Bagaimana Membina Kekuatan Minda
Zarina bertanya:
how to develop the strenght of mental?
Bagaimana untuk membina kekuatan minda?
Jawapan saya:
Pertamanya adalah semestinya dengan bersolat.. solat yg bagaimana? Solat yg khusyuk dan fokus, solat yg dilakukan dengan penuh keikhlasan dan bukan kerana terpaksa, menunjuk2 atau untuk menjaga hati orang lain. Solat sebegini mendekatkan diri kita dengan Allah, memberi ketenangan jiwa dan menurunkan tekanan/stress. Sila rujuk artikel saya "Solat Bukan Untuk Allah".
Keduanya, sentiasa berfikir.. mengenai apa? Mengenai kehidupan, siapa kita? Apa yg patut kita buat disini? Kebanyakan kita tahu jawapannya tetapi adakah kita melakukannya? Sentiasa ingat akan mati dan fikirkan adakah kita sudah bersedia? Pemikiran sebegini akan menguatkan minda. Bukan memikirkan hal2 mencari nikmat2 dunia,bagaimana untuk mendapatkan wang lebih hingga menganiaya manusia lain, itu yg melemahkan fikiran.
Ketiga, banyakkan membaca dan mempelbagaikan ilmu, ramai diantara kita hanya menjurus didalam suatu bidang pekerjaan lantas menyebabkan jaringan2 neuron otak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Mempelbagaikan ilmu membina jaringan2 baru lantas memberi kita melihat dunia ini dengan lebih luas lagi atau "thinking outside the box" dan boleh menyelesaikan masaalah dengan mudah. Umpamanya jika kita hanya tahu jalan ke KL dari Subang Jaya hanya melalui Federal Highway, apa akan terjadi jika kita mendengar khabar ada kemalangan dan jalan ditutup? Tidakkah kita akan tertekan jika kita mesti ke KL untuk tujuan yg penting. Akan tetapi jika kita tahu ada highway KESAS, ada highway PLUS maka kita akan jadi tenteram kerana ada alternatif, begitu lah juga dengan mempelbagaikan ilmu, frontal lobe akan lebih mudah memikirkan bagaimana menyelesaikan masaalah hidup, ini yg dikatakan kekuatan minda.
Keempat, kurang atau hentikan pencemaran minda, dari mana? Dari TV, filem2 malah lagu2 yg mengasyikkan itu juga melemahkan fikiran kerana tidak membantu pemikiran kritis. Kita selalu berkhayal bila mendengar lagu cinta, walaupun cinta itu tidak wujud didalam realiti, ini melatih minda untuk tidak berada disituasi "now" iaitu situasi sekarang, sebab itu tidak boleh khusyuk ketika solat kerana kita sering melatih diri untuk tidak berada disituasi sekarang. Begitu juga pencemaran kimia dari alkohol dan nikotin yg mana ianya melemahkan frontal lobe, begitu juga jika kita minum kopi dengan jumlah yg banyak setiap hari. Sila rujuk artikel saya "Otak Mana Yang Anda Mahu".
Banyak lagi perkara2 lain yg boleh digunakan untuk melatih minda, umpamanya meditasi dan sebagainya, akan tetapi jika dapat dilakukan keempat2 perkara diatas sudah cukup untuk menjadi manusia yg mempunyai fikiran/minda yg hebat. Insyaallah.
Sila Kemukakan Komen Anda
Catat Ulasan