Ahad, 4 Julai 2010

Menjadi "Periuk Nasi" Kepada Suami Yang Tidak Bertanggungjawab

Puan Jannah bertanya;

Suami saya seorang yang buruk akhlaknya, suka memperdayakan perempuan, dan bergaul bebas dengan perempuan adalah perkara biasa. Ini berlaku dari sebelum dia kawin. Dia tidak solat, tidak puasa tetapi dia berpura2 melakukannya supaya orang percaya dia baik. Dan dia bukan suami yang bertanggungjawab, mengabaikan keluarganya, tidak pernah memberi nafkah. Semua ini hanya diketahui bila saya berkahwin dengan dia, setiap rahsianya terbongkar satu demi satu oleh saya. Saya percaya ini berlaku kerana saya selalukan melakukan solat tahajjud kepada Allah. Saya dah cuba menasihatinya, tapi dia tidak berubah. Sekarang dia meninggalkan kami dan berkahwin lain tetapi tidak menceraikan saya sebab saya adalah periuk nasinya. Apakah tindakan saya selanjutnya? Hanya perlu bersabar?

Jawapan saya
Semua ini hanya diketahui bila saya berkahwin dengan dia
Mengapa agaknya hanya selepas berkahwin baru diketahui? Jawapannya terletak dalam artikel Benarlah Cinta Itu Buta. Moga kisah puan ini menjadi tauladan buat gadis-gadis lain yang mahu memilih bakal suami agar tidak menjadikan cinta itu kriteria utama dalam memilih pasangan. Pilihlah berdasarkan saranan Nabi iaitu agama agar selamat dunia dan akhirat berbanding rupa dan harta. nabi tidak menyebut cinta kerana zaman dahulu bercinta hanya selepas kahwin. Masyarakat akhir zaman ini yang mengikut ajaran hollywood, bollywood, indowood dan koreawood yang memfardhu kifayahkan bercinta sebelum kahwin.


Mungkin selepas berkahwin puan lebih rapat dengan Allah, maka apa yang saya panggil "tenaga" didalam diri puan sudah bergetar pada frekuensi yang berlainan maka jika getaran tenaga diri puan sudah berbeza dengan suami yang berpoya-poya maka hambarlah perhubungan antara dua insan itu. Sila baca artikel saya Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik untuk penjelasan lanjut mengenai getaran tenaga ini.

Saya sendiri amat kecewa dengan sikap lelaki akhir zaman ini yang nampaknya sudah jauh lari dari tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk memelihara, menjaga dan melindungi wanita. Sebab itu dalam artikel saya, terus terang saya mengaku lelaki semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab. Akan tetapi dari kajian sains pula, dari dua jari wanita menuding kepada lelaki tiga jari kembali semula kepada mereka kerana menjadi penyebab mengapa lelaki menjadi sedemikian.

Allah menghalalkan poligami dengan syarat berlaku adil dan tidak menyebabkan isteri sebelumnya terabai apatah lagi menjadi "periuk nasi" untuknya sedangkan itu sepatutnya tanggungjawab suami. Perceraian adalah suatu yang halal tetapi amat dibenci oleh Nabi, akan tetapi jika itulah jalan penyelesaian terbaik, maka berdoalah kita kepada Allah agar ditunjukkan jalan. Dan alhamdulillah, mungkin berkat solat tahajud puan itu nampaknya Allah SW telah memberikan jawapannya.

Pada pendapat saya kelebihan sekarang berada di pihak puan kerana puan adalah "periuk nasi" keluarga. Ajaklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak berbincang, mungkin ada antara mereka yang boleh memberi nasihat agar suami puan boleh berubah, setidak-tidaknya jadilah suami yang bertanggungjawab dengan menjaga kedua-dua keluarga yang dibinanya itu dengan adil. Berdoa kepada Allah agar suami puan dibukakan hatinya untuk menjadi lelaki yang soleh dan semua ini tidak mustahil. Tidak lupa juga solat istikharah agar Allah memberikan pedoman jalan penyelesaian yang terbaik. Berhentilah menjadi "periuk nasi" kepada suami puan itu kerana "nasi" tersebut bukan hak beliau.

Apabila semua usaha menemui jalan buntu maka rujuklah kepada mahkamah syariah berdekatan dan mintalah nasihat perundangan dari mereka untuk menyelesaikan masaalah puan. Mungkin dari solat istikharah puan sendiri Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik, insyaallah.

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

nasib kita lebih kurang sama, yg lain sikit, dia seorang ayah & suami yg baik dari segi layanannya kepada kami....yg sedihnya , nafkah zahir tak pernah bagi...dia kontraktor yg jarang sekali dpt projek....i mkn gaji...so every month income mmg ada...semua nya i tanggung...buat masa ni i mampu bayaq semua kecuali rumah...alhamdullilah rumah father in law bagi....yg i boleh sabar sebab inlaw i teramatlah supportive & baik....i bukan tak pernah cakap....tapi mcm tu juga...tak mau gaduh punya pasal....just diam dan teruskan kehidupan dgn jadi "periuk nasi" dia....dah 15 thn...

Tanpa Nama berkata...

Sy pernah alami perkara yg sedemikian, tetapi lebih parah lagi tetapi sy teruskan hidup dgn doa yg tak berkesudahan, sehingga anak buat perangai mcm2 supaya sy berdua berpisah tetapi sy ikhtiarkan supaya damai. Akhirnya suami menerima pelbagai ujian dr Allah satu persatu hingga dia angkat bendera putih, byk hobi buruknya ditinggalkan...sekrg alhamdulillah semakin ok,
Nasihat sy jgn terlalu memikirkan keburukannya tetapi buat yg terbaik dari kita utknya...yg penting Ikhtiar..Doa & Tawakal

Tanpa Nama berkata...

saya juga pernah alami pekara yg sama.Tapi berkat kesabaran maka akhirnya suami banyak berubah. Kebiasaan yang buruk2 semuanya hampir ditinggalkan. Dan satu lagi kita hendaklah ikhlas dengan pemberian kita dan jangan suka mengungkitkan apa yg telah kita berikan. Tuhan akan membalasnya dgn rezeki yg tidak disangka.Bila kita terlalu mengikutkan emosi kita, masa itulah syaitan akan menambahkan lagi
kemarahan kita .Masa itu kita kena istifar byk2.

Tanpa Nama berkata...

saya juga mengalami masalah yg sama, suami kerja kerajaan gaji tidak la byk...tp bila suami tidak ada duit suami menjadi pemarah..memaki hamun saya adalah mknan harian dia..kesian anak2 sy yg tidak berdosa menjadi bahan caci maki dia..tumbuk pintu bilik smpai pecah kerana marah kan anak2 yg kecil berebut sesama sndiri..hati sy dia penah mengerti..menuduh sy berlaku curang sdgkan dia yg sebnarnya curang...hingga berpuluh kali bertukar no hp..sy pernah menyuruh dia berubah atau berkahwin sahaja kalau menjadi kan aktiviti melayan perempuan sebagai satu hobi...bila bersama kawan2 dia tk pernah melayan buruk kwn2 dia...baik dan menjaga hati kwn...bile blik ke rumah perwatakn dia terus berubah..suami sy mmg tidak blh lg di ubah...sembahyang jauh sekali...bagai mempersendakan agama...pergi surau walau sejengkal dpn rumah jauh sekali...pegi gym bina otot bdn...wajib pada dia..bile di tegur diam dan buat bodoh saja...saya buntu dan buntu...hidup sy bagai kan hayut di bawa arus tidak ada hala tuju sebenar...kesian anak2 yg membesar tanpa bimbingan dari seorang bapa....

Tanpa Nama berkata...

perlukah mentaati suami yang tidak mentaati Allah, yang tidak bertanggungjawab, yang tidak pernah membeli walau sebiji beras, yang memukul isteri, yang mengambil duit isteri, yang melepaskan segala masalah kepada isteri, yang hidupnya tidak pernah membantu membuat kerja rumah walaupun diri sendiri tidak menyumbang apa2 pd keluarga? derhakakah isteri yang meninggi suara pada suami begini?

Tanpa Nama berkata...

saya isteri ketiga suami saya,saya cuma dapat tau yang die dah ade isteri kedua lepas sebulan berkahwin..hati saya remuk sgt2.sekarang sy dah berbadan dua,sy rasa masa die untuk sy sgt2 sedikit xseperti sebelum nikah.sy cuba oikhlaskan hati,redho dgn ujian dgn harapan setiap yg buruk diiringi kebaikan tapi hati wanita sy menjerit2 sakit.mmg die baik trhadap saya dan kluarga ttp perbuatan die marahsiakan isteri kedua selama 5 tahun kami kenal adalah sesuatu yg cukup2 menguji iman dan kesabarn sy.sy berdoa dan terus doa semoga die dapat jadi suami yg adil utk kami.insyallah

Unknown berkata...

sy dah puas berdoa..xtau lg bagaimana carnya..sgt letih..sy sygkan ank2..macam mana sy nak trs sabar?dah nk msk 10 thn perkahwinan ini..sy nk bubarkan perkahwinan..

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO