Khamis, 24 Disember 2009

Suami Perlu Ajar Isteri Kawal Cemburu Sebelum Berpoligami?

Puan Eneliyaz berkata;

salam saudara,
saya baru mengikuti blog saudara secara x sengaja kerana asalnya saya mencari resepi daging rusa so terjenguk la blog isteri saudara....nice sy dah bookmark so bila2 masa saya akan jenguk blog saudara n isteri.
anyway sy br baca tajuk 'isteri bercakaran di syurga....suami sy sekali sekala mesti berseloroh nak pasang 2....pd sy kalau dia dpt didik saya menerima takdir sy bermadu insyaAllah sy akan redha tp buat masa ni sy rasa dia x layak lg dr segi kewangan la semestinya. wlaubgmn sebelum ini sy dpt tahu dia ada menjalinkan hubungan maya dgn isteri org dan itu la yg buat sy bengang dan sy sgt2 beremosi dan at right now dah settle. sy maafkan dia kerana dia jenis yg suka 'test market' n menguji wanita(itu yg dia ckp n sy x setuju cara dia)...tp x kan la dgn isteri org???? so stupid
ustaz azhar idrus ada kata sifat cemburu bukan utk isteri tp utk suami krn suami dibenarkan kahwin 4.tp tu la selagi dia x mendidik sy utk menerima takdir bermadu hati sy tetap menentang....sy msh tamak dlm berkasih syg. sifat mazmumah blm dpt saya hindari sepenuhnya.kenapa ye saudara nak jadikan syurga didunia? sedangkan syurga itu sendiri nikmatnya x terjangkau oleh akal kita.
di syurga Allah kita menjadi manusia yg lain dr segi emosi dan fizikal.
sy salute ur wife if dia bermadu. hrp2 tidak sebb shes so nice saudara tunggu la di syurga x lama dah....lebih dr 4 saudara dpt....dunia ni x lama dah nak kiamat...sabar jer la...

Komen saya

Syurgadidunia pada konsep yg cuba saya kemukakan bukanlah sempit hanya pada perspektif "syurga" lelaki iaitu dengan punyai isteri2 yg ramai, hidup aman tanpa cemburu dan bercakaran dan sebagainya. Apa yg saya cuba kemukakan menjangkau lebih dari itu. Memang benar syurga di akhirat nikmatnya tidak terjangkau akal, akan tetapi jika manusia didunia ini hidup dengan berpandukan ajaran Al Quran dan sunnah, mencipta syurga didunia ini tidak mustahil, yang mustahil hanyalah menyuruh seluruh manusia mengikut Al Quran dan sunnah, itulah cabarannya.

Mustahilkah dunia ini akan penuh dengan kebahagiaan jika lelaki berkahwin lebih dari satu atas niat untuk memikul tanggungjawab membela wanita dan bukan atas nafsu, memang jika kita tanya mana2 lelaki alasan dimulut membela wanita akan tetapi itu ibarat jari yg menutup mata dari nampak akan alasan sebenar untuk memenuhi nafsu. Jika dilihat kebanyakan yg berkahwin dua tiga empat, rata2nya adalah golongan biasa dan bukan cerdik pandai agama. Memang ada ustaz yg kahwin lebih dari satu tetapi majoritinya hanya satu, kenapa?

Lelaki biasa kebanyakannya apabila merujuk kepada Al Quran (Surah An Nisa 4:3) hanya baca separuh ayat...

.... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat.

Sedangkan para celik Al Quran membacanya dan memahami sehingga habis ayat tersebut.

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Mereka faham akan tanggungjawab besar yang yang akan dilapik diatas bahu, iman didada amat kuat jadi takutkan Allah itu lebih berbanding keinginan nafsu, dengan iman yang mantap itu juga mereka fokus pada penghujung ayat berbanding lelaki kebanyakan yang hanya fokus pada permulaan ayat dan itulah yang menyebabkan wanita2 menjadi takut apabila mendengar perkataan poligami.

Jika disyurga wanita sudah hilang nafsu cemburu, pada pendapat saya nafsu buas lelaki juga akan hilang, jadi apa guna bidadari yg ramai itu? (Saya ada penjelasannya, hanya ingin membuat pembaca lebih berfikir).

Rezeki tidak datang bergolek, begitu juga dengan ilmu. Jika wanita mengharapkan lelaki mengajar mereka mengawal cemburu, atau wanita cuba mengajar lelaki mengawal nafsu, sampai kiamat pun tidak akan selesai. Pencarian ilmu perlu bermula dari diri sendiri, dari dalam dan kemudian baru melimpah keluar menerangi insan2 disekeliling kita, rujuk ayat Al Quran yg pertama iaitu Iqra... "bacalah.." dan bukan "ajarlah...".

Apabila ilmu dipelajari, semakin banyak jaringan2 neuron baru didalam otak dan ini membolehkan otak berfikir dengan lebih menyeluruh dan makin lama kita akan boleh nampak mengapa Allah memerintahkan kita melakukan sesuatu itu. Kesemua yg Allah SW perintahkan itu adalah tanda pengasihnya Allah terhadap hamba2nya kerana apa yg diperintahkan itu adalah untuk kebaikan seluruh umat manusia dan ini termasuklah poligami.

Apa yg terjadi pada manusia akhir zaman ini adalah, selepas tamat sekolah, kolej atau universiti, pencarian ilmu lazimnya berhenti maka tiadalah lagi jaringan2 baru neuron otak yg boleh digunakan oleh frontal lobe untuk membuat penilaian terhadap sesuatu situasi itu, ditambahkan pula budaya lagha' (lalai) dengan hiburan samada TV, filem dan musik yg kesemuanya melemahkan frontal lobe lantas tidak lagi mampu berfikir. Melalui media terutama TV ini juga wanita dipukau (baik dari budaya barat mahupun drama swasta tempatan) yg poligami itu jijik, lelaki pula dipukau dengan wanita lain lebih baik dari isteri sendiri lantas menggunakan ayat awal surah An Nisa itu sebagai lesen untuk poligami.

Manusia sering menuding jari terhadap insan lain terhadap apa yg terjadi kepada mereka, contohnya apabila suami yg ingin berpoligami ditentang oleh isteri, mereka dengan mudah melabel isteri mereka tak solehah dan sebagainya, akan tetapi terfikirkah mereka mengapa itu terjadi? Al Quran menyatakan (rujuk Surah An Nur 24:26) lelaki yg baik untuk wanita yg baik dan sebaliknya, maka sebelum menuduh isteri mereka tidak solehah, terfikirkan mereka mungkin mereka juga suami yg tidak soleh? dan jika mereka suami yang tidak soleh, maka sebab itulah Allah membuatkan proses poligami itu menjadi sukar supaya kita tidak akan menganiaya insan2 lain. Jika apa yg saya kemukakan disini tidak dipersetujui oleh anda iaitu anda suami yg baik dan isteri anda tidak maka kita boleh buang sahaja ayat Al Quran itu kedalam tong sampah.

Jika suami pula mencari wanita lain, sebelum menuding jari suami mereka tidak sedar diri dan macam2 lagi makian, fikir2kan lah adakah mereka isteri yang baik dan solehah? Jika wanita yg tidak baik baik untuk lelaki yg tidak baik, terfikirkan siisteri yg mungkin dia juga tidak baik orang nya lantas berpasanganlah dengan suaminya itu tadi (yg tidak baik dan ingin berkahwin lain). Akan tetapi jika mereka isteri yg solehah, beriman dan bertakwa dan memberi contoh yg baik dengan nasihat2 yg lemah lembut menurut naluri2 kewanitaan (bukan dengan menjadi bengis, memaki hamun, baling pinggan dan periuk belanga), maka jika suami tetap juga berbuat demikian walaupun dia tidak mampu dari segi keadilan dan juga dari segi ekonomi, maka ketahuilah Allah amat menyayangi kita dan mahu menduga sekuat mana keimanan kita. Sedangkan Nabi juga diduga, inikan pula kita manusia manusia. Sama juga buat suami solehah yg juga akan diduga oleh Allah dengan isteri yg tidak memahami niat mulianya itu.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al Baqarah 2:214

Jika semua manusia mengutamakan budaya ilmu (dan bukan budaya hiburan, AF dan sebagainya), maka akan nampak kebaikan2 perintah2 Allah itu, wanita akan berlumba2 mencari wanita lain agar mendapat berkongsi dijaga bersama oleh suami mereka yg soleh, lelaki pula akan menjadi takut untuk berpoligami kerana tahu dan sedar akan tanggungjawab besar yg akan dipikul. Hanya mereka yg "buta hati" sahaja yg tidak akan nampak dan memahami kebaikan segala perintah dan undang2 Allah itu.

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Surah Ar Rad 13:19

Carilah ilmu yg pelbagai walau ke negeri cina kerana ia membolehkan kita berfikir dan dapat melihat kebesaran Allah itu lantas membolehkan cahaya keimanan itu kembali semua terang, lihatlah manusia akhir zaman yg rata2 imannya sudah malap, hidup didalam mimpi nikmat materialistik dunia yg sementara ini.

Jihad paling besar bagi manusia didunia ini adalah mengawal nafsu dan jika itu berjaya dicapai, seluruh kehidupan akan penuh dengan kebahagiaan, bukan setakat hubungan lelaki dan wanita sahaja malah seluruh hubungan sesama manusia berserta dengan alam sekitar akan lebih aman bahagia dengan penuh harmoni.

Inilah lah perjuangan saya menerusi SyurgaDiDunia ini, agar manusia menjadi lebih menggunakan akal (frontal lobe) dan bukan citarasa dan nafsu, faham akan konsep kehidupan baik dari segi biologi, fizik, ekonomi dan pelbagai lagi cabang ilmu agar manusia meningkatkan martabat mereka sendiri sebagai khalifah dimuka bumi baik untuk lelaki mahupun wanita.

Idea2 yg saya kemukakan memang amat jauh dari pemikiran manusia kebanyakan, bagi saya jika semua menusia mempunyai pemikiran yg sama, maka tiada sesiapa pun yg berfikir sebenarnya... fikir2kanlah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 20 November 2009

Baca Al Quran Tanpa Pemahaman

Shida bertanya;

apakah hukumnya kita membaca alquran tapi tidak betul tajwidnya dan tidak memahami maksudnya?

Jawapan saya;


Adakah keldai yang membawa buku itu mendapat manafaat dari ilmu buku tersebut selain dari membantu tuan punya buku? Jika anda membaca terjemahan Al Quran didalam bahasa asing adakah ianya memberi manafaat kepada anda?

Memang benar bahasa Arab adalah bahasa akhirat dan Allah maha mengetahui yang kita melakukan sesuatu yg baik untuk menguatkan pegangan Islam kita akan tetapi jika kita tidak memahami apa yg kita baca, bagaimana kita akan mendapat petunjuknya apatah lagi membaca dengan tajwid yang salah hingga memberi maksud yang lain.

Jika anda sedang memandu dan mencari arah untuk kesesuatu tempat dengan dibantu oleh alat GPS, jika arahan GPS tersebut didalam bahasa Arab, bolehkah anda sampai ketempat yg dituju?

Inilah masalah utama umat islam sebenarnya kerana kita tidak pernah diasuh (terutama melalui pendidikan disekolah) untuk memahami Al Quran, dengan kesibukan bekerja mengejar dunia selepas tamat belajar, tiada lagi masa untuk memahami Al Quran lantas tiada panduan hidup. Panduan hidup hanyalah dari media massa terutama TV, filem dan sekali sekala forum ehwal perdana (itupun jika tak tukar saluran) maka bertambah2lah sesat didalam kehidupan. Lihatlah bukti disekeliling kit hari ini, apakah yang menjadi trend semasa jika bukan fesyen, potongan rambut, berpasangan tanpa ikatan, materialistik, terhenjut2 berjoget macam monyet dan macam2 lagi yang semuanya datang dari media massa.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan... Surah An Nisaa 4:43


Bagi orang arab, mereka tidak akan faham apa yg diucapkan ketika solat jika mabuk, bagi bangsa lain, tidak mabuk pun tak faham jadi bukankah ini bercanggah dengan perintah Allah?
Allah melarang kita mengerjakan sembahyang hingga kita memahami apa yang kita baca, jadi jika solat tanpa faham apa yg dikumat kamitkan, bolehkah solat itu menjadi pencegah kemungkaran?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 11 Oktober 2009

Cara Ber"couple" Dalam Islam

Saudari Sumayyah bertanya:

assalamualaikum wbt..
saya seorang pelajar yang masih menuntut disebuah universiti...saya nk bertanya kepada saudara mengenai persoalan jodoh...selama ini saya mmg pernah bercouple dan sekarang alhamdulillah saya sudah berpisah kerana saya tahu couple itu haram..saya pn dah x chatting atau berkwan dgn lelaki jika bukan urusan pelajaran..seperti biasa naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila saya lihat ramai rakan2 sekeliling saya bercouple saya tertanya2 bagaimanakah car bercouple dalam islam... buat pengetahuan saudara saya adah mengikuti blog saudara selama 6 bulan....banyak perkara2 positif yang telah saya dapat pelajari...dan saya juga meminati subjek quantum mechanic kerana falsafah disbaliknya...terima kasih tuan....saya xsabar menanti artikel saudara...

Waalaikumsalam,


"Bagaimanakan cara bercouple dalam islam?".. Saya tidak pernah temui mana2 rujukan atau artikel mengenai cara bercouple dalam islam, malah saudari sudah memberikan jawapannya "saya tahu bercouple itu haram".

Apa yang umat Islam cuba lakukan sekarang adalah cuba meng"islam"kan bercouple itu sendiri akibat mahu meniru cara hidup barat, samalah juga dengan perbankan islam yang memutar belitkan ayat2 Quran dan menghalalkan riba, akibatnya muslim kaya semakin kaya dan muslim miskin semakin miskin.


Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: Kamu akan ikuti jejak langkah mereka sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang cicak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka. Kami bertanya; Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: Siapa lagi (jika bukan mereka) Sahim Muslim

Jadi fikir2kanlah, adakah kita cuba "islamik"kan bercouple itu kerana itu dihalalkan Islam atau kita telah di basuh minda agar mengikut jejak mereka (Yahudi dan Kristian)?

Kehidupan manusia boleh dikatakan hampir 99% di lakukan oleh minda separuh sedar, manusia sebenarnya tidak sedar bagaimana pemikiran mereka di"program"kan oleh persekitaran, contohnya saudari sendiri menyatakan "naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila melihat...".

Secara genetik/semulajadi manusia perlu berkembang biak (melalui hubungan seks), cinta adalah apa yg dikatakan sebagai pemangkin untuk proses tersebut dan juga untuk memastikan pasangan tersebut kekal bersama membesarkan anak yg dilahirkan. Jika dahulu apabila manusia itu ingin mempunyai anak, mereka akan berkahwin dan kemudian baru bercinta, naluri untuk cinta dan menyintai dahulu sebelum berkahwin itu hanyalah datang dari persekitaran samada dari manusia disekeliling ataupun dari filem2, novel2 dan juga cerita TV.

Samada anda bercinta atau melihat orang bercinta, otak tetap merembeskan kimia emosi yg sama, dan kimia2 ini yg akan menghujani sel2 badan anda. Sel2 badan anda ini yg akan menjadi minda separuh sedar dan akan "menguatkan" naluri untuk anda juga perlu melakukan aktiviti2 yg sama iaitu bercinta. Disebabkan oleh itulah jika anda semakin melayan melihat rakan2 bercinta, semakin melayan filem2 cinta, semakin melayan drama2 swasta TV, semakin hebat naluri untuk melakukan perkara yg sama kerana minda separuh sedar anda semakin kuat kearah itu.

Sel2 neuron otak sama juga seperti sel2 otot, semakin kerap anda mengaktifkan jaringan neuron tersebut (melalui pemerhatian sekeliling ataupun dr TV), jaringan yg sama akan aktif. Kajian sains membuktikan bahawa, samada anda melakukannya atau dengan hanya melihat, jaringan neuron otak yg sama akan menjadi aktif. Semakin kuat jaringan tersebut (dengan melihat berulang2) semakin mudah ianya terngiang2 didalam fikiran anda. Jika anda tidak mengaktifkannya (dengan tidak menghiraukan persekitaran dan juga memilih untuk tidak menonton TV cerita "sampah" itu) maka jaringan2 neuron tersebut makin lemah dan lama2 sudah menjadi sesuatu yg tidak lagi memberi kesan.

Saya akui seorang yg mengaku Islam itu perlu ada keimanan yg kuat untuk menahan diri dari turut sama terjerumus, sesuatu yg sukar tetapi tidak mustahil. Disinilah datangnya fadhilat solat yg berkualiti, solat yg dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk kerana didalam solat inilah sel2 badan kita akan menerima kimia emosi "Ihdinassirotol mustakim", "tunjukkanlah kami kejalan yg lurus", apabila kerap anda menghujani sel2 anda dengan ayat2 Allah maka ini akan sebati didalam minda separuh sedar anda dan apabila anda menjalani kehidupan seharian, perasaan untuk bercouple (perbuatan haram itu) akan secara automatik bukan lagi menjadi "naluri" anda. Bukankah solat itu mencegah dari kemungkaran? Teramat benar.. tetapi hanya solat yg berkualiti dan bukan yg hanya dilakukan oleh jasad sedangkan minda entah terbang kemana. Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Apakah Rasional Bersolat?

Saudari Aisyah bertanya:

Apakah rasional diwajibkan solat dalam Islam?

Jawapan saya:

Jika saya tanya saudari mengapa saudari perlu makan, sudah tentu jawapannya kerana makanan itu perlu untuk kehidupan, sel2 badan manusia perlu kan zat2 makanan, mineral vitamin dan sebagainya untuk terus hidup. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Apabila jumlah makanan didalam darah berkurangan, otak akan menerima signal yg akan menggerakkan minda manusia itu untuk mencari makanan, isyarat lapar inilah yg memberitahu manusia yg dia perlu makan.

Apa akan jadi jika mekanisma lapar itu rosak? Manusia tidak akan hidup lama kerana barangkali dia akan terlupa yg dia perlu makan untuk terus hidup. Apa yg pasti manusia akan melalui peringkat2 yg mana badan mereka akan sikit demi sedikit semakin kurus kering lemah dan akhirnya mati. Apa pula kena mengena makan dengan solat?

Makanan yg kita suap adalah makanan untuk jasmani/jasad, solat adalah makanan untuk rohani, makanan untuk roh. Apabila anda melihat tangan, badan dan kaki anda, anda berkata "tangan aku", "badan aku", "kaki aku", akan tetapi "aku"itu dimana? Neurosaintis mencari dimanakan letaknya "aku" itu didalam otak akan tetapi tidak ditemui walaupun teknologi manusia dizaman ini amat canggih. Manusia yg dipanggil "aku" itu hanya menumpang pada jasad yg diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi. Jasad akan busuk dan reput ditelan bumi setelah mati, hanya roh sahaja yg akan kekal dan bertemu denganNya.

Apa yg terjadi dizaman ini manusia sibuk memberi makan kepada jasad tetapi tidak memberi makan kepada roh. Solat yg berkualiti akan membina roh yg sihat dan mantap dan boleh menjalankan kerja2nya sebagai khalifah dimuka bumi dengan lebih berkesan dan akan menyiapkan diri untuk bertemu denganNya andaikata dicabut nyawa pada bila2 masa.

Apakah signal lapar bagi keperluan untuk bersolat itu? Jawapannya "iman". Jika semua manusia itu beriman maka tidak akan timbul persoalan rasionalnya untuk bersolat. Umat akhir zaman imannya semakin nipis jadi signal "lapar" untuk bersolat dan memberi makan kepada roh itu sudah tiada, sebab itu lah kehidupan didunia ini semakin hari semakin menuju kehancuran.

Fikir2kan...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Mengapa Manusia Cepat Berubah?

Saudara Badrul bertanya:

assalamualaikum, saya ada 1 soalan utk ditujukan kpd encik. mengapa seseorang manusia itu cepat berubah?

Jawapan saya:

Biasanya manusia berubah untuk menuju kearah yg lebih selesa, lebih banyak kesenangan, lebih banyak ganjaran dan sebagainya, samada kearah yg lebih buruk atau baik amat jarang sekali dapat dilihat oleh yg empunya diri. Mereka yg berubah ini punya kesedaran untuk mengeluarkan diri mereka dari situasi tertentu kepada situasi yg berlainan. Kita sebagai pemerhati tidak berhak untuk menilai mereka yg berubah itu samada baik atau buruk kerana buruk dan baik itu persepsi yg berbeza bagi setiap manusia, hanya satu sahaja "tali pegukur" yg kita boleh gunakan untuk menilai.. samada kearah yg lebih diredhai Allah atau tidak.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 28 September 2009

Tidak Pernah Melihat Allah

En Sulaiman bertanya,

Assalaamu 'alaikum wbt.
setiap org islam akn mengucapkan kalimah syahadah. namun timbul satu persoalan didalam minda saya makna tersirat dan tersurat kalimah syahdah ini. "aku bersaksi tiada tuhan melainkan allah, dan aku bersaksi nabi muhammad adalah pesuruh allah" bagaimana hendak rungkaikan makna "bersaksi" dsini, sedangkan kita tidak pernah melihat/saksi allah dan tidak pernah saksikan nabi muhammad s.a.w ketika beliau diangkat menjadi rasul, malahan kita pada zaman ini tak pernah berjumpe beliau.harap saudara dpt membantu merungkaikan mengenai persoalan ini?


Jawapan saya,

Waalaikumsalam,

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Surah Yunus 10:24

"Bersaksi" pada kalimah syahadah ini adalah sehebat2 apa yg boleh dikatakan ujian bagi umat manusia lebih2 lagi umat akhir zaman, "bersaksi" disini pada pandangan saya bukanlah kita melihat Allah atau Nabi itu sendiri, akan tetapi melihat bukti2 kebesaran dan keagungan Allah dengan berfikir dan memerhatikan alam semesta ciptaanNya ini. Semasa Nabi masih hidup, ada juga manusia yg tidak mahu beriman walaupun setelah melihat baginda dan juga mukjizat2 yg baginda tunjukkan, tiada bezanya dengan manusia akhir zaman yg meragui keesaan Allah itu sendiri dan memerlukan "nampak"nya Allah itu untuk beriman.

Sains membuktikan bahawa apa yg tidak boleh dilihat itu sebenarnya berjuta2 kali lebih hebat dari apa yg boleh dilihat. Buktinya dengan kehebatan tenaga nuklear, bom biasa terhasil dari manipulasi molekul2 kimia, sesuatu yg boleh dilihat, akan tetapi bom nuklear yg mana terhasil dari manipulasi nukleus atom menghasilkan bom yg berjuta2 kali lebih hebat dari bom biasa sedangkan apa yg dimanipulasikan itu adlah sesuatu yg berjuta kali lebih kecil, lebih asas dan tidak boleh dilhat walaupun dengan mikroskop elektron. Percayakan Allah, beriman dan menurut segala perintahnya itu adalah kunci kejayaan umat manusia itu sendiri, lebih hebat dari segala nikmat yg ada didunia ini.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? Surah Al-Anaam, 6:32

Rata2 didalam Al Quran Allah menyeru manusia supaya berfikir, kerana dengan berfikir itulah datangnya keimanan yg sebenar. Memerlukan "lihat/nampak"nya pada Allah dan Nabi untuk beriman samalah seperti bersopan dijalan raya hanya setelah nampak kehadiran kereta polis. Manusia akhir zaman ini sudah semakin kurang kemampuan apa yg saya panggil "pemikiran kritis", manusia sudah terlalu tenggelam dengan nikmat hiburan dan nikmat duniawi hingga menyebabkan bahagian otak yg sepatutnya membolehkan manusia berfikir dan mampu melihat jauh kehadapan ataupun mempunyai visi semakin lemah. Bahagian otak itu adalah frontal lobe, rujuk kepada artikel saya "Otak Mana Yg Anda Mahu", lihat bagaimana rokok, alkohol dan dadah menyebabkan frontal lobe tidak lagi berfungsi. TV adalah salah satu penyumbang utama ADD (attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, malah hiburan2 baik di TV, konsert2, dan filem2 semua itu tidak menyumbang kepada pemikiran kritis, frontal lobe tidak aktif semasa berhibur, ini menyebabkan ia semakin lemah dan ber"fikir" bagi kebanyakan manusia itu sudah menjadi semakin sukar.

Disebabkan semakin lemah frontal lobe inilah manusia akhir zaman ini semakin tidak mampu berfikir dan nampak akan kebesaran2 dan keesaan Allah itu, rata2 iman manusia semakin nipis dan tidak segan silu lagi melakukan apa yg dilarang oleh Allah. Amat menyedihkan lagi pemimpin yg dipilih secara demokrasi juga lantang menentang undang2 Allah.

Bersaksi dalam syahadah adalah bersaksi kepada kebesaran Allah melalui "berfikir" dan bukan melalui apa yg boleh kelihatan. Harap jawapan saya ini mampu merungkaikan persoalan saudara. Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 12 September 2009

Cara Utk Menyucikan Hati

Ayu bertanya:

salam. sy seorg pelajar..dan blh dikatakan hidup saya dipenuhi kesedihan dan kekecewaan kerana dihantui masa silam. soalan saya..bagaimana cara utk menyucikan hati...membersihkan hati..di luar waktu solat..fikiran sy sering sedih dan kecewa..

Jawapan saya:

Setiap hari berjuta2 sel2 didalam badan kita bertukar ganti, ada yg bertukar setiap saat, ada yg beberapa hari dan ada yg beberapa minggu dan bulan, boleh dikatakan selepas beberapa bulan keseluruhan badan kita yg kita "tumpang" ini adalah badan yg baru. Akan tetapi dengan pemikiran yg sama, kita akan tetap mempunyai perasaan yg sama, akan melakukan perkara2 yg sama malah corak kehidupan kita juga akan tetap sama. Kita tidak boleh mempunyai fikiran yg sama tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza.

Bagaimana untuk mengalihan fikiran dari perkara2 silam? Caranya adalah dengan mengubah persepsi kita terhadap apa yg telah terjadi. Sebenarnya semakin kita mengingatinya, semakin kita melatih jaringan2 neuron diotak agar semakin kuat dan jika kita tidak berhenti, ianya akan menjadi suatu kebiasaan dan amat sukar lagi dilupakan. Umpama belajar menunggang basikal, selepas dapat mengawal imbangan, menunggang selepas itu sudah menjadi automatik, jika kes basikal itu sesuatu yg baik, kes hidup dalam kesedihan akan membawa kita kearah yg lebih teruk. Tidak dinafikan memang agak sukar untuk melupakan perkara tersebut lebih2 lagi jika ianya diikuti oleh emosi, akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yg mustahil.

Sel2 hippocampus (bahagian otak yg berkait dengan pembelajaran dan mengenali benda2 baru) mengambil masa lebih kurang sebulan untuk bertukar baru, agak aneh juga ubat2 untuk depression seperti Prozac mengambil masa yg lebih kurang sama untuk memberi kesan, pemikiran yg baru akan memberi sel2 baru "input" yg berlainan dan akan mula belajar perkara2 baru untuk difokuskan. Alhamdulillah, puasa yg Allah perintahkan selama sebulan juga berkait rapat kerana jika kita boleh belajar untuk bersabar selama sebulan, maka selepas habis berpuasa, sifat2 sabar itu akan membentuk diri kita yg baru iaitu lebih bersabar.

Tiada kejadian yg Allah jadikan itu tiada kebaikannya, sentiasa fikirkan, adakah Allah yg kita sebuat2 "Ar rahim" itu sanggup menyakiti hambaNya yg lemah ini?

Barangkali kita menuju kearah yg salah didalm kehidupan dan Allah melencongkan kita kembali kejalan yg benar atau pun jalan yg kita pinta (Al Fatihah 1:6)

Barangkali kita pernah berdosa sebelum ini yg kita sudah terlupa (malaikat dibahu tidak) dan Allah memberi balasan kepada kita semasa didunia lagi dan tidak diakhirat kerana balasan diakhirat beribu2 kali amat dasyat lagi berbanding didunia,(Al Isra 17:7).

Barangkali Allah ingin memberikan kita sesuatu yg lebih baik lagi dari apa yg kita ingini tetapi tidak tercapai, ketahuilah bahawa hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. (Albaqarah 2:216)

Barangkali Allah mahu menduga kita dan menguji tahap keimanan kita, ini berlaku juga pada nabi2. (Al Ankabut 29:2)


Malah jika apa yg terjadi adalah disebabkan kelalaian kita sendiri yg terpengaruh dengan bisikan syaitan, bukankah Allah itu maha pengampun? Dimana iman kita? Adakah hanya percaya Allah itu tuhan tetapi tidak percaya Allah itu akan sifat2Nya?

Jika kita ubah persepsi kita terhadap apa yg terjadi kepad semua2 kebarangkalian tersebut, kita akan mempunyai corak pemikiran yg berbeza, berbeza corak pemikiran, jaringan2 neuron diotak yg berlainan akan berfungsi, ini akan memberi maklumat yg berlainan kepada badan baik dari signal kimia emosi mahupun melalui saraf. Hasilnya apabila sel2 badan membahagi dua kepada sel2 yg baru, sel2 ini akan mendapat arahan yg berbeza, mengubah perlakuan baik dr minda sedar mahupun minda separa sedar dan membina kembali tubuh dengan kumpulan sel2 baru.

Solat yg khusuk dan fokus kepada bacaan dan pergerakan, melatih minda sedar dan minda separuh sedar untuk menjadi satu. Kita tidak boleh berkata aku mahu berubah akan tetapi hati masih teringat perkara lama, umpama solat dengan minda berkhayal ketempat lain jadi apabila diluar solat, amat payah untuk berubah dari melupakan apa yg telah terjadi.

Bersangka baiklah kepada Allah, apa yg terjadi itu ada kebaiknya yg kita tidak nampak lagi, bersedih dan merungut menyesali apa yg terjadi hanyalah menunjukkan ketidaksyukuran kita terhadap apa yg Allah rencanakan untuk kita, yg mana sudah semestinya yg terbaik. Alhamdulillah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 9 September 2009

Bagaimana Membina Kekuatan Minda

Zarina bertanya:

how to develop the strenght of mental?
Bagaimana untuk membina kekuatan minda?


Jawapan saya:

Pertamanya adalah semestinya dengan bersolat.. solat yg bagaimana? Solat yg khusyuk dan fokus, solat yg dilakukan dengan penuh keikhlasan dan bukan kerana terpaksa, menunjuk2 atau untuk menjaga hati orang lain. Solat sebegini mendekatkan diri kita dengan Allah, memberi ketenangan jiwa dan menurunkan tekanan/stress. Sila rujuk artikel saya "Solat Bukan Untuk Allah".

Keduanya, sentiasa berfikir.. mengenai apa? Mengenai kehidupan, siapa kita? Apa yg patut kita buat disini? Kebanyakan kita tahu jawapannya tetapi adakah kita melakukannya? Sentiasa ingat akan mati dan fikirkan adakah kita sudah bersedia? Pemikiran sebegini akan menguatkan minda. Bukan memikirkan hal2 mencari nikmat2 dunia,bagaimana untuk mendapatkan wang lebih hingga menganiaya manusia lain, itu yg melemahkan fikiran.

Ketiga, banyakkan membaca dan mempelbagaikan ilmu, ramai diantara kita hanya menjurus didalam suatu bidang pekerjaan lantas menyebabkan jaringan2 neuron otak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Mempelbagaikan ilmu membina jaringan2 baru lantas memberi kita melihat dunia ini dengan lebih luas lagi atau "thinking outside the box" dan boleh menyelesaikan masaalah dengan mudah. Umpamanya jika kita hanya tahu jalan ke KL dari Subang Jaya hanya melalui Federal Highway, apa akan terjadi jika kita mendengar khabar ada kemalangan dan jalan ditutup? Tidakkah kita akan tertekan jika kita mesti ke KL untuk tujuan yg penting. Akan tetapi jika kita tahu ada highway KESAS, ada highway PLUS maka kita akan jadi tenteram kerana ada alternatif, begitu lah juga dengan mempelbagaikan ilmu, frontal lobe akan lebih mudah memikirkan bagaimana menyelesaikan masaalah hidup, ini yg dikatakan kekuatan minda.

Keempat, kurang atau hentikan pencemaran minda, dari mana? Dari TV, filem2 malah lagu2 yg mengasyikkan itu juga melemahkan fikiran kerana tidak membantu pemikiran kritis. Kita selalu berkhayal bila mendengar lagu cinta, walaupun cinta itu tidak wujud didalam realiti, ini melatih minda untuk tidak berada disituasi "now" iaitu situasi sekarang, sebab itu tidak boleh khusyuk ketika solat kerana kita sering melatih diri untuk tidak berada disituasi sekarang. Begitu juga pencemaran kimia dari alkohol dan nikotin yg mana ianya melemahkan frontal lobe, begitu juga jika kita minum kopi dengan jumlah yg banyak setiap hari. Sila rujuk artikel saya "Otak Mana Yang Anda Mahu".
Banyak lagi perkara2 lain yg boleh digunakan untuk melatih minda, umpamanya meditasi dan sebagainya, akan tetapi jika dapat dilakukan keempat2 perkara diatas sudah cukup untuk menjadi manusia yg mempunyai fikiran/minda yg hebat. Insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 4 September 2009

Hati Menjadi Tenang Dengan Solat

Fuzzy bertanya:

assalamualaikum..
bagaimana jika tuan dapat mengaitkan dengan bila kita solat, hati akan menjadi tenang?
tq!


Jawapan saya:

Waalaikumsalam,

Hati hanya akan tenang jika bersolat dgn khusyuk. Solat yg khusyuk dan fokus membawa jasad manusia dari segi biologinya kepada situasi "now", iaitu minda tertumpu pada masa sekarang lantas melupakan perkara2 lain terutamanya hal2 dunia yg rata2nya memberikan kerisauan (masa akan datang) dan juga kekesalan (masa lepas). Apabila manusia idak mengaitkan apa2 hal negatif ini, hormon stress didalam badan akan berkurangan dan ini membolehkan fungsi2 badan yg lain terutamanya untuk tumbesaran dan juga imune boleh bekerja dgn lebih sempurna.

Solat yg khusyuk juga menghampirkan diri kita dengan Allah, lebih hampir diri kita denganNya maka lebih tenang jiwa manusia tersebut. Jika anda ingin meminta pertolongan dari rakan, adakah anda mengadap rakan anda tetapi bercakap memandang ke tempat lain? Anda harus bercakap dan memandang kepada rakan anda tersebut barulah dia terbuka hati untuk menolong, jika anda tidak serius atau acuh tak acuh je, mana pertolongan akan diberikan.

Moga penjelasan ini membantu.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 1 September 2009

Insuran Menjadi Satu Kemestian

Marshita bertanya,

Assalamualaikum wbt..telah menjadi trend masa kini..Insuran seperti untuk nyawa,hospital dan perubatan serta simpanan dan saham yg diuruskan oleh syarikat insuran..menjadi seperti satu kemestian..apa pandangan saudara mengenai perkara ini...Wassalam..Terima kasih

Jawapan saya,

Waalaikumsalam, kata kunci persoalan saudari mengenai insuran adalah "menjadi seperti satu kemestian", soalan saya kepada saudari kembali, siapa yg menjadikan ianya satu kemestian?

Manusia tanpa sedar di"acu", di"corak"kan pemikirannya melalui media massa baik dari suratkhabar mahupun TV, baik dari iklan2 mahupun berita yg mengaitkan perlunya insuran2 ini terhadap manusia, baik dari konvensional hinggalah yg ke Islamik.

Disebabkan selalu di hujani dengan anjuran2 media ini maka ianya menjadi kemestian kepada masyarakat, masyarakat yg bagaimana? Masyarakat yg tidak mampu lagi berfikir buat diri sendiri dan hanya menerima sahaja apa yg dipaparkan.

Contoh lain yg sudah sebati menjadi norma2 kehidupan adalah pinjaman dari bank, tetapi bank tidak sebut "bunga" atau "riba" tetapi kadar faedah.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Surah AlBaqarah 2:279

Insuran juga berkait dengan riba', jadi fikir2kanlah adakah ia sepatutnya ditinggalkan atau menjadi satu kemestian? Berfikirlah dan rujuk kepada kebenaran dan jangan mengikut "trend masa kini". Kebenaran yg akan memberikan kebebasan.

Amat sukar bagi mereka yg sudah terbiasa menerima yg terbiasa dan yg berkuasa itu yg benar, berbanding dengan yg benar itu yg sepatutnya berkuasa.

Setiap saat dan ketikanya ramai umat Islam ber"perang" dengan Allah baik dari beli rumah, kereta (pinjaman bank) mahupun insuran, mungkin sebab itu juga makin ramai umat Islam yg makin tertindas. Manakan dapat pertolongan Allah jika kita sendiri yg mengishtiharkan perang terhadapNya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 29 Ogos 2009

Mengikis Sikap Buruk

hambaallahyang........... bertanya,

Saya sering didatangi sifat malas lebih2 lagi bila bersendirian dan selepas penat bekerja anak-anak pun mencontohi saya macammana saya nak mengikis sikap buruk itu

Jawapan saya,

Syabas saya ucapkan, "sedar"nya saudara akan sifat2 yg tidak elok pada diri sendiri itu sudah menjadi titik permulaan untuk berubah. Cara mengikis sifat2 buruk adalah dengan sedar yg diri kita adalah "master" kepada sel2 badan kita yg secara kolektifnya bergabung membentuk jasad anda.

Semua sifat2 buruk yg sukar dikikis itu adalah kerana jasad kita ini (iaitu komuniti 50 trillion sel2) terbiasa dengannya dan secara kolektifnya menghantar signal ke otak supaya anda kekal dengan sifat2 yg sudah mejadi kebiasaan.

Sentiasa perhatikan fikiran anda dan sentiasa kaitkan dengan keputusan2 hasil tindakan dari pemikiran tadi, frontal lobe yg kuat membolehkan manusia itu lebih sedar akan kemungkinan2 yg akan terhasil dari setiap tindakan, perbuatan atau sikap2 yg diambil. Dalam kes saudara, malasnya saudara menjadi contoh kepada anak2, jadi berusaha melawan sifat malas tersebut dengan menggerakkan 50 trillion sel2 badan anda untuk menjadi rajin, ingat siapa tuan, anda atau sel2 anda?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 27 Ogos 2009

Depression Sebab Sunyi

Saudari Maridah bertanya,

Assalamualaikum. Mcamana nak buang jauh2 depression sbb sunyi. mmang tak boleh ubah keadaan dah sbab andartu, yatim piatu, adik beradik pun tak rapat. Solat,ngaji,membaca, prgi masjid tapi jauh kat dlm hati sunyi sangat dan sedih.

Jawapan saya

Bagaimana jika saya katakan itu takdir? Mungkin itu jawapan kebanyakan yg biasa diterima, persoalannya, adakah kita tahu takdir kita?

Persekitaran, cara hidup, rakan2 dan juga apa sahaja yg menimpa diri kita adalah hasil dari pemikiran dan tindakan yg lepas-lepas, jadi dengan menggunakan "pemikiran" yg sama, hasilnya akan tetap sama dimasa depan. Untuk mengubah masa depan, kita harus ubah cara kita berfikir sekarang ini.

Bersangka baiklah kepada Allah, tiada kejadian yg tiada kebaikannya, contohnya kejadian 9/11 dimana umat islam semakin tertindas, akan tetapi disebabkan 9/11 jugalah makin ramai warga barat memeluk Islam.

Semakin kita fokus apa yg kita tiada, semakin banyak lagi perkara2 yg sama akan muncul, fokus kepada kesunyian maka akan menjadi lebih sunyi, fokus kepada apa yg sudah dan bersyukur akan membolehkan lebih banyak lagi nikmat2 dari Allah akan muncul. Penjelasan panjang lebar boleh dikaitkan dengan konsep Quantum fizik (Collapse of wave function) dan juga dari segi biologi yg mana kimia emosi (hasil pemikiran) memberi isyarat kepada sel2 badan (secara kolektifnya) untuk menggerakkan minda separuh sedar terhadap apa yg difikirkan.

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Surah AlBaqarah 2:216

Ada kalanya kita sukakan sesuatu itu akan tetapi disebabkan ianya tidak baik bagi kita maka Allah menidakkan ianya bagi kita, Maha Pengasihnya Allah itu menjaga kebaikan hambaNya akan tetapi disebabkan "marah" atau "berduka"nya hambaNya itu menolak kebaikan2 lain yg ingin menghampiri.

Apa yg boleh saya nasihatkan adalah ubah cara kita melihat dunia dan fokus kepada perkara2 didalam kehidupan yg membuatkan kita gembira walaupun sedikit, contohnya tubuh badan yg sihat tiada cacat celanya, bandingkan dengan mereka yg tidak bernasib baik. Perubahan tidak akan datang mengejut, Insyaallah perlahan-lahan akan nampak perubahannya.

Sel2 hippocampus (bahagian otak yg berkait dengan pembelajaran dan mengenali benda2 baru) mengambil masa lebih kurang sebulan untuk bertukar baru, agak aneh juga ubat2 untuk depression seperti Prozac mengambil masa yg lebih kurang sama untuk memberi kesan, pemikiran yg baru akan memberi sel2 baru "input" yg berlainan dan akan mula belajar perkara2 baru untuk difokuskan. Alhamdulillah, puasa yg Allah perintahkan selama sebulan juga berkait rapat kerana jika kita boleh belajar untuk bersabar selama sebulan, maka selepas habis berpuasa, sifat2 sabar itu akan membentuk diri kita yg baru iaitu lebih bersabar.

Pemikiran yg sama hanya akan menghasilkan tindakan yg sama, tindakan yg sama akan memberikan keputusan yg sama, jadi titik tolaknya adalah apa yg kita fikirkan.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Mengetahui Solat Diterima

Gans bertanya'

bagaimana kah kita hendak mengetahui solat kita itu diterima Allah S.W.T dan kalau solat itu kunci kepada syurga apa pula kunci kepada solat..?

Jawapan saya'

Firman Allah dalam surah AlAnkabut 29:45

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Terima atau tidak solat kita itu adalah urusan Allah, akan tetapi jika kita boleh menahan diri dari membuat kemungkaran, Alhamdulillah, itu barangkali tanda bahawa solat kita diterima. Dan bagaimana untuk memohon kepada Allah agar solat kita diterima? Salah satunya adalah dengan memahami apa yg dibaca seperti maksud ayat dibawah ini,

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan
Surah An Nisa 4:43

Walaupun Allah merujuk kepada mereka yg mabuk dengan najis arak, melihat keadaan manusia yg "mabuk' dengan urusan dunia dan materialistik kebendaan, jauh sekali untuk khusyuk dan apatah lagi memahami apa yg dibaca. Berusahalah untuk sedar apa dan faham apa yg dibaca, jadilah "Pemerhati Yang Hebat" dan fahami "Maksud Bacaan Solat".

Kunci syurga bukan sekadar solat, syahadah dan keimanan (percaya) kepada Allah dengan tidak berbelah bahagi itu pun salah satu antaranya, kunci kepada solat adalah khusyuk dan faham apa yg dikumat kamitkan, Insyaallah moga kita bersama menuju kejayaan dunia dan akhirat.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 16 Jun 2009

Sujud Dan Quantum Fizik

Hj Mazlan Muslim bertanya;

Assalaamu 'alaikum wbt. Saat yang paling hampir bagi seorang Muslim ialah semasa sujud dalam solat kehadrat Ilahi. Mungkin saudara boleh perincikan dari segi Quantum Fizik atau seumpamanya kenapa saat sujud adalah waktu yang paling hampir seorang Mukmin dengan Khaliknya? Apakah kesan zikrullah terutama yang diamalkan oleh pengikut tarikat terhadap seseorang pengamalnya? Apakah sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam bidang Quantum Physics?

Jawapan saya;

Waalaikum salam Hj, memang benar saat yg paling hampir manusia itu kepada Allah adalah ketika sujudnya seperti firmanNya dalam surah Al Alaq 96:19.

Cabang2 sains itu amat berkait, sebelum mengulas dari segi fizik, saya ingin menyentuh mengenai sujud dari segi fisiologi manusia. Sujud itu memaksa darah ke frontal lobe yg mana ianya merupakan bahagian otak yg membezakan manusia dan haiwan, ini menyihatkan frontal lobe yg bekerja sepanjang hari (secara kasarnya berfikir tetapi penjelasannya tidak semudah itu), tanpa frontal lobe manusia tidak ubah seperti haiwan, adakah pada waktu kebiasaannya? Tidak, pada waktu marah, pada waktu bersedih, pada waktu bernafsu, ketika berpeluang membuat kejahatan ketika tiada siapa melihat dan sebagainya yg mana kebanyakan manusia tidak lagi boleh membezakan mana yg baik dan buruk lantas membuat keputusan2 yg salah.

Sihat dan berfungsinya frontal lobe membolehkan manusia berfikir dgn lebih sempurna dan akan lebihlah mereka dapat melihat kebesaran2 Allah itu lantas semakin yakin dan bertambah keimanan mereka. Rata2 didalam Al Quran firman Allah merujuk kepada mereka yg berfikir, contohnya dalam Surah Ar Rad 13:3;

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir"

Syaitan lanatullah sentiasa cuba memesongkan manusia untuk terlena dan tidak mampu berfikir, sebab itu Allah melarang alkohol kerana ia merosakkan frontal lobe, mereka akan ketagih dan akan "stuck" dgn ketagihan mereka itu dan tidak mampu lagi berubah kembali kejalan yg lurus, kecuali mereka sedar, berhenti mengambilnya dan kembali berfikir. Dari penelitian saya, rokok juga merosakkan frontal lobe, dgn ketagihnya kepada rokok itu membuat manusia tidak boleh lagi berfikir baik dan buruk pengambilannya (walaupun disedarkan dgn gambar paru2 yg rosak) dan pihak yahudi mengaut keuntungan atas ketagihan umat manusia itu tadi.

Pengambilam kopi/caffein (dgn kadar yg tinggi) juga merosakkan frontal lobe maka tidak hairan phak yahudi mempromosikan kopi (starbucks) dan menarik manusia menikmatinya. Walaupun harga amat mahal tetapi kerana meminumnya baru ada gaya, ada kelas, ada style, manusia akan terus menikmatinya tanpa sedar yg setiap gelas kopi yg diminum menyumbang sebutir peluru untuk zionis membunuh rakyat palestin.

Musik, TV dan filem juga adalah salah satu cara membawa manusia kearah tidak boleh berfikir dgn sempurna. Melalui kimia emosi, manusia akan melayan ketagihan terhadap kesan2 dari filem itu tadi, contohnya wujud perasaan kasih sayang dan cinta walaupun pada ketika manusia menonton "hiburan" tersebut mereka tidak mengalaminya dgn nyata. Sebab itu hanya dgn musik ataupun filem manusia boleh menangis. Apa bila selalu dilayan kesan2 sebegini, sel2 badan kita tidak tahu lagi samada ianya nyata (dialami sendiri) atau tidak (hanya ilusi) dan akan sentiasa inginkannya (nikmat cinta itu tadi). Sebab itu yg sudah kahwin ingin bercinta lagi, kerana percintaan dgn isteri sudah lali, sudah tidak terasa nikmatnya. Kerana tahap kimia emosi untuk nikmat (dopamine) terhadap isteri sudah dilampaui oleh nikmat dari filem2 dan lagu2. Maka apabila manusia ketagih mencari cinta maka akan lalailah mereka dari berfikir akan kebesaran2 Allah dan mengagungkanNya.

Untuk mengaitkan sujud ini dgn quantum fizik, kita harus terlebih dahulu memahami salah satu konsep quantum fizik itu sendiri yg mana;

"act or measuring or observing, collapsed the wave function and matter from state of possibility & probabilty (wave) become a particle"

Dalam terjemahan bahasa melayu mengikut pemahaman saya adalah "tindakan mengukur atau memerhati, meruntuhkan fungsi gelombang dan jirim yg mana sebelum itu didalam bentuk gelombang kemungkinan dan kebarangkalian menjadi zarah (suatu yg nyata)"

Kalau dilihat dari perspektif falsafah barat, mereka merumuskan bahawa manusia itu sendiri mencipta realiti hidupnya sendiri, melalui apa yg difikir dan difokuskan. Pada pandangan saya, inilah yg dikatakan sifat pemurah Allah, manusia boleh mencapai apa sahaja yg dinginkan didalam hidup ini selagi dia fokus terhadap apa yg diingini dan ini boleh dicapai dgn solat yg khusuk/fokus dan sujud (memaksa darah ke frontal lobe) dan ini menguatkannya. Sebab itu manusia dari semua agama baik hindu, budha dan kristian yg tidak percayakan Allah juga mendapat nikmat dunia apa yg mereka tumpukan tetapi mereka hanya mendapat nikmat dunia, kerana apa? Kerana tidak mampu melihat kesan jangka panjang atas tindakan2 mereka itu (kebahagiaan akhirat).

Bg saya, walau sekuat mana kita fokuskan terhadap apa yg diingini, semua itu berbalik kepada ketentuan Allah, disinilah letaknya keimanan kita (percaya adanya Allah maha pencipta), bukan seperti manusia barat yg tidak percayakan tuhan dan mengganggap diri mereka sendiri yg berkuasa atas segala2nya, seperti Firaun yg boleh melakukan apa sahaja (kerana dia berkuasa) dan mengistiharkan dirinya tuhan.

Dunia quantum fizik penuh dgn misteri, penuh dgn kemungkinan dan kebarangkalian, walau sekuat mana kita fokus terhadap apa yg kita inginkan, belum tentu kita mencapainya, kerana apa? Kerana sayangnya Allah terhadap kita menidakkan apa yg kita ingini.

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." Albaqarah 2:216

Umat islam harus sedar, hidup bukan hanya untuk mencari kebahagiaan didunia sahaja, malah kebahagiaan diakhirat. Itu yg telah lenyap dari hati2 kafirun (malah sebilangan umat islam juga)lantas membuat apa sahaja termasuk menipu, merompak, menindas (rasuah), mengaut untung berlebih2an dan macam2 lagi kerana tamakkan nikmat dunia. Amat menyedihkan juga masyarakat kita baik dari sekecil2 jawatan hinggalah ke pemimpin tinggi negara terlibat didlam rasuah dan menindas rakyat. Moga Allah membuka hati mereka jika mereka melakukannya tanpa sedar, celakalah jika mereka sedar buruknya rasuah itu tetapi tetap melakukannya.

Jadi jawapan kepada soalan Hj itu tadi mengenai kaitan sujud dan quantum fizik adalah, sujud menguatkan frontal lobe, lantas memboleh manusia berfikir dgn lebih sempurna, dapat melihat kebesaran Allah, lebih mendekati Allah dan berusaha menjadi manusia yg lebih beriman dan beramal soleh (membuat kebaikan sesama manusia). Dgn kuatnya frontal lobe, manusia boleh lebih fokus (to collapse the wave function) dalam mencapai cita2 iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat (boleh memandang jauh kemasa depan/punya wawasan), akan lebih mudah nampak (kesan tindakannya terhadap diri sendiri, manusia lain dan alam sekitar) dan membawa dirinya kejalan yg lurus.

Pengetahuan saya mengenai amalan tarikat amat cetek dan saya tidak tahu samada zikir yg diamalkan oleh mereka sama dgn apa yg manusia kebanyakan lakukan selepas sembahyang. Akan tetapi pada penelitian saya, dgn zikir yg fokus kepada sebutan dan faham makna apa yg dilafazkan itu juga melatih frontal lobe, melatih untuk fokus, seperti juga didalam solat, cuma bezanya tanpa gerakan2 rukuk, sujud dan sebagainya.

Didalam kenduri2 arwah atau bacaan2 yassin secara kumpulan, selalu dapat dilihat manusia2 yg berzikir hingga ada yg menggoyangkan badan dgn hebatnya, akan tetapi tidak lah diketahui kemana fikirannya ketika itu. Mulut dan badan boleh mengikut zikir kerana ia menjadi automatik menerusi minda separuh sedar, akan tetapi fikiran (minda sedar) kita boleh melayang ketempat lain, jika minda sedar dan minda sedar tidak dilatih untuk selari (zikir dan juga solat yg tidak khusyuk) maka apabila kita melalui kehidupan secara normal, banyaklah manusia yg cakap tak serupa bikin, berpura2, penipu, pembelot, hipokrit, munafik dan sebagainya.

Semua buku2 rujukan saya mengenai quantum fizik adalah dari barat dan belum lagi terjumpa dgn buku olahan saintis2 Islam, mungkin ada tetapi belum saya temui. Tamaddun islam menurun selepas kurun ke12, selepas itu tidak kedengaran lagi ahli2 saintis Islam yg hebat. Quantum Fizik bermula pada penghujung abad ke 18, walaupun dimulakan oleh beberapa orang saintis, rata2 menganggap Max Planck ahli fizik dari German yg lebih menonjol sebagai bapa Quantum Fizik.

Sya bukan ahli fizik, cuma membaca, berfikir dan mengaitkannya dgn dunia Islam. Moga ada hendaknya anak2 muda kita yg belajar didlm bidang fizik, atau pakar didalam bidang ini menanamkan niat untuk lebih mengenali Allah melalui ilmu yg diperolehi. Hidup bergantung kepada niat, jika niat belajar untuk menjadi pakar fizik, makan gaji tinggi, mencipta produk2 kegunaan manusia untuk keuntungan korporat maka tidak akan nampaklah kebesaran2 Allah melalui ilmu yg dipelajari. Akan tetapi jika sebaliknya maka semuanya akan jelas.

Sebab itu kita harus faham bacaan solat, contohnya didalam doa Iftitah yg dibacakan sebelum membaca Alfatihah.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Qul: inna salatee wanusukee wamahyaya wamamatee lillahi rabbi alAAalameena"

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" Al-Anaam 6:162

Jika niat hidup untuk Allah, jalan akan lebih mudah dan jelas, ilmu yg diperolehi akan lebih memberi manafaat kepada manusia agar tetap atau kembali kejalan yg benar/lurus (sirotolmustaqim) dan bukan mengundang kemungkaran Allah (ghayri almaghdoobi AAalayhim), melalaikan atau memusnahkan umat manusia.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 15 Jun 2009

Getaran Ayat2 Al Quran

Saudara Daniel Tomo bertanya;

saya pernah terbaca di buku sufihealing tentang getaran getaran yang ada pada ayat ayat quraan apabila insan mendengarnya ia akan memperbetulkan secretion drpd enzymes yang ada pada human beings.Apabila secretion nya itu teratur maka manusia itu akan tenang walaupun dia menghadapi tekanan dalaman atau pun luaran.Mungkin saudara dapat menghuraikan nya lebih mendalam lagi.

Pendapat saya;

Semua hidupan didunia ini sentiasa berzikir kepada Allah, dari batu2, gunung ganang, haiwan dan semua tumbuh2an sentiasa ingat dan meng"esa"kan Allah. Bagi pendapat saya, sel2 didalam tubuh badan kita juga berbuat demikian tetapi dari sudut yg berbeza.

Apa yg berlaku didalam tubuh manusia adalah, manusia itu sendiri merosakkan sel2 badannya sendiri dgn melakukan dosa2 yang mana tubuh badannya (yg terdiri dari 50 trillion sel2) terlibat sama (sesat dan tidak melakukan perintah Allah). Akan tetapi apabila sel2nya mendengar ayat2 Quran dibacakan (melalui kimia emosi yg dirembes oleh otak manusia tersebut), sel2 manusia itu akan kembali mengikut perintah Allah terhadapnya untuk melakukan apa yg ditetapkan oleh Allah terhadap sel2 tersebut (seperti merembes semula enzim2 untuk manafaat manusia tersebut) Jadi ia akan kembali melakukan tugas yg sepatutnya dilakukan.

Pada pendapat saya, semua kehidupan didunia ini mendapat panduan dari Allah tetapi dgn konsep yg berbeza, manusia dgn Al Quran dan mungkin juga batu2, tumbuh2an dan juga jin2 mendapat panduan yg sama akan tetapi mereka menurut perintah tanpa mengeluh. Akan tetapi manusia dgn ilmu yg sedikit mulai bongkak dan lupakan Allah maka datanglah penyakit dalam dirinya.

Sebab itu kita perlu khusyuk dan faham apa maksud bacaan dalam sembahyang seperti firman Allah dalam Surah An Nisa 4:43

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.."

Ramai manusia sekarang ini jika tidak mabuk alkohol, ada juga mabuk yg lainnya, mabuk cinta hingga waktu sembahyang pun teringat akan kekasih, mabuk AF hingga masa solat pun ingat "afundi", mabuk kerja hingga waktu solat ingat kena marah dgn bos, mabuk asmara terngiang2 lagu cinta yg didengari sebelum solat tadi dan sebagainya. Bilamana kita tidak khusyuk semasa solat maka tidak sampailah kalimah2 Allah kepada sel2 kita jadi tidak dapatlah sel2 kita membantu kita mencegah kemungkaran.

Harap sedikit penjelasan ini membawa manafaat bersama, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 18 Mei 2009

Menghilangkan Rasa Rendah Diri

Dari saudari Nur,


Assalamualaikum saudara helmi.

saya baru dikenalkan dengan SD dan saya masih terus membaca artikel2 di dalamnya. Seorang guru pernah berpesan kepada saya, sekiranya ingin menjadi hebat berkawanlah dgn mereka yang hebat. Tetapi kdg kala saya merasakan diri saya terlalu kecil sehingga saya malu untuk ke depan dan bersaing dengan mereka yang hebat.

Saya rs saya mengalami masalah rendah diri di mana walaupun kedudukan saya di syarikat tempat saya bekerja boleh dibangga kan. Saya selalu bimbang adakah kehadiran saya di kalangan rakan-rakan selevel boleh diterima atau tidak.

Bagaimana saya boleh menghilangkan perasaan sedemikian? Saya harap dengan pengalaman yg ada, saudara boleh berkongsi rahsia kejayaan saudara.

Terima Kasih.



Waalaikumsalam,

Salam sejahtera buat saudari dan moga sentiasa mendapat rahmat Allah hendaknya.

Amat benar apa yg diungkapkan oleh guru anda tersebut, samalah juga jika anda berkawan dgn pencuri, lama2 anda juga akan mengikut sama, satu lagi yg perlu difikirkan, berkawan bukan setakat berhubungan ataupun menjadi teman rapat, begitu juga dgn tertarik dgn artis2, lama kelamaan akan terikut2 cara hidup mereka, baik cara berpakaian mahupun cara hidup, dan ini juga masaalah masyarakat melayu, artis lebih mulia dari ustaz2 malah artis2 juga lebih kerap ditemuramah oleh media mengenai pelbagai aspek kehidupan lantas itu yg menjadi ikutan masyarakat.. apa yg sepatutnya berlandaskan Islam sudah hilang dari fikiran manusia.

Rasa rendah diri itu memang patut ada pada manusia, tetapi sepatutnya hanya kepada Allah subhanawataala, jika kita byk ilmu sekalipun percayalah, makin byk yg kita tahu, makin byk juga lagi ilmu2 Allah yg kita tidak tahu maka siapalah kita untuk membangga2kan diri sebagai seorang yg hebat?

Rendah diri pd masyarakat melayu amatlah biasa kerana itu juga cara kita dibesarkan, yg menjadi masaalahnya apabila ianya menghalang kita dari terus maju kehadapan, contohnya.. sapa la aku ni, hidung tak mancung. pipi tersorong2 , ada hati nak bla bla bla.... baik dari tatasusila hinggalah ke kata pepatah, dari kecil hingga dewasa kita di"acu" dgn perasaan rendah diri maka tidak hairanlah jika ianya menjadi masaalah kepada kebanyakan masyarakat kita.

Satu lagi perlu diingatkan hidup bukanlah persaingan, kehidupan ini adalah berkonsepkan kerjasama, kita di"acu", dididik dgn sistem pendidikan yg berasaskan Darwinism, yg hidup adalah persaingan dan ini yg membuatkan dunia semakin hari semakin hancur. Kita semua hidup saling memerlukan. Didalam perut anda terdapat berjuta2 bakteria yg hidup harmoni didalam usus anda membantu pencernaan, jadi bagaimana kita boleh menganggap hidup adalah persaingan? Hidup adalah kerjasama, jadi berani untuk kehadapan, jadi insan yg hebat tetapi bukan untuk bersaing.

Bg saya untuk membuang rasa rendah diri ini adalah dgn belajar berfikir diluar "kotak" (Think out of box), bagaimana? Dgn belajar ilmu2 jati diri, bykkan membaca buku2 motivasi yg boleh menaikkan semangat. Bertanya kepada saya ini hanyalah langkah pertama dan anda harus terus melangkah kehadapan.

Apabila anda byk membaca (buku2 ilmu dan bukan novel2 cinta/fiksyen/khayalan) maka akan terbina jaringan2 baru didlm otak anda, ini akan membebaskan anda dr berfikir didlm kotak pemikiran yg lama. Lebih byk jaringan2 neuron diotak anda, lebih byk kemungkinan pilihan2 yg boleh diambil oleh frontal lobe anda untuk menyelesaikan masaalah, baik masaalah persendirian mahupun masaalah ditempat kerja termasuklah kes rendah diri yg anda alami.

Semasa bekerja di dalam negara dulu apabila mula2 mendapat peluang bekerja dgn "orang putih" saya ingatkan semua mereka ini amat hebat (kita di"brainwash" yg org sebegini hebat melalui superhero di TV), mereka sama taraf dgn kita sebenarnya. Apabila bekerja di luar negara pula, lagi byklah tembelang mereka yg pecah. Jadi bg saya kita semua sama sahaja, yg teramat penting adalah diri kita kepada Allah, hanya yg percaya kepadaNya dan berbuat baik sesama manusia sahaja yg paling rapat dgnNya.

Rajiin2lah menimba ilmu kerana ilmu itu yg akan membebaskan kita, gunakan ilmu yg ada untuk membantu sesama manusia kerana ilmu juga adalah salah satu antara saham akhirat. Sebab itu ayat Al Quran yg pertama adalah Iqra.. bacalah.... lagi satu yg perlu disematkan didalam fikiran adalah hidup adalah kerjasama dan bukan persaingan.

Kurangkan atau hentikan menonton TV terutamanya cerita2 "sampah", melihat insan (pelakon) dihina hanya kerana miskin (drama), subconsciously akan membuat kita berfikiran demikian hanya kerana kita miskin (contoh) maka makin teruklah rasa rendah diri kita nanti, kita akan lupa yg yg hina hanyalah mereka yg menjauhkan dirinya dari Allah dan bukan dgn harta atau pangkat didunia ini.

Rajin2lah solat, dapatkan khusyuk dan fokus kerana ia membolehkan kita berada pada keadaan "sekarang", lupa pada kesalan dan pada kerisauan, pada yg dah lepas dan pada yg belum tentu datang. Dgn rahmat Allah, dari ikhlasnya kita mengagungkanNya membolehkan kita lebih melihat aspek2 positif didlm kehidupan.

Moga berjaya, Insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 27 April 2009

Rawatan Air Za'faran

Amirah bertanya:

Apa pendapat saudara jika kita menggunakan produk rawatan minum air yang ditulis ayat di atas pinggan putih? maksud saya air yang ditulis di atas pinggan putih dengan ayat quran dengan menggunakan za'faran? molekul air beubah dan memberi kesan positif kepada kita jika kita berniat.

Jawapan saya:

Kajian Dr Masaru Emoto membuktikan perkataan, niat atau apa2 sahaja bentuk perhubungan mempengaruhi molekul air. Ini menunjukkan betapa uniknya ciptaan Allah ini. Tetapi minum air ini sahaja belum tentu menjadi penawarnya, diri kita juga harus mahukan perubahan, dari sakit kepada sihat dan apa niat untuk sihat itu? Untuk menjadi sihat itu juga harus disertakan dgn perbuatan contohnya jika sakit kencing manis, kurangkan atau tidak lagi mengambil gila dgn berlebihan. Begitu juga jika minum untuk penerang hati mengambil peperiksaan, jika tuan punya diri tidak menunjukan usaha yg maksimum, minum air zafaran satu tempayan pun tidak akan memberikan keputusan yg maksimum.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 26 April 2009

Minat Quantum Fizik

Dari Ahmad

assalamualaikum..
saya ahmad..
saya pelajar thn akhir jurusan sains fizik tulen UPM,
saya ingin bertnykn sesuatu..saya amat meminati fizik kuantum..selepas saya belajr falsafah sains dan juga membca buku kegemran saya iaitu..meneroka al-quran dari teropong sains...slp saya membca buku tersebut..sy merasakan yg fizik itu indah dgn ciptaan Allah..
saya akan menyambung pengajian saya dlm master fizik insyaALLH pd hujung thn ini..
dlm bidang kuantumm..
bolehkah saudara mencdngkan kpd sy bagaimana sy ingin mengekalkan minat terhdp bidang ini dan bahan bacaan tentang falsafah kuantum?saya memeg amat meminati fizik..

Jawapan saya:

Quantum fiizik amat menarik kerana ianya ilmu mengenai sesuatu yg tidak boleh dilihat tetapi ianya merupakan asas kehidupan iaitu atom. Semakin saya mendalaminya semakin nampak perkaitannya dgn Islam.

Manusia biasanya perlukan ganjaran untuk memberinya kekuatan untuk mendapatkan sesuatu, contohnya mengapa kena belajar rajin2, kerana nanti dapat gred yg tinggi dan mudah dapat kerja dgn gaji yg tinggi. Pangkat dan duit ini boleh dilihat sebab itu manusia punyai semangat yg kuat, tetapi kebanyakan kita tidak boleh nampak syurga jadi sebab itu ramai yg hidup didunia ini tidak lagi "lillahitaala" iaitu kerana Allah taala.

Anda boleh kekalkan minat anda dgn niat menjadi pakar Quantum yg hebat dan disanjung dgn pangkat gaji yg besar. Anda juga boleh mengekalkan minat dgn mengharapkan keredhaan Allah dan memperolehi balasan baik di didunia dan diakhirat.
Pilihan ditangan anda, tepuk dada tanya frontal lobe.

Saya belum bertemu lagi buku falsafah Quantum yg berkait dgn islam, dan semua pakar2 quantum yg saya tahu tiada yg beragama islam jadi didlm buku2 falsafah tersebut tiada yg membuat perkaitan dgn islam. Alhamdulillah dgn asas mengenai Islam yg saya ada ini saya mampu mengaitkannya tetapi ini juga agak berlainan dari apa yg kita fahami tentang kehidupan. Sekarang ini saya sedang membaca buku Quantum for Perplexed oleh Prof Jim Alkhalili, sila browse amazon.com untuk mengetahui dgn lebih lanjut tentang buku tersebut dan untuk melihat buku2 lain yg berkaitan dengan quantum fizik.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 25 April 2009

Langkah Hilang Gangguan Dalam Solat

Saudara Johar bertanya:

ya.. saya sudah membaca rencana ttuan..cuma saya ingin bertanya pada tuan bagaimana step utk hilang ganguan ketika solat..ganguan itu la menyebab hilangnya kusyuk dlm solat..

Jawapan saya:


Jika kita sudah terbiasa melayang fikiran ketika bersolat, memang agak sukar untuk kembali  menumpukan perhatian kepada solat dan mudah beralih kepada gangguan2 tetapi tidak mustahil. Ada beberapa latihan yg boleh membantu mengurangkan kepekaan terhadap gangguan umpamanya membaca buku dan cuba fokus untuk menghabiskan beberapa perenggan tanpa fikiran melayang. Mula2 memang agak sukar tetapi jika jika kekal berusaha, akan berjaya. Ibarat jika anda ingin mengangkat berat 100 kilo, anda kena latih otot anda dgn mengangkat yg ringan dahulu dan beransur2 menambahkan bebannya.

Zikir juga membantu kita fokus kepada sesuatu, dgn syarat kita faham apa yg kita ucapkan, sedar akan jari2 kita mengira tasbih atau menggunakan jari dan tidak mulut terkumat kamit dan fikiran melayang ke tempat lain.

Satu lagi dgn rajin menulis, saya pasti semua manusia tidak boleh menulis dgn fikiran melayang ketempat lain. Begitu juga ketika makan, fokuskan kepada makanan tersebut, teksturnya, rasanya, nikmatnya dan sebagainya dan tidak bercakap2 hal2 yg tidak berkaitan. Jika ketika makan yg boleh tidak perasan mak mentua lalu, solat pun begitu juga boleh tidak perasan mak mentua lalu kerana khusyuk.

Ada cara lain yg boleh diamalkan juga adalah meditasi, samada fokus kepada pernafasan atau pun fokus kepada zikir2 (nama2 Allah) juga boleh membantu. Walaupun ini hanya hipotesis saya tetapi jika dikaitkan dgn kajian2 barat terutamanya Transcendental Meditation, keberkesanannya terbukti secara saintifik membaiki frontal lobe,  tetapi teknik TM ini bercanggah dgn Islam kerana ianya fokus kepada bunyi2 tertentu yg ada diantaranya adalah nama2 tuhan Hindu.

Tetapi yg paling utama sekali adalah niat, apa niat untuk solat itu, jika kerana terpaksa, tidak ikhlas dan sebagainya maka amatlah sukar untuk solat tanpa gangguan. 


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 24 April 2009

Menetapkan Iman dan Amal

Anas bertanya:


bagaimana cara menetapkan iman & amal supaya dapat dikekalkan didalam apa jua keadaan.

Jawapan saya:

Solat dgn khusyuk dan faham apa yg dikumat kamitkan, barulah iman dan perbuatan selari. Jika kita tidak memahami apa yg diucapkan dan tidak perasan berapa rakaat dah solat, keadaan yg sama juga berlaku ketika diluar sembahyang. Jadilah cakap tak serupa bikin dan iman dan amal menjadi suatu yg berbeza.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 23 April 2009

Masukkan Rujukan.

Dari Bazli:

Assalamualaikum Warahmatullah

Saya sangat teruja membaca artikel tulisan saudara, alangkah baikknya jika saudara boleh backup artikel sebegini untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disimpan dengan baik.

Apa yang saya lihat saudara ialah seorang hard-core reseacher, jika tidak keberatan bolehkah saudara memasukkan juga rujukan supaya orang yang membacanya juga boleh melakukan rujukan dan proses pembelajaran tidak terhenti setakat itu sahaja.


Wslm

Balasan saya:

Waalaikumsalam, terimakasih atas cadangan saudara, memang saya ada back-up apa yg saya tulis dan insyaallah akan tiba masanya nanti akan saya bukukan. Buat masa ini saya sedang menyusun satu persatu "jigsaw puzzle" mengenai kehidupan ini dgn artikel2 tersebut berkat dari ilmu2 yg diperolehi dan juga pemikiran yg mendalam mengenai kehidupan dan Islam.

Ada sesetengah artikel yg mana saya link pada laman web page yg lain atau pun pada akhir artikel. Selalunya apa yg saya tulis datangnya dari buku yg saya sedang membacanya yg mana ada saya letakkan di kotak sisi blog saya ini. Insyaallah saya akan cuba letak sebanyak mungkin rujukan untuk paduan rakan2 yg lain. Terima kasih.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Masaalah Kemurungan

Dari Amirah,

Bagaimana untuk membantu rakan yang kemurungan dan dia sudah berjumpa pakar psikiatri dan makan ubat penenang yang dipercayai dibuat daripada dadah dan dia memang bergantung pada ubat itu untuk hidup sehingga sembuh, ibarat ketagihan. Bukankah ubat itu makin merosakkan otaknya?Asalnya dia adalah seorang yang ceria, tapi kerana ada masalah dan murung dan dia akan makan ubat tu,dia menjadi semakin teruk murungya. Harap saudara Helmi boleh membantu saya memberi pandangan bagaimana untuk membantunya.Adakah penyakit yang dianggap seperti sakit mental ini hanya boleh diubati dengan ubat penenang sebagai jalan terakhir?

Jawapan saya:

Jika kita cuba perbaiki keadaan sekarang tanpa melihat apa yg menyebabkan terjadinya keadaan tersebut, ianya akan kembali dan tidak membantu insan2 lain untuk mengelakkannya.



Kemurungan yg kronik ada kaitan dgn keadaan semasa kecil yg mana melalui eksperimen sains, anak monyet yg hanya diberi minum oleh robot (bersarungkan ibu monyet) cenderung kepada kemurungan, tidak aktif dan sebagainya. Tetapi apabila anak monyet ini diberi perhatian oleh monyet2 lain (diletakkan didalam sangkar yg lain), ianya kembali aktif dan ceria. Ibu bapa yg sibuk dunia cenderung meninggalkan anak2 dgn orang gaji atau asuhan, ini sebenarnya boleh memberikan kesan jangka panjang terhadap anak2 tersebut dan jika keadaan ini berterusan, generasi akan datang akan lebih teruk lagi. Disaat anak2 memerlukan perhatian dan ibu tiada disisi, ini secara tidak langsung menyebabkan hormon2 stress sudah mengalir didlm aliran darah dari kecil lagi.


Hormon stress sebenarnya meracuni manusia lebih dr apa yg kita ketahui, selalunya dikaitkan dgn sakit jantung dan darah tinggi. Kimia stress seperti glucocorticoids yg dirembes ketika stress menyebabkan sel2 otak di hippocampus menjadi rosak. Hippocampus amat penting bg manusia kerana ianya membantu pembelajaran dan adaptasi kepada susana yg baru. Lihat pada mereka yg selalu stress/murung, mereka suka pada sesuatu yg rutin, yg biasa setiap hari, termasuk juga cara mereka berinteraksi dan beremosi dgn stimuli dari luar (persekitaran atau keadaan) yang mana otak mengeluarkan kimia yg sama dan menjadi kitaran yg berulang2. Jika anda kenali mereka yg murung ini, selalunya mengajak mereka mencuba sesuatu yg baru amatlah payah.


Otak manusia memiliki sifat neurogenesis yg mana sel2 otak baru sentiasa terbentuk setiap hari dgn aktifnya, termasuk juga di hippocampus. Hasil penyelidikan mengenai penggunaan ubat anti kemurungan seperti Prozac menunjukkan ianya membantu mengurangkan sindrom tersebut. Biasanya didalm masa sebulan baru kesannya jelas kelihatan, menariknya ia juga merupakan masa yg sama untuk proses neurogenesis berlaku dan membaiki hippocampus.


Biology lama menurut Newtonian mechanic menganggap manusia seperti mesin yg mana boleh di perbaiki (sembuh) dgn alat ganti samada kimia (ubat) atau organ. Quantum Fizik dan kajian mengenai minda pula mempunyai pendekatan yg berbeza. Iaitu selagi manusia tersebut tidak mengubah pemikirannya (dlm quantum mechanic dipanggil act of measuring or observing) selagi itu dia akan mendapat keadaan yg sama. Bagaimana untuk mengubah "act of observing" itu sendiri? Dgn memberi persepsi (anggapan/pemikiran) yg berbeza terhadap apa yg terjadi, dari persepsi ini timbul minda yg baru, disusuli dgn kimia emosi yg baru dan ini akan memutuskan kitaran ketagihan badan sendiri terhadap kimia mosi tersebut. Bagaimana untuk memberi persepsi yg baru? Dgn bersangka baik dgn Allah terhadap apa yg terjadi, mungkin kita pernah berbuat dosa dgn manusia lain dan ini masa kita mendapat balasannya, mungkin Allah mahu memberi kita sesuatu yg lebih baik lagi dari apa yg kita ingini.


Perubahan harus datang dari diri si empunya diri sendiri dan kita sebagai rakan memainkan peranan penting untuk menasihatinya. Jika cara2 sebelum ini tidak berkesan maknanya cara tersebut kurang sesuai atau mungkin tidak betul sama sekali. Disamping ubat, beliau harus juga mencuba cara2 yg baru.


Alhamdulillah kerana beliau masih solat, cuba tanya bagaimana kualiti solat beliau? Ceritakan kebaikan dan manafaatnya jika solat dgn lebih fokus dan khusyuk. Salah satu cara lagi adalah dgn mengurangkan menonton TV ataupun filem, kerana apa yg dipaparkan di TV terutamanya drama2 adalah cerita2 yg penuh emosi yg tanpa kita sedar merembes kimia2 negatif juga didalam badan kita. Saya sendiri sudah 2 tahun menjauhi TV dan dapat merasakan perbezaannya.


Minta ahli keluarga dan rakan2 memberi perhatian kepada beliau, kasih sayang, cinta dan perhatian merembeskan dadah semulajadi yg paling hebat tinggi kualitinya dan ini membantu sel2 badan untuk berfungsi dgn lebih efisyen lagi.


Saya syorkan juga menasihati beliau untuk menulis setiap hari terutamanya sebelum tidur perkara2 yg membuatkan dirinya gembira pada hari itu, apa yg dimilikinya dan membuatkan dirinya gembira, apa sahaja termasuklah badan yg sihat, anggota yg sempurna, kawan yg baik dan sebagainya. Senaraikan juga apa perkara2 yg dia inginkan didalam kehidupan. Ketika menulis, minda harus tumpukan fikiran seratus peratus terhadap apa yg ditulis, jadi ketika kita menulis apa yg membuat kita bersyukur, otak akan merembeskan kimia emosi kesyukuran dan ini menghentikan kitaran kimia stress. Menulis apa yg diingini juga adalah "act of measuring" dan ia juga memberitahu sel2 badan kita apa yg kita inginkan, sel2 badan kita juga adalah minda separuh sedar kita dan ianya membantu kita membuat keputusan mendapatkan apa yg kita ingini.


Galakkan pembelajaran benda2 baru, baik dari membaca buku mahupun mengikuti kelas2 masakan atau ceramah agama sebagai contohnya. Belajar ilmu2 yg baru menghidupkan kembali frontal lobe yg lemah, ia juga memberi data2 baru didalm otak dan frontal lobe boleh membuat pilihan yg lebih baik sebelum membuat sesuatu keputusan.


Adakah jalan penyelesaian hanay dgn ubat? Pada pandangan saya yg paling penting adalah kemahuan diri sendiri untuk sembuh. Semoga berjaya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Lepasan SPM - mengatasi malas.

Nur bertanya:

salam perkenalan.saya budak lepasan spm dan sedang berusaha mencari haluan dan pedoman hidup yang terbaik untuk kebahagiaan di akhirat yang sememangnya kekal abadi>he3.panjang lebar ke??mohon tunjuk ajar.saya seperti orang yang tiada matlamat hidup.tiada cita cita yang tetap dan suka berangan seperti mat jenin pulak.tetapi saya bercita cita tinggi dan sentiasa inginkan yang terbaik.masalahnya,saya tak berusaha untuk mencapainya kerana disebabkan perasaan malas yang sangat menebal di dalam pembuluh darah saya.erhmm.. bagaimana untuk mengatasi rasa malas, tidak berkeyakinan dan menjadi sentiasa bersemangat??terima kasih.

Jawapan saya:

Cita2, angan2 dan imaginasi itu adalah salah satu ciri2 manusia ciptaan Allah untuk kegunaan manusia itu sendiri membawa dirinya menuju ke suatu arah atau tujuan hidup, tetapi cita2 atau angan2 sahaja tidak cukup tanpa kemahuan untuk mendapatkannya.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kemahuan untuk mendapatkannya itu bergantung juga kepada frontal lobe, jika ianya lemah, amat susah untuk manusia membuat perubahan kearah yg dicitakan, selesa dgn apa yg ada tetapi jiwa meronta mahukan yg lain. Dalam erti kata lain menjadi malas.

Jika frontal kuat pula, tetapi tiada data2 tersimpan didlm bahagian otak yg lain (neocortex) ini  membuatkan frontal lobe tidak boleh memproses jalan penyelesaian yg sebaiknya untuk mendapatkan cita2 anda tersebut. Sebab itu ayat pertama yg diturunkan Allah Iqra.. baca.

Dirumah kebanyakan manusia sekarang ini ada alat kegunaan harian yg melemahkan frontal lobe, apa dia? TV, baik menonton rancangan2 hiburan mahupun videogames, ini semua melemahkan frontal lobe dan menyebabkan masaalah ADD, tidak boleh berfikir jauh dan tidak boleh fokus.

Jika anda tidak boleh menumpukan perhatian disebabkan oleh ADD tadi, maka amat susah untuk anda belajar benda2 baru seperti membaca buku, tiada data2 baru tersimpan, frontal lobe tiada byk pilihan untuk membuat keputusan jadi manusia akan "stuck" dgn situasi yg tidak menyenangkan, tidak boleh berubah, hidup semakin stress, timbul penyakit2 kesan dari stress tadi dan mati sebelum waktunya.

Untuk berubah, anda sendiri kena tekad untuk berubah, umpama taubah nasuha. Tetapkan pendirian dan berusaha kearah itu. Umpama belayar dgn kapal, anda harus kuat memegang kemudi jika ingin sampai kearah tujuan anda walau sekuat mana pun angin yg bertiup atau arus dan badai yang melanda  dan yg membantu anda memegang kemudi tersebut adalah frontal lobe.

Jika anda aktif dalam aksi2 melemahkan frontal lobe, maka hentikannya, selalulah solat dan khusyuk dan membaca ilmu2 baru untuk mengisi data2 agar frontal lobe boleh membuat pilihan yg lebih global menentukan apa yg anda inginkan didlm kehidupan. 

Hidup ini juga bergantung kepada niat, jika hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah, jalan kita amat mudah, tetapi jika inginkan keredhaan manusia atau kebendaan, jalannya amatlah berliku2 sekali dan penuh ranjau.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 22 April 2009

Hukum Bercouple

Saudara Ocean.moshi08 bertanya:

Sy nak tanya lah..pasal hukum orang berkasih..(ber"couple")..tanpa ikatan yg sah..
Slh ker bercinta sesama manusia nih?


Jawapan saya:

Adalah tidak salah untuk berkasih, asalkan didlm batas2 Islam, yg menjadi masaalah muda-mudi dizaman ini adalah berdua2an baik terang2an atau bersembunyi yg mendekatkan/membawa kepada zina. Bukankah Nabi Muhammad sudah berpesan jgnlah kamu menghampiri zina? Bukankah memegang bara api itu lebih baik lagi dari menyentuh kulit yg bukan muhrim?

Sila baca artikel "Antara Babi dan Zina" dan "Berfikir Ikut Rasa" untuk penerangan lanjut.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 21 April 2009

Anak Sering Melawan

Puan Hamidah bertanya:

Bagaimana nak menghadapi anak yang sering melawan cakap ibu, ego dan kerap menyinggung perasan ibu sehingga membuatkan ibu selalu menangis.

Jawapan saya:

"Children see, children do", sebelum cuba mengubah anak2 dgn sikap2 yg negatif itu kita harus tahu mengapa mereka jadi sebegitu. Ketika umur satu hingga enam tahun minda anak didlm keadaan "hipnosis" seolah2 dalam keadaan "dipukau", ini penting untuk mereka pantas mengenali kehidupan agar peluang mereka untuk hidup amat cerah.

Masaalahnye mereka mendapat "cara hidup" yg salah dan menyebabkan mereka berkelakuan demikian. Mungkin kita sendiri seorang yg melawan dan ego, "kuah tumpah ke nasi" bukan hanya kepada bakat berlakon dan menyanyi sahaja, bakat maki hamun, sumpah seranah yg dilakukan ibu bapa juga akan menjadi ikutan.

Satu lagi faktor adalah pengaruh TV dan video games yg mana menyebabkan mereka secara automatiknya mengikut apa yg mereka lihat. Saya tahu diMalaysia cerita Sinchan memang digemari ramai, lihat sahaja betapa bersahajanya si Sinchan menjawab kata2 ibunya.

Untuk menghilang kan sikap2 negatif anak2 bukanlah satu perkara yg mudah, payah tetapi tidak mustahil. Mulakan diri sendiri memberi contoh dan lebihkan puji2an dan juga pelukan. Kasih sayang merupakan dadah semulajadi yg paling hebat dikeluarkan oleh badan manusia, tetapi ianya perlukan stimuli untuk mengeluarkannya. Bagi anak yg belum boleh berfikir dgn sempurna (frontal lobe belum fully develope), stimuli ini haruslah datang dari luar terutamannya dari ibu dan bapa. Sila baca artikel saya "Cerita Penguin Yang Taat", semoga berjaya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Warna dan Frontal Lobe

Amirah H bertanya:


Saya ingin bertanya, adakah warna mempengaruhi frontal lobe? Contoh jika beli dan memandu kereta warna merah, akan jadi ceria atau warna hijau akan jadi tenang?


Jawapan saya:


Semua buku2 yg saya baca dan kaji tiada pun memberi perkaitan antara warna dan frontal lobe.  Frontal lobe hanya membantu kita membuat pilihan untuk ceria atau tidak, tenang atau tidak dgn mengaitkan dgn data2 yg disimpan didlm bahagian otak yg lain. Jadi jika kita byk menyimpan data2 yg mengatakan warna itu dan ini memberi ketenangan berbanding dgn perasaan bersyukur dan berterimakasih kepada Allah dengan apa yg dikurniakan tanpa mengambil kira warna, rupa atau bentuk, maka sudah tentulah itu yg kita pilih.


Kita sudah "terbiasa" atau mungkin saya boleh katakan "dipukau" dgn kepercayaan kegembiraan dari luar, dari apa yg dilihat (rupa atau keadaan) atau dari apa yg diperolehi (materialistik). Keceriaan dan ketenangan dari dalam diri sendiri, dari hati dan jiwa, dan jika selalu di bajai ia akan membesar dan menaungi mereka2 yg sentiasa bersama2 kita. Insyaallah


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 20 April 2009

Bukukan Laknat Yahudi

Dari saudara M Faizal Osman

boleh ke menulis sesuatu untuk saya untuk kebaikkan umat islam. tajuk laknat yahudi, laknat lagi pemimpin islam.. menarik minat saya untuk difikirkan, juga kalau boleh dibukukan..
www.lamanpenerbithrp.blogspot.com

Dari saya:

Alhamdulillah memang niat untuk saya menulis semua perkara2 menyentuh kehidupan diblog saya ini intuk kebaikan umat islam khususnya di Malaysia. Untuk membukukan topik yahud dan pemimpin islam ini memang menarik, saya ini masih baru dibidang penulisan dan masih mengasah bakat. Tunjuk ajar dari pihak saudara amatlah saya hargai. Syukran.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 19 April 2009

Memudah Pengajaran

Dari el-yusra usrati

salam, alhamdulillah saya telah diketemukan suami saya dgn blog ini. ilmu yang dibincangkan susah nak dpt dr sumber lain. t kasih, ini mmbuatkan saya lebih mudah mngajar pelajar saya dn mgaitkannya dgn agama. saya mgajar bidang biologi sek menengah agama AlMashoor(p) P Pinang. Syukran smoga allah mmberkati anda berdua dn keluarga. resepi2 pun mnybbkan saya truja untuk mencubanya.

Dari saya:

Ilmu yg bermanafaat itu adalah sebahagian dari saham akhirat, mudah2an kita semua mendapat kebaikan dari sifat saling berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran. Insayaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 18 April 2009

Fikiran Menyesal Tindakan Lepas.

Dari Nurul,
Assalamualaikum,
Encik Helmi, bagaimana untuk tidak memikirkan perkara yang lepas-lepas? atau dengan kata lain tidak terlalu menyesali tindakan yang dilakukan pada masa lepas?contohnya menyesal tidak ambil jurusan tertentu kerana lambat mendapat kerja, menyesal tidak berkahwin dengan seseorang kerana sampai sekarang dah 30 tak kahwin lagi.... kadang-kadang fikiran itu datang sendiri, dan ia "bergerak" dengan ligat. Apa pandangan Encik Helmi?


Jawapan saya:

Untuk tidak memikirkan perkara2 lepas yg dikesalkan adalah dgn mengubah tanggapan terhadap perkara yg telah terjadi. Tiada kejadian yg berlaku itu tiada kebaikannya, Allah itu maha adil, walaupun sesuatu yg berlaku itu hasil tindakan dari tangan2 mereka yg melakukan kemungkaran, tetap ada kebaikannya. Contohnya kejadian 9/11, sekarang ini lebih ramai warga barat mengenali Islam dan menjadi muslim.

Mungkin Allah ingin memberi kita sesuatu yg lebih baik lagi tetapi disebabkan kita marahkan kejadian tersebut, membuatkan kita menjadi hamba yg tidak bersyukur (tanpa disedari) lantas menolak kebaikan2 lain yg Allah takdirkan kepada kita.

Fikiran yg negatif ini bermula dari memori2 ataupun data2 yg tersimpan dari pengalaman sendiri atau orang lain dan mengaitkan dgn kejadian semasa yg dialami. Selalunya memori yg negatif lebih mudah disimpan disebabkan manusia dizaman moden ini kebanyakannya hidup didlm keadaan stress, "fear of the unknown", takut tak dapat mencari kerja dgn mudah, takut tak dapat cari lelaki lain sebagai suami sedangkan Allah itu maha pengasih, maha adil dan maha pemurah.

Biar buruk sekalipun apa yg terjadi sentiasalah bersyukur kepada Allah, mungkin itu balasan terhadap apa yg pernah kita lakukan bertahun2 sebelum ini yg kita tidak ingat lagi (malaikat diatas bahu sudah mencatitkannya) ataupun Allah mahu memberi kita sesuatu yg lebih baik, jadi jika kita tidak berkahwin dgn si A, mungkin Allah ingin menemukan kita dgn si B tetapi disebabkan kita sentiasa bermasam muka kerana sedih tak dapat si A, si B yg berselisih dgn kita tak akan berkenan untuk berkawan dgn kita kerana sikap kita itu.

Sila baca artikel saya mengenai emosi yg berulang2 ini di artikel "Berfikir ikut rasa", moga anda lebih memahami apa yg berlaku didlm diri anda dan lebih mudah untuk menanganinya. Wassalam.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 8 April 2009

Berkeyakinan Dalam Hidup Yang Mencabar.

Saudara Zek bertanya:

assalammualaikum........ ada tak petua2 yang boleh saya amalkan untuk saya lebih berkayakinan dalam menhadapi hidup yang semakin mencabar ini??.... saya selalu rasa tertekan dalam menhadapi hdup ini......

Jawapan saya:

Waalaikumsalam,

Mudah sahaja, cuba tumpukan perhatian anda untuk fokus dan khusyuk dalam solat, pada mulanya memang agak payah tetapi jika kita konsisten, kita akan nampak hasilnya. Sama seperti ketika cuba belajar menunggang basikal, bila dah pandai, semuanya menjadi mudah.

Kita dilahirkan untuk tidak tahu erti kecundang, sebab itu bayi akan tetap cuba berjalan walaupun asyik terjatuh sahaja. Kita dibesarkan dgn ajaran "jangan...", sebab itu kita malas berusaha walaupun baru sekali mencuba.

Cuba berhenti menonton TV, main video games, internet (melayari laman2 "sampah") dan membaca akhbar dalam seminggu. Periksa keadaan minda anda selepas hari ke 8, dgn solat yg makin sempurna dan minda bebas dr pengaruh luar, anda akan merasakan kesannya, lebih tenang dan berkeyakinan. Moga berjaya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 7 April 2009

Panduan Solat Sempurna

Email dari saudara Zam

saya ingin tanya?disini tiada panduan sembahyang gan sempurnalagi bagus dimuat didalam blogs inihanya cadangan.

Assalamualaikum Zam,

Terimakasih kepada cadangan anda, saya cuma mengkaitkan solat dgn kesannya kepada otak, untuk kesempurnaan solat adalah lebih baik jika diterangkan oleh mereka yg lebih arif.

Saya cadangkan Buku "Formula Solat Sempurna" oleh Ustaz Zaharuddin.

Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Malas Membaca.

Saudara Hishamuddin bertanya:

Assalamualaikum..Penulisan saudara adalah antara penulisan yg terbaik yg pernah saya baca. Walaupun saya malas membaca, tetapi disebabkan isu yang saudara bangkitkan itu sesuatu yang 'amat berharga'dikala zaman bangsa melayu semakin hancur di akhir-akhir ini. Soalan saya..Apa langkah pertama yang harus dilakukan bagi menguatkan (Front Lobe).

Jawapan saya:

Frontal lobe amat sukakan ilmu2 yg baru, sebab itu Islam mementingkan ilmu. Lazimnya manusia selepas tamat belajar dan bekerja terus berhenti belajar benda2 baru dan hanya tenggelam dgn hiburan terutamnya TV. Hiburan terutamanya TV dan video games melemahkan frontal lobe. Jadi rajin2 lah membaca, bukan pasal artis ni kahwin, artis ni beranak dan sebagainya tetapi ilmu2 yg membuka minda baik dari segi kewangan, kesihatan, agama dan apa2 sahaja yg akan mengaktifkan kembali frontal lobe.

Islam sudah ada cara senaman frontal lobe iaitu fokus didlm solat, jadi perbaiki solat kita agar lebih fokus dan khusyuk. Ikhlas dan sentiasa bersyukur kepada Allah, insyaallah kita akan sentiasa di jalan yang lurus.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Bekerja Tidak Boleh Solat.

Saudari Asnida bertanya,

sekom...sy nak tanya kalo kita qado solat kerana kita bekerja..boleh x??kerja sorang xboleh tinggal??adakah solat kita itu tidak diterima??

Jawapan saya:

Sebagai umat Islam, mana yg tidak boleh tinggal? Solat. Jika kita bekerja tetapi tidak boleh solat, bukankah itu sudah kuat alasannya untuk kita mencari kerja lain. Mungkin juga disebabkan tidak solat itu membuat kita tidak boleh melihat kebarangkalian lain, lebih kreatif dan mencuba sesuatu yg baru? Sila rujuk artikel "Mengapa Frontal Lobe".

Sila baca di link ini untuk hukum Qada solat.

Selalulah berdoa kepada Allah, ini termasuk juga dari kesedaran diri sendiri untuk mendapat pekerjaan yg baru yg boleh memberi peluang kita bersolat. Selangkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Dia mendekati kita, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 6 April 2009

Berani Melakukan Kebaikan.

Saudara Zek bertanya,

assalamualaikum........bagaimana caranya untuk saya lebih berani melakukan kebaikkan dari kemungkaran. saya mudah terpengaruh.??

Jawapan saya:

Waalaikumsalam Zek, sila baca artikel saya bertajuk "Mengapa Frontal Lobe?" Antara ciri2 manusia yg mengikut-ngikut adalah yg agak lemah frontal lobenya.

Kita harus berusaha menjadi pemerhati yg hebat, apa yg perlu diperhatikan? Fikiran kita... Fikirkan apa tujuan hidup ini? Mencari keduniaan atau mencari akhirat atau kedua2nya? Solat yg ikhlas dan faham apa makna yg diucapkan akan sentiasa mengingatkan kita akan tujuan hidup. Dan jika hidup kerana Allah, membuat kebaikan tidak lagi menjadi sesuatu yg asing. Jika kita boleh fokus didlm solat tanpa perasan akan persekitaran umpama mereka yg makan makanan yg lazat sehingga mak mentua lalu pun tak sedar, saudara juga akan melatih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan tidak mudah terpengaruh.

Semoga berjaya..


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Komen wario66 - Kelulusan Saudara

Komen saudara wario66 ini pada pendapat saya elok dikongsi dgn rakan2 yg lain, disini saya sertakan jawapan saya, lagipun terlalu panjang untuk dibiarkan di ruangan komen.

wario66 berkata...

1. a'kum,Apa pendapat saudara dalam buku the secret yangmenyatakan "men are manifestation of god"?adakah sama dengan wajjahtu waj hiya lil lazi?
2009 April 5 02:42

wario66 berkata...
2. Apa pendapat saudara tentang anak-anak selain Melayu, yang lebih pandai dan stabil dari segi emosi, padahal tak pernah pun sujud?Saya tak pertikai kelebihan sujud, nampaknyaujikaji (teori) berkenaan frontal brainkena diperkemaskan lagi.Melayu yang selalu sujud pun selalu kena histeria(ketidakstabilan emosi).Tak penah dengar anak cinakena histeria?
2009 April 5 04:36

wario66 berkata...

3. Saya cadangkan semua umat islam baca buku Terjemahan alQuran dalam bahasa yang boleh difahami masing-masing.Ini sebenarnya 'kunci'mengapa selepas peristiwa 911, ramai mat saleh US divert kepada islam.Takkan kita tak nak 'refresh' (mungkin dah tau) pengetahuan kita kot? dan mengetahui kenapa diaorang divert(bukan convert).SEBELUM BACA APA-APA BUKU YANG "SEMUANYA" TEORI DARI BARAT ATAU JEPUN (DR EMOTO).SEMUA KAN?

Komen balas saya.

1. Melihat video The Secret atau membaca bukunya bukan bermaksud saya terima 100% apa yg dikatakan didlm program motivasi tersebut, semuanya saya rujuk kepada Islam dahulu sebelum menerimanya, apabila melihat intronya sahaja saya teringat Bismillah... Dengan Nama Allah ynag Maha Pemurah, jadi itu rahsianya, dari fikiran dan akal kita sendiri barulah kita boleh mencapai apa yg kita ingini, tetapi untuk memahami lebih mendalam lagi perlu dirujuk kepada Quantum Fizik yang mana ia menjelaskan secara saintifik.

Sama juga bila saintis barat mengemukakan teori Big Bang, jika umat Islam rujuk didlm AL Quran ianya terdapat di dlm Surah Al Anbiya ayat 30, jelas terbukti kebenaran Al Quran itu.

"men are manifestation of god", jika kita rujuk ajaran Islam, ada dua pendapat mengenainya yang mana ada pendapat yg menyatakan manusia itu sendiri adalah dari zat2 Allah itu sendiri. Ini yg dinamakan "wahdatul wujud" yg dikaitkan dgn Ibn Arabi yang mana tidak dipersetujui oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Saya masih mengkaji bab ini kerana ianya berkait rapat dgn "Super String Theory" atau "Unified Field Theory" dalam ilmu fizik. Masih banyak yang perlu dipelajari mengenai bab ini.

Membaca buku The Secret atau buku apa sahaja pun semuanya berkait rapat dgn niat (nawaitu), malah hidup kita juga byk bergantung kepada niat (dan niat ini fungsi utama frontal lobe). Mata kita hanya boleh melihat apa yg kita ingin lihat (berdasar kepada niat tersebut). Jika niat untuk mendekatkan dgn Allah maka kita akan lihat kaitannya dan demikian sebaliknya.

"wajjahtu waj hiya lil lazi" yang saudara sebutkan itu apa yg saya ketahui dari doa iftitah yg bermaksud "Aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi", maaf saya tidak faham kaitannya dgn komen saudara., kecuali saudara cuba kaitkan dgn "wahdatul wujud".

2. Sujud harus seiring dgn fokus, kalau tak umpama masuk gym cuma naik turunkan tgn tanpa menggunakan beban, jadi tiada kesan pada otot. Otak kita juga seperti otot yg perlu dilatih, terutamanya frontal lobe, dilatih dgn memfokus pada sesuatu. Bahagian lain lebih kepada untuk memori, dilatih dgn diulang2, sama seperi kita menghafal sifir.

Saudara tentu tahu frontal lobe hanya terbentuk sepenuhnya hanya selepas 20 tahun, sebab itu remaja amat perlu didikan dari ibu bapa, dizaman ini ibu bapa mengejar dunia mengharapkan orang gaji member makan dan membiarkan TV, video games dan internet menjadi panduan/didikan. Jadi nak disalahkan siapa jika bangsa kita sekarang makin rosak akhlaknya.

Histeria selalu berlaku di asrama2, saya tak pernah tahupun ada tak asrama untuk bangsa cina. Kita tidak tahu masaalah2 bangsa lain, kita hanya baca Harian Metro, Utusan dan Berita Harian, pernahkan saudara baca Nan Yang Siang Pao atau Tamil Nesan? Memang benar tanpa sujud mereka kelihatan normal tetapi adakah mereka boleh melihat dgn lebih jauh sesuatu tindakan mereka? Siapa yg selalu menjual video2 lucah? Siapa yg mengurus rumah2 pelacuran? Siapa yg membuka kedai judi? dan bermacam2 lagi tindakan yg hanya nampak keuntungan buat diri sendiri tanpa melihat kesan pada masyarakat bukan sahaja pada masa sekarang malah pada masa akan datang.

Orang melayu juga sudah mengikut jejak langkah mereka, sebab itu rasuah menjadi2 kerana apa? Kerana hanya nampak "now" dan tidak "later". Mahu nikmat segera dan bukan nikmat2 yang menyusul dikemudian hari berkat kepimpinan yang jujur. Agaknya makan mee segera, makanan segera byk sangat jadi wang pun mahu wang segera walaupun wang itu haram.

Saudara pasti sudah tahu mengenai transcendental meditation (www.tm.org) yg sudah beratus2 kajian saintifik dijalankan mengenainya, yg mana ianya membawa kesan baik untuk manusia dari segi pemikiran, emosi dan juga kesihatan. Teknik meditasi ini memfokus pada sesuatu bunyi, duduk selesa dalam 20 minit, 2 kali sehari. Tetapi untuk mempelajarinya harus masuk kelas 1-2 jam selama 4 hari berturut2 dan kosnya 1000USD. Tetapi mengapa teknik yg kononnya begitu berkesan ini tidak boleh melihat kesan yg lebih hebat kepada manusia jika ianya tidak diajar dgn harga yg lebih munasabah? Malah ia menjadi satu bisnes pulak (www.tmbusiness.org). Jadi walaupun teknik tersebut terbukti secara saintifiknya "merawat" manusia, tetapi mengapa hanya yg mampu sahaja? Bagaimana dgn yg tidak mampu? Ada yg tidak kena dgn teknik tersebut.

Solat bukan sekadar sujud, kesemua aspek solat itu penting untuk merawat otak manusia. Saya amat berharap agar saudara juga dapat membuat kajian untuk memperkemaskan teori saya ini dan tidak hanya memberi2 komen sahaja, saya dahului dgn ucapan terimakasih.

3. Saya amat bersetuju semua umat islam memahami Al Quran dan bukan setakat menghafalnya sahaja. Itu salah satu cara untuk membuat solat lebih bermakna, faham apa yg dikumat kamitkan. Menuntut ilmu itu bagus juga jika boleh di capai dari segenap sudut, sama juga ketika makan, adakah saudara menghabiskan nasi sahaja dahulu dan kemudiannya baru makan lauk? Makan nasi beserta lauk baru terasa nikmatnya, baru makan bertambah2, kalau tak, nak tambah pun dah tak lalu kerana syaratnya kena habiskan nasi dahulu.

Nabi berpesan tuntutlah ilmu sampai kenegeri cina, bermakna Nabi juga menggalakkan ilmu2 dari sumber yg lain selain dr islam, termasuklah barat dan jepun. Wallahualam.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO