Khamis, 23 April 2009

Masukkan Rujukan.

Dari Bazli:

Assalamualaikum Warahmatullah

Saya sangat teruja membaca artikel tulisan saudara, alangkah baikknya jika saudara boleh backup artikel sebegini untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disimpan dengan baik.

Apa yang saya lihat saudara ialah seorang hard-core reseacher, jika tidak keberatan bolehkah saudara memasukkan juga rujukan supaya orang yang membacanya juga boleh melakukan rujukan dan proses pembelajaran tidak terhenti setakat itu sahaja.


Wslm

Balasan saya:

Waalaikumsalam, terimakasih atas cadangan saudara, memang saya ada back-up apa yg saya tulis dan insyaallah akan tiba masanya nanti akan saya bukukan. Buat masa ini saya sedang menyusun satu persatu "jigsaw puzzle" mengenai kehidupan ini dgn artikel2 tersebut berkat dari ilmu2 yg diperolehi dan juga pemikiran yg mendalam mengenai kehidupan dan Islam.

Ada sesetengah artikel yg mana saya link pada laman web page yg lain atau pun pada akhir artikel. Selalunya apa yg saya tulis datangnya dari buku yg saya sedang membacanya yg mana ada saya letakkan di kotak sisi blog saya ini. Insyaallah saya akan cuba letak sebanyak mungkin rujukan untuk paduan rakan2 yg lain. Terima kasih.

2 Komen:

Bazli berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah

Terima kasih kerana memberi perhatian kepada soalan dan pandangan yang tak seberapa dari saya. Sebagaimana tuan, saya juga mempunyai sedikit tulisan ilmiah koleksi peribadi tetapi ianya kini dalam proses 'recovery' kerana pangkalan data blog saya tak dapat diselamatkan dan dibuka.

Agak terkilan apabila masalah sebegini terjadi. Untuk memudahkan rujukan pula tuan boleh menggunakan teknik nota kaki atau menggunakan perisian Endnote

http://www.endnote.com/eninfo.asp

Pengurusan bibliografi, rujukan dan lain-lain akan menjadi lebih mudah.

Wassalam

Bazli berkata...

Memandangkan tuan selalu menulis berkenaan frontal lobe. Mungkin juga tuan boleh menulis berkenaan kognitif (Cognitive, cognition) manusia dari pandangan Islam.

saya kini masih dalam penyelidikan dan salah satu domainnya ialah 'visualization'.Tulisan tuan tentang 'mat jenin dan Einstein' memberi saya banyak idea.

Terima kasih

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO