Jumaat, 3 September 2010

Pandangan Terhadap Hizbut Tahrir

Saudara Tanpa Nama bertanya;
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000608397820#!/notes/roslee-ismail/ribut-petir-ke-atas-hizbut-tahrir-suatu-pendedahan-ringkas/134238796618377 salam bro anda ada link hizbut tahrir kan.....?
apa pandangan ada pada kenyataan link diatas cuba baca... salam
Jawapan saya;


Terimakasih diatas soalan saudara. Sebab utama saya meletakkan link Hizbut Tahrir (HT) adalah kerana saya menyokong matlamat mereka untuk menegakkan kembali sistem khilafah yang telah musnah. Pada pendapat saya sistem politik demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara diseluruh dunia ini termasuklah dinegara kita sendiri adalah bercanggah dengan laungan "Allahuakbar" yang kita ucapkan terutama sekali ketika setiap kali kita melakukan gerakan didalam solat (sila rujuk artikel Antara Judi dan Syirik). Sistem politik sekular yang kononnya berlandaskan demokrasi ini adalah pembohongan paling besar kepada umat manusia terutamanya umat islam, ini kerana;

1. Tidak menegakkan hukum Allah SW sepenuhnya, malah mempersendakan hukum Allah SW dengan mengambil hanya yang dikira (oleh akal terhad mereka) yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

2. Sistem demokrasi itu sendiri adalah tidak lebih hanya adalah satu manipulasi kerana ketidak adilan wujud didalam penyebaran maklumat dari semua pihak. Kemenangan sudah boleh dipastikan kepada mereka yang mengawal ekonomi dan juga media.

Tidak berapa lama dahulu terdapat sebuah parti politik yang mengkafirkan parti politik yang lain, maka jika kita kaitkan dengan perkara 1 didalam tulisan saudara kita itu, adakah kita menganggap parti tersebut sesat. Jika menganggap mereka sesat sekalipun sudah tentulah oleh mereka yang menentang perjuangan mereka.

Apakah ada alternatif lain selain dari HT yang berusaha menegakkan sistem khilafah? Jika ada sekalipun adakah kumpulan ini wujud hingga ketahap global seperti apa yang telah dicapai oleh HT ini? Membaca tulisan saudara kita itu mengingatkan saya kata-kata Sheikh Imran didalam siri ceramah Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa yang mana beliau menyatakan umat Islam sekarang ini leka bergaduh berebut "pop corn" sedangkan penindasan keatas mereka seolah-olah tidak diendahkan. Pop corn yang berlaku didalam kes ini adalah bab hukum kehidupan seharian sedangkan perkara yang lebih besar iaitu menegakkan Allahuakbar tidak diendahkan. Ibarat semut diseberang jelas kelihatan sedangkan gajah didepan mata tidak kelihatan. 

Adakah hanya kerana kita tidak mampu untuk bertindak dan Allah SW tidak membebankan seseorang duluar kemampuannya (Surah AlBaqarah 2:286) maka kita boleh selesa mendiamkan diri? Bukankah Allah SW tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak melakukan perubahan?(Surah Ar-Rad 13:11) Atau adakah sudah teramat selesa dengan keadaan sekarang ini (kerajaan sekular), malas untuk berubah ataupun takut kehilangan nikmat dunia jika berubah?

Bagi diri saya kesilapan atau kelemahan yang ada pada mereka wajiblah kita tangani dengan perbincangan dan bukannya menolak mentah-mentah agenda mereka. Jika kita kemajlis mereka sekalipun dan mereka bersalam-salaman sesama lelaki dan perempuan, bukankah kita boleh menunjukkan ketidak setujuan kita dengan menahan dari bersalam. Periksalah label semua ubat yang dijual dipasaran, pasti ada label yang menyatakan kesan sampingan terhadap penggunaan ubat tersebut, jika kita sedang sakit teruk, adakah kita menunggu hingga wujudnya ubat tanpa kesan sampingan itu? Samalah seperti kes HT ini, jika benar sekalipun mereka membuat kesilapan didalam memberi hukum, adakah ini memberi alasan kukuh menolak perjuangan mereka?

Pilihan ditangan anda, menyokong kerajaan sekular (yang sudah tentulah syirik) atau menyokong mereka yang berusaha alternatif lain untuk menegakkan sistem politik Islam seperti di zaman Nabi dahulu. Malah jika tiada makanan sekalipun, jatuh hukum darurat membenarkan makan daging babi, inikan pula alternatif kepada dosa yang tidak diampun oleh Allah SW iaitu menidakkan Allahuakbar. 

Belajarlah untuk berfikir dengan membaca pelbagai maklumat bukan sahaja dari pelbagai ilmuan, malah dari bidang-bidang yang berbeza. Ini membolehkan kita melihat, menilai, mengaitkan suatu permasalahan itu dari segenap sudut (dan ini adalah fungsi frontal lobe). Masaalahnya adalah kebanyakan kita membuta tuli menerima sahaja apa yang dikemukakan oleh sesetengah golongan dan ini menyempitkan pandangan kita untuk melihat lebih jelas suatu isu tersebut. Manusia akhir zaman pada pendapat saya, kekuatan frontal lobe mereka untuk menganalisa sesuatu permasalahan itu amatlah diragui. Dengan hidup yang dikelilingi hiburan, solat yang tidak khusyuk dan toksik seperti nikotin dari rokok yang mana ini melemahkan frontal lobe, berfikir adalah suatu yang sukar, maka jalan mudah adalah menerima sahaja apa yang disuapkan.

Tindakan pertama yang saya lakukan apabila membaca artikel dari laman FB penulis tersebut adalah dengan melihat profile beliau, masyaallah nampaknya amat hebat pengetahuan agama yang beliau miliki akan tetapi apabila terbaca siapa majikan beliau, maka terdetik di hati saya bahawa takkanlah saudara kita ni nak gigit tangan mereka yang memberi dia makan, samalah juga dengan kes ustaz-ustaz yang mencanangkan perbankan islam sedangkan pada masa yang sama dia makan gaji dengan bank tersebut. Sudah tentulah kebajikan majikan mereka mesti dijaga agar mereka akan disuapkan dengan makanan yang lebih enak lagi.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]
Pada pandangan saya sebelum menerima bulat-bulat pandangan sesetengah ulamak itu, wajib kita lihat adakah pandangan atau hukum yang mereka bawakan itu diberikan dari sudut neutral iaitu tidak memberi kepentingan dunia kepada mereka,
Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk. (Surah Yassin 36:21)
Amat sukar untuk mengenali ulamak yang benar-benar nawaitunya lillahitaala, pada pendapat saya, salah satu jalannya adalah dengan kita secara ikhlas mendekati Allah SW, kita akan tertarik dengan mereka yang bersifat sedemikian. Kita semua tenaga yang membentuk tubuh fizikal ini, dan tenaga itu sentiasa bergetar dengan frekuensi tertentu, dan kita akan tertarik pada mereka yang bergetar dengan frekuensi yang sama dengan diri kita. Rujuk artikel Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik.

10 Komen:

[ a D D y ] berkata...

perpecahan memang diimpikan oleh Dajal..
bila tidak bersatu kita ibarat sebatang lidi..
wa mengimpikan kita semua bersatu ibarat penyapu..

yassir berkata...

Umat Islam
Tuhan mereka satu
Rasul mereka satu
Kiblat mereka satu
Negara mereka satu
Pemimpin mereka satu
Kerana mereka umat yang satu

Tanpa Nama berkata...

video syeikh imron hussin telah sy tanya kepada berapa ustaz yg hebat pendidikan agamanya... melalui fb sy...
tp mereka tak dpt nak komen...
sy mencari2 kebenaran...
sy dlm dilema....

Helmis berkata...

Mungkin kerana ilmu yg mereka miliki terhad berbanding Sheikh Imran yg bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, beliau mahir juga dalam ilmu politik dan kewangan antarabangsa. Ilmu agama teramat penting, ilmu dunia itu pelengkapnya, sama-samalah kita membudayakan pencarian ilmu baik akhirat dan dunia, agar pandangan kita terhadap kehidupan dunia ini akan lebih jelas lagi untuk mencari arah kehidupan akhirat yang sejati, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tuan atas ilmu yg anda berikan...

Safa Soib berkata...

macamana nak kuatkan frontal lobe?

Helmis berkata...

Solat yang khusyuk.

Tanpa Nama berkata...

percayalah.. "tanpa nama"

sheikh Imran Hossein tetap juga manusia tetapi anugerah Ilmu yang diberi oleh Allah takkan kita mahu sia-siakan? kita selalu mengeluh mengatakan sudah tidak ada ulama lagi ka yang mahir dalam bidang ilmu "dunia" ini? maka Allah telah temukan kita dengan salah satunya.

kita patut bersyukur dan bersama-sama kita mengingatkan Ustaz2 kita bahawa jangan persia-siakan ilmu "orang-orang" seperti ini.

-FAFF

Tanpa Nama berkata...

salam saudara helmi,

saya mengagumi penulisan saudara, namun kalau boleh, bolehkah saudara sertakan dalil sekali untuk menidakkan sepenuhnya pernyataan2 yang diberi. lebih baik lagi dari nas mahupun dari ulama yang dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara helmi.saya anggota hizbut tahrir,terharu melihat sikap saudara yg sangat tinggi akhlak saudara..hanya allah swt sajalah yg layak membalas kebaikan saudara..bila melihat masyarakat hari ini,banyak mereka menuduh HT dengan bermacam2x tuduhan.
Contoh isu bersalaman tersebut ianya khilaf antara ulama.malah ianya pendapat yg paling kuat selepas melihat dalil2nya..walau bagaimanapun..saya puji sikap saudara..teruskan perjuangan saudara..saya doakan saudara tabah mhadapi segala rintangan dan cubaan dalam berdakwah ini..kemenangan itu milik islam bukan milik kelompok tertentu..apa yg boleh saya kata tentang artikal2x yg saudara tulis adalah terbaikk..;-).teruskan perjuangan saudaraku....salam

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO