Ahad, 14 Februari 2010

Makanan Untuk Hati Dan Minda

Dari Saudari Ocean,

Assalamualaikum,

Syukran atas balasan dr saudara..
Banyak ilmu yg dapat dikongsi melalui blog ini..

melalui artikel tntg antara babi & zina..sy sedar sy pernah melakukan kesilapan kecil seperti pasangan lain.

..sy mempunyai kekasih..3tahun lebih tua dr sy..sekarang dia bertugas kat johor..dan sy kat sabah..sekali setahun baru dapat jumpa..hubungan kami mendapat restu dr kedua-dua orang tua kami..walaubagaimanapun sy rasa bersalah plak..sebab kadang2 tak dapat kawal perasaan ..rindu kat dia..dan kekadang berimaginasi tentang dia ..sampai di luar kawalan..saya rasa berdosa ..tapi saya tak tahu bagaimana nak menanganinya...

saya mintak sangat nasihat saudara tuk bantu saya..

saya masih muda..tapi dalam masa yang sama ..saya nak jadi muslimah sejati...lagipun sekarang ni sy baru nk pelajari ilmu agama dengan baik..

nasihat saudara untuk mensucikan hati dan akal..akhlak dan budi pekerti yang baik..apa jenis makanan yang baik untuk hati dan minda kita..?
ih..

ikhlas dr sy,
ocean..
terima kasih
Jawapan saya:


Waalaikumsalam, alhamdulillah sekurang2nya wujud kesedaran dihati akan perbuatan2 dosa kita yang lalu. Perkara yang lepas akan menjadi pengajaran dan sempadan buat kita menempuh hari medatang sebelum malaikat maut menjemput.

Umat manusia telah lama dibesarkan dengan pemikiran bahawa apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan, situasi, emosi hinggalah kepada personaliti. Memang tidak dinafikan, bahan2 kimia dari sumber makanan tertentu akan memberi kesan menerusi signal2 yang dihantar ke otak samda mempengaruhi cara pemikiran ataupun menyebabkan lebih banyak neurotransmitter (agen penghantar signal ) lebih banyak dirembeskan, akan tetapi minda kita sendiri yang lebih berkuasa dari makanan2 tersebut.

Paada pendapat saya, makanan terbaik untuk hati dan minda bukanlah makanan "fizikal" akan tetapi makanan rohani iaitu solat yang khusyuk dengan penuh kerelaan, ikhlas dan kasihkan Allah, itu makanan bagi hati, minda, jiwa dan juga ruh. Tanpa solat yang ikhlas dengan tumpuan dan pemahaman kepada bacaan2 solat itu menyebabkan hati menjadi mati dan lupakan Allah. Maka apabila hati tidak mendapat "tujahan2" peringatan kepada Allah ini maka kecenderungan untuk melakukan dosa akan terbuka luas. Sebab itulah solat sepatutnya mencegah kemungkaran akan tetapi jika kita lihat persekitaran kita, manusia yg solat tetap juga melakukan dosa jadi apa silapnya dalam solat tersebut? Sebab itu saya menekankan pentingnya pemahaman dan tumpuan kepada solat itu sendiri. Ini disusuli pula dengan ilmu pengetahuan, bukan ilmu2 artis ini kahwin sapa, pakai baju apa atau cerai berai akan tetapi ilmu pengetahuan yang berguna baik ilmu agama mahupun ilmu2 lain seperti sains, ekonomi dan sebagainya. Ilmu inilah juga makanan bagi hati, umpama rencah pada masakan, tidak enaklah jika nasi goreng tanpa daging, udang dan sayurnya. Iman dan taqwa kepada Allah itu ibarat "nasi" pada hati, dan ilmu2 lain itu sebagai "rencah"nya maka barulah kita dapat menikmati dengan lazatnya nikmat iman itu dengan lebih enak lagi.

Makanan kategori yang kedua pula adalah makanan yang halal, kebanyakan manusia tanpa sedar memasukkan makanan2 yang haram kedalam tubuh badan. Haramnya yang jelas seperti babi dan arak itu boleh dielak, bagaimana pula haram yang tidak kelihatan contohnya makan dari wang gaji yang tidak halal kerana semasa bekerja kita kuat ponteng, melengah2kan kerja dan sebagainya. Begitu juga makanan dari hasil riba seperti saham, skim cepat kaya dan sebagainya? Ini yang lebih bahaya dari babi dan arak kerana umat manusia akhir zaman ini tidak lagi hairan akan makanan dari sumber riba'/haram ini.

Lihatlah iklan2 dimajalah tabloid, tempelan2 pada tiang2 elektrik dan pebagai tempat lagi menawarkan pinjaman. Bukan setakat yang memberi pinjaman itu makan dosa riba, yang mengambil pinjaman itu juga terbabit dengan dosa riba, yang menempek iklan itu juga dosanya sama sahaja. Dengan wang pinjaman itulah makanan akan dibeli dan ini tanpa sedar akan membuat hati jadi mati.

Amat lebih penting bagi kita menganalisa akan makanan dari segi ini daripada memilih apa jenis makanan2 fizikal yang kita anggap boleh memberi kebaikan pada hati dan minda. Chessnut, ginko biloba dan minyak ikan adalah antara makanan yang elok untuk minda akan tetapi jika ianya dibeli dari sumber yang haram maka ianya tidak memberi makna.

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah....

jawapan saudara..memberi impak positif kepada diri saya..mohon copy n paste tuk laman sosial face book saya..

oc..

Helmis berkata...

alhamdulillah, jika usaha yg saya lakukan ini berjaya mengubah walau hanya sesorang manusia sekalipun untuk semakin dekat kepada Allah, sesungguhnya itu pun sudah cukup iaitu berbaloi bagi saya. Berpesan2lah dengan kebenaran dan berpesan2lah dengan kesabaran, moga diberkati Allah selalu, insyaallah.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO