Khamis, 19 Mac 2009

Melangsaikan Hutang

Zul Iskandar bertanya:

Salam ukhwah buat saudara.saya ingin mendapat pandangan saudara tentang bagaimana hendak melangsaikan hutang yang bertimbun-timbun. jika tidak dapat semua, memadailah mengurangkan jumlahnya. perasaan ini terganggu disebabkan hutang yang masih belum selesai. mohon pandangan dan panduan.
salam kasih & sayang

Jawapan saya:

Kalau nak diikutkan penjelasan yg mudah adalah.... cari duit lebih byk lagi tetapi jika punca terjadinya hutang itu tidak diselidiki, ianya cuma menjadi putaran (cycle) yg berulang2.

Kerja yang halal belum tentu gajinya halal, bisnes yg halal belum tentu pendapatan yg diterima halal. Jika ada urusan kita yg menyebabkan teraniayanya orang lain, maka gaji dan untung yg kononnya hak kita itu sebenarnya tidak, duit ini akan "lari" dari kita melalui jalan2 yg tidak disangka2.

Begitu juga jika kita bertaqwa kepada Allah dan niat ikhlas dalam menjalankan tugas dan perniagaan dgn niat membantu sesama manusia (yg juga hamba Allah). Jika solat, perbuatan, hidup dan mati kerana Allah, Dia akan membantu kita dalam semua urusan dan akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka2.

Akan tetapi jika hidup dan mati kerana harta kebendaan dan tidak mengambil kira hak orang lain maka kita akan senantiasa ditimpa kesusahan. Jika kita hidup mewah tanpa kesusahan sekalipun, nikmat ketenangan dalaman akan akan hilang. Ini yang paling penting berbanding nikmat luaran. Ketenangan itu dari dalam baru keluar, bukan dari luar (wang, harta, kroni, anak isteri) baru diri yg didlm tenang.

Bila duit yg diterima tidak 100% halal, maka baki yg benar2 hak kita mungkin hanya separuh dari itu, jika kita buat budget bayar rumah, kereta, makan, pakai dan sebagainya sudah cukup, duit yang bukan hak kita akan "lari" melalui cara lain seperti sakit, kena saman, ditipu, dirompak dan sebagainya jadi budget yang dibuat tadi sudah tidak betul, bila tidak cukup mulala berhutang dan tiap2 bulan makin hebat la hutang tersebut.

Pendapatan yang berkat dan bersih itu yang amat penting dari jumlah yg diperolehi, sebab itu ada insan yg gajinya beberapa ratus sahaja tetapi hidup bahagia sekeluarga, yg gaji berbelas2 ribu anak beranak porak poranda. Mana anak boleh cerdik belajar dan sopan jika diberi makanan yang haram? Kena tusyenla, kelas motivasi la.. semuanya duit lagi..

Jika pasti gaji yg diterima itu 100% halal, maka kenala pula lihat cara kita berbelanja, selalunya kita berbelanja mengikut nafsu bukan ikut akal, apatah lagi dgn kad kredit yg mudah didapati dan bila berbelanja tidak memikirkan mampu ke tidak untuk membayar, bertambah2 lah byk hutang keliling pinggang. Beli dgn kad kredit itu menyebabkan kita bersubahat dgn riba, besarnya dosa riba itu seolah2 kita mengishtiharkan perang dgn Allah dan Nabi, jadi mana hidup tak makin hari makin susah.

Kita harus belajar untuk berfikir dgn lebih jauh lagi sebelum membuat sesuatu keputusan, bukan setakat kesan sebulan dua malah hingga berpuluh2 tahun akan datang. Jika kita ada vision bagaimana kita mahukan kehidupan kita pada masa akan datang dan fokus kepadanya maka kita akan membuat keputusan yg bijak agar vision kita akan tercapai.

Tetapi untuk membolehkan kita mempunyai vision dan fokus yg kuat, kita harus punya frontal lobe yg mantap. Sebab itu solat membawa kejayaan seperti yang dilaungkan oleh muazzin. Jika kita boleh melatih diri agar khusyuk didlm solat, insyaallah kita boleh buat pilihan yg lebih bijak didlm kehidupan.

Berbelanjalah ikut akal fikiran dan bukan ikut rasa dan nafsu. Fokus dan punyailah vision yg kuat terhadap apa yg anda manu dimasa depan. Jadi ringkasan kepada situasi saudara adalah, periksa sumber rezeki saudara, semak cara anda berbelanja dan jgn terlibat dlm riba, bukan setakat mengambil untung dlm pelaburan, menjadi pembayar kepada riba juga secara tak langsung menolak nikmat2 Allah yang lain.

Untuk menyemak cara anda berbelanja, anda boleh catatkan segala wang keluar masuk dan perbelanjaan anda dan kemudiannya kurangkan perbelanjaan yg tidak perlu supaya lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yg ada. Lebih mudah lagi jika anda gunakan software kewangan seperti Quicken, Microsoft Money ataupun IngenMoney.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO