Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Mengetahui Solat Diterima

Gans bertanya'

bagaimana kah kita hendak mengetahui solat kita itu diterima Allah S.W.T dan kalau solat itu kunci kepada syurga apa pula kunci kepada solat..?

Jawapan saya'

Firman Allah dalam surah AlAnkabut 29:45

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Terima atau tidak solat kita itu adalah urusan Allah, akan tetapi jika kita boleh menahan diri dari membuat kemungkaran, Alhamdulillah, itu barangkali tanda bahawa solat kita diterima. Dan bagaimana untuk memohon kepada Allah agar solat kita diterima? Salah satunya adalah dengan memahami apa yg dibaca seperti maksud ayat dibawah ini,

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan
Surah An Nisa 4:43

Walaupun Allah merujuk kepada mereka yg mabuk dengan najis arak, melihat keadaan manusia yg "mabuk' dengan urusan dunia dan materialistik kebendaan, jauh sekali untuk khusyuk dan apatah lagi memahami apa yg dibaca. Berusahalah untuk sedar apa dan faham apa yg dibaca, jadilah "Pemerhati Yang Hebat" dan fahami "Maksud Bacaan Solat".

Kunci syurga bukan sekadar solat, syahadah dan keimanan (percaya) kepada Allah dengan tidak berbelah bahagi itu pun salah satu antaranya, kunci kepada solat adalah khusyuk dan faham apa yg dikumat kamitkan, Insyaallah moga kita bersama menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO