Menasihati Rakan - Pakai Camni Pun Seksi Ke?
Adik Nik bertanya;
~i'm a student from a b0arding sch0ol in kelantan.Jawapan saya
~just want to ask u the ways 2 advice my friends.
~kwn sy ni agak suka menunjukkn bntuk bdnny pd khalayak..
~bila sy mnasihatinya,, kwn sy itu akn ktakan "pakai cmni pn seksi ker? xsportin' r..
~n bila sy kata, "nk tggu pakai cam org b'kmban bru blh dilabelkan seksi?" dia t'singgung la pulak.
~klu blh sy xnk hubungn sy dan kwn2 jadi renggang,,
~tp bila sy tengok kwn2 sy mndedhkan aurat,, skit juga rsa hati ni,, tp xkn sy just nk mncegah kmungkaran dgn hati sj?
Didalam Islam, jika isteri mengingkari suami, maka hendaklah menasihati dengan mulut, kemudian asingkan tempat tidur dan kemudian barulah bercerai, dan tetapi itulah yang paling dibenci oleh Allah dan Nabi.
Didalam hubungan antara rakan, amat perlu lah kita berusaha dengan menasihati bukan sahaja dari perbualan dengan hujah2 yg bernas, akan tetapi dari segi perbuatan dan tingkah laku kita sendiri. Akan tetapi jika sudah puas berusaha maka tidak berhasil juga mak sudah tibalah masa untuk kita menjauhkan diri dari golongan sebegini kerana pertamanya untuk bertegas dengan mereka bahawa apa yg mereka lakukan itu tidak mengikut landasan Islam dan kita sebegai seorang muslim amat tidak boleh berkompromi didalam hal sebegini. Keduanya adalah kerana ditakuti pula lama kelamaan kita akan mengikut jejak langkah mereka. Tetapi proses menjauhkan itu hendaklah dilakukan dengan bijak dan tidak menimbulkan rasa marah mereka, kerana itu akan menjauhkan mereka lagi dari Islam.
Menjauhkan diri itu bukan beerti hubungan mereka dengan kita berhenti begitu sahaja, tingkatlah keimanan diri dan yang paling penting sekali kerapkan berdoa kepada Allah agar rakan kita itu berubah, tiada yang paling berkuasa didunia ini selain dari doa buat mereka yg kita sayangi dan insyaallah moga di beri hidayah kepada rakan kita itu kembali mengikut jalan yang benar. Allah mampu mengubah suasana dunia untuk membuatkan mereka tiba2 berubah, baik secara halus (hidayah) mahupun secara kasar dengan memberi kecelakaan kepada mereka yang mana kemudiannya menimbulkan kesedaran. Moga dijauhkan oleh Allah dari tindakan sedemikian, akan tetapi tidak ada yang Allah jadikan olehNya itu tanpa kebaikan. Kecil atau besar kecelakaan itu pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya.
Umat Islam akhir zaman bak kata Nabi hanyalah Islam pada nama sahaja, "sporting" hanya bila mengikut landasan barat dan landasan Islam sudah lapuk. Jika dnasihati sudah, dihati sudah maka jalan yg terbaik adalah untuk menjauhi golongan sebegini, kecualilah jika mereka punyai kepentingan kepada kita yang mana membuatkan kita masih kekal bersama mereka dan takut untuk kehilangan mereka.
Contoh yang paling nyata didunia sekarang ini rata2 pemimpin Islam masih tunduk "menjadi budak penggilap kasut" kepada barat terutamanya Amerika sedangkan telah terlalu nyata mereka adalah penindas umat islam sendiri. Apa yg mereka pentingkan adalah kedudukan dan kuasa mereka serta peluang untuk mengaut keuntungan dari wang dan harta kerana mereka tahu jika mereka menentang Amerika, mereka akan dijatuhkan, baik secara halus (bagaimana mereka menggunakan media untuk menjatuhkan Ahmadinejad) atau secara kasar (perang untuk menjatuhkan Saddam).
1 Komen:
untuk menyedarkan gadis sebegini, memerlukan kebijaksanaan dan pembuktian eksperimen. Beli dua bungkus mi bandung dan letakkan kedua-duanya didalam mangkuk. semangkuk dibiarkan ditempat terbuka dan semangkuk lagi ditempat tertutup di atas meja yang sama. biarkan selama dua jam dan pelawa kawan itu makan dan memilih sendiri mangkuk mana yang dia mahu.
pilihannya itu akan memberikan penjelasan mengenai bagaimana sifat kelakuannya, pendiriannya dan tahap pemikirannya. jelaskan kepadanya, yang terbiar terbuka itu terdedah pada pandangan mata lelaki manusia dan jin.
aurat itu bukan hanya kulit tetapi bentuk tubuh juga termasuk dalam aurat. katakanlah, lelaki manusia dan jin bukan hanya ghairah kepada kehalusan kulit dan kecantikan wanita, tetapi bentuk tubuh, gaya dan penampilan, juga merangsang ghairah lelaki. jelaskan juga, bukan hanya lelaki manusia sahaja akan tertarik kepadanya, malah lelaki jin juga ikut suka pada wanita-wanita seksi ini.
gadis seperti ini tidak faham meskipun mengetahui lantaran mereka tidak dapat melihat dan memahami apa-apa yang tersirat disebalik yang tersurat.
Catat Ulasan