Selasa, 10 Mac 2009

Korban Dan Akikah

Suzana bertanya,

korban dan akekah,haruskah sy buat akekah lgi pd anak2 sy yg sekrng ini berumur 11thn dan 15thn atau terus sahaja sy buat korban utk anak2 sy? sy buntu utk tunaikan tanggungjawab sy pd anak2 sy.apa yg harus sy buat adakah kedua2nya sekali atau sy terus buat korba sja?

Assalamualaikum Suzana,

Terimakasih kerana bertanya, saya bukan ustaz mahupun guru agama yg boleh memberi hukum harus, halal wajib haram pada sesetengah masaalah tertentu, belum sampai tahap ilmu tersebut, tetapi insyaallah saya berusaha juga mendalaminya.

Apa yg saya boleh nasihati disini adalah, kita harus memahami konsep disebalik akikah, korban, sedekah dan semua amal jariah yg dianjurkan oleh islam. Kita semua berkait, apa yg kita lakukan akan kembali kepada diri kita dikemudian hari. Jika tidak esok, lusa ataupun beberapa saat sebelum kita mati. Hidup ini harus tolong menolong, yg mampu bantu yg kurang upaya, yg kaya bantu yg miskin dan yg gagah bantu yg lemah.

Zaman yg serba materialistik ini menyebabkan manusia menjadi semakin mementingkan diri sendiri, sebab itu bila minyak naik harga barang naik tetapi bila minyak turun harga barang tetap sama.. mahu membolot sebanyak mungkin wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.

Jika tidak mampu membantu dgn harta sekalipun, bantu dgn perbuatan dan paling tidak pun bantu dgn mendoakan kebaikan orang lain, sebab itu kita sepatutnya memberi salam kepada semua orang, ini tidak, salam hanya pada yg kenal, yg tidak kenal jarang sekali, salam itu mendoakan mereka yg mana kita tujukan salam tersebut.

Buat apa sahaja yg membantu orang lain, senyum, membantu rakan pejabat yg sibuk ketika kita tidak, membantu org tua menyeberang jalan dan bermacam2 lagi. Semuanya akan berbalik kepada kita semula pada satu hari nanti ketika kita sangat2 memerlukannya. Allah maha adil, semua kebaikan yg kita lakukan akan kita rasa balasannya, begitu juga dgn kejahatan dan kemungkaran. 

Amalkan dan suatu hari nanti akan nampak kesannya dan sedar yg kita tidak berseorangan sebenarnya.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO