Rabu, 24 Mac 2010

Ahli Ugama Tetapi Mudah Marah

Saudara Sham bertanya;

Saya mempunyai minat yang agak serupa dengan anda.Tentang sains minda dan motivasi. Soalan saya: Apa pendapat tuan tentang sesetengah orang walaupun ahli ugama tapi mudah marah atau kurang sabar dengan orang yg tak sependapat dengannya.Terima kasih.
Jawapan saya;



Untuk seseorang itu menjadi marah amatlah mudah, akan tetapi untuk marah pada orang yang sepatutnya, pada kadar yang bersesuaian, pada masa, untuk tujuan dan dengan cara yang sebaiknya, itu yang susah.

Ketenangan itu adalah lumrah alam semulajadi, pergi lah kehutan belantara dan rasailah akan suasana yang tenang, aman dan damai. Mungkin sebab itu ramai mereka yang menghias rumah dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon agar menyerupai keadaan hutan. Ramai manusia menganggap ketenangan itu dari luar akan tetapi sebenarnya ketenangan itu datangnya dari dalam diri mereka sendiri dan apabila ketenangan itu sudah terbina dari dalam maka walau apapun "tusukan" dari luar yang melanda, mereka tidak akan mudah marah ibarat gunung berapi yang pada bila-bila masa boleh meletup melimpahkan lavanya.

Apabila keadaan didalam diri seseorang itu bergelora, fisiologi tubuh mereka sebenarnya sentiasa berada didalam keadaan "fight of flight" iaitu lawan atau lari dan ini yang akan "memusnahkan" manusia itu sendiri. Didalam keadaan ini bekalan darah kebahagian otak yang berfikir (frontal lobe) akan berkurangan dan ini menyebabkan manusia itu akan membuat pilihan yang tidak bijak, termasuklah untuk menjadi marah.

Apabila seseorang itu marah hanya disebabkan pendapat maka harus diteliti atas tujuan apakah pendapat itu dikeluarkan. Jika semua manusia boleh mengutamakan hidup ini hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, maka setiap niat yang dijalankan itu juga kerana Allah, dan manusia sebegini tidak akan mudah melenting apabila orang lain tidak sependapat dengannya.

Islam mengutamakan perdamaian dan bukan permusuhan, marah dan tidak sabar akan kerenah-kerenah insan lain itu menunjukkan seseorang itu lari dari nilai-nilai moral keislaman itu sendiri jadi inilah yang di ceritakan oleh Sheikh Hamza Yusuf didalam klip video ringkas diatas. Moga kita dijauhi dari sifat-sifat sedemikian yang mana hanya akan merugikan diri sendiri. Allah maha mengetahui akan wujudnya golongan sebegini, sebab itulah Allah turunkan ayat Al Quran (Rujuk Surah Al-Asr 103:3) agar manusia berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran, bukan dengan kepentingan dan permusuhan.

2 Komen:

Pak Mat berkata...

Salam.... saya setuju dgn pendapat saudara itu dan ingin menambah bahawa sifat marah yg ada dlm diri kita hendaklah digunakan pada tempatnya. Bagaimana bisa terjadinya perang kalau tiada sifat marah. Bagaimana nak membasmikan kemungkaran kalau tiada sifat marah. Apa yg penting ialah tahu bila sepatutnya menggunakan sifat marah itu iaitu marah kerana Allah. Sekian..

Helmis berkata...

Keupayaan untuk marah itu juga adalah amanah Allah dan akan dipersoalkan kelak untuk cara apa kita menggunakannya, jadi jika nak marah, marahlah dengan bijak, persoalannya... ada kah manusia yang mampu berbuat demikian?

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO