Bank sepatutnya wujud untuk memastikan nilai wang wujud didalam wang itu sendiri. Pengeluaran wang kertas untuk kegunaan masyarakat sama dengan jumlah simpanan emas/perak/platinum negara, maka barulah wang kertas yang ada ditangan masyarakat benar-benar punyai nilai. Dengan sistem sekarang ini wang kertas dicipta dengan hutang, tiada hutang tiada wang. Sila fahami artikel dan video dalam artikel saya mengenai Cerita Wang Bah 1&2.
Sudah terlambat untuk menutup bank, sebarang usaha untuk berbuat demikian adalah usaha yg sia2 kerana mereka yg di"atas" iaitu golongan kaya raya yg rata-ratanya kafirun, yang punya modal berbilllion-billion ringgit ini akan melipat gandakan usaha dengan tawaran-tawaran hebat termasuklah memberi pinjaman tanpa faedah untuk memastikan momentum meminjam dari bank itu tetap wujud didalam masyarakat. Apabila ianya wujud kembali maka pengambilan riba' akan mula semula.
Tidak terfikirkah saudara mengapa harga rumah menjadi ratusan ribu berbanding dengan 10-20 tahun dulu? Adakah batu, kayu, simen semakin pupus? Inil sebenarnya disebabkan penyusutan nilai wang itu sendiri, apa yg dipanggil inflasi dan inflasi sebenarnya adalah cukai secara senyap kepada masyarakat.
Yang kaya menjadi semakin kaya bermaksud mereka mendapat keuntungan dari hasil riba' dengan memberi pinjaman kepada masyarakat. Hasilnya masyarakat menjadi hamba kepada golongan kaya dengan membayar lebih kepada mereka dan ini yang dilaknati dan diperangi Allah. Sila fahami artikel beli atau sewa dan fikirkanlah berapa banyak riba' yang diberikan terutama sepanjang 2/3 tempoh pinjaman.
Orang kaya tak akan beli rumah secara tunai, jika mereka ada 100 ribu ringgit, mereka akan bayar pendahuluan 10 ribu untuk 10 buah rumah dan sewakan. Dan dari tindakan mereka ini wujudlah wang baru berjumlah 1 juta didalam kitaran, maka main susutlah nilai kuasa beli masyarakat. Ya nampaknya mungkin kita menjadi hamba mereka jika kita menyewa sahaja dari mereka akan tetapi
1. Kita akan menjadi lebih bertakwa kepada Allah dengan tidak terlibat dengan riba'. Hidup akan lebih tenang, kita tidak terikat dengan bank, anak-anak dan isteri akan lebih soleh dan solehah kerana tidak tinggal dirumah riba' hasil usaha kita sendiri.
2. Kita tidak bersubahat mencairkan nilai wang dengan penciptaan wang baru dari hutang. Kita tidak terbabit menindas insan lain termasuk diri kita sendiri dengan menggalakkan inflasi. Kita tidak berperang dengan ALlah dan rasul tanpa kita sedari.
3. Apabila kita lebih tenang, frontal lobe akan senantiasa mendapat bekalan darah yang sempurna, maka kita lebih benar-benar "berfikir" dari hidup didalam keadaan tertekan "fight or flight", maka keputusan yang lebih bernas akan dipilih didalam kehidupan. Malah untuk memajukan diri akan lebih nampak terbuka luas.
4. Apabila kita menjadi hamba yg bertakwa, maka barulah datang rezeki yg tidak disangka-sangka kurniakan Allah, dan inilah janji Allah dan bukan dengan "gantung" ayat seribu dinar itu sendiri, dan jika kita berjimat cermat dengan tidak bergegas ke EON menempah Exora baru, lama kelamaan bolehlah kita membeli rumah dengan tunai.
Akan tetapi dalam bab rezeki yg tidak disangka-sangka ini, siapa dizaman moden ini yang mahu percaya, tak nampak, tak boleh dikira seperti penyata bank, amanah saham dan sebagainya maka lebih baiklah aku beli rumah, nampak dengan jelas, umpama kafirun yg nampak tuhan dengan membuat berhala, maka tak boleh pinjam dengan bank konvensional, pinjamlah dengan bank islamik.
Untuk soalan 1, jika saudara ada wang 30K, saudara sudah boleh menyewa rumah teres sekitar KL selama 30 bulan, jika pangsauri selama 60 bulan. Dan jika saudara
kumpul bayaran bulanan anda meminjam bank 270K untuk tempoh 30 tahun dengan kadar riba' 6% setahun, saudara akan dapat 48,540, lebih 18k jika menyewa rumah dengan kadar sewa rm1000 sebulan dan lebih 67k jika saudara menyewa pangsapuri dengan sewa rm500. Saya sediakan matematiknya, masanya untuk saudara buat "senaman minda" sedikit mana yang lebih baik, beli rumah yang lepas 30 tahun baru jadi milik kita atau
bersabar dengan berjimat cermat bersederhana dan akan terkumpul wang tunai untuk sekurang-kurangnya membeli rumah lelong dengan simpanan 67k tersebut. Mana lebih mudah tidur malam, nak fikir bayar 500/1000 sebulan bayar sewa atau 1618 bayar bank?
Untuk soalan 2, memberi modal untuk perniagaan pada pendapat saya risikonya harus ditanggung oleh kedua-dua belah pihak, jika tidak akan ada yang teraniaya nanti. Akan tetapi saya pandangan saya mengenai melabur didalam saham islamik sudah berubah kerana pada kajian saya, tiada yang percuma didunia ini. Jika kita letak wang, goyang kaki kononnya "tanggung risiko" dan terima dividen akhir tahun kewangan, pada pendapat saya wang itu bukan milik kita dan akan "keluar" kembali kepada pemunyanya. Akan saya keluarkan artikel ini, artikel kedua dari tarikh hari ini.
Untuk soalan 3 saudara, bukankah ini untuk "AYAH" memikirkannya? Siapa ayah ini jika bukan pemimpin. Jika ada rakyat yang hidup dibawah jambatan, agaknya tidak akan ditanya ke oleh Allah kepada mereka diakhirat kelak? Jika tiada doktor yg akan boleh mengubati rakyat, ingat Allah tak akan mempersoalkan mereka nanti. Salah kita sendiri yang memilih pemimpin yang tak ingat mati, tak ingat akhirat, tak ingat yang mereka satu hari nanti akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak maka PADAN MUKALAH KITA SEMUA!!! termasuklah saya sendiri...
Bab ekonomi ini memang agak rumit untuk diceritakan dari setiap sudut, akan tetapi ASAS ekonomi itu sendiri bukan sesuatu yang sukar. Disekolah dahulu saya aliran perdagangan akan tetapi tidak pernah diajar bagaimana wang dicipta. Baru kini saya tahu ianya dicipta dengan hutang. Dan sekarang bank Islamik pula mengambil wang yang dicipta dengan hutang ini untuk membuat perniagaan.
Wang yang tidak punyai nilai didalamnya itu sendiri sudah dikira riba' kerana ia menindas rakyat dengan penurunan nilai saban tahun kerana inflasi, maka adakah patut kita mengislamkan ekonomi yang berasaskan riba'?
Macamana kita nak menaikkan Islam jika kita sendiri mengkhianati Islam? Macamana kita nak bertemu dengan Rasullullah jika didalam fikiran kita meminjam itu suatu kemestian dizaman ini? Walau meminjam tanpa faedah sekalipun tidak digalakkan didalam Islam, inikan pula meminjam dengan riba' atau pembiayaan yang menggandakan harga barangan? Bukankah Allah dan rasul berperang dengan kita jika kita berbuat demikian?
Allah memberi kita akal untuk berfikir, membuat pilihan dari maklumat yang ada dari jaringan neuron yang terbina diotak hasil dari pembelajaran dan pengalaman. Maka gunakanlah sebaiknya. Perbanyakkanlah mendalami ilmu agar lebih banyak jaringan neuron baru untuk kita mempunyai pilihan yang lebih luas. Masaalahnya sekarang ini masyarakat kita telah diacu pemikirannya hidup wajib fardhu kifayah untuk meminjam, dan saya disini cuba untuk memecahkan acuan tersebut sedikit demi sedikit.
Saya punyai rakan yang tidak pernah sekolah, asal dari Sabah dan dalam lingkungan remaja datang ke KL sehelai sepinggang, semasa bekerja dicyber cafe dia belajar internet dengan sendirinya dan akhirnya menjadi pakar internet dan sekarang punyai kerjaya dan sudah berumahtangga walaupun tak pernah ke sekolah. Malah saya kenal dia pun semasa kami sama-sama bekerja di Arab Saudi dahulu, jadi siapa kata kena meminjam untuk belajar dan berjaya?
Tahu tak dari 95% jutawan didunia ini tidak punyai ijazah? Apa yang mereka miliki dan menyebabkan mereka berjaya?
ATTITUDE….MENTALITI… SIKAP…. itu rahsia mereka yang paling utama….
Mempunyai pemikiran yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berlainan, itu adalah usaha sia-sia. Jika anda boleh melayari internet membaca blog saya ini, anda juga boleh melayari berjuta-juta lagi website yang boleh mengajar anda bagaimana untuk memberi sesuatu yang bernilai kepada insan lain. Apa jua usaha yang memberi kebaikan, memberi nilai sebenar kepada insan lain apatah lagi mendekatkan mereka dengan Allah, maka balasan dan pertolongan Allah itu amat hampir, cuma antara percaya atau tidak.
Umat Islam dahulu percaya Allah dengan sebenar-benarnya, maka sebab itulah mereka boleh mengalahkan kafirun dalam perang badar walaupun dengan jumlah yang sedikit. Umat islam hari ini diratah sahaja oleh kafirun kerana mereka tidak lagi percayakan pertolongan Allah itu sebenarnya yang lebih utama.
Sebab itu didalam Al Quran Allah menyeru … "Ooo people who believes…." iaitu wahai manusia yang percaya… dan bukan wahai manusia yang solat, puasa, zakat atau haji dan sebagainya. Percaya itu lebih penting didalam hidup ini.
Soalan saya, siapa yang anda lebih percayakan…. ALLAH atau pinjaman BANK?