Sabtu, 17 April 2010

Mengapa Tuhan Tidak Jadikan Semua Manusia Baik-Baik Belaka?

Misha bertanya;

salam..saya ada persoalan yang saya sebenarnya takut nak bertanya. tapi makin saya tak tanya makin saya sakit kepala memikirkannya. saya sudah 3 bulan kebelakangan ini mula membaca terjemahan alquran..bagaimanapun terdetik di fikiran saya soalan ini. mengapakah tuhan tidak jadikan semua manusia di dunia ini baik-baik belaka? saya telah cuba mencari jawapan nya dgn sentiasa berbaik sangka dgn tuhan tetapi persoalan itu sentiasa menghantui saya juga..saya mohon istighfar selalu kepada Allah tetapi jika ada penerangan untuk menerangkan kepada saya mungkin dgn ayat quran lain atau hadis atau apa2 saja lah untuk saya dapat membuka hati saya dan menerimamya saya sgt bersyukur..sementelah saya insan yang penuh dosa bila bertanya begini tetapi saya tak tahu kpd siapa lagi mahu sya bertanya kerana rasa malu dan takut kpd azab dan balansan Allah, nauzubillah.Tkasih sekiranya dapat dijawap. jazakallah.

Jawapan saya;

Persoalan saudari ini berkait juga dengan pertanyaan para malaikat kepada Allah SW tatkala Allah SW mahu mencipta manusia (Nabi Adam AS) padahal manusia itu akan melakukan kerosakan dimuka bumi. Allah SW membalas pertanyaan para malaikat dengan berfirman;
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (Surah Al Baqarah 2:30).
Merujuk kembali kepada persoalan saudari mengapa Allah tidak menjadikan semua manusia didunia ini baik-baik belaka adalah kerana Allah maha berkuasa dan amat mengetahui apa yang terbaik untuk golongan manusia itu sendiri. Ini berbalik kepada persoalan tujuan sebenar Allah SW menjadikan manusia itu. Tidak lain tidak bukan adalah supaya menyembahNya,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Surah Azzariyat 60:56).
Didunia ini jugalah merupakan ujian bagi setiap umat manusia itu,
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah Al-Mulk 67:2)

dan tidak ada ujian jika apa yang dialami oleh manusia itu semua baik-baik belaka. 

Baik dan buruk hanyalah label yang diberikan oleh seseorang mengikut jaringan neuron yang terbina didalam otak melalui pengalaman lalu, contohnya, bagi pemandu yang keretanya rosak mungkin rosaknya kereta itu sesuatu yang buruk akan tetapi bagi penarik kereta tunda itu adalah rezeki, lazimnya apabila pemikiran hanya terhad kepada apa yang dilihat maka amat bersedihlah akan diri pemunya kereta dan bersedih dan bertanyalah kepada dirinya mengapa dirinya ditimpa malang sedangkan mungkin Allah merosakkan keretanya disitu supaya dia tidak akan terbabit dengan kemalangan ngeri jika dia terus memandu, ini yang saya maksudkan dengan bersangka baik dengan Allah.

Inilah janji Allah yang mana setiap manusia itu akan diuji dengan susah dan senang sebagai cubaan,

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah Al Anbiya 21:335)
Masalahnya manusia bertindak seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan tidak akan merasai mati, jadi mereka leka dan tertarik dengan nikmat dunia hingga menimbulkan kerosakan dimuka bumi. Hanya mereka yang hidupnya kerana Allah sahaja yang selamat dunia dan akhirat dan inilah lafaz yang dikumat-kamitkan didalam doa iftitah selepas takbir yang pertama didalam solat.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-Anaam 6:162).

Malangnya berapa ramai yang khusyuk didalam sembahyang dan faham apa yang dikumat-kamitkan? Apabila tidak faham maka maknanya itu tidak memberi erti kepada mereka yang solat dan makin jauh dan terpesonglah hidupnya dari jalan yang sebenar iaitu hanya kerana dan untuk Allah.

Tidak perlu risau mengapa ramai mereka yang jahat, yang paling utama kita sendiri harus menambah iman kepada Allah dan dengan kepercayaan yang penuh kepada Allah bahawa Dia sahajalah pelindung bagi kita, insyaallah orang jahat akan senantiasa dijauhkan dari diri kita.

9 Komen:

acinetobaxter berkata...

suka saya dengan soalan cepumas ini. sepertimana yang tuan punya blog telah jelaskan, maka ingin saya menambah mengikut kefahaman saya mengenai perkara ini.

mengapa perlu ada peperiksaan SPM?
adakah semua calon lulus SPM?
tujuan diadakan peperiksaan SPM adalah untuk menapis dan menggred pelajar-pelajar kedalam golongan dan kelompok yang tertentu lantaran manusia ini tidak sama meskipun satu spesies. mereka-mereka yang bercita-cita tinggi, berotak pintar dan mempunyai tujuan hidup, pasti tertunggu dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini manakala yang sejenis lagi pasti merasa bosan dan takut dengan peperiksaan itu.
ini hanya perumpamaan untuk difikirkan.

tetapi yang nyatanya, ALLAH menjadikan manusia itu pelbagai sifat dan kelakuan adalah untuk menunjukkan sifat-sifat kebesaran Nya, keagungan Nya, keadilan Nya, kebijaksanaan Nya, Maha Pengasih Nya dan kesombongan Nya. manusia ini seperti mainan ALLAH sahaja tetapi atas sifat Pengasih dan PenyayangNya, maka ALLAH menguji dan menyusahkan manusia-manusia kesayangan Nya untuk dijadikan asebab, kenapa Dia berhak untuk menyayangi manusia yang diuji Nya itu, lebih dari yang lain. ALLAH menyayangi semua mahklukNya tak kira jahat atau baik tetapi perlu ada siapa yang lebih disayangi. maka ujian atas sifat manusia adalah ibarat peperiksaan SPM.

adik perlu belajar dan mencari guru untuk mengenal dan memahami ALLAH. bacalah terjemahan al quran dengan niat untuk mengenali ALLAH. berfikir mengenai ALLAH tentang perkara yang berada disekeliling kita mengikut kemampuan akal kita. bertanya pada yang tahu dan kalau ada rezeki,yang arif mengenai kekeliruan kita.

mudah-mudahan, dipermudahkan jalan untuk mengenal diri lantaran pertanyaan2 seumpama itu, adalah ibarat pertanyaan2 nabi ibrahim sewaktu dia mula mencari ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

entahlah...amat senang tuhan mencipta manusia, tetapi amat seksa manusia nak menjalani kehidupan yang penuh pancaroba. amat banyak perbezaan yg tuhan jadikan antara manusia sejak lahir lagi, lainlah kalau lahir lahir jadi anak sultan brunai. malaikat sebaik baik makhluk untuk beribadat kepada allah. tapi tuhan dah jadikan neraka...

Helmis berkata...

Saya bersyukur kerana tidak lahir dengan dibebani dengan rantai emas yang terikat dileher, saya bersyukur kerana lahir sebagai manusia yang lebih mulia dari malaikat (Malaikat telah diperintahkan oleh Allah SW supaya sujud kepada manusia iaitu Adam AS).

Saya percaya kita mencipta realiti hidup kita sendiri, pancaroba atau susah senang adalah suatu yang relatif. Jika kita anggap sebagai dugaan, ianya memberikan ketenangan dan semakin dekat kepada Allah SW, jika anggap sebagai beban masaalah, maka kita akan marahkan Allah SW kerana men"takdir"kan ianya menimpa pada diri kita yang mana jika mengikut pandangan saya ianya tidak mungkin benar kerana sebelum menuding jari kepada Maha Pencipta, periksa dahulu diri kita sendiri adakah kita hidup sebagai seorang yang baik amalnya (kepada Allah SW dan juga sesama manusia) ataupun hidup sebagai manusia yang jauh dari mengikut landasan yang diperintahkan oleh Allah SW.

Orang yang lahir kaya raya itu sebenarnya lahir dengan tanggungjawab, kesenangan yang dimiliki itu nanti akan dipersoalkan oleh Allah SW untuk apa ianya digunakan. Adakah untuk membeli koleksi kereta mewah atau membantu manusia lain. Sebab itu saya anggap ianya "beban" dan bukan kesenangan, akan tetapi berapa ramai orang kaya yang sedar akan hakikat ini?

Jadilah pemerhati yang hebat, pemerhati kepada apa yang bermain didalam fikiran kerana darinya jadi perbuatan, dan dari perbuatan kita sendiri itu tadi ianya akan berbalik kepada diri kita sendiri satu hari nanti. Caranya dengan khusukkan solat agar semakin kuat frontal lobe boleh fokus dan kawal pemikiran kita. Sila rujuk artikel2 saya dilaman SD untuk lebih memahami.

Rahman Ahmad berkata...

Jawapan saya;

Allah Maha berkuasa menciptakan fungsi akal yg paling tinggi dan hebat itu dianugerahkan pula kepada manusia yg juga makhluk yg paling sempurna kejadiannya jika dibanding makhluk2 lain. Namun walaupun sempurnanya akal, Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasehani tetap memberi panduan melalui kalam kitab2 seta Al Quran yg ditunjukki oleh para Rasul sebagai tali bagi kebergantungan makhluk yg bernama manusia kepadaNya.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

bagi yg beri komen yg baik pasti jadi org baik nanti kn.. hahaha.. sebenarnya korang tak tahu yg dunia kita nie adalah pentas semata2.. korang tak dpt pilih watak yg korang nk.. seperti nak jadi hero.. tak dapat.. baik jahat semuanya dh ditetapkan.. sebaik2 malaikat.. sentiasa beribadat dan tak pernah buat dosa pun kena.. kena apa?.. kena tipu muslihat yg maha kuasa.. pernah dengar cerita dua malaikat yg jadi berdosa dan diperintahkan mengajar sihir kepada manusia? nama mereka, karut & marut.. padahal malaikat xada keinginan dan hawa nafsu seperti manusia.. mereka sentiasa beribadat.. ada lagi.. ajal.. ajal/maut adalah urusan tuhan.. kata org, ditangan tuhan.. dan tidak dpt diubah.. contoh.. mr.A telah ditakdirkan ajalnya kena bunuh oleh mr.B.. ok.. ada nampak?.. masalah disini ialah mr.B.. Beliau akan dianggap berdosa kerana kesalahan membunuh.. sedangkan benda dh memang tidak dpt dielak..

Tanpa Nama berkata...

knp tuhan utuskan nabi jika Dia mampu "settle" kn sendiri?knp tuhan jadikan manusia ada yg kafir dan ada yg muslim jika Dia mampu jadikan smua manusia muslim?adakah tuhan x tahu siapa ahli neraka dan ahli syurga nnt?
damn...soalan ni dh bermain di pikiran aku dh bertahun2...adakah ini conspiracy tuhan?aku xnk bersangka jahat ngn tuhan...but i need answer...

Tanpa Nama berkata...

Pertama. Sebab, Muhammad. Kedua. Tanpa sebab.mudah2an dapat membantu.

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumsalam. Jwpn untuk doalan yg pertama.
Knp Allah jadikan manusia sebagai perantaraan kpd manusia lain? pernah juga soalan sebegini ditanyakan kaum kafir, kaum kafir btanya, "kenapa tidak malaikat shj yg jd nabi? Kenapa manusia?" The answer is, allah swt jadikan manusia nabi sbb bila manusia itu ingkar, allah masih beri waktu penangguhan bila allah jadikan malaikat sbgai nabi dan manusia ttp ingkar maka allah akan terus timpahkan azab tanpa penangguhan. Allah maha tahu sifat2 manusia yg Allah swt ciptakan yg bersifat ragu2. Allahualam. Soalan ni saja yg Aku boleh jwb. Nasihat Aku, bljr lah ilmu Islam dgn lbh mendalam.

Tanpa Nama berkata...

Manusia ada pilihan nak buat baik atau buat buruk.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO