Jumaat, 30 Julai 2010

Tak Puas Hati Dengan Insuran Islamik

Shila bertanya;

macam mana dengan insuran kereta?tiap2 tahun kita kena bayar insuran....katakan dalam setahun tu kereta kita tak berlaku apa2 kemalangan...mudharabah yang diberi hanya pada tahun pertama sahaj..itupun tak sampai 30%...mereka kata..in dasr bank negara...dasar tatawwu'...saya cukup tidak berpuas hati dan pada saya sistem ini tidak Islamik langsung..apa pendapat saudara?

Jawapan saya;

Apabila suatu syarikat insuran diwujudkan, apakah motif utama pembentukannya? Untuk banyak menolong sambil mengambil sedikit keuntungan atau untuk banyak mengambil keuntungan sambil menolong? Kita hidup dalam zaman dimana membantu itu harus dibayar balik dengan suatu yang nyata, suatu yang jelas kelihatan iaitu wang ringgit dan bukan balasan hanya dari Allah, dari suatu yang tidak nampak atau belum pasti baik rezeki yang tidak disangka-sangka, kesihatan ataupun ketenteraman.

Saya punya pendirian sendiri mengenai insuran baik yang islamik atau tidak, sila baca soaljawab yang lepas disini.

Kita hidup dibawah kerajaan sekular yang bertopengkan Islam maka apa yang dilakukan dibarat, itu jugalah yang akan menjadi norma kehidupan kita termasuklah insuran ini. Baik insuran atau bank, konsep yang sama cuma tukar nama sahaja. Moga satu hari nanti akan muncul pemimpin yang benar-benar mengambil Islam sebagai cara hidup sebenar dengan Al Quran dan sunnah sebagai landasannya, insyaallah.

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Ada pendapat ustaz mengatakan perbankan islamik pun riba.kalau kita boleh buat mcm saudara helmi buat mmg bagus.siapa yg bergaji besar mungkin boleh buat mcm saudara helmi buat.tapi yg tak mampu berusahalah membayar hutang secepat yg mungkin.Allah swt kan maha Melihat.InsyaAllah kalau kita tunjukkan usaha Allah akan tunjukkan jalannya.Wallahualam.

Catat Ulasan

Soal Jawab SyurgaDiDunia © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO