Isnin, 11 November 2013

Mengapa Tuhan Uji Kita - Menjawab Pertanyaan Atheis

Saudari Ina bertanya:

Salam. Sebelum saya kemukakan soalan saya, rasanya eloklah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya seorang agnostic dan anti-religion. Tujuan saya bertanya disini adalah untuk mendengar pendapat orang lain tentang persoalan ini. Soalan saya ialah; ramai theist yang percaya tuhan itu menguji keimanan kita dengan kesedihan, kesengsaraan dan bencana alam. Masalahnya, theist juga kata tuhan tu maha mengetahui. Mengapa tuhan (yang maha mengetahui) perlu uji kita? Ujian itu bagi "penguji" yang tidak mengetahui sama ada yang "diuji" akan lulus ujian atau tidak. Tetapi... Tuhan itu maha mengetahui. Mengapa tuhan uji kita? Adakah dia bukan maha mengetahui?

Jawapan saya:

Jawapan saya amat mudah. Allah SW menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Dan ini saya rumuskan selepas saya memahami sedikit sebanyak ilmu Fizik kuantum dan juga Relativiti oleh Einstein. Gabungan antara ilmu dunia ini dan juga ilmu akhirat telah menjurus saya untuk membuat rumusan tersebut. Walaupun ramai theist percaya yang tuhan memberi kan kesedihan, kesengsaraan dan sebagainya, saya pula tidak menganggapnya sedemikian.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia… Surah Ar-Rum 30:41


Melihat kehidupan dari perspektif fizik kuantum, apa yang berlaku kepada diri kita adalah kerana kita sendiri yang telah membuat pilihan sedemikian. Malah konsep ini telah dimaklumkan oleh firman Allah SW didalam ayat diatas. Apa yang berlaku, sedih, sengsara, kepayahan dan sebagainya semua adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri, mereka yang memilih untuk menerima keadaan sedemikian yang mana sebenarnya telah disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri tetapi disebabkan sudah terlupa, mereka menuding jari pada orang lain dan juga kepada tuhan. Bencana alam pula adalah suatu perencanaan Tuhan kearah suatu yang lebih baik pada skala yang besar akan tetapi tidak dapat atau belum tercapai oleh akal manusia. Ujian pula tidak semestinya dengan musibah, kekayaan dan kesenangan juga adalah ujian kepada umat manusia. Memiliki ilmu juga adalah ujian bagi umat manusia.


Tuhan maha mengetahui kesudahan kita, semuanya sudah termaktub sebagai takdir, Allah SW tidak terikat dengan ruang dan masa berbeza dengan manusia. Maka apa yang telah dan akan dilakukan oleh Allah SW dengan memberi kita pelbagai ujian itu adalah agar kita kembali kepada takdir landasan yang telah ditetapkannya. Yang lulus adalah mereka yang berjaya mengikut dan kembali kelandasan tersebut, yang paling berjaya adalah mereka yang bukan sahaja berjaya mengikut landasan tersebut malah melakukan lebih banyak kebaikan dan pada masa yang sama kekal didalam landasan (takdir) yang telah ditetapkan oleh Allah SW sedari awal penciptaanNya.

Semua ini tidak dapat dilihat atau dijangkau oleh akal manusia kerana kita berada didalam dimensi ruang dan masa sedangkan Tuhan tidak. Kehidupan umpama filem didalam cakera padat (DVD), semua aksi-aksi selama 1-2 jam filem itu adalah didalam sekeping DVD berkenaan akan tetapi si pengarah (Pencipta) berada diluar DVD berkenaan maka oleh sebab itu pengarah tidak tertakluk kepada ruang dan masa 1-2 jam didalam filem berkenaan.

Bezanya kehidupan dengan filem didalam CD/DVD berkenaan adalah, didalam filem yang telah disimpan didalam DVD tersebut jalan cerita sudah tetap dan tidak boleh diubah lagi, akan tetapi didalam kehidupan ini manusia diberikan kebebasan berfikir dan memilih untuk merencanakan kehidupan mereka. Akan tetapi disebabkan penamatnya sudah ditentukan (takdir) maka kehidupan manusia itu perlu dilencongkan semula oleh Tuhan supaya kembali kelandasan yang telah ditetapkan. Ini rata-rata dilabelkan sebagai musibah oleh kebanyakan manusia yang menjurus kepada kesedihan, kesengsaraan dan sebagainya sedangkan jika kita fikirkan kembali, sedih dan gembira itu adalah sebenarnya pilihan kita sendiri, semuanya terletak pada minda (it's all in the mind).

Tingginya darjat umat manusia adalah kerana kita diberikan akal dan minda yang tinggi berbeza dengan haiwan, ini termasuklah kebebasan memilih (free will), akan tetapi ini tidak datang secara percuma, ada harga yang perlu dibayar iaitu manusia boleh terlencong dari landasan takdir disebabkan oleh kebebasan memilih mereka itu tadi. Maka disebabkan pilihan kita, maka terlenconglah kita dari "ihdinassirotolmustakim" (lurus mengikut landasan yang betul), dan sayangnya Allah SW kepada kita melencongkan balik perjalanan kita didunia ini dalam bentuk ujian-ujian tersebut.

Jika kita melihat sesuatu kejadian atau ujian-ujian itu hanya dari sudut negatif contohnya kekasih yang disayangi lari meninggalkan kita lantas menyebabkan kita jatuh sedih, maka pastilah hidup ini akan menjadi sengsara dan penuh dengan penderitaan. Akan tetapi jika kita lihat dari sudut lain, contohnya mungkin Allah SW sayangkan aku dan tidak mahu aku terus bermaksiat, Allah SW sebagai perencana kehidupan ini tahu yang sidia itu tidak akan menjadi suami atau isteriku yang baik, Allah SW mahu memberikan aku seorang yang lebih baik dari sidia yang lari meingggalkanku, pasti kita akan memilih untuk redha bersyukur terhadap apa yang berlaku dan memilih untuk tidak bersedih, mungkin tidak bergembira ketawa hahaha akan tetapi paling tidak mampu meneruskan kehidupan dengan harapan baru. (Sila rujuk artikel Vaksin Kemurungan)

Apabila kita memilih untuk redha dan bersyukur, ada sesuatu yg lain akan timbul didalam diri kita, secara fisiologinya minda kita akan kekal positif dan ini akan menyebabkan tubuh badan kita kekal sihat kerana minda didalam kesedihan akan mempengaruhi sistem imun dan menjadikan ianya lemah dan lantas menyebabkan mudah untuk kita mendapat penyakit terutamanya penyakit umum seperti selsema. Dari segi fizik kuantumnya pula, minda yang positif akan menyebabkan kita lebih fokus pada apa yang positif dan lantas akan juga mencipta suasana yang positif didalam kehidupan kita.

Apabila Allah SW mencipta kehidupan didunia ini, semua telah ditakdir dan direncanakan dengan yang terbaik untuk semua kehidupan dan makhluk ciptaanNya, jika tidak maka sudah tentulah ia bercanggah dengan sifat Allah SW yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Manusia merasakan yang mereka mempunyai kebebasan memilih akan tetapi sebenarnya menurut Dr. Benjamin Libet ianya tidak sedemikian seperti yang didapatinya didalam eksperimennya seperti yang diceritakan didalam buku Mind Time karangan beliau. Didalam eksperimennya mengenai otak, beliau mendapati aktiviti didalam otak bermula beberapa milisaat sebelum manusia itu sedar (concsious) akan apa yang ada didalam fikirannya yang mana kemudiannya akan menjadi perbuatan, tingkah laku dan juga yang mana kemudiannya akan kembali semula kepadanya. 

Kehidupan manusia sebenarnya lebih banyak di"arah" oleh minda separuh sedar (sub-conscious - sebab itu aktiviti didalam otak bermula sebelum manusia itu sendiri menyedarinya), jadi contohnya jika manusia telah di"brainwash" dibasuh mindanya contohnya untuk membenci Islam melalui propaganda-propaganda media massa yang melabelkan Islam sebagai pengganas dan sebagainya (sedangkan hakikat sebenar adalah satu-satunya agama dunia yang masih menolak riba' yang menghalang mereka dari diperhambakan secara ekonomi oleh ahli perbankan global), maka itu yang menjadi tindak tanduknya yang disangkakannya "free will" sedangkan ianya sebenarnya adalah hasil dari "brainwash" propaganda media massa yang dikawal oleh golongan elit yang mahu memperhambakan seluruh umat manusia.

Jadi jika seseorang itu menolak Islam, memberontak dan merasakan kehidupan gaya barat itulah kebebasan manusia yang sebenar (yang mana tanpa sedar adalah melalui basuhan minda filem, musik dan sebagainya) dengan berdisko, bercampur gaul bebas lelaki wanita dan minum arak, dan didalam keadaan mabuk itu katalah bergaduh dan menumbuk men"yakiti" orang lain kerana akal yang waras sudah tiada, apabila ia kembali kepadanya sebagai "kesakitan" (yang mana sebenarnya pada mulanya dia sendiri yang memulakannya dan ini tidak semestinya kembali kepadanya sebagai penumbuk, mungkin penerajang atau sindiran yang juga menyakitkan), akan tetapi tanpa segan silu dia menuding kepada orang lain dan menyatakan mereka yang bersalah dan jika ianya penyakit pula mereka menudingnya pada Tuhan, sedangkan sebenarnya dia yang telah lupa pada satu ketika mabuk dulu dia pernah menumbuk dan menyakiti orang lain.

Kita semua perlu menjadi apa yang saya panggil "Pemerhati Yang Hebat", memerhatikan apa? Memerhatikan tingkah laku dan tindak tanduk kita agar ia tidak akan kembali kepada kita sebagai musibah atau "ujian-ujian" (ini boleh dibincang panjang lebar lagi kerana Nabi juga diuji dan ada penjelasannya). Dan setiap "pemerhatian" ini pula perlu ada rujukannya, umpama kapten kapal laut yang mengemudikan kapalnya dengan merujuk kepada rumah api dipantai atau bintang-bintang dilangit. Jika dia tidak mengendahkannya pasti kapalnya akan karam merempuh daratan atau sesat dan tidak sampai kedestinasinya. Jadi apa rujukan kita sebagai umat manusia ini? Saya ada jawapannya, bagaimana dengan saudari? Apakah rujukan saudari? Adakah Origin of Species atau Wealth of Nation?

Saya tahu saudari tidak keseorangan diluar sana sebagai agnostic, anti religion atau pun atheis. Nasihat saya adalah berfikir sedalam-dalamnya tentang kehidupan ini. Tiada apa yang dicipta didunia ini tanpa tujuan, saudari menanyakan soalan ini juga ada tujuan apatah lagi kehidupan ini. Fikirkan sedalam-dalamnya adalah "free will" saudari untuk memilih cara hidup tersebut adalah benar-benar pilihan saudari atau pun adakah kerana minda separuh sedar saudari telah di"basuh" dengan ideologi-ideologi barat yang mahu manusia lari dari dunia kerohanian dan berlumba-lumba mengejar keduniaan (materialisme). Mungkin saudari juga akan berkata mungkin saya juga telah dibasuh mindanya dengan Islam, ya, saya setuju dengan saudari jadi bagaimana kita boleh uji mana yang benar?

Ujian litmus untuk itu adalah dengan melihat kepada perjuangan Islam itu sendiri. Saya tidak terpedaya dengan propaganda Islam sebagai pengganas atau penindas wanita, saya nampak Islam adalah satu-satunya agama yang masih menentang kuat penindasan terutamanya melalui riba', faedah atau bunga (interest) yang mana ini adalah tembok besar dalam langkah golongan elit global untuk memperhambakan manusia. Oleh sebab itulah mereka mahu Islam dilenyapkan dan pengikutnya perlu dilencongkan dari Islam iaitu dari landasan sebenar didalam segenap sudut kehidupan. Ini terbukti dengan kebanjiran mubaligh-mubaligh Kristian dengan dana yang besar tajaan barat dan juga propaganda dunia tidak bertuhan dari barat melalui filem, musik, video dan sebagainya

Bagaimana dengan agnostic dan anti agama, apakah yang sebenarnya mereka perjuangkan dan apakah rujukan mereka didalam perjuangan itu? Darwin? Fikir-fikirkanlah wahai saudari, dari mana asal kita, apa yang perlu kita lakukan didunia ini dan kemana kita akan pergi, ini adalah tiga soalan utama yang perlu ditanyakan oleh semua manusia dan berusaha mencari jawapannya. Alhamdulillah saya menemuinya didalam Islam.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Surah Ar-Rum 30:41


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 17 Jun 2012

Pandangan Mengenai Amanah Saham


Assalamualaikum Tuan

Bolehkan tuan berikan pandangan tuan mengenai saham amanah.

Terima Kasih

Jawapan saya;

Waalaikumsalam Tuan,


Amanah saham adalah satu bentuk pelaburan yang mana wang orang ramai dikumpulkan oleh syarikat amanah saham tersebut untuk dilaburkan didalam syarikat-syarikat tertentu baik secara langsung atau tidak melalui dagangan jualbeli saham di bursa. Hasil dari keuntungan syarikat itu tadi akan dikongsi dan diberikan kepada orang ramai selaku pelabur dalam bentuk dividen selepas kadar masa yang tertentu. Sebelum saya memberikan pandangan saya, ingin saya memberitahu rakan-rakan sekalian bahawa saya sebelum ini pernah melabur didalam amanah saham dan pernah juga menjadi agen untuk unit amanah ini, akan tetapi apabila ilmu pengetahuan saya mengenai ekonomi bertambah baik dari segi teknikaliti ekonomi itu sendiri dan juga kaitannya dengan Islam sebagai agama yang melarang keras penindasan, saya menjadi tawar hati untuk terus melabur apatah lagi terus menjadi agen. Sekarang saya tidak mempunyai apa-apa pelaburan unit amanah, semuanya telah habis saya jualkan kembali. Disini saya ingin berkongsi mengapa saya menjadi tawar hati untuk melabur walaupun dilabelkan amanah saham Islamik apatah lagi yang tidak dan apa alternatif lain untuk pelaburan.

1. Amanah saham menindas pelabur.
Apabila saya melabur sahaja dengan unit amanah, sebahagian peratus secara automatik akan ditolak dari pelaburan saya masuk kepoket syarikat amanah saham dan juga ke poket agen. Jika tujuan unit amanah untuk pelaburan dimana risiko pelaburan ditanggung oleh pelabur, bukankah ianya juga patut ditanggung oleh syarikat unit amanah dan juga agen-agennya? Apabila syarikat atau agen mandapat hasil serta merta dari pelaburan pelabur, mereka tidak ubah seperti bank yang mengenakan riba' kepada peminjam dengan mendapat pulangan tetap dari setiap pelabur. 

2. Amanah saham juga berjual beli di bursa saham.
Syarikat-syarikat unit amanah ini juga akan berjual beli "wang" di bursa saham untuk mendapatkan wang. Dalamana artikel saya diblog SD merujuk kepada pelabur individu, ianya tiada beza dengan pelaburan berkumpulan oleh syarikat unit amanah. Sila baca artikel tersebut untuk mengetahui hujah-hujah saya.

3. Pelabur tiada kawalan keatas pelaburan.
Kawalan keatas pelaburan bukan bermaksud bagaimana wang mereka itu akan dilabur dikaunter mana-mana di bursa saham akan tetapi kawalan terus keatas syarikat yang dilaburkan. Jika saya sendiri melakukan perniagaan, saya tahu kualiti barang yang saya jual dan mampu menjaga peniagaan saya agar ianya betul-betul halal. Dalam dunia akhir zaman ini yang mana hanya keuntungan dunia sahaja yang dilihat, manusia telah "berevolusi" menjadi lebih tidak beretika. Tidak lama dahulu kita dikejutkan dengan kilang susu bayi di China yang mencampurkan serbuk melamin kedalam susu bayi, kerana apa? Kerana inginkan keuntungan yang lebih, jadi persoalannya, jika ianya berlaku di China, adakah pasti perbuatan sedemikian tidak dilakukan oleh industri di negara kita?

4. Pelabur meng"kuda"kan orang lain.
Apabila kita hanya duduk goyang kaki dan mendapat keuntungan dari penat lelah orang lain, saya melihat itu sebagai meng"kuda"kan orang lain, dalam fizik kuantum saya tidak boleh melihat dunia tanpa saya sendiri terbabit membentuk ianya menjadi realiti hidup saya. Jadi jika saya tidak mahu dikudakan (diperhambakan oleh orang lain) maka perlulah saya terlebih dahulu tidak mengkudakan orang lain. Mungkin ada yang berkata "mana ada orang "kuda"kan aku", jawapan saya adalah tak ada ke ansuran rumah dan kereta yang perlu dibayar lebih tinggi dari harga asal rumah atau kereta tersebut? Itulah sebenarnya peng"kuda"an atau perhambaan jenis baru yang tidak jelas kelihatan, akan tetapi kesannya sama iaitu memerah tenaga untuk orang lain. Jika dahulu hamba abdi bekerja tanpa rela, hamba zaman moden pula bekerja dengan rela hati untuk tuannya kerana didodoikan dengan rumah besar dan kereta baru.

Jadi apakah alternatif untuk pelaburan kepada umat Islam jika mereka mempunyai modal untuk melabur? Jawapan saya adalah berniaga sendiri yang mana kita punyai kawalan keatas keuntungan yang akan kita miliki, kita juga akan menanggung risiko yang mana Allah SW akan memberikan keuntungan jika kita bertaqwa kepadaNya dengan berniaga secara ikhlas dan jujur dan juga rugi jika sebaliknya.

Selain daripada itu umat Islam boleh bersatu membentuk usahasama seperti koperasi yang mana dari jumlah modal yang terkumpul itu perniagaan yang lebih besar tetapi terhad kepada masyarakat setempat boleh dilakukan. Contohnya penduduk sesebuah kampung ataupun disesebuah taman perumahan itu boleh membuka koperasi yang menjalankan perniagaan runcit. Semua penduduk boleh menyertainya dengan memberikan sumbangan modal, ianya juga memberikan pekerjaan kepada penduduk setempat. Semua penduduk boleh membeli barang dari kedai runcit tersebut dan ini akan memajukan kedai tersebut dan lama kelamaan ekonomi masyarakat dikampung atau taman tersebut akan meningkat oleh kerana aktiviti perniagaan tersebut. Dalam masa yang sama juga keuntungan akan kembali kepada penduduk setempat dan wang tersebut akan tetap berada dikampung atau taman tersebut dan hanya berkitar dikawasan tersebut sahaja. Ini memastikan peluang yang samarata dan adil bagi penduduk setempat.

Ini berbanding dengan syarikat korporat yang membuka supermarket besar dikampung atau taman tersebut, belum tentu memberikan pekerjaan kepada penduduk setempat (kerana mengambil Abang Ladesh sebagai pekerja untuk menjimatkan kos) malah wang keuntungan dari kawasan tersebut akan beralih kepada pelabur yang hidup beratus-ratus batu jauhnya dari kampung atau taman tersebut. Lama kelamaan penduduk setempat akan menjadi semakin miskin, terpaksa bekerja lebih keras untuk terus hidup dan lama kelamaan mengubah kelakuan sosial masyarakat dikampung tersebut menjadi lebih tamak, tidak bertimbang rasa, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Ini kerana wang yang sepatutnya berkitar dikawasan tersebut telah disedut lari keluar dari kawasan tersebut. Ini jika dilihat dari skala kecil. Dari skala besar pula inilah yang berlaku dinegara kita apabila syarikat asing dibenarkan bertapak atas nama pelaburan luar yang sering dilaung-laungkan oleh ahli politik sedangkan sebenarnya ianya adalah "pelacuran" yang melacurkan negara untuk memuaskan nafsu serakah pelabur luar yang kaya, penjajahan bentuk baru secara halus yang tidak nampak oleh manusia kebanyakan.

Masaalah umat Islam hari ini adalah kita tidak lagi bersatu, kita banyak berpecah belah baik dari segi politik, kenegerian malah dalam fahaman agama itu sendiri. Kita bergaduh berebut kaca sedangkan permata sebenar telah dibawa lari. Dan inilah yang disukai oleh musuh-musuh Islam kerana berpecahnya umat Islam memudahkan lagi mereka menjalankan agenda penjajahan halus mereka itu.

”Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”. (HR. Ibnu Asakir dari Anas)
”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud as, selalu makan dan hasil usahanya”. (HR. Bukhari)
Saya lebih percaya bahawa makanan atau rezeki yang lebih berkat adalah yang diusahakan sendiri oleh diri kita dan bukannya dari usaha dan penat lelah orang lain. Berniaga sendiri atau bercucuk tanam dan makan hasil usaha tangan kita sendiri itu lebih berkat berdasarkan hadis Nabi SAW diatas itu tadi dan inilah impian saya satu hari nanti. Moga ini memberikan idea-idea baru kepada rakan-rakan semua. Bagi yang selesa dengan amanah saham janganlah menganggap jawapan saya ini sebagai penghalang. Ini hanyalah pandangan saya dengan melihat amanah saham itu dari sudut yang berbeza sebagai ketukan minda buat mereka yang mahu berfikir. Wallahualam.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Bagaimana Membina Pemikiran Seperti Saudara

Saudara Asyraf bertanya;
Saya salah seorang pembaca blog syurgadidunia dan tertarik juga dengan
ulasan2 yang diberikan oleh saudara. terbit rasa kagum kerana idea2
yang dikemukakan agak bernas dan membantu mengembangkan pemikiran
saya.

saya nak tanya, macam mana saudara membina pemikiran saudara yang ada
sekarang? mungkin ada cara2 yang saya boleh ambil dan 'apply' untuk
membina pemikiran yang mantap seperti saudara. harap saudara sudi
berkongsi. :)

Jawapan saya;

Assalamualaikum Asyraf,

Terimakasih dan alhamdulillah kerana apa yang saya kemukakan didalam artikel saya membantu mengembangkan pemikiran saudara. Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia, jika saya pandang semula kebelakang melihat kehidupan saya yang lalu, semuanya dengan bantuan Allah SW yang membawa saya kepada keadaaan saya sekarang ini.


Perbezaan yang paling nyata pada diri saya beberapa tahun yang lalu berbanding sekarang adalah saya lebih banyak membaca dan bahan bacaan saya pula tidak terhad kepada satu cabang ilmu sahaja. Walaupun saya seorang engineer tetapi saya tidak hadkan ilmu yang saya cari hanya dibidang kejuruteraan semata-mata. Ramai manusia hari ini berterusan menuntut ilmu supaya dia makin hebat didalam kerjayanya jadi akan mudah naik pangkat dan kemudian naik gaji. Jadi memanglah berterusan menuntut ilmu tetapi hanya menemui sekeping dari "jig saw puzzle" kehidupan.

Kelebihan yang Allah SW berikan kepada saya dari segi masa didalam pesawat ketika bertugas membolehkan saya membaca. Jika semasa zaman jahiliyah dahulu saya hanya menghabiskan masa dengan inflight entertainment, sejak 4 tahun yang lepas saya habiskan dengan melakukan perkara yang lebih bermanafaa iaitu mendalami ilmu, dan ilmu itu pula terdiri dari pelbagai cabang termasuklah ekonomi, psikologi, neurologi, endokronologi, motivasi, dan yang paling saya minati fizik kuantum. Saya bukan membaca buku teks subjek tersebut tetapi buku atau novel berasaskan fakta oleh pakar-pakar didalam bidang berkenaan.

Kes Lina Joy yang mencabar situasi umat Islam beberapa tahun yang lalu juga telah menggerakkan saya untuk mencari kebenaran antara Al Quran dan Bible, ianya memberikan motivasi kepada saya untuk membuktikan bahawa Allah SW itu tuhan yang benar dan agama Islam itu adalah agama yang diturunkanNya untuk umat manusia. Apabila saya membaca buku-buku ilmiah lain pula dan berjumpa dengan kaitan (membuktikan keesaaan Allah SW dan kebenaran Islam itu sendiri) maka ia memberikan saya semangat untuk berterusan membaca agar bertemu dengan kepingan- kepingan "puzzle" kehidupan yang lain lagi. 

Alhamdulillah saya juga telah mulakan langkah saya dengan membaca terjemahan Al Quran dan dapat mengaitkan ayat-ayat Al Quran tersebut dengan ilmu-ilmu dari bidang lain. Ilmu-ilmu dari bidang lain ini pada pendapat saya membentuk kepingan-kepingan lain "jig saw puzzle" kehidupan dan apabila kita dapat lihat kaitannya maka kepingan-kepingan tersebut dapatlah bercantum, Apabila bercantum semua kepingan tersebut maka dapatlah kita melihat dan memahami apa sebenarnya akan kehidupan itu sendiri dan semakin jelas akan keesaan Allah SW itu.

Selain dari itu mungkin juga kerana saya banyak merantau menjelajah diseluruh dunia, semua benua telah pun saya jejaki jadi mungkin sebab itu pandangan saya mengenai dunia ini agak berbeza. (Sila rujuk firman Allah SW dalam surah Al Haj 22:46). Saya juga amat jarang menonton TV malah dirumah saya hanya ada TV tetapi tidak saya sambungkan kepada antenna atau pun penerima satelit. Saya hanya menggunakan ianya untuk menonton ceramah-ceramah agama yang saya rakam atau pun dokumentari yang berkenaan dengan fakta-fakta sains. Saya juga tidak membina rutin membaca akhbar harian sebagai suatu kemestian, hanya sekali sekala untuk mengetahui apa yang terjadi didunia luar dari kehidupan saya. 

Pada pendapat saya semuanya bergantung kepada niat dan dari niat itu ia membentuk pemikiran lantas mencipta realiti kehidupan itu sendiri. "Nawaitu" saya mendalami ilmu bukan untuk naik gaji tetapi untuk "melihat" Allah dan mengesakannya, tidak salah menuntut ilmu untuk menaikkan taraf diri dan keluarga, akan tetapi ilmu yang lain juga perlu dipelajari. Jika niat untuk mengesakan Allah SW maka itulah yang akan ditemui dan jika mahu menidakkannya itu jugalah yang akan ditemui. Saudara boleh merujuk kepada jawapan saya kepada saudara kita yang mengganggap dirinya seorang atheis dalam soaljawab yang lepas. Dia juga membaca tetapi apa yang ditemuinya amat berbeza. Allah SW itu maha pemurah dan ini adalah salah satu bukti akan sifat-sifatNya itu.

Harap apa yang saya paparkan ini bukan untuk bermegah-megah atau membanggakan diri, maafkan saya jika ada dikalangan rakan yang beranggapan sedemikian terhadap saya. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Walaupun begitu baik dan buruk adalah relatif, jika ingin mengetahui hakikat sebenarnya, perhatikanlah kepada "end-result"nya. Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 9 Mei 2012

Korang Ni Paham Tak Takaful Tu Apa?

Saudara Tanpa Nama telah memberi komen;

salam sejahtera keatas kamu....
islam itu mudah... kenapa nak buat ia jadi kusut.. helmis, kenapa kamu type Allah SW je... mana T nya..? aku pun tak tau la korang ni paham ke tak takaful tu apa... sudah terang lagi bersuluh... korang tau tak apa itu zakat... kenapa ada harga harus diletakkan dalam takaful.. eh..eh.. kenapa zakat pun ada harga juga diletakkan yek? suka hati kita la nak bayar zakat berapa.. tapi kenapa kena ada peratusannya pula?pikir logik akal la sikit... oleh kerana manusia2 di muka bumi ini suku ambil kesempatan, adanya pencuri, suka membuat kerosakan... dan sebab ini lah wujudnya undang2 dan peraturan2 yang harus dipatuhi. betul tak?

“Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”

Tawakkal? Adakah kita menepati konsep tawakkal? Mari kita hayati suatu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasullah s.a.w., kisahnya begini;
Semasa sedang Saidina Umar al-Khattab r.a. ke masjid kelihatan beberapa sahabat tidak membiarkan unta mereka tanpa ditambat. Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya “Mengapa kamu tidak menambat unta-unta kamu.” Mereka menjawab “Kami bertawakkal kepada Allah s.w.t. wahai Umar. Bukankah kita kena bertawakkal kepada Allah s.w.t.?” Saidina Umar al-Khattab r.a. menambah “YA! wahai sahabat-sahabatku, tetapi kita mesti berusaha dahulu (dengan menambat unta) kemudian baru bertawakkal.” Kita mesti berubah. Untuk berubah mesti ada caranya, jangan sampai terpesong.

so... boleh ke kita ni hanya dok mintak kat Allah SWT tanpa kita usaha.. kita kata kita mengharap kan hanya dari Allah SWT.. ya.. memang kita patut mengharapkan hanya pada Allah SWT. tapi persoalannya... adakah Allah SWT memberikan apa yang kita minta itu terus dari langit jatuh depan mata kita? abu beli pisau dan razak pun beli pisau.. salah ke..? tak salah kan.. abu beli pisau dengan niat nak potong daging kat rumah tapi razak beli pisau dengan niat nak bunuh seseorang. Allah SWT memandang pada niat kita bukan amalan kita.. walau menggunung amalan kita tapi niatnya tak betul apa gunanya.. jadi salah ke kalau amin mengambil takaful dengan niat supaya keluarganya tidak meminta2 jika dia diuji Allah SWT dengan musibah? so.. kalau korang tak menyumbang tapi korang nak pulak terima sumbangan.. wajar ke... ibarat korang nak pahala tapi korang tak berusaha buat kebaikkan kerana Allah SWT.. korang ingat Allah SWT nak bagi korang pahala?

3 musuh utama islam adalah KEKUFURAN,KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN... apa maknanya ni?
jika kita berada dalam kekufuran/kejahilan bolehkah kita maju kedepan daripada kemunduran.. jika kita mudur bolehkah kita berada pada tahap bukan kemiskinan? kalau dah ada selipar kenapa nak berkaki ayam.. kalau ada motor kenapa nak jalan kaki.. siapa salah??? salah orang islam itu sendiri yang tak mau maju yang tetap nak berkaki ayam walau pun ada selipar.... sebahagian dari kewajipan seorang Muslim untuk mengadakan peruntukan takaful bagi keluarga dan masyarakat.

kalau dah majlis fatwa dan penceramah2 dan alim ulama kata takaful adalah halal disisi islam kenapa kita yang kail sejengkal ni nak nafikan...

Jawapan saya;

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama

Islam itu mudah jika kita jadi pak turut sahaja kepada apa yang diberitahu oleh orang lain, baik mak ayah, saudara, rakan cikgu hinggalah ke ulamak lebih-lebih lagi apabila ianya bertepatan dengan selera kita, yang jadi kusutnya adalah apabila kita mengetahui terdapatnya pendapat lain yang mana bercanggah dengan selera dan juga tahap keselesaan yang kita alami sekarang ini, ibarat katak yang sudah terbiasa selesa dibawah tempurungnya.

Adakah mana-mana dalil yang menyatakan jika saya tinggalkan "T" berdosa? Saya yakin saudara adalah seorang yang tinggi ilmunya, harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Jika saudara google pasti saudara akan terjumpa banyak lagi laman web yang menggunakan hanya SW sahaja jadi SW atau SWT tetap "Subhanawata'ala", saya pasti tidak akan menimbulkan kekeliruan. Saya juga boleh mempersoalkan mengapa saudara tidak memberi salam dalam bahasa Arab, tetapi saya tahu ia memberikan maksud yang sama jadi tidak perlulah saya mempertikaikannya.

Jika anda amat memahami takaful itu sendiri maka sepatutnya tidak berselindung disebalik tanpa nama, sepatutnya berikan pautan kepada laman web saudara supaya rakan-rakan lain yang saudara labelkan sebagai "korang ni paham ke tak takaful tu apa" itu boleh bertanyakan soalan.

Zakat diletakkan harga atau nilainya kerana ada hadis Nabi SAW yang menyatakannya, harap dapat saudara berikan dalil untuk insuran pula, akan tetapi saya dapat membayangkan yang saudara akan tersengih sahaja kerana sudah pastilah tiada dalil untuk harga insuran, kalau ada pun hanyalah "dalil" yang dikeluarkan oleh mereka yang bekerja dengan syarikat insuran itu sendiri. Adakah saudara "pikir logik akal la sikit..." atau hanya menjadi pak turut sahaja apa yang telah disuapkan?


Ya, memang benar Allah SW tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, akan tetapi adakah ubah nasib itu dengan bergantung kepada suatu unsur perjudian aka insuran atau takaful? Memang betul Saidina Umar suruh tambat unta tersebut tetapi adakah Saidina menyuruh mereka kutip sedikit wang daripada kalangan mereka dan kemudian jika ada sesiapa yang hilang untanya akan kita bayarkan wang yang tersebut kepada mereka?

Kisah Saidina Umar RA itu juga berkait dengan hadis Nabi SAW yang menyuruh kita tambatkan unta dahulu kemudian bertawakkal. Dalam konsep pemikiran saudara, "tambat unta" atau usaha yang perlu dilakukan adalah dengan membeli insuran akan tetapi bagi diri saya ianya berbeza.

Saya kaji dan fikir, jika saya tidak mahu kehilangan unta maka saya perlu menambatkannya dan kemudian bertawakkal kepada Allah SW. Jadi jika saya mahu menyediakan sejumlah wang untuk bekalan anak isteri saya jika saya mati, bukankah lebih elok, berkah dan afdal jika saya mengumpulkan wang tersebut dari usaha titik peluh saya sendiri? Jika saya boleh hentikan langganan Astro, sewa rumah apartmen dari pada beli kondo, boleh beli kereta second hand tunai atau jika didalam darurat sekalipun membeli secara ansuran kereta terpakai dan bukan meluru membeli proton model baru, boleh berhenti "membakar' wang dengan berhenti merokok dan sebagainya, bukankah saya boleh kumpulkan wang melebihi premium insuran?

Akan tetapi jika saya mati pada hari esoknya tanpa dapat menyimpan barang satu sen pun, bukankah Allah SW telah menjanjikan rezeki bagi setiap makhluknya? (Surah Al Anaam 11:151). Itu baru tawakkal sebenarnya iaitu percaya bahawa rezeki dan pertolongan itu dari Allah SW dan bukannya dari polisi insuran.

Masaalah umat Islam pada hari ini adalah lebih percaya kepada suatu yang nyata dan jelas kelihatan. Apa yang nampak didepan mata seperti penyata bank, unit amanah, prospektus dan juga polisi insuran/takaful lebih dipercayai dari janji Allah SW yang tak nampak entah dimana-mana, umpama kafirun yang perlukan patung untuk disembah supaya kuat akan pegangan mereka. Tidak pada Islam yang mana kita perlu malah wajib percaya kepada susuatu yang ghaib (Surah Al Baqarah 2:3), malah didalam fizik kuantum sekalipun dunia sub-atomik, dunia zarah yang tidak kelihatan berjuta-juta kali lebih berkuasa dari dunia kimia yang kelihatan, lihatlah beza bom konvensional yang terhasil menerusia manipulasi kimia berbanding dengan bom nuklear yang terhasil dari manipulasi nukleus atom itu sendiri. Jadi bayangkan kesannya jika kita lebih percaya kepada Allah SW (yang ghaib) berbanding dengan polisi itu sendiri.

Ya saya setuju segala usaha kita itu bergantung kepada niat dan niat saudara untuk memberi bekalan rezeki kepada anak isteri jika berlaku musibah amatlah murni. Akan tetapi perlu lah juga kita selidik dahulu rezeki tersebut halal atau tidak. Adakah ianya lembu atau babi, atau ianya telah diubah suai menjadi lembi (lembu kacuk babi).

Jika saudara luang sedikit masa menyelidik insuran itu sendiri saudara pasti akan bertemu dengan banyak artikel mantap berkenaan insuran itu sendiri. Amat saya kagumi artikel tulisan Ustaz Zaharuddin semasa beliau berada di Jordan yang mana telah menberikan penjelasan panjang lebar mengenai hukum Insuran didalam kategori perniagaan yang rata-rata diamalkan di Malaysia. Saudara boleh juga membuat perbandingan dengan pendapat beliau didalam blognya yang mana menyatakan takaful berbeza dengan insuran kerana

"syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma)"
. Jika saudara mahu menerima pendapat beliau silakan, beliau seorang Ustaz Ulamak berbanding saya seorang jurutera sahaja akan tetapi saya tidak menumpukan ilmu didalam otak saya ini berkenaan kejuruteraan sahaja akan tetapi meliputi juga cabang ilmu yang lain dan alhamdulillah dari situ saya mampu memberikan pendapat saya sendiri dan mampu mengenali mana lembu, mana babi dan mana "lembi" agar apa yang saya suapkan kemulut anak isteri saya atau bekalan untuk mereka apabila saya mati nanti insyaallah benar-benar halal.

Insuran islamik atau takaful dizaman moden ini semuanya adalah berbentuk perniagaan yang mana pelabur melabur (boleh dikatakan semua syarikat insuran takaful adalah syarikat Berhad yang mana tersenarai di bursa saham) untuk mendapatkan keuntungan dari kebarangkalian kesusahan orang lain. Mengikut artikel Uzar lebih banyak ulamak yang menyatakannya ianya haram dan saudara boleh kira sendiri beberapa orang sahaja yang menyatakan ianya halal. Masaalahnya maklumat-maklumat sebegini tidak keluar di TV, tidak keluar di radio dan surat khabar maka manusia kebanyakan manusia telah dihipnosis dengan maklumat yang berat sebelah (sama juga dengan politik) maka jika takaful dicanang sebagai halal, dan kita juga selesa apatah lagi mendapat habuan darinya (sebagai penjual atau penerima pampasan), maka kita pun membuta tuli menyokong pendapat beberapa ulamak yang menyatakan ianya halal sedangkan ramai lagi yang menyatakan sebaliknya (iaitu yang tak keluar TV, radio dan sebagainya) tidak langsung diketahui umum.
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
Apabila terdapat percanggahan diantara ulamak maka kita bagi orang kebanyakan amatlah perlu berhati-hati dan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya sebelum menerima pendapat mereka walaupun mereka itu ulamak, jika mereka membuat kesilapan dan kita mengikut sahaja pendapat mereka maka kita juga nanti akan bersama mereka didalam neraka. Sila baca artikel saya ini untuk penjelasan lanjut. Apabila tidak terang halal haram kerana terdapat dua pendapat bercanggah maka ia menjadi perkara syubahat maka eloklah kita orang kebanyakan mengelakkannya.

Ya saya bersetuju yang antara 3 musuh utama islam adalah KEKUFURAN,KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN... akan tetapi tidakkah perlu kita mengkaji mengapa kita kufur, mundur dan miskin? Adakah kerana dengan tidak mengambil takaful? Tidak, jawapannya adalah kerana umat Islam itu sendiri telah lama meninggalkan Islam yang sebenarnya, komen saudara sahaja sudah cukup untuk dibuat perbandingan kualiti umat Islam pada zaman ini. Islam hanya pada nama, masjid hebat tetapi tiada pedoman dan hidayah, ulamaknya pula adalah orang yang paling teruk dibawah langit.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.;
“…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…” (HR al-Baihaqi)

Perlu kita kaji mengapa Islam yang suatu ketika dahulu menguasai dunia dengan empayar yang luas jatuh tersungkur dan kini perlu menjadi "budak penggilap kasut" negara barat untuk maju? Jawapannya adalah kita telah meninggalkan Islam. Takaful datang dari mana? Datangnya dari insuran dan dari mana datangnya insuran itu jika tidak dari barat?
Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: Kamu akan ikuti jejak langkah mereka sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang cicak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka. Kami bertanya; Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: Siapa lagi (jika bukan mereka) Sahim Muslim

Banyak lagi sistem kehidupan lain yang umat Islam ikut dari barat seperti kewangan, perbankan, politik, perundangan yang mana telah membawa manusia kepada kehancuran. Lihatlah banyaknya label "islamik" didalam kehidupan akhir zaman ini tetapi umat Islam semakin hari semakin kufur, mundur dan miskin, tidak kah kita perlu mengkaji apa yang tidak kena? Apa jua proses "baik pulih" yang dilakukan oleh umat Islam hari ini tidak menangani masaalah sebenar, ibarat ada kebocoran gas didalam rumah tetapi yang dilakukan adalah dengan memasang penapis udara, memberi topeng gas kepada penghuni dan sebagainya sedangkan punca utama sahaja yang perlu diperbetulkan. Akan tetapi ini tidak dilakukan kerana apa? Kerana nanti akan ada tokeh penapis udara akan rugi, tokeh topeng gas akan rugi, ada tokey ubat sakit dada akan rugi dan sebagainya. Habuan dunia menyebabkan manusia lupa akan masaalah sebenar umat Islam hari ini.

Tiada insuran atau takaful (pada pendapat saya) didalam Islam, yang ada hanyalah konsep tolong menolong tanpa mengharap balasan dari insan lain, hanya mengharapkan keredhaan dan pahala dari Allah SW contohnya BaitulMal atau khairat kematian. Akan tetapi ianya tidak berkembang luas kerana apa? Kerana tiada ganjaran materialistik didalamnya, tiada penyata, tiada polisi, tiada prospektus dan sebagainya yang menjanjikan manusia akan bayaran dalam bentuk wang. Takaful berkembang biak kerana ada orang yang mendapat habuan dunia daripadanya. Didalam syarikat berhad sesiapa sahaja boleh membeli sahamnya di bursa saham hatta Yahudi Zionis sekalipun. Pengkorporatan adalah pengkeparatan kepada umat manusia itu sendiri akan tetapi berapa ramai yang punyai "mata" untuk melihatnya.

Mungkin kail saya hanya sejengkal, akan tetapi saya ada banyak kailnya jadi dengan hanya memancing dipantai tanpa kelaut dalam sudah cukup untuk saya mendapat ikan yang banyak dan tidak perlu makan "lembi". Alhamdulillah pendapat yang telah saya berikan didalam artikel sebelum ini adalah dari pemikiran mendalam dari sudut fizik dan psikologi manusia yang mana saya kaitkan dengan Islam dan saya tidak pernah membaca artikel islamik mengenai insuran. Alhamdulillah semasa cuba menjawab soalan saudara ini terjumpa dengan artikel tersebut yang mana selari dengan pendapat saya. Ini bertepatan dengan moto laman ini, untuk belajar adalah dengan mengajar. Moga menjadi galakan kepada rakan semua untuk melakukan usaha yang sama. Ribuan ampun dan maaf jika saya terkasar bahasa, anggaplah ianya sebagai "ketukan minda" buat mereka yang mahu berfikir. Wassalam.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 5 Februari 2012

Sains Dan Agama Adalah Musuh - Menjawab Soalan Atheis Bah 2

Saudara KML memberikan komen;
terima kasih juga kerana reply! saye lambat reply sebab lame tunggu (sejak november tahun lepas, ingat tiada balas hehe).

kamu menggunakan harun yahya sebagai rujukan, saye pernah menonton sedikit video beliau (harun pernah menyatakan, egypt masa dahulu maju seperti kite, menggunakan helikopter berdasarkan tulisan hieroglyph yang seiras dengan helikopter) beliau juga ada menggunakan model yang palsu (http://sciencereligionnews.blogspot.com/2009/02/evolution-of-harun-yahyas-atlas-of.html), siape yang cuba 'tipu' sekarang? 0_o evolution itu teori, memang, begitu juga graviti! ehh! tetapi ade juga "law of gravity" dan juge untuk evolusi(http://en.wikipedia.org/wiki/Evolution_as_fact_and_theory). Adakah kamu tidak pernah mendapat "flu shots", vaccine, antibiotik? doktor menyuruh pesakit makan ubat sehingga habis juga ade sebabnye (pulih lagi cepat serta tidak mahu mewujudkan 'superbug'). sememangye, evolusi tidak perlu menerangkan kejadian kehidupan(http://beitresolved.net/index.php?title=Creation_Ministry_International%27s_15_Questions_for_Evolutionists). itu sepatutnya ditujukan kepada model 'abiogenesis'. Asalnya sedikit perkataan daripada bahasa jerman diubah (tetap jerman juga), kepada anglo-saxon, lama-lama perubahan yang sangat kritikal untuk sesebuah kaum, jadilah bahasa baru. Jika kamu pergi ke pantai, mungkin kamu akan nampak kayu balak yang terhanyut dan terdampar di pantai. Dan beratus ratus kayu tersebut membentuk seolah olah dinding. Pergilah ke pantai pantai dan jika keadaan membenarkan, ade lagi 'dinding-dinding' ini, konsisten, tidak memerlukan 'consciousness'. Proses ini terjadi semula jadi dengan keadaan tertentu yang membenarkannya berlaku(Dahan pokok terjatuh, hanyut, sampai ke pantai). saya juga tersenyum apabila kamu menyatakan tiada transition fossils (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_transitional_fossils), teringatkan komik ini (http://i.imgur.com/fCJsr.png). Teori evolusi (manusia) bukanlah berdasarkan fosil SAHAJA, ia berdasarkan persamaan dan kejauhan DNA, otak, rupa/bentuk dan macam macam lagi; Manusia juga mempunyai 'ekor' (http://en.wikipedia.org/wiki/Coccyx) dan (http://en.wikipedia.org/wiki/Vestigial_structure) yang lain. Hujah kamu adalah lebih kepada retorik (fikirkanlah; kamu tidak boleh lihat? adakah kamu buta? saya pun boleh buat yang sama hehe).Einstein mungkin adalah seorang deist ataupun mempercayakan tuhan itu adalah seluruh alam (lebih kepada abstract dan physics, bukanya 'being' yang literal atau sebuah entiti 'monolithic'). Orang yang beragama mengikut ibu bapanya kemungkinan yang sangat besar, tidak berubah agama, kehendak tuhan? jika tuhan maha mengetahui, buat apa hendak mencipta manusia? bukankah dia sudah ketahui apa yang kita akan lakukan, ade yang masuk neraka ade yang merana? wallahualam? Sebab tuhan dalam agama islam susah sedikit untuk mencari kontradiksi, sudah saya nyatakan seperti "Jika dunia ini sangat kompleks sehingga memerlukan pencipta, bagaimana pula tuhan? "; Apa yang hendak saya buktikan salah? Tuhan itu bukan macam ciptaanya, Itu jawapan quran. Saya tujukan ini kembali kepada "jamban yang mengorbit bersama bumi yang tidak boleh diukur". Saya tidaklah berape setuju dengan sistem ekonomi kapitalist tetapi blogspot daripada google, hasil daripada kapitalisme. "thought" atau "conscioussness" hilang apabila otak tiada, jadi, boleh dikatan ia terhasil daripada proses dan aktiviti neuron yang kompleks yang akhirknya dilabel sebagai "thought" dan seertinya. Jadi saya boleh buktikan ade kewujudan "thought", kerana saya boleh meniadakan pembolehubah, dan lihat resultnya, mengikut 'scientific method'. Kalau bukti tuhan adalah hanya 'Argument from Ignorance', tidaklah cukup bagi saye. Maaf juga kerana jawapan saya pendek dan comot, tak cukup mase; Tetapi, saya sangat berminat melihat kamu berdebat dengan ateis/agnostik bersama teis yang lebih alim (dari segi pengetahuan sains, philosophy, agama) daripada saya, pasti menarik: http://www.reddit.com/r/DebateAnAtheist

Jawapan saya;
terima kasih juga kerana reply! saye lambat reply sebab lame tunggu (sejak november tahun lepas, ingat tiada balas hehe). kamu menggunakan harun yahya sebagai rujukan, saye pernah menonton sedikit video beliau (harun pernah menyatakan, egypt masa dahulu maju seperti kite, menggunakan helikopter berdasarkan tulisan hieroglyph yang seiras dengan helikopter)
Saya menggunakan Harun yahya sebagai rujukan kerana beliaulah yang paling lantang sekali didalam dunia islam menentang habis-habisan konsep evolusi. Dari dunia bukan Islam pula terdapat ramai lagi golongan professional yang menolak teori evolusi malah terdapat juga institut yang ditubuhkan dengan tujuan untuk tersebut. Jika kamu membuat sedikit "research", pasti kamu akan menjumpai laman-laman web lain seperti wikipedia yang memberi maklumat mengenai hieroglyph helikopter di Mesir malah ianya juga dibukukan. Jika ianya juga dilapurkan oleh pihak lain, adakah Harun Yahya dikatakan menipu?
beliau juga ada menggunakan model yang palsu (http://sciencereligionnews.blogspot.com/2009/02/evolution-of-harun-yahyas-atlas-of.html), siape yang cuba 'tipu' sekarang?

Model palsu yang digunakan adalah untuk menunjukkan haiwan masa kini yang juga hidup berjuta-juta tahun dahulu tetap tidak berubah, mengapa serangga tersebut masih tetap serangga dan tidak berubah menjadi makhluk yang lain? Adakah ahli evolusi menggunakan kesilapan kecil ini untuk menutup kesilapan mereka yang lebih besar? Harun Yahya telahpun menjawab dakwaan yang dijaja oleh Richard Dawkins ini didalam laman webnya. Menggunakan fosil-fosil, ujikaji, gambarajah palsu dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan kepada golongan evolusis. Bagaimana dengan pengakuan yang dibuat sendiri oleh ahli evolusi terkenal Ernst Haeckel dengan melukis gambarajah palsu untuk menyokong teori evolusi? Adakah anda dengan selambanya menutup mata mengendahkannya? 


0_o evolution itu teori, memang, begitu juga graviti! ehh! tetapi ade juga "law of gravity" dan juge untuk evolusi(http://en.wikipedia.org/wiki/Evolution_as_fact_and_theory). Adakah kamu tidak pernah mendapat "flu shots", vaccine, antibiotik? doktor menyuruh pesakit makan ubat sehingga habis juga ade sebabnye (pulih lagi cepat serta tidak mahu mewujudkan 'superbug').
Jika anda diMalaysia jatuhkan mangkuk tandas dari satu ketinggian, ada boleh ukur berapa masa, halaju dan sebagainya, begitu juga saya di Abu Dhabi akan dapat mengulangi ujikaji yang sama dan berdasarkan formula-formula dan pemerhatian ini wujudlah apa yang dikatakan "Law of Gravity". Akan tetapi adakah evolusi itu boleh dianggap "Law" sekiranya ianya sesuatu yang tidak boleh dilihat, diukur dan diulangi oleh kebanyakan golongan manusia? Malah ia sebenarnya lebih kepada pendapat ahli evolusi itu sendiri untuk menguatkan “iman” mereka terhadap evolusi itu sendiri . Terdapat "law-law" lain yang umum akan tetapi bagi manusia kebanyakan samada ianya ada atau tidak ianya tidak akan mempengaruhi kehidupan harian mereka terutamanya akidah contohnya "Law of Thermodynamic", akan tetapi jika sesuatu "Law" itu dikemukakan hingga boleh mengubah akidah, maka bagi saya ianya perlu lah diselidik terlebih dahulu. Dan cara menyelidikinya pula bukanlah membaca apa yang hanya sedap dibaca oleh diri kita sahaja hanya kerana ianya selari dengan pendapat kita, baca juga sumber-sumber lain dan jika ada masalah didalam mengemukakannya maka amatlah jika perlu berhati-hati dengannya sebelum mengambil keputusan melulu. Oh ya, "superbug" tetap juga sebagai "bug" dan bukannya berevolusi menjadi organisma yang lain. 
sememangye, evolusi tidak perlu menerangkan kejadian kehidupan (http://beitresolved.net/index.php? title=Creation_Ministry_International%27s_15_Questions_for_Evolutionists).
Jika evolusi tidak perlu menerangkan kehidupan, mengapa perlu pula sains perlu menerangkan wujudnya tuhan? Mengapa tidak diterima sahaja akan konsep tuhan itu? Ya, memang evolusi tidak perlu menerangkan kejadian kehidupan, itulah pendapat ahli evolusi, kerana apa? Kerana "nawaitu"ataupun niat ahli evolusi itu sendiri adalah kerana mahu menolak agama. Adakah photon itu zarah atau gelombang? Terpulang bagaimana anda menyediakan ujikajinya. Ikut Young atau ikut Newton? Masyarakat barat kecewa dengan agama mereka yang korup baik Biblenya yang diubah-ubah oleh tangan mereka sendiri hinggalah kepada kes seksual gereja. Apa pula masaalah anda dengan Islam? Adakah anda sudah selidik Islam itu sendiri sebaik-baiknya. Atau adakah kerana Islam melarang anda dari mendapat nikmat dunia seperti hubungan bebas lelaki-wanita, minum arak, makan babi dan sebagainya? Jika anda lihat Islam seperti yang dilabelkan oleh media, memang anda akan melihat Islam itu suatu agama yang kolot, menyusahkan, ganas, menindas wanita dan sebagainya, amat perlu anda menanyakan soalan, adakah media yang berada disekeliling kita ini bebas dan adil atau adakah ianya didalam genggaman golongan-golongan tertentu? Pernahkah anda mengkaji kebaikan yang dibawa oleh ajaran agama Islam itu sendiri? Tahukah anda bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang paling lantang melarangkan riba' (interest) yang mana ianya adalah penyumbang utama masaalah ekonomi dunia hari ini?
itu sepatutnya ditujukan kepada model 'abiogenesis'. Asalnya sedikit perkataan daripada bahasa jerman diubah (tetap jerman juga), kepada anglo-saxon, lama-lama perubahan yang sangat kritikal untuk sesebuah kaum, jadilah bahasa baru.
Adakah anda bersetuju dengan evolusi kerana terdapat "evolusi" itu sendiri pada perkataan yang digunakan? Dengan teknologi sains yang amat canggih masa kini mengapa masih tiada serangkai protein pun yang boleh dihasilkan dimakmal dengan simulasi keadaan dunia berjuta-juta tahun dahulu? 
Jika kebarangkalian untuk terhasilnya serangkai protein yang boleh berfungsi secara statistic kebarangkaliannya adalah mustahil, ibarat mencari “mangkuk jamban yang mengorbit bersama bumi”, adakah itu boleh diterima sebagai bukti evolusi? Jika KML itu secara statistik mengikut nama-nama yang terdapat Melayu boleh kita anggap sebagai "Kamal anak Mak Limah", tidak perlukan kita melihat bertemu dengan KML sendiri untuk mengesahkannya? Adakah anda sanggup menggadaikan akidah anda hanya kerana suatu yang dikatakan berlaku secara mutasi rawak/rambang (by chance), pernahkan anda melihat mutasi yang memberi manafaat kepada apa jua organism? Banyak sangat tengok X-Men kot saudara ni hingga sudah di”brainwash” untuk mempercayai akan “Darwin random mutation”.
Jika kamu pergi ke pantai, mungkin kamu akan nampak kayu balak yang terhanyut dan terdampar di pantai. Dan beratus ratus kayu tersebut membentuk seolah olah dinding. Pergilah ke pantai pantai dan jika keadaan membenarkan, ade lagi 'dinding-dinding' ini, konsisten, tidak memerlukan 'consciousness'. Proses ini terjadi semula jadi dengan keadaan tertentu yang membenarkannya berlaku(Dahan pokok terjatuh, hanyut, sampai ke pantai).
Kayu-kayu yang hanyut mungkin boleh membentuk dinding dipantai, akan tetapi bolehkah kayu-kayu tersebut membentuk rumah? Jika manusia itu berevolusi, ianya bukan pada tahap dinding wahai sahabatku, ianya ketahap rumah yang sedia lengkap dengan api-air dan terdapat computer didalamnya dengan laman blogspot tersedia untuk menulis blog, adakah ini boleh terhasil “by chance” tanpa sebarang “conscious intervention”?. Manusia dengan tubuh badan, otak supercomputer dan DNA yang boleh menyimpan berjuta-juta maklumat ini tidak boleh terhasil secara “by chance” saudara. Malah saudara menegaskan “jika keadaan membenarkan”, siapakah yang berkuasa membenarkan keadaan tersebut jika bukan Maha Pencipta yang sungguh bijaksana? 
saya juga tersenyum apabila kamu menyatakan tiada transition fossils (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_transitional_fossils), teringatkan komik ini (http://i.imgur.com/fCJsr.png).
Saya tunjukkan kepada anak saya yang masih ditadika akan gambar-gambar dilaman wiki itu, suka sangat dia melihatnya, banyak gambarajah tersebut ibarat lukisan anak-anak di tadika. Tahukah anda sesiapa pun boleh meng”edit” laman Wikipedia itu? Nanti saya suruh anak saya lukis gambar beruk dan letakkan pada fasa pertama evolusi manusia yang masih tiada gambarnya itu. Sanggup anda menggadaikan akidah hanya dengan bukti-bukti lukisan-lukisan yang diimaginasikan oleh penyokong Darwin? Kartun yang anda nyatakan itu adalah “valid” kerana jika evolusi terjadi secara perlahan selama berjuta-juta tahun, pasti ada fossil yang memberikan bentukrupa perubahan mikro dan bukannya mengejut dari beruk menjadi manusia. Adakah boleh diterima akan proses evolusi itu jika apa yang di kaji oleh ahli evolusi hanyalah tengkorak kepala dan beberapa bahagian tulang yang lain tanpa ada “full transitional fossils”?
Teori evolusi (manusia) bukanlah berdasarkan fosil SAHAJA, ia berdasarkan persamaan dan kejauhan DNA, otak, rupa/bentuk dan macam macam lagi; Manusia juga mempunyai 'ekor' (http://en.wikipedia.org/wiki/Coccyx) dan (http://en.wikipedia.org/wiki/Vestigial_structure) yang lain.
Vestigial organ dikatakan oleh ahli evolusi adalah bukti proses evolusi itu sendiri yang mana organ-organ tersebut yang dahulunya organ yang berguna dan disebabkan oleh proses evolusi ianya menjadi organ yang tidak lagi mempunyai kepentingan kepada manusia. Jika anda baca laman wiki yang anda berikan itu, masih terdapat beberapa kenyataan yang masih perlukan rujukan (citation needed), adakah anda sudah mendapat rujukannya dan lantas menjual akidah? Konsep organ vestigial organ ini di kemukakan oleh ahli anatomi German R. Wiedersheim pada tahun 1895 yang mana beliau telah menyenaraikan hampir 100 organ tersebut termasuklah coccyx, akan tetapi setelah kajian sains semakin maju semua organ-organ tersebut dikenalpasti member manafaat kepada manusia dan konsep organ vestigial sebagai bukti evolusi tidak boleh diterima pakai. 
Hujah kamu adalah lebih kepada retorik (fikirkanlah; kamu tidak boleh lihat? adakah kamu buta? saya pun boleh buat yang sama hehe). Einstein mungkin adalah seorang deist ataupun mempercayakan tuhan itu adalah seluruh alam (lebih kepada abstract dan physics, bukanya 'being' yang literal atau sebuah entiti 'monolithic').
Samada Einstein percayakan tuhan yang abstract ataupun literal, yang pastinya dia percaya yang dunia ini punyai pencipta dan bukannya terjadi dengan sendirinya, inilah dia ciri orang yang berfikir. Saya amat bersetuju dengan contoh yang diberikannya untuk menjelaskan persepsi beliau mengenai dunia.
"Saya bukanlah seorang atheist dan saya tidak fikir saya boleh menyatakan saya seorang pantheist (mempercayai pelbagai tuhan). Kita berada didalam kedudukan anak kecil yang memasuki perpustakaan besar yang dipenuhi dengan buku-buku perlbagai bahasa. Anak kecil itu tahu bahawa ada orang yang telah menulis buku-buku tersebut. Dia tidak tahu bagaimana. Dia tidak memahami bahasa yang mana ianya ditulis. Anak kecil itu dalam kesamaran mengesyaki aturan misteri didalam susunan buku-buku tersebut tetapi tidak tahu apakah ianya. Itu bagi saya, adalah sikap manusia yang paling berakal terhadap tuhan. Kita lihat dunia ini dengan kagumnya diatur dan mematuhi hukum-hukum tertentu, tetapi hanya sedikit sahaja kita memahami hukum-hukum tersebut. Minda kita yang terhad ini tidak mampu memahami sepenuhnya kuasa misteri yang mengerakkan kumpulan bintang-bintang ini" (Einstein and Religion by Max Jammer)
Adakah asas evolusi secara mutasi rawak secara rambang ini boleh digunakan dalam menjelaskan seluruh alam maya ini? Atau adakah pendapat nada bahawa dunia ini punyai pencipta tetapi binatang dan manusia manusia terjadi secara evolusi? Jika Einstein selaku manusia yang amat bijak itu sendiri menyatakan menyedari akan adanya pencipta itu adalah "sikap bagi manusia yang paling berakal", dimanakah letaknya akal anda untuk menidakkan pencipta?
Orang yang beragama mengikut ibu bapanya kemungkinan yang sangat besar, tidak berubah agama, kehendak tuhan? Jika tuhan maha mengetahui, buat apa hendak mencipta manusia? bukankah dia sudah ketahui apa yang kita akan lakukan, ade yang masuk neraka ade yang merana? wallahualam? Sebab tuhan dalam agama islam susah sedikit untuk mencari kontradiksi, sudah saya nyatakan seperti "Jika dunia ini sangat kompleks sehingga memerlukan pencipta, bagaimana pula tuhan? "; Apa yang hendak saya buktikan salah? Tuhan itu bukan macam ciptaanya, Itu jawapan quran. Saya tujukan ini kembali kepada "jamban yang mengorbit bersama bumi yang tidak boleh diukur".
Adakah ibu bapa atau datuk nenek anda seorang atheis? Anda mahu berubah menjadi atheis bukankah itu pilihan anda sendiri, kerana anda punyai minda maka anda boleh mengubah hidup anda, adakah anda suka jika manusia itu hidup seperti anai-anai yang amat bijak membina sarang dengan sistem yang amat kompleks tetapi tidak punyai keupayaan akal "free will" untuk berubah? Allah SW tidak sama dengan ciptaanNya, bertanyakan soalan-soalan seperti yang saudara ajukan itu samalah seperti bertanyakan "apakan status perkahwinan huruf A", soalan itu sendiri tidak logik untuk ditanyakan. Jika manusia yang paling bijak (Einstein) itu sendiri menyatakan bahawa minda kita ini adalah terhad, bagaimana kita boleh memikirkan sedalam-dalam dan sehabis-habisnya berkenaan tuhan itu sendiri?
Saya tidaklah berape setuju dengan sistem ekonomi kapitalist tetapi blogspot daripada google, hasil daripada kapitalisme. "thought" atau "conscioussness" hilang apabila otak tiada, jadi, boleh dikatan ia terhasil daripada proses dan aktiviti neuron yang kompleks yang akhirknya dilabel sebagai "thought" dan seertinya. Jadi saya boleh buktikan ade kewujudan "thought", kerana saya boleh meniadakan pembolehubah, dan lihat resultnya, mengikut 'scientific method'. Kalau bukti tuhan adalah hanya 'Argument from Ignorance', tidaklah cukup bagi saye. Maaf juga kerana jawapan saya pendek dan comot, tak cukup mase; Tetapi, saya sangat berminat melihat kamu berdebat dengan ateis/agnostik bersama teis yang lebih alim (dari segi pengetahuan sains, philosophy, agama) daripada saya, pasti menarik: http://www.reddit.com/r/DebateAnAtheist
Jika anda tidak bersetuju dengan kapitalis, mengapa bersetuju dengan evolusi hingga menidakkan Tuhan? "Thought" atau "consciousness" anda yang terhasil dari aktiviti neuron yang kompleks itu adakah ianya boleh terhasil secara mutasi rawak? Bagaimana dengan alam maya ini, adakah ianya juga secara rawak? Kamu boleh menyatakan kamu punyai akal kerana kamu boleh melihat "result"nya, jadi mengapakah pula kamu tidak boleh melihat Pencipta dengan melihat hasil ciptaanNya?. Kalau nak secara saintifik lagi kajilah struktur DNA dengan ACTGnya yang kompleks adakah boleh terhasil secara rawak? Begitu juga dengan hukum-hukum alam yang penuh dengan konstan-konstan tertentu seperti Planck, Boltzmann, Hubble an bermacam-macam lagi yang tidak masuk akal jika tiada "entiti" teramat bijak yang menciptanya. Harap saudara dapat fikir dengan lebih mendalam siapa sebenarnya yang "Ignorance"? Mungkin kisah pengasas Khalifah Institute ini mampu menggerakkan minda anda untuk berfikir.
Prof. Dr. Muhammad al'Mahdi devoted his last days to training others in the knowledge and techniques he acquired during his lifetime. He was for over half of his life an atheist, convinced by the materialist science he knew so well that God did not exist. After he came to understand the non-materialist science of Einstein, particularly the necessary logical implications of Einstein’s General and Special Theories of Relativity, he realized that if he wanted to be honest as a scientist he had to accept that scientific data now very powerfully proclaimed that God did exist. It was his study of theoretical physics which changed him from a non-believer into a believer in God and it was the perfection of the revealed truth of Islam in the Qur’an and the Sunnah of our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) that resulted in him becoming a Muslim almost twenty five years ago.
Maaf juga kerana jawapan saya pendek dan comot, tak cukup mase; Tetapi, saya sangat berminat melihat kamu berdebat dengan ateis/agnostik bersama teis yang lebih alim (dari segi pengetahuan sains, philosophy, agama) daripada saya, pasti menarik: http://www.reddit.com/r/DebateAnAtheist
Tidak berguna membuang masa untuk berdebat kerana apa yang sepatutnya didebatkan adalah niat dan bukan percanggahan pendapat itu sendiri. Didalam laman web sahaja terdapat beribu-ribu laman-laman yang boleh membuktikan fakta-masing-masing, hanya jika punca asal perdebatan itu diteliti, maka barulah penyelesaian dapat ditemui. Apakah niat anda menolak tuhan? Saya pasti jika anda benar-benar ikhlas jawapannya adalah kerana mahu bebas, tidak mahu mematuhi larangan-larangan yang diperintahkan oleh agama itu sendiri. Saya juga mahu bebas dan tidak mahu terikat, akan tetapi setelah saya selidiki kebaikan kepada diri saya sendiri dan juga kepada masyarakat maka saya tidak boleh mementingkan diri sendiri hanya atas dasar kebebasan. Tidak perlu mewakilkan orang lain untuk berdebat bagi pihak anda, ini menunjukkan yang "ilmu" anda itu tidak lagi cukup dan lengkap, jika tidak lagi cukup dan lengkap mengapa sanggup menggadaikan akidah anda? Manusia secara asalnya semuanya percayakan adanya entiti yang mencipta dunia ini contohnya orang asli yang tidak punyai agama tertentu tetapi percayakan adanya kuasa agung yang menguasai alam. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencari "siapa"kah kuasa agung itu. Atheis yang asalnya dari barat ini tidak lain hanyalah sebagai landasan untuk mereka bebas dari belengu-belengu agama yang menyekat nikmat dunia. Terimakasih kerana bertanya dan saya berdoa agar saudara agar dapat melihat dengan mata hati akan kebenaran yang sebenarnya, sama juga mata fizikal yang memerlukan photon untuk melihat, mata hati pula memerlukan "nur" dari Allah SW untuk melihat, moga satu hari nanti ianya sampai kepada diri saudara, amin.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 10 Januari 2012

Sains Dan Agama Adalah Musuh - Menjawab Soalan Atheis

Dari Saudara KML;
Saye seorang 'muslim' skeptis yang menuju ke arah ateis agnostik dan terbaca blog serta post kamu yaitu "Tiada Tuhan, Semua Hanya Sains". Tentang "dengan mengetahui sains, dapatlah kite mendekatkan diri dengan tuhan", tidaklah saya setuju. Jadi, saya akan kemukan beberape pendapat dan fakta; Sebagai seorang yang skeptis, saya tidak ingin tidak berfikir atau menyoal lalu mempercayai sesuatu termasuklah agama mahupun ketiadaan tuhan. Maaflah jike bahasa saye kurang sempurna, sedangkan saye lebih suke berbahasa inggeris dalam persuratan. Haraplah kita dapat berbalas pendapat:

A) Sememangnye, kebanyakan perkara yang terdapat dalam Quran adalah kurang jelas dan 'ambiguous'. Contohnya Surah Al-Furqan[25:53](1) yang seolah olah mencadangkan bahawa terdapat 'membrane' di antara laut dan sungai(19)(20). Tentang kandungan bayi dalam rahim ibu, orang greek telahpun mengatakan malah ianya (quran dan greek) salah(2). Selepas mesin ultrasound barulah kite dapat fakta yang tepat dan jelas. Pada pendapat saya, sains dan agama adalah musuh. Walaupun terdapat saintis yang beragama, biasanye, mereka tidak menyoal kepercayaan mereka ataupun mereka akan mencari apa yang berkaitan dengan agame mereka yaitu "Confirmation bias"(7). Contohnye, teori evolusi manusia. Bagaimanakah ia berkongruen dengan kisah adam dan hawa? Sebelum saudara/saudari menyatakan ia hanyalah "pendapat barat", teori itu bukan hipotesis. Terdapat "The law of evolution" yaitu fakta dan"The theory of evolution by natural selection" (3), yaitu penjelasan tentang bagaimana manusia berasal dari binatang primitif. Penjelasan ini sangat didokumentasi dan eksperimen(4)(5) banyak dijalankan malah terdapat bukti empirikal(6)(11) tentangnye. Malah buku sejarah sekolah menyatakan tentang penemuan manusia primitif 250,000(6) tahun dahulu, di Malaysia, di Afrika, dan sebagainya. Jika Al-quran itu mempunyai teori teori dan fakta yang berguna serta sukar untuk diasaskan, mengapakah tiada orang islam yang mengasaskan teori big bang/fakta lain(berdasarkan quran) sebelum orang barat/lain? Saya sangat skeptis tentang muhammad tidak dapat membaca atau menulis. Walaupun begitu, penyair greek Homer, seorang buta, dengan itu, tidak dapat menulis atau membaca tetapi dapat menyair dengan baik.

B) Salah satu teori dari Teori quantum ada menyatakan sesuatu boleh muncul dari ketiadaan(8), kemungkinan boleh membuang 'First cause' untuk dunia ini. Ramai teis akan menggunakan kate einstein "Science without religion is lame, religion without science is blind.". Tetapi, Einstein bukanlah seorang kristian atau seorang yang percaya terhadap tuhan peribadi seperti yang dituntut dalam agama samawi/ibrahim. Malah, Einstein pernah menulis surat mengatakan: "The word god is for me nothing more than the expression and product of human weaknesses, the Bible a collection of honourable, but still primitive legends which are nevertheless pretty childish. No interpretation no matter how subtle can (for me) change this."(9)(10).

C)Tidak masuk akal/logik(12); Konsep tuhan dari agama samawi bercanggah dan mustahil. Soalan seperti "Bolehkah tuhan ingin tidak wujud?" "Bolehkah tuhan mencipta batu yang sangat berat sehingga tuhan sendiri tidak boleh angkat?" "siapakah pencipta tuhan?"(17) boleh menjatuhkan konsep tersebut. Tuhan dalam agama islam sukar sedikit untuk mencari kesalahan/kontradiksi kerana rupa/bentuk kurang jelas diterangkan dalam alquran (Malah, yang sangat jelas diterangkan dengan terperinci adalah neraka) dan bolehlah kite mengadaptasikannye ke arah perkembangan kite seperti teori quantum dan sebagainye(14). Walaupun begitu, kamu tidak boleh membuktikan bahawa "terdapat mangkuk jamban yang terbang mengililingi matahari yang kite tidak dapat ukur kerana ia (terlalu kecil, hilang jike mencari)" salah(13). Jadi lebih baik kite tidak mempercayai mangkuk tersebut ataupun tuhan kerena tiada evidens empirikal/bukti(15). Sebelum kamu menggunakan "wang tidak wujud tetapi kamu percaya", wang sememangnye tidak wujud dalam realiti. Ia hanyalah konsep oleh manusia seperti tuhan. Jika perkara yang kompleks seperti dunia ini memerlukan pencipta, perkara yang lebih kompleks iaitu tuhan terutamanya dari agama samawi/ibrahim hendaklah mempunyai penciptanya mengikut logik tersebut. Dan adakah tuhan terlalu sombong sehingga memikirkan bahawa dia tiada pencipta? Saya bukanlah tidak setuju terhadap 'kepercayaan' atau 'faith', tetapi konsep tuhan. Kebanyakan hujah hujah teis boleh dirumuskan dengan "Kita tidak tahu, oleh itu, tuhan"(18); Hal ini tidak munasabah kerana mungkin terdapat berjuta pembolehubah(variable)/penjelasan lain. Memanglah kita tidak tahu tentang apa yang berlaku sebelum big bang, tetapi spekulasi yang sukar/tidak boleh dibuktikan boleh dibuang atau pepatah kata "What can be asserted without evidence, can be dismissed without evidence"(16).

D)Tidak adil/ikut nasib. Seseorang yang berasal dari Jepun, kemungkinan besar menganut Buddha. Dari britain, kristian. Dari India, Hindu. Dari Iran, islam. Kebanyakan mereka mempercayai agama mengikut ibu-bapa/budaya. Malah, antara sunni, shiah, khawarij, mana yang betul? Islam, kristian, Buddha, Hindu mana satu? Seseorang boleh mengatakan quran itu untuk memperdayakan, anutlah kristian. Seseorang boleh mengatakan kite ini berada di dalam program simulasi dalam komputer seperti 'Matrix'. Dan pelbagai lagi. Tetapi, antara semua tuntutan ini, yang sang serupa adalah ketiadaan evidens, spekulasi dan confirmation bias.

Sampai sini sajalah setakat ini. Maaflah jika saudara kasar bahasa (taknak bosan) :P Harap saudara/saudari dapat mengambil masa untuk memperlihatkan perkara yang saye bentangkan.

Nota:
(1)http://quran.com/25/53
(2)http://www.youtube.com/watch?v=YMT_kNtOTIs
(3)http://www.notjustatheory.com/
(4)http://en.wikipedia.org/wiki/E._coli_long-term_evolution_experiment
(5)http://en.wikipedia.org/wiki/Experimental_evolution
(6)http://en.wikipedia.org/wiki/Archaic_Homo_sapiens (7)http://en.wikipedia.org/wiki/Confirmation_bias
(8)http://scienceblogs.com/startswithabang/2011/02/can_you_get_something_for_noth.php
(9)http://www.guardian.co.uk/science/2008/may/12/peopleinscience.religion
(10)http://www.youtube.com/watch?v=SKt9EgENzGI&feature=related
(11)http://en.wikipedia.org/wiki/Human_vestigiality#Coccyx
(12)http://en.wikipedia.org/wiki/Existence_of_God#Arguments_against_the_existence_of_God
(13)http://en.wikipedia.org/wiki/Russell's_teapot
(14)http://en.wikipedia.org/wiki/God_of_the_gaps
(15)http://en.wikipedia.org/wiki/Occam%27s_razor
(16)http://en.wikipedia.org/wiki/Proof_by_assertion
(17)http://www.update.uu.se/~fbendz/nogod/no_god.htm
(18)http://en.wikipedia.org/wiki/Argument_from_ignorance
(19)http://answering-islam.org/Andy/fallacies.html#point1 or
(20)http://www.faithfreedom.org/articles/quran-koran/refutation-of-the-scientific-miracle-on-the-meeting-of-fresh-and-salt-water-in-quran-revised/
Jawapan saya;

Terlebih dahulu terimakasih kerana telah membaca artikel saya dan terimakasih juga kerana mengemukakan soalan-soalan saudara ini kepada saya. Saya hargai usaha saudara untuk berbahasa Malaysia, moga berkat kepayahan saudara itu nanti dapat memberikan manafaat kepada saudara-saudara kita yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris.

Ilmu termasuklah ilmu sains itu amat luas dan untuk apa pula ilmu tersebut digunakan berbalik semula kepada niat ilmu itu dipelajari. Ada saintis mendalami ilmu nuklear dan berusaha menjadikan ianya sumber tenaga untuk kegunaan manusia, ada pula saintis yang mendalaminya untuk mencipta bom nuklear yang memusnahkan manusia, jadi semuanya bergantung kepada niat ilmu itu dicari. Bagi saudara yang mengkaji ilmu-ilmu sains, perlu saya tanyakan soalan untuk tujuan apa saudara mencari ilmu-ilmu tersebut?


Saudara tentu mahir dengan fizik kuantum dan saudara tentu boleh memahami konsep "creating our own reality", jika ilmu yang saudara cari adalah untuk menidakkan tuhan, sudah pasti itu yang akan saudara lihat dan temui, ibarat perbalahan mengenai photon adakah ianya gelombang atau zarah (wave or particle), ianya bergantung kepada jenis eksperimen yang digunakan untuk mengenal pastinya.


A) Al Quran bukanlah buku "science" akan tetapi ianya adalah buku "sign", iaitu tanda-tanda kekuasaan Maha Pencipta bagi mereka yang mahu berfikir. Didalam Al Quran terdapat ayat yang nyata dan ada ayat yang kurang jelas dan ini dinyatakan oleh Allah SW didalam Surah Al-Imran

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Surah Al-Imran 2:7)

Ayat-ayat "Mutasyaabihaat" ini yang akan digunakan oleh segolongan manusia untuk memutarkan maksud menurut apa niat mereka. Ini termasuklah golongan yang bencikan Islam. Lihatlah rujukan-rujukan yang saudara berikan, adakah mereka itu mereka yang neutral atau boleh dilihat akan sikap mereka yang bencikan Islam itu sendiri? "Membrane" yang saudara maksudkan berkenaan ayat Surah Al Furqan itu adalah salah satu fenomena alam yang dipanggil Pycnocline. Harap saudara dapat rujuk kelaman ini untuk membaca penjelasan mengenai ayat Surah Al Furqan 25:53 menurut pandangan Islam. Begitu juga ke laman ini untuk membaca mengenai embriologi didalam Al Quran

Kisah Adam dan Hawa sudah tentulah tidak "berkongruen" atau sepadan/sesuai dengan teori evolusi kerana manusia tidak pernah berasal dari monyet. Dari sudut martabat manusia itu sekalipun, saya tidak mahu menerima kenyataan TEORI yang diri saya ini berasal dari monyet. Eksperimen (4) dan (5) yang saudara kemukakan tidak boleh diterima sebagai bukti evolusi kerana apa? Kerana E. Coli tetap E. Coli selepas 50,000 ribu keturunan dan "unicellular organism" yang digunakan oleh Dallinger tetap sebagai satu organisme dan tidak berubah kepada spesis lain hanya kerana perubahan suhu persekitaran. Mutasi adalah mekanisme organisme untuk mengubahsuai diri terhadap persekitaran dan bukan mekanisme untuk menjadi spesis yang lain.

Perlu kita kaji atas dasar apakah ahli-ahli evolusi ini melakukan ujikaji mereka? Pernahkah saudara terfikir yang mereka ini sebenarnya memegang prinsip materialisme iaitu seluruh kehidupan ini berasal dari bahan materi (material) dan dunia ini tiada penciptanya, berdasarkan "dogma" ini maka lahirlah teori dan prinsip-prinsip lain seperti teori evolusi, komunisme, sosialisme mahupun kapitalisme. Niat mereka adalah untuk menolak tuhan dan dari situ bermulalah agenda mereka untuk memperdayakan manusia, lantas mengemukakan bukti-bukti dan eksperimen yang palsu untuk menyokong hujah mereka itu. Ini termasuklah dengan memalsukan bukti-bukti penemuan tengkorak-tengkorak yang kononnya berpadanan dengan proses evolusi yang mereka cadangkan.

Evolusi hanyalah teori dan tidak boleh diambil sebagai "LAW" kerana tidak seperti "Newtonian or Thermodynamic law" yang boleh dibuktikan dimana-mana, sepanjang masa dan boleh diulangi oleh mana-mana makmal sains diseluruh dunia, itu baru "LAW" didalam sains. Eksperimen yang dijalankan oleh Miller untuk mewujudkan satu said amino didalam makmal dilakukan dengan penipuan untuk menyokong teori mereka dan "environment" didalam eksperimen itu tidak sama dengan keadaan dunia berbillion tahun dahulu yang kononnya membolehkan protein terbentuk. Evolusi yang hanya di"imagine"kan dari penemuan fossil-fossil apatah lagi dengan penipuan yang dilakukan tidak boleh diterima sebagai "LAW". Jika hanya dengan fossil membuktikan evolusi, mengapa tiada "intermediate fossil" yang ditemui, malah fossil perubahan dari ikan ke reptilia/dinasour dan dari dinasour kepada burung telah ditipu untuk menguatkan teori itu. Yang peliknya walaupun sedar akan bukti yang dikemukakan adalah penipuan (jika saudara terus membaca artikel dari laman tersebut), ahli evolusi tetap yakin akan proses evolusi tersebut, kerana apa? kerana bukan mata mereka yang buta akan tetapi hati mereka yang telah tertutup dari mengenal Tuhan Maha Pencipta
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Haj 22:46)
Saya tidak tahulah bagaimana pendirian saudara, bagi saya jika sekali ditipu, saya akan lebih berhati-hati dengan orang atau golongan tersebut, akan tetapi jika dua-tiga kali ditipu lagi maka saya akan terus menolak apa jua pendapat, maklumat atau hujah yang dibawakan oleh mereka. Bagi saudara seorang yang mahir mengenai sains, jika DNA diperlukan untuk membina sel-sel bolehkah suatu yang tidak "conscious" seperti atom-atom tersusun membentuk DNA dengan sendirinya? Sel-sel tidak boleh terbentuk tanpa DNA dan DNA pula amat mustahil untuk tersusun dengan sempurnanya tanpa suatu "consciousness" yang menyusunkannya. Para saintis masih gagal untuk mencipta walau serangkai protein yang mudah dari rangkaian asid amino, bagaimana pula kebarangkalian untuk sejenis rangkaian protein tercipta dari apa yang dipanggil "random mutation", adakah ianya masuk akal? Tidakkah saudara boleh melihatnya?

Saudara boleh rujuk kepada buku Evolution Deceit karangan Harun Yahya yang mengemukakan banyak fakta-fakta tentang bagaimana kehidupan didunia ini "was created" dan bukannya "evolved", begitu juga dengan pembohongan-pembohongan yang telah dilakukan oleh ahli evolusi untuk menegakkan pendirian mereka. Jika ianya bagi saudara terlalu bias kepada Islam, saudara boleh rujuk kepada buku Signature in the Cell oleh Dr. Stephen Meyer yang mana hanya dari sel sahaja terdapat banyak bukti-bukti yang dunia ini "was intelligently designed" (telah dicipta dengan penuh kebijaksanaan).
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al Anbiya 21:30)
Tiada orang Islam yang menemui Teori Big Bang adalah kerana ada hikmah disebaliknya, semua itu direncanakan oleh Allah SW. Perhatikan ayat surah diatas, mengapa Allah SW menyatakan "Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan…", telah terbukti ianya ditemui oleh orang kafir dan mengapakah mereka masih tidak beriman? Kerana hati-hati mereka telah buta dari dapat menilai mana yang benar dan mana yang palsu.

Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat oleh Allah SW sebagai Nabi telah diberikan gelaran "Al-Amin" oleh penduduk Mekah kerana baginda tidak pernah berbohong. Dizaman baginda lagi ada golongan manusia yang menganggap Nabi Muhammad sendiri yang merekacipta Al-Quran, lantas Allah SW menurunkan ayat berikut untuk menyedarkan mereka;
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Dia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya? Surah Yunus 10:15-16)
Ya, Homer boleh menyair walaupun buta, tidak dapat menulis dan membaca, akan tetapi adakah apa yang disyairkan oleh Homer itu punyai maklumat seperti Big Bang, embriologi, penciptaan hujan dan sebagainya? Maka mengapakah kamu tidak mahu memikirkannya?.

B) Terimakasih kerana memberikan kepada saya pautan kepada laman yang menceritakan suatu boleh terhasil dari ketiadaan yang mana eksperimen telah pun dilakukan oleh para saintis untuk membuktikannya, tetapi…. errr… jika tiada siapa yang membuat persiapan untuk eksperimen tersebut, masakan boleh terhasil suatu dari ketiadaan itu? Begitu juga lah dengan dunia ini, jika Allah SW tidak menjadikan ianya dari ketiadaan maka tidak akan wujudlah dunia ini. 

Merujuk kepada kata-kata Einstein itu pula, seperti yang saya nyatakan diawal perenggan jawapan saya ini, kita hanya akan lihat apa yang kita ingin lihat, banyak lagi kata-kata Einstein mengenai tuhan akan tetapi sudah tentulah golongan Atheist hanya memilih yang menyokong pendapat mereka sahaja sedangkan terdapat banyak lagi kata-kata beliau yang menyokong prinsip ketuhanan.
What separates me from most so-called atheists is a feeling of utter humility toward the unattainable secrets of the harmony of the cosmos. (Albert Einstein to Joseph Lewis, Apr. 18, 1953)
Dari laman web yang saudara pautkan juga (9) nampaknya saudara tidak nampak baris terakhir ayat tersebut, harap saudara dapat menilaikan ianya kembali.
Despite his categorical rejection of conventional religion, Brooke said that Einstein became angry when his views were appropriated by evangelists for atheism. He was offended by their lack of humility and once wrote. "The eternal mystery of the world is its comprehensibility."
 C) "Tuhan dalam agama Islam sukar sedikit untuk mencari kesalahan…" tersenyum saya membacanya. Jika dilihat pada rujukan-rujukan yang saudara berikan kebanyakan adalah dari golongan Kristian yang hampa dengan agama mereka sendiri, sudah tentulah mereka hampa dan kecewa kerana kitab Injil dan juga tuhan-tuhan mereka adalah apa yang mereka sendiri cipta dan ada-adakan. Sudahkah saudara mengkaji agama Islam itu sendiri secara mendalam? Tak kenal maka tak cinta, masakan saudara boleh menyatakan benci atau suka kepada seseorang itu tanpa mengenalinya dengan lebih dekat. Konsep ketuhanan atau Tauhid didalam Islam berbeza dari agama-agama lain kerana Al Quran itu tidak korup seperti kitab agama lain, malah ia adalah salah satu keajaiban Al Quran itu sendiri dan ianya juga adalah janji Allah SW yang akan mengekalkan ianya hingga ke hari kiamat (Surah Al Hijr 15:9) . Allah SW tidak boleh disamakan dengan apa jua yang wujud didunia ini kerana jika tidak bukanlah Tuhan namanya. Kebanyakan mereka yang kecewa dengan agama mereka (dari rujukan-rujukan saudara) membandingkan tuhan itu dengan apa yang wujud dibumi ini, sedangkan Allah SW berfirman didalam Al Quran "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". Bagi umat Islam yang telah dididik dengan maklumat ini tiada persoalan tidak masuk akal atau logik berkenaan tuhan kerana sebagai seorang umat Islam mereka tahu apa yang tercipta tidak sama dengan pencipta.

D) Tiada konsep tidak adil didalam Islam kerana Allah SW itu Maha Adil, cuma akal manusia sahaja yang tidak dapat memikirkannya. Lahirnya seseorang itu didalam Islam bukanlah kelebihan, akan tetapi ianya suatu amanah yang perlu dijaga. Ketika Allah SW memerintahkan Nabi Adam untuk mengasingkan manusia untuk keneraka, Allah SW tidak menyatakan masukkan golongan kafir sebaliknya dari 999 dari 1000 jumlah manusia yang akan masuk keneraka, jadi jika kita ambil jumlah populasi manusia didunia sebanyak 7 billion sekarang ini sekalipun (dan jika kiamat berlaku sekarang), daripada 2.1 billion jumlah umat Islam pada hari ini, tidak kesemuanya yang akan masuk syurga, jadi tidak semestinya yang lahir sebagai Islam itu akan masuk syurga. Apa yang akan dipertimbangkan nanti adalah dosa dan pahala yang mana ianya akan ditimbang diakhirat kelak. Al Quran tidak memperdayakan, dunia inilah yang akan memperdayakan mereka-mereka yang lalai, yang tidak tahu mengapa dia diciptakan dan meraba-raba mencari jawapannya. Tugas kita adalah mencari jawapannya dan ianya tidak dapat dicari didalam tulisan-tulisan hasil karangan manusia, hanya dari ayat-ayat Maha Pencipta sahaja yang mampu memberikan jawapannya iaitu Al Quran.

Sains dan agama tidak pernah bermusuh, hanya manusia sahaja yang menjadikan ianya alasan untuk bermusuh. Sains boleh digunakan untuk menjelaskan dan menguatkan agama dan ia juga boleh digunakan untuk sebaliknya, ianya berbalik kepada apa niat dan tujuan kita mencarinya. Tidak logik untuk salahkan ilmu, salahkan diri kita sendiri yang membuat pilihan. Semua manusia lahir sebagai seorang muslim iaitu tunduk dan akur kepada perintah Allah SW. Adakah hanya kerana kita tidak bertemu dengan bukti maka kita boleh rumuskan tiada bukti? Sudah tamatkah pembelajaran kita terhadap segala ilmu-ilmu didunia ini lantas kita merumuskan tiada bukti Maha Pencipta itu wujud? Atau adakah ia lumrah manusia yang bongkak hanya dengan ilmu sedikit sudah menganggap dirinya hebat tiada pencipta sedangkan bukti-bukti kekuasaan Allah SW itu ada didalam diri mereka sendiri?
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (Al -Jathiya 45:4)
Manusia mempunyai minda, akan tetapi adakah kita boleh buktikan secara fizikal yang seseorang itu mempunyai minda? Minda suatu yang non-fizikal itu hanya boleh dibuktikan oleh manusia itu sendiri dengan menyedari yang dia mempunyai "thought" atai fikiran, manusia lain tidak boleh membuktikan yang kita mempunyai minda, mereka cuma boleh melihat kesan dari minda yang ada pada diri kita itu tadi dari percakapan, tingkahlaku dan sebagainya. Begitu juga dengan Maha Pencipta, kita tidak boleh membuktikan secara nyata yang Dia wujud, tetapi kita boleh lihat bukti-bukti kewujudannya dari dalam diri kita sendiri dan juga keseluruhan alam maya ini. 


Sains menjelaskan dari DNA yang terdapat didalam kromosom, dari sperma dan telur yang bercantum, ia membahagi dan terus membahagi hingga menjadi seorang bayi didalam perut seorang ibu, akan tetapi sains tidak dapat menjelaskan bagaimana sel-sel itu tahu yang dia akan jadi sel kulit, sel tulang, kaki, telinga dan sebagainya, jadi adakah kerana tiada bukti, tiada penjelasan maka kita menolak mentah-mentah kenyataan bahawa sel-sel membahagi dengan sendirinya? Akan tetapi agama dapat menjelaskannya, bagaimana?
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (Surah Ar-Rad 13:15)
Kerana seluruh alam ini tunduk kepada Allah SW Tuhan Maha Pencipta dan dengan mengikut perintah Allah samada sukarela atau terpaksa, sel-sel tersebut membahagi dan akhirnya membentuk rupa manusia yang sempurna. Lihatlah pada anai-anai yang buta akan tetapi boleh menghasilkan struktur sarang yang amat canggih binaannya. Mengapakah kamu tidak mahu memikirkannya?

Saya mengajak saudara beristigfar banyak-banyak dan kembali kejalan yang benar. Saya 10-20 tahun dahulu adalah seorang yang jahil terhadap Islam, hanya selepas mendalami pelbagai ilmu-ilmu sains maka barulah saya nampak akan kebesaran Allah SW itu. Ilmu didunia ini ibarat jigsaw-puzzle, setiap ilmu boleh dianggap sebagai kepingan-kepingan yang perlu dicantum-cantumkan untuk mengetahui gambar yang sebenar. Hanya ilmu yang benar sahaja akan membentuk keseluruhan gambar misteri puzzle tersebut. Cuba cantumkan ilmu-ilmu yang saudara dalami itu dan lihatlah pertalian antara mereka. Maklumat yang bathil tidak akan dapat menjadi kepingan puzzle yang boleh bercantum dengan yang lain. Dalamilah ilmu agama dan tidak hanya ilmu sains kerana tidak akan lengkap keseluruhan puzzle itu jika agama ditolak tepi. Apabila lengkap puzzle tersebut maka barulah kita nampak erti sebenar kehidupan didunia ini. Kenalilah Islam dahulu sebelum membuat rumusan lebih-lebih lagi perkara mengenai akidah ini. Dan apabila membaca rujukan-rujukan tertentu contohnya laman web Kristian, rujuk juga perkara yang sama kelaman web Islam, dari laman web atheist kepada laman web theist, maka barulah kita boleh mempertimbangkan mana yang benar dan mana yang bathil. 

Manusia barat kecewa dengan agama mereka yang penuh kepalsuan maka lahirlah golongan yang menolak tuhan dikalangan mereka, tanyalah kepada diri saudara atas dasar apa saudara menolak Islam, adakah kerana tidak suka bersolat dan perlu manahan lapar dahaga berpuasa, kajilah dahulu untuk kebaikan siapa semua itu diperintahkan oleh Allah SW. Nasihat saya janganlah menjadi pengikut kepada apa yang dibawakan oleh barat membuta tuli. Apa jua yang dibawa oleh mereka, ada harga yang terpaksa kita bayar, walaupun nampaknya seolah-olah baik sedangkan ianya membawa kepada kemusnahan. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh kapitalisme pada hari ini, terdapat lebih banyak hamba didunia hari ini berbanding zaman sebelum ini. Moga Allah SW memberikan nur hidayah kepada saudara agar dapat melihat kebesaranNya dan lantas menerima Allah SW sebagai Tuhan Yang Maha Esa, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO