Selasa, 17 Mac 2009

Membimbing Suami

Suzana bertanya

Bagaimana utk membimbing suami, anak2 dan diri sendiri supaya tidak tinggalkan solat?saya bukan le seorng isteri yg bagus saya juga kadang2 tertinggal juga solat.Masaalahnya bagaimana utk membuka pintu hati suami agar solat?Suami saya selalu ikut kawan2 buat benda yg tak sepatutnya dibuat biar saya saja yg tahu apa yg suami saya buat cuma saya inginkan nasihat agar terbuka pintu hati suami saya kejalan yang benar.

Saya menjawab:

Mulakan dgn diri melakukannya dulu, jika suami melihat anda seorang isteri yg tidak meninggalkan solat, insyaallah akan terbuka hatinya nanti untuk melakukannya. Fahami faedah solat dan cuba untuk fokus dan khusyuk. Memang pada mula nya agak susah tetapi jika dicuba tanpa putus asa insyaallah berjaya. Solat yg khusyuk diterima Allah, menjadikan kita hamba yg bersyukur, melatih minda agar lebih menggunakan akal berbanding rasa dan nafsu.

Sebagai isteri anda boleh menegur suami agar menjauhi perkara buruk yg dilakukan, jgn diulang2 setiap hari tetapi mungkin seminggu sekali agar dia tidak merasa didesak dan tertekan. Yang paling mudah adalah dgn meminta pertolongan Allah untuk mengubah suami anda, Allah akan merencanakan dunia ini agar terbuka hati suami untuk kembali kejalan yg lurus. Berdoa, yakin dan percaya yg Allah akan kurniakannya, jgn terdetik sedikitpun yang Allah tidak akan memberinya malah jika kita merungut sekalipun ia seolah2 membatalkan doa yg diminta. Berdoa tidak semestinya sesudah solat, ketika anda baring disisi suami sebelum tidur dan mendoakan suami itu juga boleh dilakukan.

Galakkanlah suami membaca ilmu2 yg boleh membuka mindanya, contohnya sampaikan artikel syurgadidunia kepadanya ataupun artikel2 dari laman2 web lain yg boleh membuka mindanya untuk berfikir. Diri yg sudah lama bergelumang dgn maksiat memang sukar untuk berubah, sukar tetapi tidak mustahil, yg penting kita harus percaya yg Allah akan memakbulkan doa agar suami kembali kepangkal jalan.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO