Jumaat, 18 Jun 2010

Bagaimana Nak Hidup Jika Tidak Meminjam?

syed berkata...

jika bank tidak perlu wujud , bagaimana keadaan negara dan masyarat pd zaman dan era sekarnag . rumah dan kereta harga beratus ribu . kita tidak memiliki duit ratusan ribu , puluhan ribu pun kita takde cash . dan siapa yg akan mampu beli rumah ? jika ada pun , kondisi akan jadi begini:

yg kaya semakin kaya dan yg miskin semakin miskin . maksud dari statement ini adalah : orang kaya akan beli rumah cash dan sewakan pd orang miskin . dan ia akan semakin kaya kerana tiap bulan orang miskin akan bayar sewa . jika tak bayar akan dikeluarkan . kerana orang miskin tidak boleh mengambil pinjaman konvensional mahupun islamic di bank kerana semua itu riba . jadi bagaimana kelangsungan hidup dalam keadaan ini . adakah akan wujud masyarakat yg semakin membaik ekonominya atau berada pd tahap tersebut sepanjang masa dan semakin menurun tahap ekonomi keluarga ?

encik helmis , saya rasa amat tertarik dengan perbincangan ini , bukan bermaksa segala tulisan saya itu untuk melawan pendapat encik helmis , tp itu semua untuk kajian dan pemahaman . tak salah kan encik helmis jika kita berbincang begini , malah jika saya ada di malaysia , saya ingin bertemu dengan encik helmis untuk melanjutkan perbincangan kerana minat saya dan cita cita saya adalah :

" untuk menjadi ahli ekonomi dan penasehat kewangan individual atau company atau negara "

tp amat malang jika pemahaman saya salah dan saya memberi nasehat yg menjurus akan membawa saya ke neraka .

encik helmi , saya kurang pandai berbahasa english . tp setakat membaca sikit sikit insyallah boleh . oleh sebab itu saya mungkin kurang membaca buku ekonomi dalam bahasa english .

encik helmi , boleh saya bertanya :

1. bagaimana kita membeli kereta dan rumah dalam keadaan zaman sekarang jika kita tidak memiliki cash sebanyak 300k rm . tp ingin membeli yg 300k rm kerana kita mampu bayar bulanan ? kita cuma ada 30k rm sebagai bayar duit muka . boleh encik helmi bagi pandangan pd saya .

2. dan bagaimana pula sistem mudhorobah memberikan lebih risiko pd pemberi modal . pendapat prof dr razali nawawi ( UIAM ) tidak bersetuju dengan keadaan ini , seharusnya sistem mudhorobah memberikan 50-50 risiko kepada pemberi modal dan pelaksana projek . apa pandangan saudara ?

3. apa pandangan saudara ttg pinjaman untuk melanjutkan pelajaran , konsep university sekarnag beratus ribu atau berpuluh ribu yuran dikenakan . jika kita tidak belajar , maka kemerosotan ilmu umat islam akan menurun dan barat akan lebih meninggikan diri . jika kita ambil pinjaman , kita telah berurusan secara riba . apa pandangan encik helmis .

jujur saya katakan , saya ingin bertemu Rasulullah sekarang dan tanyakan padanya , bagaimana harus kita ( masyarakat era sekarang ) untuk berhadapan dgn hal begini . adakah tidak mengambil sebarang pinjaman yg ada pertambahan atau mengambilnya atas dasar darurat dan untuk kelangsungan hidup dan menaikkan nama islam itu sendiri . kalau tidak ambil akan jadi begini :

1. tidak memiliki tempat tinggal yg tetap
2. tidak memiliki sarana transportasi yg tetap
3. tidak dpt sambung belajar
4. tidak dpt pembiaya untuk laksanakan bisnes

tetap disini bukan berarti kekal kerana kekal itu milik ALLAH sahaja . saya perlukan padnagnan encik helmis ttg semua tulisan saya tersebut jika tidak membebankan encik helmis.

terima kasih, syed

Helmis berkata;

Bank sepatutnya wujud untuk memastikan nilai wang wujud didalam wang itu sendiri. Pengeluaran wang kertas untuk kegunaan masyarakat sama dengan jumlah simpanan emas/perak/platinum negara, maka barulah wang kertas yang ada ditangan masyarakat benar-benar punyai nilai. Dengan sistem sekarang ini wang kertas dicipta dengan hutang, tiada hutang tiada wang. Sila fahami artikel dan video dalam artikel saya mengenai Cerita Wang Bah 1&2.

Sudah terlambat untuk menutup bank, sebarang usaha untuk berbuat demikian adalah usaha yg sia2 kerana mereka yg di"atas" iaitu golongan kaya raya yg rata-ratanya kafirun, yang punya modal berbilllion-billion ringgit ini akan melipat gandakan usaha dengan tawaran-tawaran hebat termasuklah memberi pinjaman tanpa faedah untuk memastikan momentum meminjam dari bank itu tetap wujud didalam masyarakat. Apabila ianya wujud kembali maka pengambilan riba' akan mula semula.

Tidak terfikirkah saudara mengapa harga rumah menjadi ratusan ribu berbanding dengan 10-20 tahun dulu? Adakah batu, kayu, simen semakin pupus? Inil sebenarnya disebabkan penyusutan nilai wang itu sendiri, apa yg dipanggil inflasi dan inflasi sebenarnya adalah cukai secara senyap kepada masyarakat.

Yang kaya menjadi semakin kaya bermaksud mereka mendapat keuntungan dari hasil riba' dengan memberi pinjaman kepada masyarakat. Hasilnya masyarakat menjadi hamba kepada golongan kaya dengan membayar lebih kepada mereka dan ini yang dilaknati dan diperangi Allah. Sila fahami artikel beli atau sewa dan fikirkanlah berapa banyak riba' yang diberikan terutama sepanjang 2/3 tempoh pinjaman.

Orang kaya tak akan beli rumah secara tunai, jika mereka ada 100 ribu ringgit, mereka akan bayar pendahuluan 10 ribu untuk 10 buah rumah dan sewakan. Dan dari tindakan mereka ini wujudlah wang baru berjumlah 1 juta didalam kitaran, maka main susutlah nilai kuasa beli masyarakat. Ya nampaknya mungkin kita menjadi hamba mereka jika kita menyewa sahaja dari mereka akan tetapi 

1. Kita akan menjadi lebih bertakwa kepada Allah dengan tidak terlibat dengan riba'. Hidup akan lebih tenang, kita tidak terikat dengan bank, anak-anak dan isteri akan lebih soleh dan solehah kerana tidak tinggal dirumah riba' hasil usaha kita sendiri.

2. Kita tidak bersubahat mencairkan nilai wang dengan penciptaan wang baru dari hutang. Kita tidak terbabit menindas insan lain termasuk diri kita sendiri dengan menggalakkan inflasi. Kita tidak berperang dengan ALlah dan rasul tanpa kita sedari.

3. Apabila kita lebih tenang, frontal lobe akan senantiasa mendapat bekalan darah yang sempurna, maka kita lebih benar-benar "berfikir" dari hidup didalam keadaan tertekan "fight or flight", maka keputusan yang lebih bernas akan dipilih didalam kehidupan. Malah untuk memajukan diri akan lebih nampak terbuka luas.

4. Apabila kita menjadi hamba yg bertakwa, maka barulah datang rezeki yg tidak disangka-sangka kurniakan Allah, dan inilah janji Allah dan bukan dengan "gantung" ayat seribu dinar itu sendiri, dan jika kita berjimat cermat dengan tidak bergegas ke EON menempah Exora baru, lama kelamaan bolehlah kita membeli rumah dengan tunai.

Akan tetapi dalam bab rezeki yg tidak disangka-sangka ini, siapa dizaman moden ini yang mahu percaya, tak nampak, tak boleh dikira seperti penyata bank, amanah saham dan sebagainya maka lebih baiklah aku beli rumah, nampak dengan jelas, umpama kafirun yg nampak tuhan dengan membuat berhala, maka tak boleh pinjam dengan bank konvensional, pinjamlah dengan bank islamik.

Untuk soalan 1, jika saudara ada wang 30K, saudara sudah boleh menyewa rumah teres sekitar KL selama 30 bulan, jika pangsauri selama 60 bulan. Dan jika saudara kumpul bayaran bulanan anda meminjam bank 270K untuk tempoh 30 tahun dengan kadar riba' 6% setahun, saudara akan dapat 48,540, lebih 18k jika menyewa rumah dengan kadar sewa rm1000 sebulan dan lebih 67k jika saudara menyewa pangsapuri dengan sewa rm500. Saya sediakan matematiknya, masanya untuk saudara buat "senaman minda" sedikit mana yang lebih baik, beli rumah yang lepas 30 tahun baru jadi milik kita atau bersabar dengan berjimat cermat bersederhana dan akan terkumpul wang tunai untuk sekurang-kurangnya membeli rumah lelong dengan simpanan 67k tersebut. Mana lebih mudah tidur malam, nak fikir bayar 500/1000 sebulan bayar sewa atau 1618 bayar bank?

Untuk soalan 2, memberi modal untuk perniagaan pada pendapat saya risikonya harus ditanggung oleh kedua-dua belah pihak, jika tidak akan ada yang teraniaya nanti. Akan tetapi saya pandangan saya mengenai melabur didalam saham islamik sudah berubah kerana pada kajian saya, tiada yang percuma didunia ini. Jika kita letak wang, goyang kaki kononnya "tanggung risiko" dan terima dividen akhir tahun kewangan, pada pendapat saya wang itu bukan milik kita dan akan "keluar" kembali kepada pemunyanya. Akan saya keluarkan artikel ini, artikel kedua dari tarikh hari ini.

Untuk soalan 3 saudara, bukankah ini untuk "AYAH" memikirkannya? Siapa ayah ini jika bukan pemimpin. Jika ada rakyat yang hidup dibawah jambatan, agaknya tidak akan ditanya ke oleh Allah kepada mereka diakhirat kelak? Jika tiada doktor yg akan boleh mengubati rakyat, ingat Allah tak akan mempersoalkan mereka nanti. Salah kita sendiri yang memilih pemimpin yang tak ingat mati, tak ingat akhirat, tak ingat yang mereka satu hari nanti akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak maka PADAN MUKALAH KITA SEMUA!!! termasuklah saya sendiri...

Bab ekonomi ini memang agak rumit untuk diceritakan dari setiap sudut, akan tetapi ASAS ekonomi itu sendiri bukan sesuatu yang sukar. Disekolah dahulu saya aliran perdagangan akan tetapi tidak pernah diajar bagaimana wang dicipta. Baru kini saya tahu ianya dicipta dengan hutang. Dan sekarang bank Islamik pula mengambil wang yang dicipta dengan hutang ini untuk membuat perniagaan. 

Wang yang tidak punyai nilai didalamnya itu sendiri sudah dikira riba' kerana ia menindas rakyat dengan penurunan nilai saban tahun kerana inflasi, maka adakah patut kita mengislamkan ekonomi yang berasaskan riba'?

Macamana kita nak menaikkan Islam jika kita sendiri mengkhianati Islam? Macamana kita nak bertemu dengan Rasullullah jika didalam fikiran kita meminjam itu suatu kemestian dizaman ini? Walau meminjam tanpa faedah sekalipun tidak digalakkan didalam Islam, inikan pula meminjam dengan riba' atau pembiayaan yang menggandakan harga barangan? Bukankah Allah dan rasul berperang dengan kita jika kita berbuat demikian?

Allah memberi kita akal untuk berfikir, membuat pilihan dari maklumat yang ada dari jaringan neuron yang terbina diotak hasil dari pembelajaran dan pengalaman. Maka gunakanlah sebaiknya. Perbanyakkanlah mendalami ilmu agar lebih banyak jaringan neuron baru untuk kita mempunyai pilihan yang lebih luas. Masaalahnya sekarang ini masyarakat kita telah diacu pemikirannya hidup wajib fardhu kifayah untuk meminjam, dan saya disini cuba untuk memecahkan acuan tersebut sedikit demi sedikit.

Saya punyai rakan yang tidak pernah sekolah, asal dari Sabah dan dalam lingkungan remaja datang ke KL sehelai sepinggang, semasa bekerja dicyber cafe dia belajar internet dengan sendirinya dan akhirnya menjadi pakar internet dan sekarang punyai kerjaya dan sudah berumahtangga walaupun tak pernah ke sekolah. Malah saya kenal dia pun semasa kami sama-sama bekerja di Arab Saudi dahulu, jadi siapa kata kena meminjam untuk belajar dan berjaya?

Tahu tak dari 95% jutawan didunia ini tidak punyai ijazah? Apa yang mereka miliki dan menyebabkan mereka berjaya? 

ATTITUDE….MENTALITI… SIKAP…. itu rahsia mereka yang paling utama…. 

Mempunyai pemikiran yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berlainan, itu adalah usaha sia-sia. Jika anda boleh melayari internet membaca blog saya ini, anda juga boleh melayari berjuta-juta lagi website yang boleh mengajar anda bagaimana untuk memberi sesuatu yang bernilai kepada insan lain. Apa jua usaha yang memberi kebaikan, memberi nilai sebenar kepada insan lain apatah lagi mendekatkan mereka dengan Allah, maka balasan dan pertolongan Allah itu amat hampir, cuma antara percaya atau tidak.

Umat Islam dahulu percaya Allah dengan sebenar-benarnya, maka sebab itulah mereka boleh mengalahkan kafirun dalam perang badar walaupun dengan jumlah yang sedikit. Umat islam hari ini diratah sahaja oleh kafirun kerana mereka tidak lagi percayakan pertolongan Allah itu sebenarnya yang lebih utama.

Sebab itu didalam Al Quran Allah menyeru … "Ooo people who believes…." iaitu wahai manusia yang percaya… dan bukan wahai manusia yang solat, puasa, zakat atau haji dan sebagainya. Percaya itu lebih penting didalam hidup ini.

Soalan saya, siapa yang anda lebih percayakan…. ALLAH atau pinjaman BANK?

11 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salaam..
saya tertarik dengan ulasan tuan admin menjawab persoalan yg dikemukakan saudara syed. saya tak pandai nak berbahasa-bahasi so saya straight to the point jerla.

memang tak dapat dinafikan memang kehidupan sekarang susah nak lepas dari hutang spertimana kata saudara syed. namun apakah kita ingin menjadi salah seorang yg mengisytiharkan perang terhadap allah dan rasulnya? tepuk dahi meh kita kaji..

sblm saya meneruskan bicara bisu ini (ceh bersastera la pulak), saya nak kemukakan 1 hadis.
"Allah berfirman pada hari kiamat: "Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan) dalam neraka dan satu (di antara mereka itu akan ditempatkan dalam syurga)." (Ketika Rasulullah menerimanya kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis tersedu-sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis lalu baginda bersabda: "Angkatlah kepalamu, Demi Allah Yang Menguasai jiwaku. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain, umatKu hanyalah bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam."
(Hadis qudsi riwayat Tabrani didalam kitab al-Kabir dari Abu Darda' r.a.)

drp hadis ini kita dapati teramat sedikit dari kita ummat terakhir ini yg sanggup hidup bersusah payah tanpa hutang. ok, solutionnya camana (ringkas citer, nak bukak puasa)..

simpan dinar untuk beli rumah. so nilai harta anda tak susut, tak dimakan inflasi. jika anda menyimpan 1 dinar sebulan (skrg sept 10 = rm580) dalam masa 15 tahun anda dapat beli rumah berharga rm100k cash. mungkin anda kata rumah yg berharga rm100k tak berharga rm100k lagi 15 tahun lagi, mungkin dah cecah rm150k. dgn gembiranya saya ingin katakan dinar anda pada masa itu mungkin berharga lebih tinggi drp rm150k.

kalau ada masa saya akan buat pembuktian secara matemaik, membeli rumah secara simpan dinar+sewa adalah lebih menguntungkan drp beli rumah+riba bank.

insya allah saya akan datang lagi. untuk belajar lebih lanjut mengenai dinar sila layari http://dinarkedah.blogspot.com/

faris berkata...

terima kasih di atas input yang diberikan...
saya seorang pelajar mahasiswa...
alhmdllh sya mendapat tajaan justeru itu saya tidak mengambil PTPTN..
Tetapi majoriti rakan saya sudah mengambil PTPTN..
Bagaimana saya ingin menerangkan kepada mereka...??
Adakah tidak mengambil itu lebih baik...??
Sila tn. Helmi bagi cadangan jika tidak keberatan... Apa cara lain yg boleh dilakukan

Helmis berkata...

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. Surah Al-Araf 7-178.
Pada pendapat saya, Allah SW jualah yg menyebabkan saudara sampai keblog saya ini dan lantas punyai kesedaran mengenai keburukan riba' ini. Mungkin saudara boleh ceritakan kepada mereka serba sedikit mengenai artikel saya ini agar mereka punyai minat untuk membacanya, terpulanglah pada mereka untuk punyai kesedaran darinya yang mana Allah SW jualah yang akan memberikan kepada mereka.
Saya juga pernah terlibat didalam riba' ini akan tetapi apabila wujud kesedaran, saya berusaha sedaya upaya untuk melangsaikannya dan bertaubat tidak lagi akan mengambil pinjaman mahupun melabur dalam saham amanah.
Sudah semestinyalah tidak mengambil itu lebih baik kerana rezeki bukan dari sijil akan tetapi dari Allah SW berkat dari kita yg berusaha memberi nilai, menyumbang tenaga kepada insan lain. Kebanyakan kekayaan akhir zaman ini datangnya dari "sistem" dan bukannya dari usaha yang diberikan, contohnya MLM, bursa saham dan sebagainya.
Apa cara lain? Artikel saya diatas sudah sedikit sebanyak menjelaskannya, Dalam hal untuk menuntut ilmu pula, sudah banyak U yg menawarkan kursus jarak jauh/online/separuh masa yang mana boleh diikuti sambil bekerja. Jika muda mudi zaman ini tidak lalai dengan percintaan (kesan dari hipnosis filem cinta), dengan rempit, dengan rewang dan fokus kepada terus bekerja selepas tamat sekolah, mereka boleh kumpul wang dan perlahan-lahan tingkatkan nilai diri dengan belajar sambil bekerja. Akan sampai juga mereka pada tahap yg diinginkan, masaalahnya kebanyakan kita mahu jalan pintas dan biarlah iman digadai agar kita boleh kecapi kesenangan didunia ini dengan jalan yang paling mudah dan singkat.
Cara lain lagi adalah minta pemimpin berikan pendidikan secara percuma atau dengan bayaran minimum. Jika dahulu boleh dilakukan, mengpa sekarang perlu pinjam? Jika mereka tidak sanggup melakukannya, bukankah pilihan ditangan kita untuk menngubahnya melalui undi? Masaalahnya ramai diantara kita mudah lupa, apabila dipancing dengan kertas kaler merah dan kaler biru, tanpa segan silu memilih mereka yg sama.
Masanya untuk mengembalikan kuasa ditangan kita dan bukan dengan kuasa mereka mengawal kita. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Negara Berkebajikan! Pendidikan dan Hospital Percuma untuk rakyat.

khairul berkata...

Seriusly, blog ni telah menjawap persoalan saya yang dah tertangguh berbulan bulan..terima kasih kepada TT..

Saya setakat ni sudah x terikat utk membayar mana2 bank kecuali hutang mara.. pinjaman pelajaran yang masih belum habis dibayar..

adakah pinjaman mara dikira riba? sebab konsep mara... pinjam RM50 bayar RM50.. bahkan boleh jadi pinjam RM50 bayar RM20 bergantung kepada pointer pelajar..

Unknown berkata...

mohon kebenaran untuk share dan sbg rujukan

Tanpa Nama berkata...

sy goggle 95% peratus jutawan ada degree..bukan sebaliknya

Suffian Haqim berkata...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Maaf bertanya taun admin, knp blog ni dh xde artikel baru, sesungguhnya bnyak pengajaran yg sy dpt di blog ni.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam, ribuan ampun dan maaf Tuan Suffian dan juga kepada pembaca-pembaca lain yang bertanya tentang artikel baru. Insyaallah akan saya usahakan.

Hamba Allah yg Lemah Lagi Hina berkata...

Alhamdulillah..ad lagi org n manusia dlm dunia yg berilmu, phm n praktik mcm Tuan..mdh2an Tuan diberi rahmat n ksh syg dari Allah..betul Tuan ramai yg msih tiada keyakinan n prcaya bhwa Allah segala2nya dizaman moden ni yang mn kita wajib yakin n percaya pertolongan Allah selalu sampai berbekalkn DOA,usaha,ikhtiar n tawakkal..bilamn sesorg meletakkn duit dtmpat teratas yg hanya sehelai kertas dsbbkn sistem dunia mnggunakn duit..zaman skrg pinjaman bank yg lbih dpercayai krn die boleh menolong kita dri segi kewangan yg jelas n nmpak secara zahirnya..secara halusnya n batinnya kita terjerat dgn sistem yg berunsurkn riba..bila tiba masa n suatu keadaan kita diuji tak mmpu nk melunaskan hutang yg dipinjam sampi harta seperti rumah, keta n mcm2 lagi terpaksa dilelong..kaya yg plg berharga dgn izin Allah adalah menabung walaupun lambat tetapi dgn disiplin yg padu kita mmpu mngelakkan pinjaman bank yg slalu berjaya menjerat, dijerat atau terjerat..moga Tuan sentiasa berkongsi artikel2 sebegini supaya mnjadi rujukan, kesedaran n dakwah secara tak langsung kepada pikiran yg masih dibelenggu dgn pinjaman n mncari jln meminjam untuk meneruskn hidup n mncari harta..duit n usaha perlu untuk hidup tapi itu bkn kunci utama..kerana ap jua pun milik Allah..jika Allah be kehendak Die akn menarik semula kepunyaanNya..harus diingt sume itu hanyalah bersifat sementara dn tidak bersifat kekal..yg kekal hanyalah Allah..sy berckp ATS pengalaman hidup yg sy tempuh..org yg berilmu agama pun tahu tapi tak sume mampu mengulas mcm Tuan..alhamdulillah Tuan dipilih Allah..wslm

Unknown berkata...

Salam tn..

Sentiasa mengulang baca utk menanjamkan minda dan berdakwah.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO