Isnin, 9 Mac 2009

Sering Dilanda Masaalah Kewangan

CT Zaharah bertanya,

Kenapa saya selalu diduga dengan masalah kewangan...kadang2 terlalu bosan dengan masalah begeni...

Helmis menjawab,

Assalamualaikum CT,

Terimakasih kerana sudi bertanya,

Saya perlu mengetahui situasi yg sebenar sebelum boleh menilai apa yg saudari katakan masaalah kewangan tersebut, secara amnya saya boleh rumuskan masaalah tidak cukup wang untuk kehidupan seharian.

Jika gaji byk tetapi tetap tidak cukup, kita kena selidik adakah wang yg kita perolehi itu benar2 milik kita? Kerja halal tidak semestinya gaji yg kita terima itu betul2 hak kita jika kerja tidak disulami dgn keikhlasan dan tanggungjawab dgn pekerjaan yg diamanahkan.

Baca artikel saya ini untuk penjelasan lanjut.

http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/05/kerja-halal-gaji-tidak.html

Jika anda sudah ikhlas didlm pekerjaan tetapi gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan hidup yg tinggi, kita harus berusaha untuk mendapatkan lebih byk duit lagi, caranya? Dgn memberi perkhidmatan kepada manusia, lebih ramai org yg mendapat perkhidmatan anda, lebih byk wang yg akan anda terima, lebih byk nilai yg anda berikan, lebih besar lagi ganjaran yg anda akan terima.

Contohnya jika saya mengarang satu buku mengenai bagaimana menangani masaalah kewangan dan saya jual kepada saudari dgn harga 10 ringgit, dengan buku tersebut saudari berjaya mengubah taraf kewangan saudari dan hidup dgn selesa, bukankah saya memberi lebih nilai dari harga 10 ringgit tersebut? Org lain yg mengetahui akan keberkesanan buku saya itu pula akan membuatkan buku saya makin laris, jadi saudari mendapat lebih nilai dan saya juga akan mendapat lebih byk untung atas jualan yg byk walaupun royalti saya untuk satu buku tersebut hanya beberapa sen sahaja dari harga buku tersebut.

Mungkin saudari akan bertanya pula, takde idea la, apa bisnes, apa perkhidmatan yg perlu aku buat?

Jawapannya..... iqra.. baca, timba ilmu, pergi kursus, pergi seminar dan sebagainya agar minda kita lebih terbuka untuk mengetahui peluang2 yg ada, kemudian fokus pada sesuatu yg kita minat. Sebab itu ayat quran yg pertama Iqra... islam mementingkan ilmu, ilmu yg membawa manafaat, bukan baca pasal gossip tentang artis..

Untuk kekal fokus pula sebab itu perlu khusyuk dlm sembahyang, ia membantu kita untuk mencapai kejayaan didlm hidup, boleh fokus pada cita2 dan meneruskannya hingga berjaya, frontal lobe yg lemah membuatkan kita tidak bermaya dan tidak bersemangat untuk mengubah kehidupan kita.

Yg paling utama, kita harus memeriksa diri sendiri dahulu sebelum menuding jari memarahkan dunia atas apa yg terjadi. Jika kita sedar yg semua yg datang adalah kesilapan diri sendiri, kita akan lebih berhati2 diatas tindakan kita dan mengubah sikap, tingkahlaku dan perbuatan agar kita mendapat "result" yg lain dikemudian hari.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO