Rabu, 30 Jun 2010

Cara Terbaik Untuk Belajar Adalah Dengan Mengajar?

Masnizam bertanya;

salam, Cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengajar.....?????

Jawapan saya;

Apabila saya ingin memberi jawapan kepada saudara-saudari sekalian, saya perlu berfikir untuk mencari jawapan yang terbaik, jika saya tidak tahu saya terpaksa membaca dan mendapatkan rujukan untuk "mengajar" iaitu memberikan jawapan. Jadi bukankah pada masa yang sama saya juga belajar?

Proses mencari ilmu degan cara "terpaksa" ini akan membentuk lebih banyak jaringan neuron diotak saya dan besertakan dengan emosi dari kepuasan mendapatkan jawapan akan membantu saya mengingati berkenaan permasalahan tersebut. Ini berbanding dengan hanya duduk dan mendengar kuliah kerana jika stimuli pembelajaran itu hambar, daya ingatan tidak sehebat seperti kita sendiri yang berusaha mendapatkannya.

Dalam erti kata lain, apa yang saya berikan kepada rakan-rakan iaitu nasihat dan maklumat, ianya adalah untuk diri saya sendiri seperti firman Allah;

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Surah Al-Isra 17:7.

Jadi apabila saya mengajar, saya juga belajar. Apabila anda memberi, anda memberikannya untuk diri anda sendiri, dan jika kita hanya mahu menerima, begitu juga insan lain tidak akan mahu memberi kepada kita. Jadi belajar-belajarlah menjadi pemberi dari pengambil atau peminta.

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah ulasan yang sangat bernas!
Alhamdulillah.
Syukron.

Tanpa Nama berkata...

Saya ada membaca beberapa artikel tuan. Saya kagum dengan idea2 bernas dan cara penyampaian di dalam artikel tuan..Terima kasih atas ilmu yang dikongsi :)

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO