Isnin, 28 September 2009

Tidak Pernah Melihat Allah

En Sulaiman bertanya,

Assalaamu 'alaikum wbt.
setiap org islam akn mengucapkan kalimah syahadah. namun timbul satu persoalan didalam minda saya makna tersirat dan tersurat kalimah syahdah ini. "aku bersaksi tiada tuhan melainkan allah, dan aku bersaksi nabi muhammad adalah pesuruh allah" bagaimana hendak rungkaikan makna "bersaksi" dsini, sedangkan kita tidak pernah melihat/saksi allah dan tidak pernah saksikan nabi muhammad s.a.w ketika beliau diangkat menjadi rasul, malahan kita pada zaman ini tak pernah berjumpe beliau.harap saudara dpt membantu merungkaikan mengenai persoalan ini?


Jawapan saya,

Waalaikumsalam,

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Surah Yunus 10:24

"Bersaksi" pada kalimah syahadah ini adalah sehebat2 apa yg boleh dikatakan ujian bagi umat manusia lebih2 lagi umat akhir zaman, "bersaksi" disini pada pandangan saya bukanlah kita melihat Allah atau Nabi itu sendiri, akan tetapi melihat bukti2 kebesaran dan keagungan Allah dengan berfikir dan memerhatikan alam semesta ciptaanNya ini. Semasa Nabi masih hidup, ada juga manusia yg tidak mahu beriman walaupun setelah melihat baginda dan juga mukjizat2 yg baginda tunjukkan, tiada bezanya dengan manusia akhir zaman yg meragui keesaan Allah itu sendiri dan memerlukan "nampak"nya Allah itu untuk beriman.

Sains membuktikan bahawa apa yg tidak boleh dilihat itu sebenarnya berjuta2 kali lebih hebat dari apa yg boleh dilihat. Buktinya dengan kehebatan tenaga nuklear, bom biasa terhasil dari manipulasi molekul2 kimia, sesuatu yg boleh dilihat, akan tetapi bom nuklear yg mana terhasil dari manipulasi nukleus atom menghasilkan bom yg berjuta2 kali lebih hebat dari bom biasa sedangkan apa yg dimanipulasikan itu adlah sesuatu yg berjuta kali lebih kecil, lebih asas dan tidak boleh dilhat walaupun dengan mikroskop elektron. Percayakan Allah, beriman dan menurut segala perintahnya itu adalah kunci kejayaan umat manusia itu sendiri, lebih hebat dari segala nikmat yg ada didunia ini.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? Surah Al-Anaam, 6:32

Rata2 didalam Al Quran Allah menyeru manusia supaya berfikir, kerana dengan berfikir itulah datangnya keimanan yg sebenar. Memerlukan "lihat/nampak"nya pada Allah dan Nabi untuk beriman samalah seperti bersopan dijalan raya hanya setelah nampak kehadiran kereta polis. Manusia akhir zaman ini sudah semakin kurang kemampuan apa yg saya panggil "pemikiran kritis", manusia sudah terlalu tenggelam dengan nikmat hiburan dan nikmat duniawi hingga menyebabkan bahagian otak yg sepatutnya membolehkan manusia berfikir dan mampu melihat jauh kehadapan ataupun mempunyai visi semakin lemah. Bahagian otak itu adalah frontal lobe, rujuk kepada artikel saya "Otak Mana Yg Anda Mahu", lihat bagaimana rokok, alkohol dan dadah menyebabkan frontal lobe tidak lagi berfungsi. TV adalah salah satu penyumbang utama ADD (attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, malah hiburan2 baik di TV, konsert2, dan filem2 semua itu tidak menyumbang kepada pemikiran kritis, frontal lobe tidak aktif semasa berhibur, ini menyebabkan ia semakin lemah dan ber"fikir" bagi kebanyakan manusia itu sudah menjadi semakin sukar.

Disebabkan semakin lemah frontal lobe inilah manusia akhir zaman ini semakin tidak mampu berfikir dan nampak akan kebesaran2 dan keesaan Allah itu, rata2 iman manusia semakin nipis dan tidak segan silu lagi melakukan apa yg dilarang oleh Allah. Amat menyedihkan lagi pemimpin yg dipilih secara demokrasi juga lantang menentang undang2 Allah.

Bersaksi dalam syahadah adalah bersaksi kepada kebesaran Allah melalui "berfikir" dan bukan melalui apa yg boleh kelihatan. Harap jawapan saya ini mampu merungkaikan persoalan saudara. Wassalam

2 Komen:

Humaira... berkata...

Saya suka lauk pauk pedas. Sambal ikan masin cili padi. Fuh fuh.... berasap kepala berpeluh. Nak lagi & lagi tak sedar dah tiga pinggan.

Habis lauk amik lagi dlm kuali. Sesekali terfikir mana pedasnya? Pedas rasa yg tidak boleh di pegang!!

Bernafas dgn udara boleh di rasa tapi x boleh dilihat.

Teh tarik? Halia madu... manis tapi mana rupa manis ni?

Sakit kena tendang. Mana sakitnya? mana tempat yg sakit boleh tunjuk. Kat sini sakit.

Madu itu zat. siftnya manis. Zatnya boleh di lihat tapi sifatnya kita kena rasa dgn lidah.

Nampak mamat tak? Oh tidak. Tapi tu suara dia. Dgn suara kita tahu kehadiran mamat. Kita tahu yg bercakap mamat. Tapi suara mamat tak boleh disentuh hanya boleh di dengar dgn telinga.

Hakikatnya ada benda wujud tapi x boleh disentuh. Kuali panas. Panas kena sentuh kena rasa dgn kulit baru kita tau wujudnya panas, sejuk dsbgainya.

Acinetobaxter berkata...

ALLAH boleh dilihat melalui hati setelah melaiui proses pembersihan hati dengan zikir, melepasi ujian-ujian batin dan peningkatan maqam nafsu. ini bukan ajaran sesat tetapi adalah penghalusan iman dan ilmu lantaran ALLAH itu ujud.

sepertimana oksigen boleh dibuktikan dengan eksperimen, ALLAH boleh dilihat dengan mata kasar bagi mereka2 yang bisa mengerti.

penyaksian ke atas ALLAH itu adalah perasaan bertuhan, perasaan kehambaan dan perasaan dipunyai oleh Tuhan didalam hati kita. kita bersyahadah secara lafaz untuk meminta manusia lain menjadi saksi kita bahawa kita adalah orang muslim yang mempercayai ALLAH sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad sebagai Rasul ALLAH.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO