Isnin, 5 April 2010

Mencari Siapa Diri Saya Sebenarnya?

Saudara Abdul Aziz bertanya;

Saya masih mencari siapa diri saya sebenarnya? Sepertimana dalam artikel saudara 'saya' yang mana. Sedang mengkaji melalui kitab ulama' lama tetapi tiada jawapan yang konkrit yang asasnya kukuh untuk membantu memahami hakikat diri.Kata 'kenal diri baru kenal Allah' Boleh dihuraikan dan pandukan saya ke rujukan muktabar agar dapat saya teruskan pencarian saya. Saya juga menulis di blog tetapi tidak dapat menyingkap walau sekelumit ilmuNYA yang tiada pengakhiran ini.. azzraapaja.blogspot.com
Jawapan saya;

Terimakasih kerana sudi bertanya, ilmu berkenaan "saya" ini amat luas dan saya pasti banyak rujukan-rujukan ulung boleh dibuat kepada buku-buku ulamak terbilang. Mungkin agak hairan bagi saudara jika saya katakan, permulanya diri saya memikirkan siapa "saya" didalam tubuh badan manusia itu hasil dari buku-buku olahan barat. Kebanyakan buku-buku barat yang saya baca adalah dari mereka-mereka yang tidak percayakan kewujudan tuhan. Manusia mencari jawapan kepada pelbagai soalan-soalan pelik untuk membolehkan mereka menguasai alam semesta ini. Alhamdulillah saya menemuinya didalam Al-Quran.

Kebanyakan mereka masih tertanya-tanya soalan yang bagi muslim sejati sudah ada jawapannya didalam Al Quran; Siapa diri kita ini? Dari mana kita datang? Kemana kita akan pergi? Apa yang patut kita buat didunia ini? 

Pada pandangan saya, "saya" itu adalah roh yang Allah tiupkan kedalam tubuh badan manusia itu semasa didalam perut ibu lagi. Allah mengangkat manusia sebagai khalifah untuk memimpin semua makhluk baik dari sudut inter atau intra iaitu luaran atau dalaman. Memimpin makhluk-makhluk lain ciptaan Allah baik sesama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta berjuta-juta sel yang membentuk tubuh badan mereka sendiri agar menyembah Allah, membuat kebaikan dan juga tidak melakukan kerosakan dimuka bumi ini.

"Saya" itu hanya menumpang didalam tubuh badan ini dan tubuh badan ini hanyalah alat untuk kita menjalani kehidupan yang sementara ini. Segala kelebihan yang diberikan juga adalah amanat yang amat perlu dijaga, contohnya kekuatan atau kecantikan tubuh badan itu, adakah ianya digunakan untuk menindas atau menggoda? Hanya mereka yang benar-benar beriman dan menggunakan frontal lobe otaknya sahaja yang tahu menggunakan alat pinjaman ini dengan sebaik-baiknya. Seluruh kehidupan mereka akan berkisar dengan keutamaan memberi "makan" kepada roh mereka dan bukannya lebih mementingkan makanan kepada tubuh badan mereka sendiri sepert yang berlaku pada umat akhir zaman ini.

1 Komen:

acinetobaxter berkata...

izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai diri dan akan saya jelaskan dengan perumpamaan yang mudah. Manusia terdiri dari tiga unsur iaitu jasad, roh dan hati. hati ini pula akan dipenagruhi oleh akal dan nafsu. hati itu pemerintah dan ketua kepada seseorang manusia.

jika jantung sebagai organ utama jasad/tubuh, maka hati adalah organ utama roh. jika rosak jantung, maka sakitlah jasad, begitu jika rosak hati, maka sakitlah roh dan juga jasad itu.

hidup manusia adalah ibarat memandu kereta. kereta adalah jasad, jalan adalah destinasi, roh adalah pemandu dan hati adalah kelakuan yang membentuk cara pemanduan kereta itu.

kita tidak akan memmandu kereta selama-lamanya. kereta itu hanyalah kenderaan untuk bergerak. apabila sampai ke destinasi, sipemandu akan keluar dan bertemu dengan pemandu2 lain untuk urusan yang pelbagai.apabila pemandu keluar dari kereta, kereta itu akan mati dan tidak bergerak lalu ditinggalkan ditepi jalan.

cukuplah saya memberi sedikit idea fikir setakat ini. fikirkanlah dengan cermat kerana ilmu yang tercetus hasil tafakur sendiri, adalah kefahaman total atas ilmu tersebut.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO