Isnin, 12 April 2010

Macamana Nak Keluar Dari Riba?

Puan Aziemy berkata...

en helmis,jika kita dah terjebak membuat pinjaman melibatkan riba,macamana nak keluar dari situasi itu?katalah saya ada buat pinjaman untuk membeli sebuah motosikal,kini dalam tahun kedua,ada lagi 3 tahun untuk proses ini berakhir.untuk bertaubat dari dosa akibat riba ini,adakah saya harus berusaha untuk membayar utk 3 thn yg akan datang secara cash?adakah dosa riba itu boleh terhapus atau teruskan membayar setiap bulan hingga tamat kerana telah terlanjur membuat pinjaman dan bertaubat.situasi masa mula2 tu buat pinjaman tu adalah kerana terpaksa.nak beli cash tak ckp duit,takde motor suami susah nak pegi kerja.bagaimana nak selesaikan masalah ini?harap en helmis boleh tolong beri pandangan.terima kasih

Jawapan saya:


Penipulah saya jika saya katakan saya sudah bebas dari riba, malah Nabi telah bersabda bahawa pada akhir zaman, jika seseorang itu berkata dia tidak terlibat dengan riba, wap riba itu sendiri akan terkena kepadanya.

Sudah semestilah langkah pertama adalah dengan bertaubat nasuha dan sedar akan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Perkara riba' ini pada akhir zaman amat susah untuk mengenalinya kerana ianya didalangi oleh Dajjal. Hanya mereka yang cuba berusaha menghampiri Allah sahaja yang akan diberikan "nur" untuk melihat kebathilan itu. Tanamkan niat untuk tidak lagi membeli secara hutang yang tidak berlandaskan Islam, iaitu tiada unsur penindasan, baik yang konvensional ataupun yang berselindung disebalik jual beli ataupun bayaran pentadbiran.

Langkah kedua adalah dengan meningkatan keimanan kita kepada Allah, jika dahulu kita solat berlengah, maka solatlah pada awal waktu. jika dahulu solat tidak khusyuk, maka cuba berusaha untuk khusyuk kearah itu. Jika dahulu bertudung jambul berdada luas, maka perbetullah cara berpakaian agar mengikut apa yang Allah perintahkan. Kesemua perintah ALlah itu sebenarnya hadiah unutuk manusia itu sendriri, cuma disebabkn kita tidak boleh melihatnya dengan segera maka kita menjadi lalai dan hanya hilang ketakwaan kita kepad Allah, sedangkan dari ketakwaan itulah datangnya rezeki yang tidak disangka-sangka seperti maksud ayat seribu dinar, bukannya dengan menggantungkan ayat itu dan berpeluk tubuh menunggu datangnya pertolongan Allah.

Langkah ketiga adalah dengan berusaha mengumpul wang seberapa mampu untuk membayar balik hutang berlandaskan riba' itu. Memang rata-rata umat Islam akan berkata, kalau hidup cukup makan sahaja macamana nak kumpul wang? Jawapan saya cuba bermuhasabah diri dan membuat pembentangan perbelanjaan harian dan bulanan. Catitkan kesemuanya kemana wang kita pergi dan cuba pastikan apa perbelanjaan sia-sia yang boleh dipotong, satu contoh yang saya boleh nampak adalah satelite TV dan bagi suami mungkin rokok. Walaupun beberapa puluh sahaja sebulan akan tetapi jika dikumpul-kumpulkan, sekurang-kurangnya boleh membayar balik pinjaman, dalam contoh saudari hutang motor suami mungkin seawal 6 bulan dari tempoh sebenar.

Sekurang-kurangnya kita menunjukkan kepada Allah yang kita telah melakukan usaha untuk lari dari riba dan Allah yang lebih hampir dari urat leher kita sendiri akan menghampiri kita 10 langkah lebih dari kita sendiri jika kita berusaha mendekatiNya, iaitu dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk meninggalkan laranganNya. 

Langkah keempat adalah dengan memperbanyakkan sedekah, mungkin ramai yang akan berkata "kalau duit nak bayar hutang pun tak ada macamana nak bagi sedekah?". Ini berbalik kembali kepada keimanan kita, sebab rata-rata manusia beriman dan menerima Allah itu tuhan yang esa, tetapi rata-rata juga tidak percaya yang Allah itu maha pemurah, maha adil dan sebagainya. Bukti sangat jelas yang mana manusia lebih takutkan polis atau BPR dari Allah sendiri. Sedekah tidak semestinya beribu-ribu, ratus atau puluhan ringgit, yang paling utama adalah ikhlas dan Allah tahu apa ada didalam isi hati kita. 

Jika kita fahami perkara buruk disebalik riba' itu sendiri, kita akan dapati riba' itu bukan sahaja kita menindas diri sendiri malah menindas insan-insan lain dengan membantu mencairkan nilai wang. Disebabkan nilai wang itu tidak terletak didalam wang itu sendiri seperti emas dan perak, maka nilainya boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Sebab itulah inflasi adalah suatu yang tetap didalam ekonomi kerana setiap tahun barang semakin mahal, hakikatnya nilai wang itu sendiri yang menyusut.

Dengan mengambil pinjaman, bank dengan senang lenangnya mencipta wang baru, lebih banyak wang akan berada didalam kitaran maka lebih cairlah nilai wang tersebut, jika 5 tahun lepas dengan 1 ringgit kita boleh menikmati nasi lemak dengan telur goreng, sekarang hanya nasi lemak kosong sahaja, maka kita yang meminjam 5 tahun lepas sebenarnya terlibat sama menyusahkan diri sendiri dan juga insan lain.

Cara untuk mem"bayar" balik kejahatan kita itu adalah dengan lebih ringan tulang membantu sesama manusia. Sedekah itu yang pertama dan seterusnya adalah dengan mengurangkan kesusahan insan lain. Dari memberi senyuman, berkongsi ilmu hinggalah membuang halangan dijalanan, ini semua adalah contoh-contoh kecil yang dianggap remeh akan tetapi tetap dicatit oleh malaikat dibahu kanan kita. Walaupun mungkin pahalanya sebesar zarah, moga dengan usaha kita ini sedikit demi sedikit boleh mengurangkan dosa kita bergelumang dengan riba'.

Langkah kelima pula adalah dengan berusaha mempastikan kita tidak menyokong mereka yang menyebabkan ekonomi ikut riba' ini berleluasa. Sebarkan maklumat mengenai keburukan riba' itu agar lebih banyak rakan-rakan lain yang masih lena bangun dari tidur yang panjang itu. Diakhirat nanti golongan ini akan cuba lari dari perhitungan Allah dan mereka barangkali akan memberi alasan "mereka yang pangkah aku", maka ketika itu apa yang kita nak jawab?

Mungkin ada lagi langkah-langkah lain yang boleh dikongsi oleh rakan-rakan. Yang penting sekali adalah niat dan Allah maha mengetahui apa yang ada didalam hati kita. Insyaallah, bantuan Allah itu sentiasa hampir, cuma mungkin dengan sikap ketidak syukuran kita itu sahaja yang menolaknya.

19 Komen:

mohd berkata...

amin.Allahurobbi..alhmdlh digerakkan sy bkak blog saudara.insyaAllah,sy cuba istiqomah.

mohd berkata...

salam.saudara helmi,soalan saya - bgaimana pulak dgn perbankan ISLAM?ada riba x tu? emel sy di mdfauzee@gmail.com ye.kdg2 jrang bukak web,bkk emel je.

aziemy berkata...

Alhamdulillah syukran..terima kasih atas pandangan bernas en helmis.insya Allah kami akan ikuti langkah2 yg telah diberikan,atas dorongan untuk menjadi mukmin yg sebenar2nya...semoga Allah swt merahmati en helmis sekeluarga.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...saya dah mulakan dgn beberapa langkah yg dicadangkan....byk sungguh dosa riba,pinjaman ptptn,kenderaan,rumah,pinjaman peribadi...semoga rahmat Allah bersama saudara sekeluarga

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan hadis yang masyhur berkenaan ‘debu-debu riba’ ia diriwayatkan
oleh sebahagian ashab al-Sunan. Antara ygb meriwayatkannya ialah Ahmad,
Abu Daud, Ibn Majah, Nasaie, dan lain-lain.

Kesemuanya melalui jalur riwayat Hasan daripada Abu Hurairah.

Apabila ia riwayat Hasan dari Abu Hurairah, maka bermasalah.
Sebab khilaf kalangan ahli hadith adakah Hasan mendengar hadis dari
Abu Hurairah atau tidak?

Imam Tirmizi dalam beberapa tempat dalam kitab Jamiknya (Sunan Tirmizi),
menegaskan bahawa “Hasan tidak mendengar sesuatu hadis pun dari Abu Hurairah”.

Dan Imam Tirmizi menukilkan perkara ini dari Ayyub al-Sakhtiyani,
Yunus bin Ubaid dan Ali bin Zaid.

Apabila Hasan tidak mendengar dari Abu Hurairah, maka hadis ini termasuk
dalam munqatie’, dan menjadi dhaif.

Syeikh Al-Albani juga mendhaifkan hadis ini.

Wallahu A’lam.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,

Katakanlah saya teramat bersetuju dengan hujah saudara dan hadis yang masyur berkenaan adalah hadis daif, adakah saudara tidak bersetuju jika "debu" riba' ini sudah terkena kepada seluruh umat manusia?

Pada pendapat saya, apa jua kata-kata atau pandangan yang boleh menguatkan hujah untuk menyedarkan umat manusia kearah yang memberi mereka kebaikan, ianya boleh diguna pakai lebih-lebih lagi jika ianya amat tepat dengan keadaan sekeliling yang berlaku. Tidak kiralah hadis nabi, ungkapan tokoh ataupun pepatah.

Pokok pangkalnya adalah niat dan kesan daripada penggunaan ungkapan tersebut, selagi ianya tidak menjauhkan diri manusia itu kepada Allah pada pendapat saya ianya tidak salah digunakan.

AiesyaMyasara berkata...

alhamdulillah...sy di bukakan hati utk membaca blog saudara yg sgt memberi informasi khasnya kpd saya saudara baru,perlukan bimbingan agama,ilmu 2 keagamaan agar tdk berpaling arah dari jalan yg sy pilih ini...

Syed Izwan berkata...

En Helmis,

Saya sekarang sudah menolak untuk berhutang dan berusaha untuk melangsaikan hutang yang ada. Saya masih ada hutang ptptn, hutang perniagaan dan hutang kereta.

Saya bercadang untuk jualkan sahaja kereta saya, total full payment pada bank RM23,000.

Jika nak dijual pada orang lain, pembeli tersebut mesti mahu membuat pinjaman so bermakna sudah melibatkan riba.Jika jual pada used car, dieorang hanya mahu membeli pada RM 19,000 paling tinggi.

Adakah saya patut top up sendiri duit saya sebanyak RM 4,000 supaya kereta tersebut boleh dijual?

Atau bolehkah saya sewakan sahaja kereta saya untuk mencari dana supaya saya boleh menggunakan duit hasil sewa kereta untuk bayar pinjaman kereta tersebut?

Harap dapat beri pandangan .. terima kasih.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Syed,

Samada and a menjualnya terus kepada orang lain atau kepada kedai kereta terpakai, kemungkinan besar pembeli baru itu akan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta anda itu. Ini akan menyebabkan mereka juga akan terlibat dengan riba', jadi ibarat kita mahu lari dari riba' tetapi tidak kisah pun rakan kita yang lain bergelumang pula dengan riba'.

Kereta bukan lagi barang kehendak pada zaman modern ini, ianya sudah menjadi satu keperluan, jika saudara menggunakannya setiap hari, saya nasihatkan teruskan menggunakannya dan pada masa yang sama bolehlah ianya cuba disewakan agar wang yang saudara perolehi boleh membantu saudara untuk memutuskan rantai riba' yang dikenakan kepada saudara oleh pihak bank.

Apa yang utama adalah saudara sudah sedar akan keburukan riba', menyesali kesilapan yang dilakukan dan bertaubat tidak lagi akan terjebak didalam jerat mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui keikhlasan kita dan tidak sekali-kaliakan memberatkan suatu yang diluar kemampuan kita.

Perang terhadap riba' ini tidak akan dimenangi dalam masa yang singkat, mungkin sehinggalah generasi baru akan naik menggantikan generasi lama yang rata-rata sudah dibasuh mindanya menerima sistem kewangan berlandaskan riba' ini tanpa pernah memikirkan dan mengetahui bahawa sistem itulah yang memusnahkan diri mereka sendiri.

Bersamalah menjadi agen memerangi riba' dengan mula-mula memperbanyakkan pencarian ilmu mengenainya dan kemudiannya berusaha menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Anak-anak kita yang masih juga boleh kita basuh mindanya agar menolak riba' itu sendiri dari kecil lagi. Apabila mereka dewasa, anak2 saudara, anak2 saya dan anak2 rkan yang lain juga akan lebih kuat untuk bersama menolak riba'.

Piramid tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga dengan terciptanya sistem riba' itu sendiri, untuk mengubahnya semula juga akan memakan masa. Berusahalah sedaya yang mungkin dan seikhlas yang mungkin, insyaallah saudara akan nampak yang bantuan Allah itu amat dekat sebenarnya, cuma kita sahaja yang selama ini menolaknya tanpa sedar. Wassalam

Syed Izwan berkata...

Terima kasih En Helmis atas penerangan yang diberikan ..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan, setakat yang saya tahu, hanya kerajaan Negeri Terengganu sahaja yang memberikan pinjaman kenderaan tanpa riba kepada kakitangan kerajaan lantikan Negeri. itu pun setelah PAS berjaya menggubal enakmen tersebut semasa mentadbir negeri tersebut pada tahun 1999-2004.

Unknown berkata...

Saya mohon untuk share dan rujukan... terimakasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan.

jika telah membeli kereta dengan bank konvensional sudah pastinya terlibat dengan riba, dan kereta itu sudah pon habis dibayar. baru sekarang saya sedar akan adanya pinjaman itu melibatkan riba. Apakah yang saya harus lakukan? Jika saya menjual kereta itu untuk membeli kereta lain, adakah duit hasil jualan itu terlibat sama dengan riba?

Helmis berkata...

Waalaikumsalam,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Q 2:286"

"Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. Q 5:95"

"Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. Q 2:275"

Jika anda menjual kereta tersebut, pulangan yang kamu dapat adalah prinsipalnya sahaja dan tidak bercampur dengan faedahnya malah ianya kurang daripada itu kerana kereta saban tahun makin berkurang harganya. Ia sudah menjadi hak anda dan bukanlah wang riba', serahkan ianya kepada Allah SW. Yang paling utamanya janganlah dijual kereta tersebut untuk downpayment kereta baru dan kembali dengan riba' kerana selepas ini anda akan kekal didalam neraka. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

salam..ada yg kata kalau tak mengambil riba umat islam akan ketinggalan..dan dlm konsep multi-religion dlm country kita..dikhuatiri umat islam akan ditindas apbl tidak mpunyai harta..seperti di palestin dimana permulaan palestin ditindas tu sendiri bermula dr rakyat mereka menjual tanah kpd yahudi dgn harga yg mahal..memandangkn yahudi kaya2..dan akhrinya apabila byk tanah dibeli..mereka claim tu negara mereka yg punya..termasuk dr segi history..dan mereka mula merampas tanah yg tak dpt dibeli..dan berlakulah keadaan skrg..dan ada yg kata umat islam akn terus ketinggalan..

Tanpa Nama berkata...

" dikhuatiri umat islam akan ditindas apbl tidak mpunyai harta". pada pandangan saya lebih bahaya lg kalau org islam kurang iman kerana iman ni yg akan kita bawa ke akhirat. tentang harta kalau amalam umat islam betul nescaya Allah akan uruskan tentang harta tersebut.

Tanpa Nama berkata...

salam. kena faham atas sebab apa kita boleh pijam. dengr dari sulaiman moola pasal riba. get the idea and make dua for Allah to make u hate rbA. and give u dthe understanding of riba.

Unknown berkata...

situasi :- sy bekerja di syarikat pinjaman.. seorang pelanggan beli laptop secara hutang.. laptop itu untuk anaknya yg masih belajar di universiti.. kerana laptop hutang tu jugalah yg membantu anaknya berjaya dan cemerlang.. minta pencerahan.. tq.. sy dalam kebingungan..

MUHAMMAD AL AMIN berkata...

As salam boleh tak saya nak mendapatkan pandangan...saya ade loan rumah,saya ingin jual rumah tersebut untuk melarikan diri dari pinjaman,persoalanya adakah boleh saya gunakan duit dari hasil jualan rumah itu untuk mulakan perniagaan...

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO