Ahad, 10 Januari 2010

Hukum Insuran Takaful Untuk Kebaikan Semua

Dari Saudara Asmazi,

Assalamualaikum...
Seperti mane ape yang dikupaskan mengenai insurans..banyak pendapat mengatakan ianya haram kerana mengandungi unsur riba. Sebaliknya pula pada insurans yang berasaskan islamik, yang dikenali sebagai takaful. Ingin saya mendapat kepastian mengenai takaful, apakah hukum orang yang menyokong ke arah takaful ini untuk kepentingan semua? Saling membantu di antara satu sama lain diatas kesusahan yang dilalui...

Waalaikumsalam,


Saya punyai pendapat sendiri mengenai insuran baik yang islamik atau tidak dan mungkin pandangan saya ini teramat radikal dan mungkin ramai yang tidak boleh menerimanya, cuma saya harapkan ianya boleh menjadi pemangkin agar rakan2 semua boleh berfikir mengenainya dengan lebih mendalam lagi.

Apa tujuan kita mengambil insuran? Ramai yang akan menjawab agar kita akan mendapat bantuan semasa ditimpa kesusahan. Dan selalunya bantuan apa yang akan kita perolehi? Sudah tentulah bantuan kewangan, iaitu wang ringgit. Jika kita kaji balik konsep wang yang saya sudah cuba selitkan didalam artikel Cerita Wang, wang adalah datangnya dari usaha titik peluh kita sendiri dan bukannya datang percuma begitu sahaja, dalam kes insuran ini apabila kita ditimpa bala bencana.

Pada pendapat saya, sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmah terselindung disebaliknya yang tidak kita ketahui. Bukankah Allah sudah berfirman bahawa kerosakan itu adalah hasil dari tindak tanduk manusia itu sendiri? Maknanya, jika kita boleh jaga sikap, tingkah laku dan perbuatan kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, insyaallah perkara2 malang ini tidak akan berlaku, akan tetapi jika ianya berlaku juga, maka Allah jua lah perencana yang paling bijaksana kerana Allah ingin memberi kita sesuatu yang lebih baik lagi.

Jika kita punyai wang yang mana ianya bukan milik kita, umpamanya hasil dari aktiviti riba', maka wang itu akan cuba mengalir keluar untuk kembali ke pemunya asalnya, jadi proses mengalir keluar dari diri kita ini yang akan melibatkan diri kita dengan bencana2 malapetaka dan sebagainya. Ada banyak lagi sumber2 wang yang kita dapati secara haram tanpa kita sedari hingga kita menganggap apa yang terjadi kerana kita adalah mangsa, jika kita kaji sedalam2nya malah dari sudut fizik kuantum sekalipun, tiada mangsa sebenarnya, hanya sukarelawan, iaitu manusia itu sendiri yang mencari masaalah, hukum2 Allah itu sendiri sebenarnya adalah pendinding bagi umat manusia sebenarnya, bukan setakat pendinding bagi neraka akhirat, malah "neraka" didunia ini juga.

Jadi pelindung yang paling utama bagi kita bukanlah insuran, akan tetapi sikap dan tingkah laku sebagai umat islam sejati yang berpegang dengan ajaran Al Quran dan hadis dan bukan cuba berselindung dengan mengambil insuran. Insuran islamik, perbankan islamik rata2 adalah ubahan dari sistem kafirun itu sendiri dan semuanya adalah untuk keuntungan korporat, hanya tempias lebihannya sahaja yang akan dikongsi dengan manusia kebanyakan, yang diatas "piramid" akan kekal kaya dan semakin kaya manakala yang miskin dikaki "piramid" akan kekal miskin hasil dari sistem yang kononnya islamik itu sendiri.

Nabi SAW sudah bersabda bahawa umat islam akan mengikut langkah kafirun, langkah demi langkah hingga jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kita akan mengikut mereka. Insuran juga salah satu darinya selain dari perbankan hinggalah kepada cara hidup seperti cara bercouple dan juga hiburan.

Bantuan yang sebenarnya adalah sedekah jariah yang mana kita tidak mengharapkan balasan dari manusia itu sendiri, hanya ingin mendapat rahmat Allah, insuran adalah kerana kita juga mahukan balasan dan bukan bantu membantu yang benar2 ikhlas. Nabi juga bersabda bahawa diakhir zaman, pengaruh Dajjal amat kuat hinggakan manusia tidak mampu lagi melihat yang benar dengan yang bathil, air yang sejuk akan nampak seperti api sedangkan api yang merah menyala nampak seperti air sejuk yang sejuk. Mungkin juga sistem kafirun yang diislamik ini juga sebenarnya adalah api yang dilihat seperti air sungai.

Pada pendapat saya , tidak perlu bagi umat islam yang sejati untuk punyai insuran baik yang islamik atau tidak kerana saya percaya hidup, mati dan musibah itu adalah ketentuan Allah, begitu juga dengan penyakit yang mana adalah hasil dari sikap kita sendiri baik dari segi ketidakprihatinan terhadap apa yang dimakan hinggalah kepada diri yang tidak tenang dan penuh dengan stress. Saya lebih suka mencipta realiti hidup sendiri dari hanya menjadi mengsa yang menganggap diri ini tidak berupaya mencapai yang terbaik didalam kehidupan. Caranya, hanyalah dengan panduan dari Allah maha pencipta itu sendiri.

Yang menjadi masalahnya cuma, apabila hidup didalam negara sekular yang kononnya islamik ini, terdapat undang2 yang memaksa kita mengambil insuran, contohnya untuk memperbaharui cukai jalan, jadi mahu atau tidak kena juga mengambil insuran, jadi didalam kes ini adalah kerana terpaksa dan bukan kerana takut akan perkara malang yang akan terjadi.

Anda tidak perlu menerima apa yang saya catatkan disini, cuma harap ianya dapat membibitkan benih2 minda pemikiran baru kearah hidup yang lebih mendapat keredhaan Allah, insyallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO