Ahad, 2 Mei 2010

Blogger Islam Tak Ikut Islam

Dari Faroaq;

assalamualaikum.. saya faroaq.. pelajar univ.... saya juga antara yang meminati artikel tuan, saya ada satu persoalan, dalam penelitian saya, lebih ratusan bloger yang nak bawak islam, yang faham islam, dan yang faham bagaimana nak sebarkan islam, tapi tak ramai yang cuba bertindak mengikut kefahamannya. buktinya, kebobrokan sosial dan akhlak di kalangan remaja masih banyak di malaysia, apa pandangan tuan.. harap respon.

Respon saya;

Waalaikumsalam, apa yang saudara kemukakan disini adalah contoh apa yg dipanggil "cakap tak serupa bikin", walaubagaimana mungkin hanya segelintir sahaja blogger yg bersifat sedemikian, saya yakin blogger yang benar-benar ikhlas sebarkan Islam tidak akan bersifat sebegitu. Pada pendapat saya yang menyebabkan ramai yang cakap tak serupa bikin adalah kerana perbezaan situasi ketika menulis dengan situasi sebenar kehidupan sehari-harian.

Semasa menulis, fisiologi manusia selalunya didalam keadaan tenang. Amat sukar untuk menulis bab agama dan nasihat tak kala fikiran bercelaru atau bernafsu. Semasa keadaan tenang, darah mengalir dengan berkesan ke bahagian otak yg digunakan untuk berfikir iaitu frontal lobe. Ketika menulis juga, blogger hanya tertumpu kepada skrin komputer dan tidak kepada pandangan-pandangan yang menaikkan nafsu, jadi idea menegakkan Islam itu mencurah-curah datang ketika dialam maya itu.

Akan tetapi apabila keluar sahaja ke alam nyata, kebanyakan manusia akan terdedah dengan pelbagai contoh dugaan maksiat yang mana tak secara langsung mengalih minda mereka dari keadaan sayangkan Islam seperti ketika situasi menulis blog kepada situasi menjadi pengikut maksiat. 

Dugaan-dugaan itu datangnya dari media samada TV, filem mahupun dari internet itu sendiri atau yang paling biasa sekali (dugaan kepada blogger lelaki) adalah cara wanita zaman kini berpakaian. Mungkin ada yang berkata "Ala, perempuan bertudung pun ada yang di "kacau" oleh lelaki", pada pemikiran saya pula sebab wanita lain tidak menutup auratlah wanita lain yang sopan menjadi mangsa (Suka Hati Akula Nak Pakai Apa).

Didalam dunia yang penuh helah dan tipu daya ini hanya satu sahaja pelindung bagi kebanyakan muslimin dan muslimat yang benar-benar mahu sentiasa berada dijalan yang lurus iaitu dengan solat yang berkualiti. Dengan solat yang ikhlas (bukan terpaksa) kerana Allah dan yang amat penting sekali adalah tumpuan yang penuh kepada bacaan dan maksudnya. Bukankah solat itu pencegah kemungkaran jadi apabila kukuh tembok penghalangnya (solat) maka serangan-serangan dari luar iaitu maksiat oleh kafirun dan juga oleh "muslim part time" akan boleh ditampan dengan mudahnya.

Dengan tumpuan kepada bacaan dan maksud ayat yang dikumat kamitkan, manusia berlatih menjadi pemerhati yang hebat, iaitu pemerhati kepada apa yang bergelegar diminda mereka. Semua tingkah laku bermula dari pemikiran jadi amatlah perlu untuk menganalisa/memerhatikan ianya sepanjang masa dan dengan frontal lobe yang kuat seseorang itu boleh mengaitkan semula apa yang ditulis dengan fikiran mereka ketika itu dan juga mampu menganalisa kesan tindakan masa kini terhadap masa depan maka barulah mereka boleh menjadi "cakap serupa bikin".

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO