Rawatan Air Za'faran
Amirah bertanya:
Apa pendapat saudara jika kita menggunakan produk rawatan minum air yang ditulis ayat di atas pinggan putih? maksud saya air yang ditulis di atas pinggan putih dengan ayat quran dengan menggunakan za'faran? molekul air beubah dan memberi kesan positif kepada kita jika kita berniat.
Jawapan saya:
Kajian Dr Masaru Emoto membuktikan perkataan, niat atau apa2 sahaja bentuk perhubungan mempengaruhi molekul air. Ini menunjukkan betapa uniknya ciptaan Allah ini. Tetapi minum air ini sahaja belum tentu menjadi penawarnya, diri kita juga harus mahukan perubahan, dari sakit kepada sihat dan apa niat untuk sihat itu? Untuk menjadi sihat itu juga harus disertakan dgn perbuatan contohnya jika sakit kencing manis, kurangkan atau tidak lagi mengambil gila dgn berlebihan. Begitu juga jika minum untuk penerang hati mengambil peperiksaan, jika tuan punya diri tidak menunjukan usaha yg maksimum, minum air zafaran satu tempayan pun tidak akan memberikan keputusan yg maksimum.
Sila Kemukakan Komen Anda
Catat Ulasan