Sabtu, 25 April 2009

Langkah Hilang Gangguan Dalam Solat

Saudara Johar bertanya:

ya.. saya sudah membaca rencana ttuan..cuma saya ingin bertanya pada tuan bagaimana step utk hilang ganguan ketika solat..ganguan itu la menyebab hilangnya kusyuk dlm solat..

Jawapan saya:


Jika kita sudah terbiasa melayang fikiran ketika bersolat, memang agak sukar untuk kembali  menumpukan perhatian kepada solat dan mudah beralih kepada gangguan2 tetapi tidak mustahil. Ada beberapa latihan yg boleh membantu mengurangkan kepekaan terhadap gangguan umpamanya membaca buku dan cuba fokus untuk menghabiskan beberapa perenggan tanpa fikiran melayang. Mula2 memang agak sukar tetapi jika jika kekal berusaha, akan berjaya. Ibarat jika anda ingin mengangkat berat 100 kilo, anda kena latih otot anda dgn mengangkat yg ringan dahulu dan beransur2 menambahkan bebannya.

Zikir juga membantu kita fokus kepada sesuatu, dgn syarat kita faham apa yg kita ucapkan, sedar akan jari2 kita mengira tasbih atau menggunakan jari dan tidak mulut terkumat kamit dan fikiran melayang ke tempat lain.

Satu lagi dgn rajin menulis, saya pasti semua manusia tidak boleh menulis dgn fikiran melayang ketempat lain. Begitu juga ketika makan, fokuskan kepada makanan tersebut, teksturnya, rasanya, nikmatnya dan sebagainya dan tidak bercakap2 hal2 yg tidak berkaitan. Jika ketika makan yg boleh tidak perasan mak mentua lalu, solat pun begitu juga boleh tidak perasan mak mentua lalu kerana khusyuk.

Ada cara lain yg boleh diamalkan juga adalah meditasi, samada fokus kepada pernafasan atau pun fokus kepada zikir2 (nama2 Allah) juga boleh membantu. Walaupun ini hanya hipotesis saya tetapi jika dikaitkan dgn kajian2 barat terutamanya Transcendental Meditation, keberkesanannya terbukti secara saintifik membaiki frontal lobe,  tetapi teknik TM ini bercanggah dgn Islam kerana ianya fokus kepada bunyi2 tertentu yg ada diantaranya adalah nama2 tuhan Hindu.

Tetapi yg paling utama sekali adalah niat, apa niat untuk solat itu, jika kerana terpaksa, tidak ikhlas dan sebagainya maka amatlah sukar untuk solat tanpa gangguan. 

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Askm,
terima kasih ya allah kerana menemukan saya dgn blog ini yg sgt2 membantu dlm mendekatkan diri pd Mu spt blog2 tarbiah yg lain ...genta rasa(ust parol mad joui) dan blog jiwa positif dan hidup bertuhan(en.fuad latip).Semuga engkau berikan ganjaran yg berlipat ganda lebih dr apa yg mereka berikan utk memimpin hamba2 Mu.Amin...

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO