama. Mungkin ada betul, mungkin ada yg tidak.

Bagi saya, saya memilih untuk ada simpanan takaful. Kenapa?
1) Medical card. Saya gunakan kelebihan ni untuk pergi dapatkan rawatan di hospital swasta. Kerana saya nak dptkan treatment yg agak lebih cepat dan selesa. Saya tak nafikan, hospital kerajaan, amatlah baik kalo banding dgn swasta. Tapi, bagi saya, ini cara saya untuk bantu org yg susah yg betul2 perlukan rawatan dgn cepat (In direct way, walaupun usaha saya ni, tak de la effect sgt.) Cthnya, kenapa kita nak berebut2 nk dapatkan rawatan percuma dgn org yg kurg mampu dari segi kewangan, sedangkan, kita ada option yg mungkin lebih baik. Satu lagi, bila patient dh terlalu ramai, doctor kerajaan pun terpaksa kerja lebih masa. terpaksa korbankan masa untuk keluarga, korbankan makan, kurangkan ibadah (tak sempat nak solat awal waktu, kdg tak sempat nak baca quran) semata2, nak pastikan ummah di rawat dgn cepat. So, apa kata, bg org yang mampu sikit, kita tlg kurgkan bebanan mereka.Tu bagi pendapat saya la.
2) Sumbangan kematian/penyakit krital. Betul, duit bukan segala-galanya. Tapi, semua benda perlukan duit. Dgn sumbangan tersebut, dapat la sikit sebanyak keluarga waris dapat teruskan hidup. Bila sesuatu ujian terjadi, bukan semua org boleh redha on the spot. Realitynya, redha, sabar dtg slowly. Ambil masa untuk bertenang. Ambil masa untuk move on. Cthnya, bila surirumah kematian suami. Apa yg pertama sekali terlintas, tiada sumber pendapatan. Dgn adanya sedikit sumbangan, boleh la meringankan beban keluarga. Dengan duit tu, boleh la si isteri mulakan perniagaan kecil2lan, boleh la nak langsaikan hutang2 kalo ada. Tu gak adalah salah satu usaha suami untuk bagi keselesaan pada keluarganya.(Pengalaman ni terjadi pada org terdekat dgn saya)
Berkenaan dgn agen pergi holiday 5 star, dapat hadiah macam2, tu adalah reward untuk sesorang agen. Saya bagi cth. Company awak untung besar, company awak pun bagi bonus pada staff. Sama je kan. Setiap company, ada cara untuk bagi reward masing2. Tiada istilah agen g bercuti hasil duit contribution anda. Kenapa awak tak cakap, orang kerajaan dapat bonus, dapat pencen daripada duit awak sbg tax contributor? concept yang sama kan. Kalo semua org tak byr tax pada gov, mana gov nak dpt duit bagi gaji pekerja? Kita ni kan, saling perlukan antara satu sama lain.Dulu, saya pun fikir macam awak. Sebab masa tu, saya banyak rasa hasad tgk org2 berjaya, especially agen insurans. Tapi, bila saya lapangkan minda, lapangkan hati, fikir positif je, in Sha Allah, benda2 macam tu takkan keluar dari fikiran kita. Kita cakap mcm tu, sebab kita tak dpt g holiday 5 star.Tak dpt hadiah best2. Hurmm...tanya dlm hati masing2.
Dan satu lagi, apa2 yg kita usahakan, selebihnya, tawakkal pada Allah.
Wallahualam. Sekadar berkongsi pengalaman.
Apa2 pun, ada baik dan tak baiknya tentang insuran.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudari Maysarah,

Terima kasih atas komen saudari yang panjang lebar tentang kebaikan menggunakan kemudahan insuran. Ingin saya bertanya kepada saudari soalan-soalan berikut agar saudari boleh melihat isu insuran ini dari sudut yang berbeza.

1. Adakah kerana seseorang itu tidak dilindungi oleh insuran maka dia tidak layak (sebagai manusia/as a human being) untuk diberi “treatment yang agak lebih cepat dan selesa”?

Tidakkah kita sebagai seorang yang bernasib baik boleh membayar premium insuran setiap bulan ini juga mahukan mereka yang tidak bernasib baik ini keselesaan yang sama?

2. Kemana pergi semangat tolong menolong sesama masyarakat apabila seseorang ahlinya ditimpa musibah? Sebelum zaman munculnya sistem insuran, adakah isteri yang kematian suami itu akan mati kebuluran tanpa dibantu oleh masyarakat setempat?

Bagaimana jika sistem khairat kematian yang diamalkan di kebanyakan kawasan perumahan dimodenkan untuk semua golongan atas konsep tolong menolong dan bukan untuk mengaut keuntungan?

3. Bukankah lebih baik jika keuntungan syarikat insuran itu disalurkan kembali kepada masyarakat contohnya dengan menggaji lebih ramai doktor dan jururawat dihospitak kerajaan dengan gaji yang lebih menarik agar semua golongan masyarakat dapat menikmati “treatment yang agak lebih cepat dan selesa”?

Laman SD melihat isu insuran ini sama seperti sistem perbankan yang mana “perniagaan” ini mengaut keuntungan diatas kesusahan orang lain. Bagi admin, menolong itu tidak sepatutnya menjadi suatu perniagaan baik dari pinjaman wang, pendidikan mahupun kesihatan. Sistem perbankan (pinjaman tanpa riba’), pendidikan dan kesihatan (tidak perlu pun insuran) sepatutnya perlu diberikan secara percuma dengan penuh keselesaan kepada rakyat dan bukan diswastakan.

Tetapi malangnya pemimpin kita dizaman ini telah jauh menyimpang dari membantu rakyat dan sebaliknya hanya memenuhkan poket sendiri dan juga poket-poket kroni. Dan tempias kepada golongan segelintir yang mana dapatlah mereka ini membayar premium setiap bulan untuk “treatment yang agak lebih cepat dan selesa” di hospital swasta. Bagaimana pula dengan golongan yang tidak bernasib baik? Bukankan mereka juga manusia yang perlu layanan yang serupa?

Sistem perbankan dan insuran sedikit demi sedikit telah mengikis semangat tolong menolong didalam masyarakat tanpa disedari. Semangat kejiranan sedikit demi sedikit luntur malah mungkin telah lama hilang kerana didalam minda manusia dizaman ini tidak perlu lagi pertolongan dari jiran dan masyarakat. Perlu duit, personal loan ada, sakit pening insuran ada, dan kerana ingin membayar bayaran bulanan bank dan permium insuran, manusia semakin sibuk dan akhirnya tiada lagi masa untuk jiran dan juga masyarakat setempat.

Bagi yang bernasib baik boleh membayar premium insuran, saya ucapkan tahniah akan tetapi janganlah sekali-kali hilang didalam hati bahawa insan yang tidak bernasib baik, yang tidak mampu membayar premium insuran juga sepatutnya diberikan layanan yang sama jadi apakah yang mampu dan boleh kita lakukan untuk memastikan kebajikan mereka itu? Apakah usaha terbaik yang mampu kita lakukan untuk mereka?

Dalam bab insuran ini juga laman SD melihatnya dari sudut Fizik Kuantum atau Hukum Tarikan iaitu kita sendiri yang mencipta realiti kehidupan dari pemikiran kita sendiri. Jadi apabila kita membeli insuran kerana mahukan rawatan yang baik apabila sakit, ini dari sudut hukum tarikan bermakna kita telah menyediakan diri kita ini untuk sakit dan apabila kita membeli insuran maka dapatlah nanti sakit dengan “treatment yang agak lebih cepat dan selesa” di hospital swasta. Pendekatan yang sama telah diberikan didalam artikel asal posting ini.

Ribuan ampun dan maaf jika ada ayat-ayat admin yang tidak selesa ditelinga, tiada niat lain hanya untuk memberikan ketukan kepada minda yang mahu berfikir. Wallhualam.

izam berkata...

Salam Tuan Admin,

Saya hormati pandangan Tuan. Dalam masa yg sama saya hormati juga pandangan rakan2 yg lain.

Saya tak pasti sekiranya sudah ada perbincangan mengenai takaful utk mereka2 yg tidak mampu. Sekiranya tidak, adalah perlu sesiapa yg mempunyai kuasa utk mempertengahkan hal ini.

Dalam hal ini, saya rasa Tuan admin patut mengutarakan perbincangan ini ke pihak yg bertanggungjawab.

Sekian.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Tuan Izam

Ingin saya bertanya, pada pendapat tuan adakah pemimpin-pemimpin kita pada masa ini berminat untuk mengubah sistem atau syarikat insuran daripada "profit oriented" company kepada badan kerajaan yang fokus untuk kebajikan rakyat dan bukan profit oriented?

Mungkin tanggung jawab kita bersama terlebih dahulu untuk memilih pemimpin yang sanggup berbuat demikian. Jika tidak hanya penat dan lelah sahaja yang kita dapat.

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Sungguh bijak pandangan tuan admin.....
Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari perbincangan diatas dan tidak akan masuk setiap hikmah yang dijumpai kecuali bagi orang2 yang berhati jernih....
Jazakumullahu khairan...

Unknown berkata...

Salam Tn Helmis,
Saya bersetuju dgn pandangan tuan tentang takaful/insurans walaupun saya seorang ejen insurans.

Didlm pandangan sesetengah ulama' mazhab hanafi (xsalah saya) insurans@takaful kedua2nya harus dielakkan sbb berunsur riba'. Ini bkn pandangan saya, tp ulama' mereka.

Perkara insurans/takaful nie perlu @ xperlu bergantung kepada individu itu sendiri. Personally bg saya, saya perlu. Mungkin bg tuan xperlu. Itu hak masing2.

Yg dok jual insurans/takaful tue sendiri ada yg xtau kemana duit byaran tue pi pun ada. Bkn semua la. Tp bg pendapat saya majoriti xtau pun. Main sebut dana islamic@xislamic ja.

Sekadar berkongsi ilmu yg saya tau skit2. Takaful sebenarnya ada bnyk framework.
1) takaful bil mudharabah
2) takaful bil wakalah
3) takaful bil waqf

Takaful kt malaysia xpakai no 3 sbb xuntung framework nie. Jadi lepa probe guna yg no 1 utk dana investment dan no 2 utk caj rider dlm policy. Benda2 nie jadi sbb dikontrol oleh konglomerat dan system BNM tue sendiri guna system yg secular. Jadi xyh pening2, kita hadap jala.

1 lagi, saya dulu adalah ejen takaful yg menjual 100% product takaful shj sbb xmau jual yg insurans. Sbb masa mula2 dulu cuma tau psl gharar, maisir, riba. Tp selepas 5tahun lebih ada dlm industry nie, saya nmpk mostly takaful punya system itu bnyk kt grey area & ada yg lebih gharar dr insurans sendiri.

Mungkin kata2 saya nie akan guris hati penunggang2 agama yg menjual takaful. Tp itulah yg dpt saya simpulkn setelah lama dgn takaful & akhirnya saya amik keputusan ubah ke syarikat insurans yg lebih transparent.

Jika ada yg nk berdiskusi tentang perkara nie bolehla add saya di FB. Bkn nk buat marketing, tp kita kongsi ilmu yg ada. Maybe smp harinie pendapat saya salah. Mungkin. Tp setakat nie saya mmg yakin dgn apa yg saya faham. Klu ada ilmu baru, alhamdulillah saya sudi belajar.

University Malaya Materials Science Open Lab berkata...

Assalamualaikum. Saya juga lebih cenderung utk tidak mengambil takaful walaupun ditabur dengan janji2 manis dan juga bayangan2 kemalangan yg bakal menimpa diri oleh si oenjual takaful secara dalam talian.Mungkin kerana pengalaman diri yg lalu bekerja sebagai promoter melalui telefon yg menyebabkan hati ini tak berminat. Saya tahu, dunia promoter dalam talian ini tak kan dapat lari dari unsur2 penipuan atau kelentong demi mengejar komisyen.Siapa yg pernah melalui akan tahu. Moga2 Allah ampunkan dosa saya ketika saya bekerja sebegini dahulu.Pada yg hndak menggunakan takaful/insurans terserah, tp jgn lah smpi memandang sinis kami yg bukan pencarum ini.

Kepada ejen2 takaful/insurans, berkata benarlah ketika berurusan dengan pelanggan. Jgn perjudikan nasib kita di akhirat dengan komisyen yg x seberapa nilainya itu. Moga2 Allah pelihara kita semua jasmani dan rohani terus di jalan siro'tolmustaqeem.

Tanpa Nama berkata...

Satu je nak komen.. Dunia dah akhir zaman.. Lihat dan rasa sendiri.. Lu pk la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dan sokong sudut pandangan @helmis kerana saya pun suka fikir daripada pelbagai sudut yang berlainan daripada orang lain. Terus berusaha untuk menyampaikan kebenaran kerana Allah. Alhamdulillah. @tanpa nama yang pernah bekerja sebagai ejen juga memberitahu banyak grey area yang terdapat dalam takaful@insurans. Ia menguatkan lagi keyakinan saya untuk tidak memilih sebarang insurans@takaful. Hidup kerana Allah. Sakit kerana Allah. Mati kerana Allah. Allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

Ini yg terjadi bila kerajaan berniaga...tentulah untuk meraih keuntungan. Fungsi sebuah pemerintahan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat , keperluan asas seperti pendidikan, perumahan, kesihatan dsb. Malangnya sistem yg kita ada hari ini di negara kita dan seluruh dunia adalah sistem keewangan yg diasaskan oleh zionist. Sistem ini menjana keuntungan melalui sistem riba yg diamalkan oleh banking sistem. Ini termasuklah sistem insuran/takaful. Institusi perbankan/insuran di kawal selia oleh bank negara. Dan bank negara kita dikawalselia oleh united nation melalui international monetary fund yg kawal pula oleh federal reserve bank amerika. Sebagai anggota united nation kita terpaksa akur dengan sistem ini. Jadi cubaan untuk mengubah sistem perbankan /insuran kita mengikut hukum syariah melalui sistem zionist tidak akan berjaya.

Abz!! berkata...

Salam tuan admin...

Terima kasih bbyk ats perkongsian ilmu yg bg saya amat2 bermanfaat. Sungguh jelas dan terang setiap butiran dan penjelasan...

Kpd yg masih pertahankan... sbnrnye ada kepentingan atau kemudahan trsendri yg cuba nk diselindungkn dr kebenaran.. walaupon hujah dn bukti yg dberikan cukup jelas...

Sama2 kita mntanzihkn diri utk jd hamba yg lbih bersih disisiNya inshaallah...

Terima kasih skl lg pd admin
Barakallah fik wajazakallah khairal jazak!!!

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO