Selasa, 15 Jun 2010

Duit KWSP Dari Kerja Di Bank

Puan Zai bertanya;
Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya tentang KWSP. Saya bekerja dengan bank selama 17 tahun. Tahun depan bulan disember saya layak mengeluarkan wang KWSP itu. Anggaran dalam RM100K ++. Seperti yang kita sedia maklum bank itu adalah riba. Jadi saya nak pengesahan dari pihak tuan bahawa saya tidak patut menggunakan duit ini bila layak dikeluarkan nanti. Apakah nasihat terbaik untuk saya...? Bolehkah duit ini saya gunakan untuk membayar segala hutang piutang saya?

Terima Kasih..
Waalaikumsalam Puan Zai,


Jika saya berada di situasi Puan, saya juga akan manjadi buntu apabila baru sedar yang selama ini bekerja di bank, kita bersubahat dengan riba' dan sudah semestilah wang yang kita dapati itu hanya Allah sahaja yang tahu samada ianya berkat atau tidak.

Jika kita lihat kuliah Sheikh Imran apabila seorang jemaah bertanyakan apa yang perlu dilakukan dengan wang hasil riba', beliau menyesyorkan agar dibakar sahaja wang tersebut didepan anak-anak dan keluarga agar timbul kesedaran dihati mereka akan buruknya riba' ini. Akan tetapi didalam kes Puan yang mana wang itu adalah tabungan kerja dan bukan simpanan di bank untuk mendapatkan faedah (walaupun KSWP juga melaburkan wang simpanan kita itu).

Jika saya ditempat Puan, apa yang saya lakukan adalah saya akan habiskan membayar hutang saya dengan insan lain dan wang lebihan itu selepas ditolak dengan faedah yang diberikan oleh KWSP, saya akan solat ishtiharah meminta petunjuk kepada Allah bagaimana wang tersebut akan digunakan. Saya pasti jika Puan punyai kesedaran semasa awal lagi bekerja, pasti puan akan mencari kerja yang lain. Akan tetapi disebabkan baru sekarang wujud kesedaran maka ketahuilah Allah itu maha pengampun. Apa yang telah terjadi tak perlu dikesali kerana tanpanya tidak akan wujud diminda kita rujukan terhadap dosa yang telah dilakukan, tiada yang Allah jadikan itu tiada kebaikannya, moga ianya menjadi suatu mangkin untuk kita mengajar dan mendidik insan lain terutamanya generasi akan datang agar tidak bergelumang dengan dosa riba' ini.

Jawapan saya ini hanyalah cadangan dan tidak perlu diikut sebagai satu "fatwa mutlak" rujukan untuk puan mahupun buat rakan-rakan yang lain. Bertanyalah juga kepada para alim yang tiada berkepentingan didalam dunia perbankan kerana mereka dapat melihat masalah ini dari sudut yang berbeza, sudut yang tidak berkepentingan dunia.

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Tuan
Sila rujuk kepada buku fatwa semasa oleh Sheikh Yusof Alqhardawi mengenai fatwa bekerja di bank . Janganlah kita terlalu mudah untuk menghukum bekerja di bank adalah haram. Tuan perlu memikirkan hakikatnya sistem kewangan, ekonomi, ketenteraan, politik kesemuanya dikuasai oleh golongan kafir. Ulasan Dr Yusuf yg dapat saya ulas sedikit ialah beliau mengatakan sekarang sistem kapitalis telah menguasai alam sejagat yg menyebabkan adakah bijak jika hendak menyuruh kesemua org Islam meninggalkan kerja dibank?

Ini meyebabkan kita akan ditindas sampai bila-bila. Apakah kita fikir kebangkitan Islam nanti hanyalah dengan peperangan /senjata. Saya tak fikir begitu kita perlu menguasai semua bidang.

Tengoklah sahaja di Malaysia kita hanya menguasai politik tetapi siapa yg sebenarnya menguasai ekonomi adalah org cina. Jangan kita hendak menuduh mereka semuanya penipu dalam perniagaan (org melayu tak menipukah) mreka ini golongan yg berdisiplin didalam melakukan tabungan, suka membeli hartanah, berniaga dsb.

Org kita sibuk bertelagah, sampai dimasjid pun masih sempat megumpat. (bukan semua) Bukan kemiskinan itu akan menghampirkan diri kepada kufur. Kita perlu lihat dalam sudut konteks yg luas agar umat Islam diseluruh dunia tidak terus ketinggalan. Untuk megharamkan wang KWSP dari bekerja dibank saya fikir tidak seiring dalam konteks Islam

Helmis berkata...

Tuan, saya rujuk pada ulamak yang mengharamkannya, berbanding dengan saudara yang merujuk pada ulamak yang menghalal atau mengharuskannya. Jika sudah tahu terpaksa guna takkan nak terus menerus guna jugak. Melihat pada praktis perbankan Islam yang sama sahaja dengan perbankan konvensional (tukar nama dan guna helah), nampaknya manusia dah semakin selesa dan sanggup gunakan apa jua hujah untuk menghalalkannya dan membutakan mata kepada yang mengharamkannya.

Sistem kapitalis tidak menindas kita, kita sendiri yang menindas diri sendiri dengan lari dari ajaran Islam yang sebenar, kita yang memberi kuasa tersebut kepada kafirun yang menyebabkan umat Islam semakin lemah, ditindas dan dikotak-katikkan. Fikir-fikirkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak dinafikan bahawa kafir sedang menguasai ekonomi. Namun begitu, adakah kita akan terus menerus diperkudakan? Menjadi lembu yang dicucuk hidungnya? Kalau kita yakin bahawa tuhan akan membantu kita....masanya akan tiba jua. Bersabar adalah jalan terbaik daripada menuruti hawa nafsu dan perintah orang kafir dan orang munafik. Janji Allah tetap benar, hanya masa yang akan menentukan...masa itu akan tiba juga di mana Islam akan bangkit semula. Yang hak tetap menjadi hak, dan batil tetap menjadi batil. Sebenarnya pilihan itu ada di tangan masing-masing....dan orang yang paling merbahaya ialah orang cuba memesongkan akidah Islam ke arah kesesatan....sedikit demi sedikit hatta jika disuruh terjun ke lubang biawak pun sekalipun akan kamu turuti...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Bagaimana kita ingin menguasai sesuatu bidang tanpa masuk atau terjun kebidang itu? Allah akan membantu kita tapi adakah dgn berpeluk tubuh dan mengharapkan Malaikat dari langit turun membantu? Ketika ini kuasa ekonomi, ketenteraan dsbnya dikuasai oleh golongan kafirun. Kita ambil contoh sistem perbankan, kalau kita hendak mengubah sistem perbankan yg tidak islamik maka perlulah ada orang muslim yg bekerja di sektor tersebut. Bila majoriti org Islam telah menguasai sesuatu bidang maka mudahlah sedikit pengubahsuaian dilakukan. Ini juga bergantung kepada dasar politik dan arah tujuan dasar ekonomi yg dibawa oleh kepala negara.
Bersabar? tanpa membuat apa-apa... takkan berubahlah nasib. Saya ingin bertanya adakah kita benar-benar menghayati Islam dalam kehidupankita. Lagu-lagu yang mengasyikan adakah tuan-tuan semua langsung tidak mendengarnya? TV bagaimanapula. Dirumah tuan ada TV (TV tidak haram tetapi rancngannya yng menjadikan ia haram) dan kalau tuan menonton adakah tuan tidak dikata bersubahat dengan melihatnya seiring dengan kekuatan syarikat media tersebut.

Jika tuan suami adakah tuan telah memerhatikan aurat isteri tuan dan anak-anak tuan benar-benar mengikut landasan Islam.

Saya bukanllah nak mengatakan apa yg saya nyatakan tadi tidak dilakukan oleh pihak tuan-tuan tetapi masih banyak lagi kekadang kita semua termasuk saya tak terperasan yg kita telah melanggar Hukum-Nya. Insya Allah marilah kita sama-sam meminima dosa dan terus bereusaha mendapat keredaannya.

Tanpa Nama berkata...

Saya minta maaf Puan zai sekiranya kata-kata saya mungkin menyinggung perasaan puan.
Saya teringin nak tanya pada orang yang sudah berpuluh-puluh tahun mengabdikan diri bekerja di sesuatu tempat/bidang, adakah mereka sekarang benar2 menguasai bidang itu dan mampu membawa sebarang perubahan atau mereka masih lagi orang2 yg menurut arahan dari person in-charge at higher level? Mungkin memang mereka terer buat keje2 bank, tapi adakah mereka mempunyai kuasa ubah polisi dan matlamat institusi perbankan?
Kwsp adalah satu bentuk pelaburan kerajaan. Sama seperti ASB. Duit semua org dikumpulkan, kemudian diagihkan n dilaburkan dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan,cth Government bonds. Semasa saya bekerja sebagai ejen unit amanah di bank **** dulu, saya telah didedahkan tentang ke"tidakhalal"an ASB dan KWSP antaranya disebabkan oleh tempat2 pelaburannya (cth Genting, alcohol company) dan juga dividend distribution yang tidak adil dan memihak lebih pada kerajaan dan mementingkan keuntungan the blue-chip companies. Ramai yang sudah tahu, tapi terlalu sedikit yang ingin mempercayainya disebabkan mentality "KWSP, ASB secure, dijamin oleh kerajaan". Umpama dah tau TV memudaratkan, tp masih menontonnya.
Saya di sini bukan untuk menghasut, tetapi inilah hakikatnya. Rakyat lebih percayakan guarantee daripada kerajaan ini daripada menjauhi perkara yg meragukan demi mendapatkan redha Allah. Atas sebab meragukan itu juga la saya meninggalkan agency unit amanah tersebut.
Saya setuju dengan saudara helmis, yang dah lepas, lepaslah. Bersabar yang dimaksudkan adalah bersabar dgn ujian nak terima duit banyak ni, tiba2 tahu meragukan, bukanlah maksudnya bersabar sambil berpeluk tubuh dan tunggu bantuan dari langit. Nak pergi kerja lain dan start from scratch again, dah mustahil. Yg boleh dibuat sekarang berdoa pada Allah untuk diberi petunjuk. Bukan hak saya untuk menentukan samada wang itu haram digunakan. Dan pendapat sheikh Imran sewajarnya dijadikan salah satu cabang pandangan Islam yang kita turut perlu sama2 fikirkan. Wallahualam.
- Cik bunga

Helmis berkata...

"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"

"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.

lantoi berkata...

Salam. Saudari Cik bunga minta maaflah jika kata-kata saya mungkin bercanggah dgn pendapat saudari ataupun saudara Helmis. Memang betul mereka yg bekerja dalam suatu bidang tu contohnya perbankan tidak dapat membuat apa-apa kerana mengikut pihak atasan. Masalah ini sebenarnya amat rapat dengan DASAR EKONOMI KERAJAAN YG SEKARANG INI. (Cik Bunga menyokong yg mana Dacing atau yg lain?)

Jika org Islam telah menguasai sesuatu bidang yg ader bercanggah dgn hukum Islam (W/pun tak 100% bercanggah mungkin sekitar 30-40% shj) Maka siapa yg boleh beri tekanan kepada pihak pengurusan sesuatu organisasi untuk mengubah dasar dan halatuju arah organisasinya. TENTULAH PEMERINTAH, SIAPA YNG MELANTIK PEMERINTAH TENTULAH KITA SEMUA MELALUI PILIHANRAYA. Betul tak. Takkanlah kita hendak meninggalkan sesuatu organisasi itu atas dasar alasan yg sempit. Islam akan bangkit tapi saya tak fikir melalui ketenteraan malah saya optimis ianya lebih pada penguasaan ekonomi suatu hari nanti.

Agama kita memberi pemberatan mengikut tahap ilmu seseorang itu, jika dia seorang mufti tentulah lagi berat tanggugjawabya dalam mengkaji sebarang permasalahan agama. Kita pula sebagai orang awam bertindak atas fatwa dan hukum yg telah dibuat oleh Ahli agama. Jika tidak bagaimana kita boleh terpecah kepada 4 mazhab yg besar. Kita tidak boleh mengatakan saya betul dia salah. dan jika nak mentafsir hadis yg meyatakan dari 1000 0rg satu masuk syurga adakah kita hendak fokuskan pada urusan perbankan atau rezeki sahaja. Cuba kita lihat sekarang dari segi aurat wanita berapa kerat sgt yg betu-betul menjaganya. solah?? Dan Kalau tak silap saya (betulkan saya jika saya silap) dalam neraka nabi kita melihat penghuninya ramai terdiri dari golongan wanita. Kenapa? kerana 2 alasan utama tidak menjaga aurat dan derhaka kpd suami. Jadi saudara Helmis kalau urusan nak masuk syurga atau neraka bukan hanya satu faktor urusan perbankan yg perlu ditekankan sahaja malah ia adalah hak Allah semata-mata siapa yg ia kehendaki

Sheikh Imran adalah salah seorang ulama minoriti yg mengatakan perbankan Islam itu Haram dan dalam pada masa yg sama Ulama muktabar termasuk Imam 4 Mazhab dan fatwa ulama spt sheikh yusuf Al Qardhawi berpendapat sebaliknya dan Yusuf Alqhardawi tidak pernah mengatakan riba itu harus.

Sebab itu kita hanyalah org awam dan kita berpegang pada apa yg kita yakin dan percaya selagi ianya bukannya ajaran sesat dan lebih kepada khilaf antara ulama. Kita tidak boleh mengatakan saya betul awak salah. Begitu juga sekarang pendapat saya hanya bercanggah dengan Cik Bunga dan Saudara Helmis tetapi saya tidak mengatakan awak salah saya betul. Ini adalah hak individu yg mana lebih yakin kepada pendapat yg mana. Jadi saya harap kita berhentilah dari mengatakan u salah I betul kerana kita adalah org Awam. Pemberatan agama tidaklah tertanggung kepada kita kecualilah kita mahu menjadi Ahli dalam bidang agama . TQ Wallahualam

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO