Sabtu, 26 Jun 2010

Terangkan Law Of Attraction

Zack bertanya;

boleh en helmis terangkan serba sedikit tentang Law of Attraction

Jawapan saya;

Kebanyakan kita akan mengaitkan Law of Attraction (Hukum Tarikan) dengan filem The Secret yang secara komersialnya mempopularkan hukum ini, melalui filem ini jugalah saya mengenalinya. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya apabila memahami hukum tarikan ini adalah,
Bismillahirrahmanirrahim
Inilah penjelasan sifat Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hukum tarikan ini boleh dijelaskan dari sudut Islam, dari sudut fizik kuantum mahupun sudut biologi manusia itu sendiri.
Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir, 40:60)
Allah maha pemberi dan maha penyayang maka tiada sebab apa yang kita inginkan itu tidak akan dimakbulkan sama yang baik atau buruk (yang kita sangka baik). Akan tetapi syarat utamanya adalah percaya, apabila kita percaya dengan sepenuhnya, mencipta realiti yang kita ingini amat mudah sekali. Sebab itu kafirun boleh kaya dan semakin kaya kerana mereka percaya yang mereka boleh melakukannya tanpa perlu mengira halal atau haram. Samada ianya terlibat dengan penipuan atau riba' ianya tidak menjadi landasan percaturan tindak tanduk mereka. Akan tetapi kita sebagai umat Islam ianya mestilah berlandaskan garis panduan yang telah tersedia untuk kita semua iaitu Quran dan sunnah, itu antara maksud ayat seterusnya dari surah diatas.


Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir, 40:60)
Iaitu, permohonan kita itu hendaklah beserta juga dengan ibadat, ini tidak semestinya solat, puasa dan sebagainya. Berbuat baik sesama manusia juga dikira sebagai ibadat dan dari situ juga datanglah keredhaan Allah untuk memekbulkan apa yang dipinta.


Dari sudut fizik kuantum pula, asas kehidupan manusia itu sendiri iaitu atom adalah suatu yang abstrak dan bukanlah suatu yang nyata, bukanlah suatu yang solid, sehinggalah kita sendiri selaku "pemerhati" (observer) memilih dengan niat dan fokus (intentian & attention) apa yang kita mahu perhatikan. Sila baca artikel Fizik Kuantum dan falsafahnya untuk memahaminya.

Daari sudut biologi pula, jika kita boleh mengarahkan berbilion-bllion makhluk lain mendapatkan apa yang kita kehendaki, nescara ia akan berhasil. Contohnya piramid di Mesir yang dibina oleh berpuluh-puluh ribu tentera dan hamba kerahan Firaun. Itu dari sudut dunia luar, bagaimana dari sudut dunia dalam (inner world)? Jika kita boleh mengarahkan sel-sel kita untuk bersatu mendapatkan apa yang kita hajati, mereka itulah dengan tanpa kita sedari akan senantiasa membantu kita mencapai apa yang dihajati. Sila baca artikel Kita Semua Adalah Pemimpin untuk memahami konsep ini.

Baik apa pun yang kita ingini dan dengan cara apa sahaja yang akan kita perolehi dan dengan menggunakan teknik apa jua sekalipun, semuanya mestilah berlandaskan dengan Islam. yang menjadi masaalah manusia akhir zaman ini apa jua yang mereka inginkan adalah berdasarkan apa yang dilihat dan digasak oleh media baik TV, filem mahupun majalah dan akhbar. Apa yang diinginkan didalam hidup ini semuanya dapat dirumuskan untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan. Akan tetapi kesenangan dan kegembiraan itu sendiri adalah relatif, relatif dari asas apa pengukuran kita lakukan.

Jika asas ukuran bagi kita adalah kesenangan dan kebahagiaan dunia seperti rumah dan kereta mewah dengan isteri atau suami yang cantik atau hensem, berharta dan sebagainya, maka itu juga yang akan kita cari dan gunakan hukum tarikan untuk mendapatkannya. Akan tetapi jika asas ukuran kita adalah akhirat maka apa jua kesenangan didunia ini tidak akan kita kejar sebaliknya kita akan kejar lebihkan memberi dari menerima. 

Dunia ini sendiri adalah ilusi, malah dari sudut fizik itu sendiri pun apa yang kita anggap nyata dan benar ini sebenarnya adalah tanggapan salah akan tetapi kebanyakan manusia telah tertipu dan percaya bahawa dunia inilah yang nyata dan akhirat adalah ilusi, kerana apa? Kerana dunia suatu yang boleh dilihat dan akhirat tidak nampak dek pandangan mata. Akan tetapi sesungguhnya percaya kepada yang ghaib itulah sebenarnya yang memberi kita kekuatan untuk menjalani kehidupan didunia yang sementara ini, dunia permainan.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-Anaam 6:32)


Anda boleh gunakan Law of Attraction ini untuk tujuan apa sekalipun hatta dengn menganggap Allah tiada kena mengena dengannya, akan tetapi syaitan dan dajjal itu sentiasa membisikkan manusia agar percaya yang dia menuju kebahagiaan sedangkan sebenarnya menuju kehancuran. Allah maha pemurah dan boleh memberi apa sahaja, akan tetapi biarlah ianya akan menjamin kebahagiaan kita didunia dan juga diakhirat, insyaallah.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO