Ahad, 1 Mac 2009

Ingin Bertaubat

Aisha bertanya,

asalamualaikum..
macam mane kalau nak bagi diri kite nie teruz taubat ??dan x pikir pasai dunia nie??


Helmis menjawab.


Waalaikumsalam Aisha,

Bertaubat bermakna kita tidak lagi mahu melakukan atau mengulangi perbuatan kita yg lepas2. Selalunya perbuatan yg tidak berfikir inilah yg membuat kita menyesal dikemudian hari.

Hidup didunia yg penuh dgn stress sedikit demi sedikit melemahkan frontal lobe manusia, otak dibahagian depan kepala setiap manusia, otak yg berfikir. Jika lemah frontal lobe, kita akan lebih cenderung untuk buat keputusan ikut rasa. 

Contohnya mengapa berdua2an dgn lelaki bukan muhrim walaupun tahu itu salah? 

Kerana rasa enak berdua2an itu lebih kuat dari akal yg berfikir, dalam erti kata lain, kita lebih menggunakan rasa sebagai ukuran untuk membuat pilihan2 didlm hidup. Bagaimana rasa enak itu boleh menguasai akal? Jika dari kecil kita dihujani dgn cerita TV, filem, novel dan pelbagai media lagi yg hebatnya bercinta sebelum kahwin, ini mendorong minda separuh sedar kita untuk secara automatiknya membuat keputusan tersebut. Bahayanya TV terutamanya, alat pemukau yg hebat mendorong kita melakukan apa yg kita lihat, otak tidak dapat membezakan samada yg kita lihat itu benar atau tidak tetapi disebabkan kita turut sama merasakan apa yg pelakon itu rasa, jasad kita tetap merasakannya.

Ada yg berkata itu syaitan yg membisik untuk berbuat jahat, selagi kita mengaitkan syaitan, bermakna kita secara tidak langsungnya mengishtiharkan diri kita lemah. Kita adalah sehebat2nya makhluk ciptaan Allah, sehinggakan malaikat pun sujud pada manusia itu sendiri (Adam), sebab kita ada akal, masaalahnya manusia makin lama makin tidak menggunakannya.

Saya akan tulis artikel mengenai apa yg dikatakan berfikir ikut rasa dan apakah penjelasannya dari segi biologi manusia itu sendiri.

Kita harus tahu apa tujuan hidup kita ini dan hidup ini untuk siapa, jika kita mahukan syurga bukankah kita harus bersedia dari sekarang, hidup dan mati hanyalah untuk Allah, bukahkah itu salah satu makna ayat didalam doa iftitah.

Selalulah bersolat dan cuba untuk fokus/khusyuk, insyaallah diri akan lebih tenang penuh dgn sifat2 bersyukur, merendahkan hormon stress didlm badan, dgn minda yg fokus membaiki frontal lobe dan dgn sujud pula membawa oksigen untuk membajai frontal lobe yg "bekerja" ketika kita fokus tadi.

Frontal lobe yg mantap membolehkan kita lebih meggunakan akal dan bukan guna rasa untuk membuat keputusan2 didlm hidup ini yg selalunya membawa kesalan.

Wassalam

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

penerangan yang jelas dan menarik.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO