Rabu, 22 April 2009

Hukum Bercouple

Saudara Ocean.moshi08 bertanya:

Sy nak tanya lah..pasal hukum orang berkasih..(ber"couple")..tanpa ikatan yg sah..
Slh ker bercinta sesama manusia nih?


Jawapan saya:

Adalah tidak salah untuk berkasih, asalkan didlm batas2 Islam, yg menjadi masaalah muda-mudi dizaman ini adalah berdua2an baik terang2an atau bersembunyi yg mendekatkan/membawa kepada zina. Bukankah Nabi Muhammad sudah berpesan jgnlah kamu menghampiri zina? Bukankah memegang bara api itu lebih baik lagi dari menyentuh kulit yg bukan muhrim?

Sila baca artikel "Antara Babi dan Zina" dan "Berfikir Ikut Rasa" untuk penerangan lanjut.

3 Komen:

3m1huh5_N414 berkata...

Salam, muda mudi hari ini fahami ber'couple' tu pegang-pegang, ringan2. I touch U , U touch me. I rasa U, U can rasa me! Sesama agree. Itulah yang salah dan dilarang. Nabi pun ber'couple' juga. Tapi ikut batas2 agama. E.g ; bawak adik @ sesiapa yg muhrim temankan anda ber'couple'. Insyaallah. Takkan sampai bab ringan2 tu! Kalau tak tahan, hantar konvoi meminang. Selamat. Pulunlah habis2 mlm pengantin. Dah halal pun!

Tanpa Nama berkata...

salam..sy pun bercouple..kalau nk kluar sy msti bawa adik lelaki sy..alhamdulillah..semua ok, dah hmpir 2 thn berkwn ni kami xpernah bersentuh kulit..kalau ada yg rasa bw adik @ sesiapa tlg temankan sbg perkara yg melecehkn,,trpulanglah..tp percayalah kalau kt bercouple tp masih tahu batas halal n haram kt akan rasa tenang.perhubungan ngan pasangan pun sntiasa dipermudahkn dan berjalan lancar.insyaAllh sehingga menuju ke alam yg halal hanya pada yg halal.

Helmis berkata...

Apa yg kita lakukan akan menjadi contoh manusia lain, akan menjadi contoh juga kepada generasi akan datang. Adakah mereka yg meniru kita itu imannya sekuat kita? Sanggupkah kita disabitkan diakhirat kerana memberi contoh yg tidak baik dan menyebabkan mereka yg meniru kita lantas ter"lajak" melakukan zina?

Adakah benar Nabi juga ber"couple"? Amat bahaya kenyataan ini jika tidak disertai dengan rujukan yg sahih. Nabi melarang zina dan bercouple itu benih2 zina.

Persoalannya mengapa perlu bercouple? Mengapa tidak digantikan masa bercouple itu dengan kerja2 yg lebih berfaedah? Menimba ilmu untuk menjadi ibu yg lebih baik atau bg lelaki pula bagaimana untuk menjadi bapa yg mithali?

Alasannya kerana ingin kenali dulu pasangan.. alasan lapuk.. jika kita benar2 beriman kepada Allah dan Rasul, lelaki yg baik itu untuk perempuan yg baik sahaja dan ini teramat benar dan saya telah bukti dan jelaskan didalam penulisan saya.

Umat sekarang sebenarnya terpengaruh dengan anasir kafirun yg mahu umat Islam terus leka dan lalai melayan ketagihan "kimia emosi cinta" yg di semai melalui filem, TV dan lagu2.

Tepuk dada tanya iman... Janganlah ingin meng"hadhari"kan islam hanya kerana ber"couple" itu trend masa kini.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO