Khamis, 2 April 2009

Kelulusan Saudara.

Saudara Usop bertanya:

saya ada bab yang sgt2 berat hendak dibincangkan dengan bro....sebelum tu sy nak tau, bro ada kelulusan apa2 ke dalam bidang sains,,,dan dari segi perjalanan rohani, bro di peringkat mana? mengenal diri? mengenel Tuhan?atau peringkat mempraktikkan syariat.....?


Jawapan saya:

Terimakasih kerana sudi bertanya. Sudah menjadi kelaziman manusia untuk mengukur dahulu kemampuan seseorang itu dahulu sebelum memberinya sesuatu tugas/soalan/masaalah, jika anda seorang doktor, agak janggal jika saya bertanyakan mengenai masaalah kapalterbang.

Tetapi adakah kelulusan syarat2 utama menjadi seorang penyebar ilmu?

Azizi Ali seorang juruterbang tetapi beliau pakar kewangan.
Ahmad Fadzli Yusof dari bidang Perundangan tetapi beliau pakar Motivasi Kejayaan
Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah kelulusan Sains Pertanian tetapi motivasi beliau amat dikagumi.
Albert Einstein hanya kerani kerajaan ketika beliau mengemukakan "teori of relativity"

Tetapi apa yg membuat mereka ini hebat? Semua mereka ini melakukan dua perkara yg mana pada zaman ini samada sudah tiada masa untuk dilakukan ataupun ianya sudah jumud, leceh, membebankan, lapuk dan sebagainya bg kebanyakan manusia, apakah dua perkara tersebut? Membaca dan berfikir..

SPM di Sekolah Muzaffar Syah Melaka (MOZAC) dan kemudiannya memasuki matrikulasi UKM, sempat menghabiskan tahun pertama matrikulasi tetapi mengambil keputusan untuk tidak melapur diri ke pusat matrikulasi UKM Kuala Pilah, sebaliknya memasuki sekolah kejuruteraan MAS dan belajar mengenai penyelengaraan pesawat. Kebanyakan teman2 rapat di MOZAC dan di matrikulasi menjadi doktor manusia tetapi saya menjadi doktor pesawat. Tahukah anda bahawa rumitnya sistem pesawat itu hampir menyamai sistem tubuh badan manusia?

Pada Nov 2003 saya mendapat tawaran bekerja di Riyadh, menyelenggara pesawat (Boeing Business Jet) VIP kerabat diraja dan juga kementerian kewangan arab saudi. Saya merantau hampir keseluruh ceruk dunia dan berpeluang melihat dunia dari sudut yg berbeza dari apa yg dipaparkan di TV, filem atau akhbar. Dari sekaya2 keluarga arab hinggalah semiskin2 manusia di afrika, meninggalkan kesan yg amat mendalam di fikiran saya dan membuatkan saya byk memikir mengenai kehidupan dan punyai keinginan yg kuat untuk membantu manusia.

Kesempatan berada di tanah arab memberi peluang untuk saya mengerjakan umrah beberapa kali dan alhamdulillah menunaikan haji pada tahun 2005. Pada tahun 2007 saya mendapat tawaran pula bekerja di Abu Dhabi, menyelenggara pesawat (boeing Business Jet BBJ) kepunyaan kerabat diraja UAE pula.

Uniknya pesawat BBJ adalah ianya boleh terbang lebih lama berbanding pesawat 737 komersial jadi saya punyai banyak masa terluang didalam pesawat. Masa saya banyak dihabiskan dgn membaca. Pada tahun 2006, diMalaysia meletus byk kisah2 melayu murtad membuatkan saya byk membaca mengenai perbandingan agama, tafsir al quran dan juga hadis2. Video perdebatan juga menjadi pilihan utama untuk di tontoni berbanding hiburan TV. Saya juga banyak membaca mengenai pengurusan kewangan dan financial freedom. Saya telah menghadiri 2 kursus perniagaan internet dan ini memberi kelebihan saya untuk menerokai dunia maya ini terutamanya blogging.

Filem "The Secret" yg saya tontoni pada tahun 2007 telah membuka minda saya mengenai Islam dan kehidupan. Ia juga menimbulkan minat saya kepada ilmu quantum fizik, ilmu mengenai atom. Jika kita ingin menjadi doktor, kita harus belajar mengenai tubuh badan manusia hingga ke sel2 badan. Jika kita ingin belajar mengenai kehidupan pula kita harus pergi lebih jauh lagi, belajar mengenai "atom" yg menjadi asas segala kehidupan. Sekarang ini saya sedang belajar mengenai hubungan antara jasad dan minda, mengenai sel2 dan bagaimana ia berhubungan antara satu sama lain dan kesan tindak tanduk sel2 itu terhadap manusia itu sendiri.

Alhamdulillah berkat ilmu2 dari pelbagai bidang yg saya baca, lihat, belajar dan juga pemerhatian mengenai kehidupan saya cuba kaitkan kesemuanya. Alhamdulillah semakin banyak saya membaca, "puzzle" kehidupan ini tersusun dgn sendirinya dan memberi erti yg lebih bermakna bagi diri saya.

Prinsip kehidupan saya amat mudah iaitu " Innasolati wanusiki wamahyaya wamamati lilla hirabbil alamin". Sesungguhnya solatku, perbuatanku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah taala tuhan sekelian Alam. Apa juga yg saya inginkan, saya juga mahukan ianya untuk semua manusia, sebab itu saya berkongsi ilmu2 yg saya dapati ini. Semua bergantung kepada niat, jika niat lillahitaala, Allah sentiasa membantu kita, begitu juga sebaliknya.

Untuk mengukur sesuatu itu kita harus ada titik rujukan atau permulaan. Untuk mengetahui bab rohani seseorang itu juga anda harus tahu tahap kerohanian diri sendiri yg akan menjadi titik rujukan untuk pengiraan. Jika anda baca (mengukur) semua artikel2 saya sebelum ini saya pasti anda sendiri boleh menjawab segala persoalan saudara2 itu.

Idea2 yg saya bawakan ada antaranya terlalu radikal untuk di terima oleh manusia kebanyakan tetapi ini bukan sesuatu yg janggal. Copernicus contohnya dipenjarakan oleh pihak gereja kerana menyatakan matahari adalah pusat dunia dan bukan bumi, Einstein juga dicemuh. Begitu juga dgn Nabi2 yg semuanya mendapat tentangan hebat manusia untuk perubahan. Di zaman yg penuh dgn stress ini perubahan amatlah payah (frontal lobe lemah), tetapi itu bukanlah alasan untuk kita sendiri terus mengikut pemikiran semasa. Jika kita yakin kita dipihak yg benar, usaha yg sedikit pun sudah memadai dari hanya berpeluk tubuh. Kita ada pilihan, samada menjadi burung kecil yg membawa air cuba memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim atau mejadi kafirun yg menambah kayu2 api untuk terus membakar bagainda. Semua bergantung kepada niat, dan itu yg kita tidak boleh lari dari Allah Subhanawataala.

3 Komen:

azhar berkata...

a'kum,

Apa pendapat saudara dalam buku the secret yang
menyatakan "men are manifestation of god"?
adakah sama dengan wajjahtu waj hiya lil lazi?

azhar berkata...

Apa pendapat saudara tentang anak-anak selain
Melayu, yang lebih pandai dan stabil dari segi
emosi, padahal tak pernah pun sujud?
Saya tak pertikai kelebihan sujud, nampaknya
ujikaji (teori) berkenaan frontal brain
kena diperkemaskan lagi.
Melayu yang selalu sujud pun selalu kena histeria
(ketidakstabilan emosi).Tak penah dengar anak cina
kena histeria?

azhar berkata...

Saya cadangkan semua umat islam baca buku Terjemahan alQuran dalam bahasa yang boleh difahami masing-masing.

Ini sebenarnya 'kunci'mengapa selepas peristiwa 911, ramai mat saleh US divert kepada islam.

Takkan kita tak nak 'refresh' (mungkin dah tau) pengetahuan kita kot? dan mengetahui kenapa diaorang divert(bukan convert).

SEBELUM BACA APA-APA BUKU YANG "SEMUANYA" TEORI DARI BARAT ATAU JEPUN (DR EMOTO).

SEMUA KAN?

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO