Insuran Menjadi Satu Kemestian
Marshita bertanya,
Assalamualaikum wbt..telah menjadi trend masa kini..Insuran seperti untuk nyawa,hospital dan perubatan serta simpanan dan saham yg diuruskan oleh syarikat insuran..menjadi seperti satu kemestian..apa pandangan saudara mengenai perkara ini...Wassalam..Terima kasih
Jawapan saya,
Waalaikumsalam, kata kunci persoalan saudari mengenai insuran adalah "menjadi seperti satu kemestian", soalan saya kepada saudari kembali, siapa yg menjadikan ianya satu kemestian?
Manusia tanpa sedar di"acu", di"corak"kan pemikirannya melalui media massa baik dari suratkhabar mahupun TV, baik dari iklan2 mahupun berita yg mengaitkan perlunya insuran2 ini terhadap manusia, baik dari konvensional hinggalah yg ke Islamik.
Disebabkan selalu di hujani dengan anjuran2 media ini maka ianya menjadi kemestian kepada masyarakat, masyarakat yg bagaimana? Masyarakat yg tidak mampu lagi berfikir buat diri sendiri dan hanya menerima sahaja apa yg dipaparkan.
Contoh lain yg sudah sebati menjadi norma2 kehidupan adalah pinjaman dari bank, tetapi bank tidak sebut "bunga" atau "riba" tetapi kadar faedah.
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Surah AlBaqarah 2:279
Insuran juga berkait dengan riba', jadi fikir2kanlah adakah ia sepatutnya ditinggalkan atau menjadi satu kemestian? Berfikirlah dan rujuk kepada kebenaran dan jangan mengikut "trend masa kini". Kebenaran yg akan memberikan kebebasan.
Amat sukar bagi mereka yg sudah terbiasa menerima yg terbiasa dan yg berkuasa itu yg benar, berbanding dengan yg benar itu yg sepatutnya berkuasa.
Setiap saat dan ketikanya ramai umat Islam ber"perang" dengan Allah baik dari beli rumah, kereta (pinjaman bank) mahupun insuran, mungkin sebab itu juga makin ramai umat Islam yg makin tertindas. Manakan dapat pertolongan Allah jika kita sendiri yg mengishtiharkan perang terhadapNya.
7 Komen:
Salam Helmi,
Bagaimana pula dengan Insuran Islamik, Etiqa, pinjaman islamik, bank islam...dan lain2 yg kata islamik.
bukan ke dorang sendiri dah ade pegawai2 yg mahir dgn undang2 islam utk mengkaji sebelum dorang buat sistem kewangan/insuran/pinjaman islamik tu.
jadi kalau bank sendiri kata islamik, dan kerjaan pun tak kata riba.. salahke pengguna menggunakan? sama lah jugak dgn status halal. kalau kerajaan/pihak berwajib dah letak hukum halal/haram, kita sbg pengguna boleh guna la produk/makanan tu... selebih nye kerajaan/pihak berwajib tu yg akan menanggung...
Tak gitu ker?
Wsalam
Jamal
Cuba fikirkan, bank kata islamik sebab ikhlas nak tolong manusia atau untuk keuntungan korporat? Mana yg lebih utama?
Jika hadis Nabi mengatakan 999 dari 1000 manusia akan masuk neraka, agak2 sorang yg masuk syurga tu ambik insuran tak?
Jika Nabi bersabda pada akhir zaman tiada seorang pun manusia akan terlepas dari riba hinggakan yg mengatakan dia tidak mengambil riba sekalipun, debu riba tetap akan jatuh kepadanya, maka adakah kita semua tidak hidup didalam riba?
Wang kertas dan sistem kewangan itu sendiri berlandaskan riba dan itulah apa yg disebutkan "debu" riba yg telahpun menimpa seluruh umat manusia.
Fahami konsep wang, jika tiada barang samada terus dari bumi dengan tanaman dan ternakan atau dari usaha tangan, atau perkhidmatan, maka wang yg kita perolehi itu adakah benar2 milik kita?
Mungkinkan bala yg menimpa kita itu akibat kesan dari "perang" Allah terhadap kita dan kita pula cuba mengurangkan kesannya kepada kita dengan insuran?
Fikir2kanlah... riba akhir zaman didalangi dajjal al-masih.. amat sukar dilihat, berusahalah kita mencari ilmu agar diberikan "nur" oleh Allah untuk melihat penipuan dajjal laknatullah ini.
bab perkara saya, saya tidak punyai pengetahuan, tapi mengenai takaful, adalah sedikit, boleh share..
saudara/I seagama ku
mungkin saudara/I belum sempat mengkaji keseluruhan mengenai perbezaan takaful dan insurans, akan apa fungsi wujud Majlis Pengawasan Syariah disetiap Syarikat Takaful, yang mana Insurans tidak ada, mengenai Pengharaman Insurans dan Takaful adalah ganti pakai kepada pengharaman ini..
boleh berkongsi dengn saya sekiranya ada masa lapang..mukaramjamin@gmail.com
"Do you bite the hands that feed you?", Adakah anda menggigit tangan yg memberi anda makan? Sudah tentu tidak, Fikir2kanlah untuk siapa mereka itu bekerja dan mendapat ganjaran sebelum menerima bulat2 apa yg disogok.
Jika saya dapat melihat dan sedar akan diri saya ini dipenjara umpama katak yg terperangkap dibawah tempurung, adakah saya peduli samada apa yg mengurung saya itu tempurung, baldi atau tin?
Apa yg saya lihat dunia islamik hari ini adalah cuba menukarkan perangkap tempurung itu dengan nama lain ataupun suatu benda lain contohnya tin kosong sedangkan masaalah utama (terperangkap) itu tidak diendahkan, baik dari sistem perbankan mahupun insuran.
Hanya kerana segolongan manusia mengishtiharkannya halal, kita menerimanya bulat-bulat. Ambil contoh ASN/ASB yg difatwakan halal, Ustaz Zaharuddin sendiri berkata kita kena guna akal untuk memikirkannya (http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/), jadi dalam bab insuran ini juga sepatutnya begitu. Tetapi mengapa kita perlu membiarkan orang lain memikirkan bagi pihak kita sedangkan kubur kita tak sama dengan kubur dia?
Manusia telah lama dibasuh mindanya, diacu, dibentuk dari kecil hinggalah keliang lahad baik oleh media mahupun sistem pendidikan agar menerima bulat-bulat apa yg disyorkan oleh pihak berkuasa, maaf... saya tidak sedemikian, saya sering melakukan satu perkara bodoh dan jelek iaitu apa yang dipanggil "BERFIKIR", mungkin sebab itu agaknya saya ni lain dari yang lain, jadi maafkanlah saya dan janganlah peduli dan ambil serius apa yg saya bebelkan disini.
sdr helmis,
assalamualaikum..tahniah kpd sdr krn berkongsi buah fikiran sdr yg lain dpd yg lain.Di zaman skrg, pemikiran sebeginilah yg dicari2 oleh sesetengah org yg jemukan pemikiran yg x berkembang, yg hanyakan ikut-ikutan dpd trend semasa.Saya nampak apa yg sdr helmis cuba nyatakan dan saya rasa amat bersyukur kpd ALLAH atas ilmu yg baru ini.Teruskan usaha sdr krn x ramai yg berani utk menjadi pemimpin org2 yg bertaqwa.
Waalaikumsalam, alhamdulillah saya telah nampak keadaan dunia ini yg sebenar dengan melihatnya melalui kaca mata fizik, biologi, falsafah dan ekonomi dan kaitannya dengan Islam itu sendiri, dan itu yg saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan yg lain agar tidak hanya menjadi "pak turut" golongan yg memperdayakan umat manusia untuk faedah duniawi mereka sendiri sedangkan akhiratlah sepatutnyalah wawasan kita. Moga dunia hari esok lebih baik dari hari-hari sebelum, insyaallah.
tertarik dengan pandangan saudara Helmi. Sebelum ni saya ada membaca sebuah buku oleh Ustaz Zaharuddin; Riba dan Isu kewangan semasa. Dalam buku ni byk jelaskan tentang riba, tapi ada pulak konsep bayaran bertangguh yang dikatakan jika asalnya 5, bertangguhnya 6. Tentu saudara pernah mendengar konsep bertangguh yang diwar-warkan ni, tapi saya cuma nak minta pandangan, kalau boleh disertakan dengan dalil, lebih baik.
1. Terfikir saya, bank islamik yang dicanangkan islamik ni sebenarnya menindas juga, sebab pembayaran yang dikatakan tangguh itu dengan peminjam adalah betul-betul mampu barulah dibayar habis hutangnya. Tapi bank bukan kira peminjam mampu ke tidak bayar hutang, tak bayar tetap kena tarik properties.
2. Kenapa ada konsep bayaran bertangguh yang menghalalkan bayar lebih pulak. Pada hemat saya (ilmu tak banyak pun, cuma berkongsi fikir) bukankah elok sahaja bayaran bertangguh tu dikira beri pinjam. jadi bayaran perlu dibuat sepatutnya 100% bukan 103% dsb.
3. Ustaz Zaharuddin tu penasihat syariah perbankan merata-rata. "Do you bite the hands that feed you?", macam kena je dengan dia ni.
Catat Ulasan